Sunday, August 30, 2009

Cara Buat Screenshot

5 comments

Sebelum ini dalam post yang lain ada pengunjung yang tanya aku bagaimana untuk buat sreenshot. So, hari ini aku tunjukkan caranya yang mudah bagaimana untuk buat screenshot.

Apa itu screenshot.?
Ok, bentuknya macam ini. Kira ringkasan bergambar bagi sesebuah video.


Sebenarnya terdapat banyak software yang boleh digunakan untuk membuat screenshot. dan bagi aku senang sahaja kerana aku menggunakan software yang selalu guna untuk tengok video, dan masa yang sama boleh buat screenshot. Jadi tidak la perlu install software untuk buat screenshot sahaja. membazir hardisk.:)

Adakah komputer anda mempunyai media player classic atau storm codec.? Kalau ada baguslah kerana kerja akan lebih mudah.:).
Kalau tiada anda boleh dapatkan dalam post aku sebelum ini, K-lite Mega Codec Pack 5.05 (sebab itu aku buat post software baru buat post ini.:)

Pertama, buka apa sahaja video file yang anda ingin buat screenshot menggunakan media player classic atau storm codec.
Selepas itu, pada bahagian atas, pilih file> savethumbnails

Satu paparan akan keluar, dan anda boleh tentukan hendak save sebagai apa, berapa rows, berapa columns, dan berapa width (biasa aku ambil antara 450 hingga 480)

Dan bila anda save, jadilah gambar seperti di bawah ini.:)


Amacam, senang bukan.?
Jika ada sebarang masalah, sila bagitahu.:)

Saturday, August 29, 2009

K-Lite Mega Codec Pack 5.05

4 comments

Untuk software kali ini. Ada satu soalan yang perlu dijawab sebelum anda baca seterusnya.
"adakah anda mempunyai masalah untuk memainkan apa sahaja file jenis video atau audio dalam komputer anda.?"
Kalau jawapan anda YA., inilah penyelesaian yang dicari.:).
 k lite mega codec pack

Bagi aku ini antara software yang mesti ada dalam sesebuah komputer.
Mempunyai pakej codec yang lengkap. Dengan install satu ini, anda tidak perlu risau lagi untuk cari codec yang bersesuaian dengan komputer anda.
Satu software, lengkap semuanya.:)

# Updated ffdshow to revision 3054
# Updated AC3Filter to version 1.62b
# Updated AC3File to version 0.7b
# Updated FLV splitter to version 1.2.1207.0
# Updated Gabest MPEG splitter to version 1.2.1207.0
# Updated x264VFW to revision 1195
# Updated MediaInfo Lite to version 0.7.20
# Added more file association options for audio file types
# Minor changes





DOWNLOAD NOW


Naruto Shippuden Episode 124 : "Art"

Comments

Episod kali ini merupakan sambungan pertembungan antara Deidara dengan Sasuke. Memang best sebab sama² kuat. Dan sukar dijangka tindakan seterusnya. Deidara telah menggunakan C4 Kakura untuk menghapuskan Sasuke. Sasuke pula ada trick yang tersendiri.
Naruto shippuden free download


As Deidara's C4 Karura detonates, Sasuke perishes. Believing to have won, Deidara drops his guard, only to be pierced by Sasuke's Chidori. After being asked how he had survived, Sasuke reveals that he was never harmed and that Deidara was under his genjutsu. Deidara tries to kill Sasuke, but is misled by his Sharingan again. Both combatants collapse and Sasuke deactivates his Sharingan. Angered at being mocked, Deidara unveils his final attack, turning himself into a living bomb and detonating himself in an attempt to kill Sasuke.



