Cukupkah duit raya anda untuk tahun ini untuk beli topup sebulan anda.?
Kalau anda terasa hendak duit raya tambahan, apa kata anda baca entri ini untuk menyertai contest sempena lepas raya yang tersangat mudah untuk disertai ini. Dijamin sangat mudah.:)
Aku tahu setiap korang mesti beraya sakan tahun ini.
Dan bila sudah habis cuti dan kembali naik belajar atau kerja, mesti ada pelbagai cerita² menarik yang ingin dikongsikan bersama kawan² sekuliah atau setempat kerja dan lain².
Apa kata kalau anda kongsikan cerita raya anda bersama saya (dan mungkin juga orang lain) untuk turut merasai suasana hari raya anda. Bukankan begitu baik untuk berkongsi kisah anda supaya saya pun dapat sama merasai kemeriahan hari raya anda.?.:)
Apa hadiah untuk cerita paling menarik.?

Wang tunai berjumlah (boleh la untuk contest mudah ini ye.:) atau ditukarkan kepada topup dengan nilai yang sama.
Apakah syarat² untuk menyertai contest ini.?
1) Peserta adalah seorang Muslim
2) Warganegara Malaysia
3) Peserta menyambut Hari Raya pada tahun 2009.:)
Bagaimana untuk menyertai contest yang dikatakan teramat mudah sempena selepas raya ini.?
1) Buat satu entri dalam blog anda dengan tajuk bebas, tetapi entri berkaitan apa sahaja cerita pada hari raya anda. Ye, semuanya pasal kisah anda dihari raya..:)
2) Jika sudah buat entri sebelum ini pasal raya dalam blog anda, lagi mudah, tidak perlu buat entri lain, guna sahaja entri yang lepas (mesti cerita raya). Jika anda ingin membuat entri baru pun, tiada masalah.
3)Sila copy code di bawah dan paste sebelum anda menaip cerita anda.:). Jika sudah ada entri pasal raya sebelum ini, cuma edit dan pastekan code di bawah sebelum cerita anda itu.:)
4) Apabila sudah siap, publish seperti biasa dalam blog anda, kemudian Hantarkan link entri anda itu diruangan komen blog ini.
(ini untuk memudahkan saya membaca kisah hari raya anda di blog anda.:) Ingat, hantarkan link entri sahaja.
Contoh link "http://unwanted86.blogspot.com/2009/09/bestnyaraya.html
5) SIAP. Itu sahaja. Mudah bukan.?.:)
Tarikh tutup penyertaan.?
Penyertaan akan ditutup pada 3/10/2009(Sabtu) pada pukul 11.59Malam.
Bagaimana pemenang dipilih?
Pemenang dipilih berdasarkan cerita paling menarik pada pandangan unwanted. Tiada pilih kasih samada kawan terdekat, saudara, atau sesiapa sahaja. Sesiapa sahaja berpeluang untuk menang dengan cerita masing².:)
Unwanted berkuasa mutlak untuk memilih cerita paling disukainya tanpa pengaruh mana² pihak.
Hadiah.? (kan dah bagitahu tadi.:)

Wang tunai RM30 (cimb) atau topup dengan nilai yang sama.:)
Bilakah pemenang akan diumumkan.?
Pemenang akan diumumkan pada 5/10/09 (Isnin)jam 11.59Pagi
Penting : Satu entri sahaja untuk satu blog.
Ada sebarang pertanyaan lagi.?
Sila kemukakan di ruangan komen.:)












