Untuk download episod ini, dan juga episod² lain, klik sahaja disini. Narutoxzone

Friday, August 28, 2009

Isu Arak : Malaysia Negara Lawak

22 comments

Sebenarnya aku tidak tahu samada entri ini perlu ditaip dalam nada serius atau nada suka atau nada biasa.
Nanti kalau anda sudah baca semuanya, tentukanlah sendiri apa nada yang sepatutnya.
Ini kerana ada ketika aku terpikir pasal hal ini, kadang tu aku rasa marah, kadang tu aku 'bodoh'kan orang yang berkaitan, kadang tu aku rasa bengang, dan kadang tu aku rasa kelakar,.
Macam² perasaan yang aku rasa. dan untuk menjadikan tajuknya 'positif', aku letak Malaysia Negara Lawak. Kan kalau aku letak tajuk, Malaysia Negara Bangang, nanti ramai la pak menteri yang marah.


Mungkin ramai yang tidak kenal siapakah Kartika Sari Dewi Shukarnor. Tetapi kalau dikatakan dia adalah pesalah wanita pertama yang dikenakan hukuman sebat, (dalam kes ada 5, tetapi dia yang jadi pertama. Yang lain rayuan aku rasa) mungkin ramai yang sudah mengetahui berita ini.

Mana tidaknya, setiap hari keluar isu ini dalam akhabr dan berita. Dah glamour pula yek. Pelbagai isu yang timbul disebabkan kes ini. Bemula dari orang bawahan, sehinggalah menteri dan hakim sendiri. Mungkin sebab kes wanita hendak kena sebat ini tidak pernah berlaku, maka gempak gempitalah negara Malaysia yang aman dan makmur ini. Umpama seorang bidadari turun. Setiap berita dan surat khabar kena ada kisah ini.

Kedudukan perempuan menjalani hukuman sebat.(gambar bukan kartina ye)

Kartika Sari Dewi Shukarnor dijatuhkan hukuman ini oleh Mahkamah Syariah Kuantan selepas didapati bersalah meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating. Hotel Legend ( sebelah Holiday Villa)

Aku hendak menaip banyak kali ini, dan aku rasa baik aku susun dalam kategori tertentu untuk memudahkan bacaan.

YANG BAIKNYA : Dia mengakui kesalahan yang dilakukan dan menerima hukuman dengan hati terbuka. Dan dia juga meminta supaya hukuman itu dipercepatkan. Dan juga minta dilakukan dikhalayak ramai. Keluarganya juga merestui untuk dilakukan di khalayak ramai untuk memberi pedoman kepada orang lain.

YANG PELIK : Dia meminta supaya hukuman itu dilaksanakan di khalayak ramai, keluarganya pun tidak mempunyai masalah untuk dilaksanakn dikhalayak ramai.. Yang peliknya, mahkamah pula tidak membenarkan hukuman dilakukan di khalayak ramai. Mahkamah suruh dilakukan di penjara. Ha². ini part lawak juga ini. tidak pernah berlaku. Pesalah hendak hukuman untuk pedoman orang lain, mahkamah tak bagi. Mungkin untuk orang lain tak dapat pedoman dan mahkamah boleh buat hukuman lagi nanti.

YANG KELAKARNYA : Berita pasal kes dia ini boleh dikatakan hampir setiap hari keluar paper dan berita. Pasal hakim la, menteri la, keluarga pesalah la, dan macam² hal lagi. Macam sudah glamour aku rasa dia ini. Ye la, sampai aku pun sudah kenal namanya.:). Masa tu aku dengar berita Sharizat pula yang suruh dia buat rayuan. Ha². Satu lagi, Hishamuddin pun ada komen apa entah, tapi aku sudah tidak ingat.. Lawak betul..Orang tu dah hendak kena sebat dan terima, pihak lain pula sibuk hendak tunjuk simpati. Aku bukan tiada simpati, buat salah terimalah hukumannya.

YANG PALING TAK BOLEH TERIMA : Baru seorang.? Aku rasa punyalah ramai perempuan dan lelaki diluar sana yang minum arak. siap ada bukti yang kukuh dan nyata. Kalau dibandar² banyak mana kelab yang menyediakan arak. Di Kuala Lumpur, banyak mana umat melayu yang hanyut di kelab² dengan meneguk minuman syaitan ini. Bahagian last nanti aku akan tunjukkan gambar dan video peminum² arak. Sangat bagus hukuman ini dilakukan. Kalau boleh biar kesemua peminum arak dikenakan hukuman sebat. Biar berbirat punggung tidak kira lelaki atau perempuan.

Tetapi kenapa kat pahang dahulu hukuman ini dilaksanakan. So, aku berpandangan positif. Mungkin selama ini kerajaan tidak perasan arak ada dijual kot. Mungkin kerajaan pikir kan kat KL sibuk, so orang tak de masa hendak berhibur. sebab itu kes tangkap orang minum arak pertama kali. Kerajaan tak sedar..ha3. lawak..

YANG JANGGAL : Biasalah, kalau hukuman biasa orang bawahan ramai yang kenal. Contoh kalau polis rasuah, yang bawah² je yang kena. Orang atasan lain kira. Owh, satu lagi yang janggal. Orang melayu dalam syarikat arak.? ada je. Artis² pun banyak mana yang minum arak. Siap ada gambar yang terang lagi nyata. Ada kena tindakan apa².? Tiada.. Bagus artis malaysia. Kerajaan tidak kisah anda minum arak.

TAHUKAH ANDA : Tahukah anda bahawa kita ada 3 orang melayu sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat arak Carlsberg.?. adakah anda sedar bahawa bangsa melayu sekarang semakin merempat dibumi sendiri.? Tahukah anda bahawa bangsa melayu sekarang semakin ramai yang minum arak.? Tahukah anda bahawa bangsa melayu sekarang menuju kehancuran moral.? Anda semua mesti tahu semua ini kan. Tahukah anda bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kadang tu agak tidak betul la kalau dipikirkan betul²..?

HARAPAN : Harapan agar makin ramai peminum arak tidak kira lelaki atau perempuan yang dibicarakan di mahkamah dan hukuman sebat dilaksanakan di khalayak ramai. Walaupun aku tahu perkara ini sukar berlaku kerana MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM. Diulang takut ada yang terlepas. DISEBABKAN MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM, MAKA SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN HUKUMAN ISLAM. Pelik bukan.? Sekarang tidak pelik lagi kerana MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM. Dan harapan agar Kartika menerima hukuman ini dengan hati terbuka sejajar dengan apa yang dia pernah lakukan.

ULASAN LAIN : rakyat Malaysia, termasuklah semua bermula dari bawahan hinggalah atasan, kenapa lah riuh sangat. Kenapa lah sibuk sangat dengan hukuman ini. Orang sudah buat salah, kena hukuman , mengaku, mintak hukuman. Tetapi. Kenapa riuh² lagi.? Lagi² pak menteri, orang² atasan, hakim pun sama.
Aduh, lawak sungguh negara Malaysia..

Cepatlah sebat orang yang minum arak (melayu terutamanya). Begitu ramai orang melayu tidak kira lelaki atau perempuan minum arak sekarang ini. Cepatlah tangkap dan jatuhkan hukuman sebat, kerana aku tahu melayu adalah antara bangsa yang mudah tidak sedar diri. (bagi yang tak sedar diri la)

MANA VIDEO DAN GAMBAR LAIN.?
Ok, sebelum aku habis menaip untuk isu ini, suka untuk aku tunjukkan video dan gambar yang pernah ada dalam blog ini ataupun aku ambil di internet.
Agak² la, bila diorang akan disebat. Tidak sabar aku tunggu pesalah arak ini disebat.:)



Adakah anda terlepas tengok video ini.? lebih baik anda tengok.


jom tengok gambar pula ye. Aku masukkan apa sahaja yang berkaitan arak yang aku jumpa. Nanti senang jabatan agama islam hendak siasat tanya. Lagipun aku tunjuk gambar ini supaya kerajaan malaysia sedar arak sudah ada dimana² sebab aku nampak kerajaan sekarang agak buta sikit.
Aksi Perempuan Melayu (terengganu)  Minum Arak











Sudah.
Aku hendak berhenti disini.
Kan kalau aku taip panjang lagi banyak je pihak yang kena maki dengan aku.
Berehat kejap.
Hendak mengenangkan betapa bodohnya orang melayu yang minum arak.
dan mengenang betapa 'butanya' mata kerajaan..
Dan isu² arak yang tidak berkesudahan serta isu sebat pesalah arak yang mana layak untuk digelarkan Malaysia adalah NEGARA LAWAK aka Bangang. (positif bukan.?)

Dato Najib,atau Muhyidin Yasin. atau mana² lagi orang atasan yang berkuasa, tak nak ke komen kat blog aku.?

p/s:aku menghargai kerja yang dilakukan oleh jabatan agama islam. Cuma harap diperhebatkan lagi. Kerana kita sudah dalam keadaan tenat sekarang.

Thursday, August 27, 2009

Nostradamus 2012

7 comments

Apakah yang akan berlaku pada Disember 2012.? Tiada siapa yang dapat dapat meneka dengan tepat. Hanya anggaran yang boleh dilakukan. ada yang kata kiamat akan berlaku, ada yang kata huru-hara besar yang akan berlaku.
Mengkut tamadun maya la, mengikut perkiraan sains la, dan juga merujuk kepada peramal terkenal suatu masa dahulu iaitu Nostradamus ( Nostradamus adalah nama orang ye, bukan tajuk cerita.:)


Kalau tidak silap aku dalam mastika pun ada isu ini.
Dan kesimpulan mudah untuk semua ini adalah, sebagai umat islam seperti yang diketahui, tiada siapa yang mengetahui bilakah kiamat akan berlaku. Tiada siapa yang akan tahu. Cuma, petanda² untuk kiamat berlaku sudah banyak. rasanya tidak perlu untuk aku berceramah panjang tentang tanda² kiamat.

Kalau la betul,(aku merujuk kepada huru hara) ada satu perkara yang patut umat islam berasa gembira.
Aku akan bagitahu bahagian last nanti.:)

Untuk kali ini aku kongsikan sebuah dokumentari, berkaitan 2012 ini, iaitu Nostradamus 2012.


Semestinya untuk tengok dokumentari ini anda memerlukan pemikiran dan pertimbangan yang waras.:)



Download Link :
Nostradamus 2012 : Part 1
Nostradamus 2012 : Part 2
Nostradamus 2012 : Part 3 [ MIRROR ]

Ok, itu link download.
Berkaitan apa yang aku akan kata tadi, kenapa umat islam perlu rasa gembira.

Katakanlah perkara ini betul² berlaku ( huru hara ), (Aku tidak katakan aku percaya ini akan berlaku pada 2012, cuma perkara ini boleh terjadi bila² masa)

Anda tengok bagaimana keadaan umat Islam sekarang.?
Ditindas dan boleh dikatakan dalam keadaan menyedihkan.
Anda tahu apa akan terjadi apabila sudah sampai sangat dengan akhir zaman.?
Islam akan bangkit semula.
Islam akan bersatu semula.
Islam akan kembali meneraju dunia.
Yahudi akan hancur diperang oleh umat Islam.

Bila perkara itu akan berlaku.?
Apabila akhir zaman nanti.

Tidakkah anda tertunggu bilakah islam akan bangkit semula.?
Cuma, anda mestilah berusaha dan berharap anda tergolong dalam golongan 1/3 daripada umat islam yang terus berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Bukankah itu sepatutnya satu berita yang menggembirakan untuk umat islam apabila tiba akhir zaman.?

Wednesday, August 26, 2009

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

1 comments

Kali pertama aku baca tajuk akhbar berita harian hari ini.
Terkejut aku.
Dalam pikiran aku.
Biar betul berita ini.
Takkan Tuan Guru Nik Aziz..

Lepas aku baca berita penuh, dalam hati aku berkata.
Ceh, apa la bharian ni. Macam saje je hendak buat gempak dengan tajuk tu.
Mentang² la nama mangsa tu Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kalau orang biasa yang tidak sama nama, haram hendak letak nama untuk tajuk akhbar.
Kalau nama sama lepas tu ada upacara perkahwinan, ok lagi.
Ini dah la kawan tu meninggal dunia..
Al-Fatihah kepada semua mangsa.


KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama



JetAudio Portable 7.5.1.2

Comments

Rasanya sudah agak lama la aku tidak letakkan software disini walaupun sudah ada beberapa software baru yang aku install kat pc aku ni.:)

JetAudio is integrated, multimedia software made of a single compact rack. Not only does it play various music and video files, it also has features such as CD burning, recording, and conversion to other file formats.

You can create your own Internet broadcast by using JetCast, provided with JetAudio, and you can play all major file formats, including WAV, MP3, MP3Pro, OGG, WMA, MPEG, AVI, WMV, MIDI, RM, and video and audio CD tracks.




Sekarang ini, aku gunakan jetaudio untuk play sebarang file mp3 dalam pc aku. Winamp aku memang tidak install langsung sejak aku format dahulu, kerana winamp bagi aku melambatkan. Hendak buka pun ambil masa.:). Tetapi jetaudio bagi aku lebih ringan.
Dan aku pakai yang jenis install. Bukan portable. Jenis portable ini senang hendak bawa jalan².:)

Kesimpulan mudah, play jenis file audio, aku guna jetaudio. Play file jenis video aku guna media classic dari K-lite Mega Codec Pack..:)




Download Link.

unwanted86


Tuesday, August 25, 2009

Kenapa Anda Jangan Jadi "Gemuk"

4 comments

Gemuk..
Bagi setiap orang tahap gemuk mungkin berbeza. Aku pun tiada skala yang khusus untuk bagitahu bagaimana tahap gemuk diukur.
bagaimanapun, untuk memudahkan, gemuk pada pandangan aku adalah mereka yang tergolong dalam kategori overweight dan obesiti.
Golongan ini mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi 25
Bagi mereka yang tidak tahu berapakan BMI sendiri, bolehlah rujuk disini.BMI calculator
Adakah menjadi satu kelebihan atau kekurangan apabila tergolong dalam golongan yang gemuk/berbadan besar.?
Mengikut pendapat aku, berbadan besar merupakan satu kekurangan dan akan membawa kepada banyak lagi masalah lain samada kepada diri sendiri atau orang lain.

Untuk post ini aku kecualikan orang yang berbadan besar disebabkan penyakit. Sebab itu memang bukan kehendaknya untuk sakit. Tetapi untuk post ini, aku tujukan kepada mereka yang berbadan besar disebabkan pemakanan. Ini kerana bagi aku pemakanan bukanlah satu alasan yang kukuh untuk orang berbadan besar katakan mereka memang dilahirkan dengan berbadan besar.

Berikut adalah sebab yang aku senaraikan,
Kenapa Anda Jangan Jadi Gemuk.


Kesihatan

Kesihatan merupakan antara masalah utama yang mudah dihadapi oleh orang gemuk. Terlalu banyak penyakit yang disebabkan obesiti. Terbaru, kes selsema babi juga mudah berisiko menjangkiti orang yang berpenyakit, salah satu daripadanya adalah mereka yang mengalami obesiti.Penyakit² lain seprti diabetis, darah tinggi dan serangan jantung juga mudah diperolehi.


Join program
Bagi mereka yang berbadan besar, untuk join program yang tidak melibatkan aktiviti yang lasak, tentu tidak menjadi masalah sangat. Tetapi cuba bayangkan kalau aktiviti melibatkan memanjat, emndaki, berlari, melompat dan banyak lagi. tentunya bagi mereka yang berbadan besar amat sukar bagi mereka untuk mengikuti aktiviti ini. Bagi yang aktiviti melibatkan kumpulan, semestinya juga akn membawa masalah kepada kumpulan tersebut.


Sukan
Tidak ramai orang gemuk yang boleh bersukan. terlalu sedikit kalau dibanding kan dengan orang yang bersukan. Sebutlah sukan apa sahaja, boleh dikatakan 90 peratus sukan tidak sesuai dengan orang yang berbadan besar. Hanya sukan tertentu sahaja yang memerlukan orang yang berbadan besar seperti tarik tali. Yang lain², semuanya adalah kekurangan bagi mereka yang berbadan besar.


Kesukaran mendapatkan kerja.

Kebanyakan majikan, mereka inginkan pekerja yang aktif dan senang bergerak sana sini. Dan manjadi orang yang gemuk adalah satu kekurangan apabila melibatkan kerja yang perlu bergerak pantas.Jika ada dua pilihan pekerja yang sama bagus, seorang gemuk, dan seorang biasa. Kemungkinan untuk majikan mengambil orang yang biasa adalah lebih tinggi.


Naik kenderaan

Kenderaan juga merupakan masalah yang selalu dialami oleh orang berbadan besar. Kalau naik lori tak pe la, kalau naik kereta kancil tentu agak sukar untuk 'balance'. Kalau naik motosikal, orang besar akan membawa beban yang lebih kepada motosikal. Kesannya absorber cepat rosak, tayar mudah botak dan tayar mudah bocor.


Kerusi.
Kebanyakan kerusi yang direka adalah direka berdasarkan standard. Kerusi mungkin boleh ditinggikan atau direndahkan, tetapi kerusi tidak boleh laras untuk dibesarkan. selain itu, kerusi juga menjadi masalah utama apabila berada di kedai makan. Kalau kerusi jenis aluminium ok la. Kalau kerusi yang jenis plastik, kemudian buruk pula.Kemungkinan untuk kaki patah adalah tinggi. Dan aku pernah melihat kerusi plastik patah apabila diduduk oleh orang yang gemuk.


Mudah diejek.
Kalu berada di alam dewasa, mungkin situasinya berbeza. Kerana kebanyakkan adlah sudah matang. tetapi kalau di sekolah rendah atau di kampung², orang gemuk adalah antara yang paling senang untuk di ejek. samda panggil boroi, gemuk, gajah dan pelbagai lagi gelaran.


Cepat tersinggung (terasa)
Sebenarnya aku tidak dapat pastikan perkara ini seratus peratus. tetapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, kebanyakan orang gemuk yang aku jumpa dalah jenis mudah terasa.Aku tidak tahu samada itu kebetulan atau tidak.Perempuan terutamanya .Cuba jumpa perempuan dan kata "weh, gemuknya ko". konferm terasa.


Penampilan tidak menarik.

bagi perempuan, penampilan adalah antara perkara yang penting. Biasanya penampilan mencerminkan bagaimana penerimaan orang terhadap mereka. Bagi yang berbadan besar, sukar untuk mereka tampil menarik. Banyak yang tidak kena. Pakai baju kurung nampak besar, pakai sendat nampak lemak. Semuanya tidak menjadi. Nak jadi model.? Sukar sekali.


Rendah diri.
Banyak mana orang gemuk yang dengan bangganya kata mereka hebat. Tidak ramai. Kebanyakkan adalah berada rendah diri. Tidak kira la lelaki atau perempuan. Memang meraka akan senang terasa untuk rendah diri. Lagi² perempuan kerana mereka adalah jenis yang pentingkan penampilan.


Sukar mencari saiz pakaian
Mencari pakaian yang sesuai merupakan antara masalh yang di alami oleh orang yang berbadan besar. Kalau dipasaraya, mungkin tida masalah. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan samada baju program atau baju bundle atau lain², sukar mencari saiz yagn bersesuaian dengan orang yang berbadan besar.

Sukar mencari pasangan

Betul, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. tetapi kita kena berusaha. Kalau tidak, tiadalah istilah mengorat.:). Bagi lelaki, mungkin masalah yagn dialami tidaklah begitu besar. Tetapi bagi perempuan yang berbadan besar, untuk menjumpai pasangan adalah satu perkara yang paling bermasalah. Ini kerana, realitinya, lelaki tidak berminat dengan perempuan yang berbadan besar. Ya, itulah realitinya.

-----------------------------------------------------------------

Apa yang aku post dari pandangan aku.aku tidak membuat rujukan dari buku atau pape. mungkin ada juga yang aku tahu dari pembacaan dan pengalaman aku sendiri.
tujuan aku buat post ini bukanlah hendak merendahkan sesiapa yang dalam golongan badan besar.
tetapi hakikatnya begitulah.
Banyak maslah yang dihadapi jika seseorang berbadan besar.
Berbadan besar adalah satu kekurangan, bukan kelebihan.
Bagi yang berbadan besar/gemuk. Anda perlu berubah..
Ya, anda perlu berubah.
Kalau anda kerap sangat makan, kurangkan makan.
Biar anda sengsara seketika untuk kurang makanan, daripada anda sengsara dikemudian hari.
Jangan terus rasa kecewa dengan kata² orang yang mengejek.
Kerana selagi anda tidak berubah, selagi itulah pandangan orang tidak akan berubah dan berterusanlah anda akan membawa masalah samada kepada diri sendiri atau orang lain.

Jangan harapkan pandangan orang untuk berubah dahulu, kerana anda (orang yang berbadan besar) patut berubah dahulu.

Harap rakyat Malaysia tidak jadi seperti warga Amerika yang mengalamai masalah obesiti yang teruk.

Monday, August 24, 2009

Zee Avi - Kantoi

10 comments

Ada ke kat sini yang tidak kenal Zee Avi.?
ah, aku rasa ramai yang tidak kenal. Sebab dia bukan selalu muncul di televisyen pun ( Tak pernah pun aku rasa.:)

Tetapi bagi sesiapa yang selalu buka youtube ataupun selalu berjalan² di alam maya internet ini, kemungkinan besar untuk berjumpa post berkaitan Zee Avi adalah tinggi juga.
kalau sebelum ini anda tidak pernah dengar nama Zee Avi, sekarang anda sudah tahu.
Dari blog ini.
Ini menunjukkan bahawa anda seorang pelayar internet yang tegar (ye ke:)

Sebenarnya ada banyak lagi lagu² dia yang boleh korang dengar dari channel di di youtube. Oh, untuk makluman, nama untuk channel dia di youtube adalah kokokaina . (aku tak tahu la kenapa dia pilih nick ni. tak sempat hendak selidik pula.)

Berkenaan lagu ini, aku rasa ini antara yang best aku dengar dari dia. Tajuk kantoi. Apa kata kalau korang layan dahulu lagu dia ini. Baru korang akan tahu memang best dan sempoi lagu dia.:)




Aku pun tidak tahu kenapa tajuk lagu ini kantoi.
Mungkin kena tanya Zee Avi sendiri kenapa.
Macam ada pengalaman je sehingga lagu ini diterbitkan.:)

Amacam.? anda sudah dengar belum.?
Best bukan..:)

Cara Buat Kuda Kaca + Teori Kaca

8 comments

Tentu anda pernah melihat dolfin atau kuda yang diperbuat daripada kaca bukan.?
Tidak suka runtuk mencari barangan ini sebenarnya.
Kebiasaannya di shopping complex akan ada jual barang ini.
Kalau tidak pun pasaraya kecil pun ada jual hiasan ini. (kat tempat aku pasaraya One Stop aku nampak ada jual.)
Dan mungkin juga di rumah anda ada perhiasan kaca ini.

Biasanya barangan kaca / mudah pecah akan ada satu label berhampirannya.
Contohnya.(awal² sudah bagitahu.:)


Anda tentu pernah juga melihat kuda kaca bukan.?
Pada pikiran anda mesti susah hendak buat kuda kaca ini memandangkan kena buat ekor, kaki, kepala, badan dan lain².
Tetapi, selepas anda tengok video ini, anda akan tahu rupanya senang je hendak buat kuda kaca itu.:)



Bagi anda yang tiada pengalaman, dilarang sama sekali mencuba teknik ini dirumah anda tanpa perhatian seorang profesional..:)

Owh, satu lagi untuk pengetahuan bersama.
Kaca sebenarnya kalau mengikut hukum adalah dalam keadaan cecair yang tersangat pekat. Oleh itu adalah salah jika anda katakan bahawa kaca adalah pepejal. Tetapi kita semua sudah biasa mengatakan kaca adalah pepejal kerana merujuk kepada fizikalnya. Sukar untuk dipercayai bukan.?

Walau bagaimanapun, saintis masih lagi bercanggah pendapat berkaitan ini. Ini kerana, dalam sifat mekanikal, ianya menyerupai pepejal, tetapi dari segi strukturnya ia adalah dalam bentuk cecair.

Contoh yang aku boleh bagi adalah. Bayangkan seorang lelaki, kemudian hendak bertukar menjadi perempuan. berpakaian seperti wanita, suntik sana sini. Dan akhirnya menjadi cantik seperti seorang perempuan. Oleh itu, pada pandangan umum/kasarnya, orang itu adalah perempuan sedangkan hakikat sebenarnya dia adalah lelaki.!

Kalau aku,sebab itu aku masih beranggapan kaca adalah cecair, cuma bentuknya sahaja dalam pepejal.
Anda pula bagaimana.?

Pelbagai Koleksi Pakaian Bundle

2 comments

Anda biasa dengar apa itu pakaian bundle.?
Bagi lelaki mungkin biasa dengar dan beli (aku tergolong dalam golongan beli juga sebenarnya.:), Bagi perempuan mungkin pernah dengar bundle tetapi tidak pernah beli ( baju gaun tiada di bundle aku rasa.:)
bundleaddict

Kali ini aku akan buat promosi free untuk satu blog, yang menjual pakaian bundle.,http://bundleaddict.blogspot.com/
Aku sudah tengok blog tersebut dan sedikit usyar apa yang ada, memang menarik apa yang ada. Anda pun patut tengok apa yang ada dalam blog bundle ini.:)

Ada pelbagai baju, seluar dan topi pun ada. Aku ada tengok satu selau jeans, cam ok je.:)
Anda boleh tengok sendiri pelbagai koleksi yang adai. (aku tgk yang sponege bob masih avaible.:)

Berikut beberapa tag yang aku ambil dari blog bundle ini., ada banyak lagi tp x larat nk copy.:)



Bagi yang selalu beli pakaian bundle, atau yang hendak tahu apa itu bundle, atau mungkin hendak tengok samada pakaian tersebut cantik atau tidak, apa kata anda melayari blog ini, http://bundleaddict.blogspot.com/ , mana la tahu kot² terbuka hati untuk membeli pakaian yang ditawarkan.:)


Sunday, August 23, 2009

The Malaysian Standard Time

3 comments

Cuba tengok jam yang ada di sekeliling anda.
Pukul berapakah sekarang.?

Jika sekarang anda berada di Johor, adakah waktu pada jam anda sama dengan jam kawan anda.? adakah waktu anda itu sama dengan waktu di Pulau Langkawi.?
Adakah anda pasti jam anda itu betul, dan jam orang lain salah.?

Persoalannya, bagaimanakah anda menentukan bahawa waktu anda itu mengikut standard time untuk Malaysia.?

Lagi² sekarang bulan puasa. Antara paling penting dalam bulan puasa adalah waktu berbuka dan juga bersahur. Bagaimana anda hendak pastikan sudah masuk waktu berbuka atau berpuasa jika kawasan anda tidak mendengar laungan azan.? atau mungkin pada masa itu tv rumah anda rosak.? (tv pun azan waktu Kuala Lumpur.:)

Untuk semua maslah berkaitan masa di Malaysia, ini adalah penyelesaiannya.:)
Klik Gambar bawah ini untuk menentukan samada waktu pada jam/handset anda itu betul atau tidak.:)



Adakah anda sudah tahu waktu berbuka untuk kawasan anda untuk jangka masa sebulan.?
Jika belum , anda boleh ketahuinya disini,
jadual berbuka dan imsak 2009

Waktu yang tepat sudah ada, jadual imsak dan berbuka pun sudah ada.
Sekarang tunggu masa untuk berbuka je la.:)
Boleh la pastikan samada masjid atau surau berdekatan tepat atau terlebih sikit.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted