Saturday, October 31, 2009

Image Magnify - Tutorial

48 comments

Adakah anda pernah melihat kesan khas pada gambar yang terdapat dalam entri ini, Image Magnify - Test Mode

Bagi yang sudah mengikuti blog ini, aku tahu korang mesti tak sabar² hendak tahu kod untuk kesan itu kan,:). Dan untuk memenuhi janji, aku buat tutorial ini khas kepada semua. Diharapkan blog korang akan lebih menarik dengan kehadiran kesan khas ini.:)

Kalau anda masih baru dan rasa tidak faham sangat. Ini apa yang aku hendak tunjukkan.
PENTING: pastikan page untuk entri ini telah dibuka sepenuhnya, baru korang akan dapat lihat kesannya. So kena la tunggu sekejap bergantung kepada kelajuan internet korang.:)

Apabila sudah dibuka sepenuhnya, Cuba klik pada gambar di bawah..




Nampak bezanya berbanding gambar² biasa apabila anda klik kan.?

dan inilah tutorial yang anda tunggu²..:)


1) Copy code di bawah, kemudian letakkan di HTML/javascript dalam blog anda.
(Dashboard > layout > add page element > HTML/javascript )
Jika masih tidak jelas lagi, klik sini.

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>

<script src="
http://www.yourjavascript.com/610310434009/unwanted86.blogspot.com.js" type="text/javascript">

/***********************************************
* Kod telah di'edit' oleh unwanted
* Pastikan notis ini tidak dibuang untuk menghargai kerja² edit yang dilakukan oleh unwanted
* -- Sharing Is Caring -- http://www.unwanted86.blogspot.com --
***********************************************/
</script>



2) Apabila sudah letak code tu, save sahaja seperti biasa..

Siap untuk bahagian letakkan kod asas..

Seterusnya, adalah kod yang anda perlu letakkan bersama dengan url gambar yang anda hendak post dalam blog..(kod asas tadi perlu letak sekali je. Kod bawah ini diperlukan untuk membuat kesan tersebut pada gambar.)

<img src="url gambar disini" class="magnify" data-magnifyby="2" style="width:200px; height:150px cursor: url(magnify.cur), -moz-zoom-in; " />



Keterangan :

  • url gambar disini : Masukkan url gambar.
  • 2 : Skala pembesaran. Bergantung kepada width dan height. Nilai lebih besar dari 1 akan membesarkan gambar, nilai kurang dari satu akan mengecilkan gambar contoh 0.5
  • 200 : Masukkan lebar gambar yang anda rasakan bersesuaian
  • 150 : Masukkan tinggi gambar yang anda rasakan bersesuaian



Untuk melihat contoh perbezaan skala,width, height, Sila klik gambar di bawah untuk melihat contohnya.

width=200, height=150, skala=2.5


width=150, height=110, skala=2


width=450, height=200, skala=0.5



Biasanya apabila anda sudah mencuba beberapa kali, anda kan tahu berapa nilai width, height, dan scale yang bersesuaian untuk blog anda..

-------------------------

Amacam, sudah menjadi belum kesan khas gambar ini pada blog anda.?
Aku tahu siapa yang sudah menjadi tu mesti tersenyum girang..ha3.

Kalau anda belum cuba lagi, baik anda cuba kerana trick ini jarang sangat aku jumpa kat internet. Dan korang pun jarang jumpa kan (entah² tak pernah jumpa.:).
So, jadilah antara blogger yang mempunyai trick yang unik berbanding orang lain.

Dan, apabila sudah mejadi..
Bukan masanya untuk simpan sorang² ye.
Bagitahu kawan² atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui.
Kerana ilmu yang ada untuk dikongsi, bukan disimpan.

Bukankah Sharing Is Caring..:)


Happy Blogging..:)


Monday, October 26, 2009

50 Fakta Lelaki vs Perempuan

8 comments

Sebelum ini aku ada jalan² ke blog wanseedah, terjumpalah beberapa fakta tentang lelaki dan perempuan. Bagus juga tambah sedikit pengetahuan am sempena minggu study week ni.:). Kalau tidak pun, bagi melegakan sedikit otak sementara dalam mood study masih ada ni(ye ke ada.ha3).(Study week, tapi kerja tak habis².:)

Jom kita baca 50 fakta tentang lelaki dan perempuan.:)



1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan.
Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki

17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus mhasilkan sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, laki-laki 113 saat.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Sunday, October 25, 2009

Oh Bangsaku, Melayu

4 comments

MELAYU..
Sebuah bangsa yang majoritinya tinggal di Malaysia.
ada juga tinggal di Indonesia dan lain², tetapi begitu sinonim dengan Malaysia.
Sebuah bangsa yang mempunyai pelbagai budaya serta dialek yang berbeza ataupun hampir sama bagi setiap negeri.

Aku Melayu..
Ibu Bapa aku melayu.
Adik beradik aku melayu.
Kawan² aku ramai yang melayu..
Memang ramai melayu disekeliling aku.

Ada Melayu Semenanjung
Ada Melayu Sabah dan Sarawak
Ada Melayu Singapura.
Dan banyak lagi jenis² melayu.

Apabila ditanya dari mana Melayu berasal.?
Biasa jawapan yang kita dengar adalah dari Nusantara.
Betul jawapan itu. Memang benar melayu adalah salah satu pecahan dari Nusantara.



Jom kita soroti sedikit sejarah..

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau


Dahulu,
sebut sahaja Melayu, gerun bagi sesiapa yang mendengar..
Pelayar yang hebat.
Peniaga yang berjaya.
Pahlawan yang terkenal.
Semangat patriotik yang begitu tinggi.
Penuh dengan kesopanan dan budi bahasa.

Tetapi itu dahulu..
Sekarang.?
Melayu - Malas
Melayu - Jatuhkan bangsa sendiri
Melayu - Hasad dengki
Melayu - Arak
Melayu - Clubbing

Bukan hendak kata tiada yang tidak baik tentang melayu. ada. Banyak juga yang baik². Tetapi perkara yang tidak baik bertambah saban hari. Tidak kira masalah sosial, rempit, dadah, dan banyak lagi masalah. Hilang tanda kemegahan melayu, timbul kekurangan melayu dek terlalu banyak perkara negatif yang dicetuskan oleh bangsa sendiri.

Aku.?
Bukanlah hendak membuka keburukan melayu untuk mencemarkan bangsa sendiri.
Cuma sekadar peringatan dan juga pendedahan, apa yang sebenarnya telah berlaku dalam bangsa Melayu ketika ini.
Supaya kita sama² sedar dan mengambil iktibar.

Melayu Oh Melayu.
Apa Sudah Jadi Denganmu..


Saturday, October 24, 2009

How It's Made : Aluminum Cans

1 comments

Siapa di sini yang tidak pernah minum / beli minuman dalam tin.?
Tidak kira la Pepsi ke, Coke ke, 7up ke, apa² je la asalkan dalam tin..

ah, senang sungguh jawapannya kerana aku tahu korang pernah minum..
sebab aku nampak budak kecik² pun sudah minum minuman dalam tin ni, apatah lagi korang yang sudah besar panjang ye..:)

Tetapi, adakah korang tahu bagaimana tin tersebut dibuat.?
Bagi yang kerja kilang buat air tin tahu la. Tapi macam aku ni, bagaimana la hendak tahu selain tengok video.:)

Dalam dua hari lepas, aku ada lepak² minum dengan member aku kat warung. Makan malam. Tidak tahu le kenapa, hari tu mari 'pening' sikit. Order roti nan, pastu beli air tin 7up. Masuk tak ek.? Boleh la kot.:)

Sambil² aku minum tu, teringat dalam pc aku ada video bagaimana tin minuman ini dibuat. So aku sudah terpikir untuk post dalam blog aku. Sebab tu aku ambil gambar..:). Dan di bawah adalah video secara ringkasnya bagaimana tin ini dibuat di kilang..





Kalau la terasa hendak download..:)

DOWNLOAD NOW


Friday, October 23, 2009

Image Magnify - Testing Mode

22 comments

Sebenarnya entri ini hanyalah untuk percubaan sahaja.
Percubaan kepada satu lagi trick untuk blogspot.
aku tidak tahu samada ia memberi kesan yang besar atau tidak.
Sebab tu aku buat test mode dahulu.
Dan semestinya kerjasama anda yang melawat blog ini sangat diperlukan..:)

Adakah anda perasan apa² yang berlainan dalam post ini.?









UPDATE.

Tutorial untuk image magnify ini boleh didapati disini : Tutorial Image Magnify

Thursday, October 22, 2009

Internet Download Manager 5.18 + Patch

9 comments

Sebelum ini beberapa pengunjung yang menghadapi masalah untuk download dan install internet download manager yang aku post terdahulu.
Jadi kali ini aku uploadkan lagi software ini,
Kalau tidak silap aku ini paling latest semasa entri ini ditaip.
Ada sekali patch dalam folder yang aku upload ni.

Dan bagi sesiapa masih tidak menggunakan IDM, eloklah kiranya anda mencuba tool yang sangat bagus ni.:)

Internet Download Manager (IDM) is a tool to increase download speeds by up to 5 times, resume and schedule downloads. Comprehensive error recovery and resume capability will restart broken or interrupted downloads due to lost connections, network problems, computer shutdowns, or unexpected power outages. Simple graphic user interface makes IDM user friendly and easy to use.Internet Download Manager has a smart download logic accelerator that features intelligent dynamic file segmentation and safe multipart downloading technology to accelerate your downloads. Unlike other download managers and accelerators Internet Download Manager segments downloaded files dynamically during download process and reuses available connections without additional connect and login stages to achieve best acceleration performance.






Download Link.

DOWNLOAD NOW


TIPS.:

1) Bagi yang masih baru,ingin mengetahui bagaimana untuk install dan patch software ini, boleh merujuk kepada tutorial disini, Tutorial Install IDM n tips.

2) Bagi yang ingin menambahkan lagi kelajuan download sedia ada boleh merujuk kepada entri ini.Tambah kelajuan download IDM



Wednesday, October 21, 2009

Buang Bayi - Kenapa Perempuan Dipersalahkan.? : Part 1

32 comments

Sebelum ini aku ada membuat post berkaitan masalah yang melanda apabila tibanya bulan Oktober saban tahun. Masalah yang sebenarnya berlaku hampir setiap hari, tetapi peningkatan yang mendadak pada bulan Oktober. Masalah buang bayi. Dan memang tidak akan asing jika kebelakangan ini anda akan membaca akhbar yang menyiarkan kes buang bayi.

Jika anda masih lagi belum membaca apa apa yang aku taip sebelum ini. rasanya elok juga anda membaca 2 post aku terdahulu iaitu
1)Buang bayi - Musimnya Sudah Bermula
2)Buang Bayi - Kan Aku dah Kata

Rasanya lepas anda baca 2 entri sebelum ini, barulah sesuai anda membaca entri ini, Buang Bayi - Kenapa Perempuan Dipersalahkan.
buang bayi

Untuk entri ini, aku sebenarnya aku hanya pikir untuk buat satu entri sahaja. Tetapi selepas aku menaip, tidak sedar pula bahawa entri sudah agak panjang. oleh itu aku buat 2 part. Apa yang korang baca ini adalah part 1 dahulu. Nanti aku akan post pula part 2.

Ini kerana pada mulanya aku hanya ingin buat huraian. Tetapi ada satu ketika terlintas dalam pikiran aku untuk buat bentuk lain. Huraian dan perbincangan pasal ini mungkin anda pernah jumpa samada dalam internet atau majalah.

Mungkin anda tidak pernah membaca kes buang bayi dalam bentuk kronologi. So, tujuan aku buat dalam bentuk kronologi supaya untuk lebih memudahkan pembaca menilai dari aspek pembacaan yang berbeza. Dari kronologi ini, anda boleh menilai mana bahagian 'salah' lelaki, dan mana bahagian 'salah' perempuan.
Bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa dan tidak mencari penyelesaian. Tetapi sebagai renungan dan juga untuk kesedaran kepada masalah yang semakin menjadi² ini.

Berikut adalah keratan Harian Metro pada 19 Oktober


Metro 19 oktober 2009

Nota iringi mayat bayi

PONTIAN: “Maafkan saya, saya terpaksa tinggalkan arwah anak saya dan tolong kebumikannya. Saya mangsa penganiayaan selamat bersalin Ahad jam 6.10 petang,” demikian isi kandungan sekeping nota ditemui bersama mayat seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di depan Klinik Kesihatan Parit Haji Arif, Benut di sini, Isnin lalu.



Memang agak kebetulan aku hendak buat entri ini, dan terbaca berita seperti ini.
Sebelum ini aku tidak merancang pun untuk menerbitkan keratan akhbar.

Dan apabila bercakap pasal buang bayi, semestinya ramai yang akan menyalahkan perempuan. Terutamanya lelaki.! dan perempuan juga akan menyalahkan perempuan, tetapi ada juga jenis yang memahami jiwa kenapa seorang perempuan membuang bayi.
Perempuan lebih memahami jiwa perempuan. Betul kan.?. Bukan hendak kata simpati semata², tetapi bagi mereka yang berpikir panjang, mereka akan tahu bahawa salah asalnya adalah lelaki. Tetapi masyarakat terus berprejudis terhadap perempuan yang membuang bayi..

Buang bayi ini dibuat oleh beberapa golongan perempuan yang tertentu. ada dari golongan 'baik' dan ada dari golongan yang 'tidak baik'. anda tidak boleh andaikan bahawa perempuan yang buang bayi adalah perempuan yang jenis clubbing, merokok, dan minum arak. Malahan pelajar sekolah agama pun boleh terlibat dalam kes buang bayi.
pelajar sekolah agama buang bayi


Cuba anda baca kembali keratan akhbar di atas, menurut pembuang bayi, dia telah dianiaya. Memang kita tidak tahu samada betul atau tidak. Kita tiada bukti. Tetapi berdasarkan dari apa yang aku baca lepas², kebanyakan kes buang bayi ini datangnya dari golongan yang 'baik', yang ditipu oleh agenda jahat lelaki dan juga golongan perempuan yang masih belum matang untuk menongkah arus kehidupan.

Aku akan buat satu kronologi yang aku reka sendiri. Ya, aku reka sendiri yang menunjukkan bagaimana satu kemungkinan yang boleh terjadinya ke buang bayi. Walaupun ada yang mengatakan ada pelbagai cara yang boleh terjadi sampai kes buang bayi, tetapi kes ini adalah salah satu cara yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini seterusnya kemungkinan untuk berlakunya kes buang bayi..


Anda Baca, Anda Pikir, Anda Nilai....

  • 1)Saat mula berkenalan, adalah biasa bagi seorang lelaki akan memikat seorang perempuan. Ada juga yang perempuan memikat lelaki. Tetapi kurang. Semasa hendak tackle sesorang awek, pelbagai cara yang digunakan untuk membuat si perempuan terpikat.


  • 2)Apabila sudah terpikat, biasalah untuk saling berbalas sms, keluar makan bersama², menonton wayang dan pelbagai lagi masa yang dihabiskan bersama.


  • 3)Pada permulaan keluar bersama, jarang sekali pasangan akan terus berpegang tangan, suap menyuap atau berpeluk pinggang. Memang pelik kalau kali pertama sudah pegang tangan. Masa permulaan hubungan, biasanya diambil untuk mengenal hati dan budi.


  • 4)Setelah dalam jangka masa yang tertentu, si lelaki akan mula berani untuk memegang tangan perempuan. dan seterusnya apabila lama sedikit sudah pandai peluk pinggang.
    Ya, lelaki yang mulakan dahulu.


  • 5)Bagi perempuan yang berada dalam kategori "baik", pegang tangan mungkin biasa tetapi bagi yang "sangat baik" sukar untuk pegang tangan. Tetapi dengan pujuk lelaki, akhirnya bagilah juga untuk pengang tangan. Lelaki yang 'melanggar' batas sepatutnya.


  • 6)Setelah sekian lama berpegang tangan, dan suap menyuap. Sampai kepada satu tahap lagi. iaitu mencium pipi. Permulaannya akan ditentang keras oleh perempuan. Dan dek pujuk rayu lelaki,bagilah pipi untuk di cium oleh lelaki. masih lagi salah lelaki. Perempuan adalah mangsa pujuk rayu. Jangan asyik kata perempuan tak boleh jaga diri, lelaki pun tidak boleh jaga diri. Lelaki yang meminta.!


  • 7)Cium pipi tidak akan berhenti begitu sahaja, apabila sudah lama, lelaki akan meminta satu lagi perkara dari perempuan, iaitu cium mulut. sama keadaannya seperti cium pipi tadi, memang akan ditentang keras pada permulaannya. Lama kelamaan, akibat pujuk rayu lelaki, dan rasa sayang terhadap lelaki maka ciumlah mulut... Bagi lelaki, memanglah best, tetapi bagi perempuan ada yang best, ada yang tidak rela tetapi terpaksa. Lelaki yang salah.


  • 8)Selepas agak lama, pasangan akan berpikir untuk pergi melancong kemana²..Dan kes seterusnya yang aku bagitahu juga boeh terjadi tanpa melancong.!. Pada mulanya mungkin dekat² sahaja, tetapi lama² akan pergi jauh. dan bagi yang pergi jauh dan terpaksa bermalam, bermulalah episod hitam dalam hidup seseorang perempuan.


  • 9)Bagi lelaki, seboleh-bolehnya dia ingin tinggal sebilik dengan perempuan. Tetapi bagi perempuan, buat pertama kalinya, atau baru², mereka akan takut untuk tinggal sebilik. Ye, perempuan pikir tentang keselamtannya. Tetapi lelaki akan memujuk perempuan untuk tinggal sebilik. Kemungkinan ayat yang dikeluarkan oleh si lelaki adalah :

    " ala sayang ni, takkan dengan abang pun sayang tidak percaya. sayang kan sudah lama kenal abang. abang kan boyfriend sayang. Lagipun kan kita hendak bercuti je".

    dan perempuan, hendak tak hendak,setelah didesak berkali² terpaksalah bersetuju dan dengan harapan lelaki mengotakan janjinya untuk tidak melakukan apa²!.


  • 10)Apabila sudah melancong dan tinggal sebilik. saat hitam dalam hidup perempuan menjelma. Lelaki akan mengajak perempuan untuk melakukan seks. Perempuan akan menolak sekeras-kerasnya. dan mungkin ada yang menangis untuk menolak pemintaan lelaki. Tetapi lelaki akan terus meminta dan menabur pelbagai janji² yang manis.


  • 11)Seks kali pertama bagi perempuan untuk kes seperti ini boleh terjadi dalam 3 cara (dan mungkin juga cara² lain)

    • i )Si lelaki memasukkan pil tidur ke dalam minuman.
      ii)Perlakuan seks dilakukan sepenuhnya dengan kekerasan
      iii) Perlakuan seks dilakukan dengan keadaan paksa-rela oleh perempuan.


  • 12)Bagi keadaan paksa-rela, pada asalnya perempuan menolak untuk melakukan hubungan seks. Tetapi selepas dipujuk oleh lelaki, maka perempuan terpaksa merelakan tubuh diratah oleh lelaki. Antara ayat² yang famous yang digunakan oleh lelaki untuk memerangkap perempuan buat pertama kali adalah :

    • i)sayang, abang berjanji abang akan mengambil sayang sebagai isteri selepas ini. abang bertanggungjawab dengan apa yang abang lakukan.
      ii)sayang, apa buktinya sayang betul² sayang dan cinta kat abang. Abang minta ini pun tak boleh.
      iii)Hanya sayang seorang yang bertahta di hati abang. Abang tak sanggup untuk kehilangan sayang, sebab itu abang minta untuk kita lakukan hubungan seks. Selepas ini, tiada siapa dapat memisahkan kita lagi.


  • 13) Setelah dipujuk rayu oleh lelaki durjana (LELAKI YANG JAHAT) maka berlakulah sesuatu yang tidak akan kembali lagi dalam hidup perempuan, DARA, dan juga akan teringatlah kisah kali pertama dia melakukan hubungan seks sehingga akhir hayatnya..
    Menyesal atau tidak, ianya telah berlaku. Dan semuanya disebabkan oleh si lelaki yang durjana. jangan salahkan perempuan tidak pandai jaga badan, salahkan lelaki tidak pandai jaga diri dan pasangan.


  • 14) Apabila kali pertama melakukan hubungan seks, kebiasaannya perempuan akan menangis mengenangkan apa yang di telah lakukan. Memang normal perempuan akan menyesal setelah hubungan seks selesai buat pertama kalinya. si lelaku durjana akan memujuk dengan kata² yang manis seperti

    • i)sayang, jangan bimbang abang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku antara kita
      ii)Sayang dah buktikan memang sayang cintakan abang sahaja. abang pun seperti itu, cintakan sayang seorang sahaja
      iii)Sayang jangan menangis, selepas ini tiada apa yang dapat memisahkan kita


  • 15) Dan akhirnya setelah dipujuk rayu dan ditabur janji² manis, perempuan akan mempercayai kata² lelaki itu. Ya, harapan perempuan tinggi sekali untuk si lelaki bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku antara mereka berdua...


  • 16) Habis disitu kisah di kawasan peranginan yang merupakan permulaan kisah hitam dalam hidup seorang perempuan..satu sejarah yang pasti akan dikenang sepanjang hayat oleh seorang perempuan. Bagi lelaki, mungkin juga akan ingat. tetapi kisah lelaki dan perempuan bagi kes melakukan hubungan seks adalah kisah yang berbeza.....


  • -----------------------------------------------------

    Adakah kisah ini akan habis begitu sahaja dan lelaki akan tidak mengulangi perbuatan itu dan terus melamar perempuan tersebut untuk berkahwin..?
    TIDAK.....
    Silaplah siapa yang akan kata habis begitu sahaja..
    Siapa yang tidak kenal lelaki.?
    Kalau 10 orang lelaki, berapa sahaja yang boleh dipercayai untuk kes ini.?

    Cukup disini dahulu aku buat kronologi "ke aras" kes buang bayi..
    Mungkin korang pun boleh agak selepasnya.
    Tetapi aku akan teruskan juga untuk part 2 kemudian hari.

    Even dalam kes kronologi 1 seperti ini, orang ramai masih lagi menyalahkan perempuan kerana tidak pandai menjaga diri.! sedangkan lelaki penuh dengan sifat kedurjanaan.. Pelik sungguh..

    Untuk part 1 ini,
    Anda nilai sendiri..
    Mana salah lelaki..
    Mana salah perempuan...

    Untuk part 2, aku akan buat sambungan untuk kronologi seterusnya dan huraian serta kesimpulan kepada topik 'Buang Bayi - Kenapa Perempuan Dipersalahkan"


    To be continued..........


    Tuesday, October 20, 2009

    Hang Tuah Gagal SPM.? Biar Betul..

    11 comments

    Berita tergempar !..
    Setelah sekian lama, kisah Hang Tuah diselubungi mesteri, kini satu misteri yang tidak dijangka sama sekali telah terungkai.Satu rahsia yang terimpan kemas sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka akhirnya terbongkar juga.

    Satu bukti yang cukup konkrit yang menyatakan Hang Tuah telah gagal dalam peperiksaan SPM. Memang sukar dipercayai..Tetapi selepas anda menonton video bukti ini anda akan mempercayainya.



    Sebuah video yang sangat sesuai kepada sesiapa yang tidak menyukai sejarah, ataupun yang menyukai sejarah. Sama-sama kita saksikan..:)



    Amacam, betul atau tidak bukti ni.
    Hang Tuah telah gagal SPM...:)

    Memang kreatif la siapa yang buat ni.
    Siap dengan sleng Kedah lagi tu..
    Mungkin Hang Tuah dahulu asal Kedah kot..
    Terbahak² aku ketawa...ha3

    erm..
    Satu lagi.
    Dahulu dah ada SPM ke.?
    Mungkin bukan Sijil Pelajaran Malaysia kot.
    tetapi Sijil Pendekar Melaka..ha3

    Terungkai sudah akhirnya..
    Sebuah mesteri yang tidak pernah diketahui sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka..:)


    Monday, October 19, 2009

    Syurga Cinta [movie]

    11 comments

    Rasanya sudah agak lama la aku tidak berkongsi cerita.
    Apa salahnya jika entri kali ini aku letakkan sebuah cerita Melayu.
    Hendak kata lama, tidakla juga. Hendak kat baru, pun tidak juga.
    Sedang² kot.:). Bagi siapa yang sudah tengok tiada masalah utnuk tengok lagi.)
    Bagi yang belum tengok, bolehlah download.:)

    Sebenarnya aku agak kurang tengok cerita sejak kebelakangan ini.
    aku lebih suka tengok video² pendek yang aku download dari mana entah, apa yang aku jumpa aku download. Kalau hendak berkongsi disini, terlalu banyak pula. Biasanya aku pilih la mana satu hendak upload..:)

    Kisah tentang cerita Syurga Cinta ini aku rasa memang best bagi filem melayu. Lakonan Heliza, Awal dan juga budak kecik yang lawak, apa nama entah dah tak igt.:).
    Cerita yang keseluruhan aku rasa ada element lawak, dan juga ada element pengajaran. Dan semestinya sesuai ditonton ketika waktu lapang..:)
    Aku bagi 4 bingtang untuk cerita ini.
    Rugilah siapa yang tidak tengok cerita ini.:)





    Dan mungkin bagi yang belum tengok akan tertanya² kenapa filem ini diberi tajuk Syurga Cinta dan dari mana asal tajuk ini.
    Bila korang sudah tengok, maka tahulah dari mana datangnya tajuk "Syurga Cinta"..:)

    DOWNLOAD LINK.

    Syurga Cinta : Part 1
    Syurga Cinta : Part 2 [ New Link : Part 2 ]
    Syurga Cinta : Part 3 [ New Link : Part 3 ]

    p/s:dengar khabar cerita Papadom arahan Afdlin shauki pun best juga. Nanti ada masa boleh la tengok.:)

    Sunday, October 18, 2009

    Jenayah Siber Versi Baru

    11 comments

    Korang selalu dengar jenayah siber bukan.?
    Kalau korang tidak tahu apa itu jenayah siber, at least korang akan tahu apa itu hackers atau pengodam dan banyak² lagi.Semuannya merujuk kepada perlakuan jahat di alam maya ini. Banyak kerosakan yang disebabkan oleh penjenayah maya ini.



    Tetapi hari ini, aku ingin bagitahu satu lagi cerita berkaitan jenayah siber.
    Sebuah kisah jenayah siber yang terbaru.
    Sebelumnya belum pernah wujud.
    dan aku rasa tiada pun hacker² yang terpikir cara ini.
    Dan aku rasa korang pun tidak akan terpikir..:)

    Bentuk jenayah siber terbaru yang dikesan adalah.:
    "Mencuri gambar anak orang lain, kemudian masuk contest yang dianjurkan di alam siber". (dan yang bestnya menang pula..ha3.)

    Berikut adalah kisahnya

    Ada satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger.
    Contest untuk mencari budak/bayi dengan pose terbaik yang memakai snow cap.
    (Aku tak bagitahu link untuk blog ni sebab aku tak nak korang p sana. ada la sebabnya..ha3.)
    Setelah contest itu tamat,pemenangnya pun diumumkan.


    Hendak tahu dimana jenayahnya.?
    Jenayah ini bukan bentuk hack blog orang atau apa, tetapi setelah beberapa ketika dikesan bahawa gambar budak yang menang itu adalah gambar anak orang lain.
    Apa lagi,
    riuh rendah, gempak gempita la sesiapa yang berkaitan..
    So aku bagitahu link hackers yang sangat kreatif mengambil gambar anak orang lain kemudian mengaku anak sendiri.
    korang boleh buka dan tengok sendiri..ha3.
    http://nurrabecca.blogspot.com/
    (gmbr krdt kpd mak asalnya.link kat bawah.:)

    Dan berikut adalah link emak budak itu yang sebenar..
    STUPID MOTHER WHO STEAL MAYA's PICTURE!!!

    So, korang kalau hendak cerita yang lebih lanjut dan gempak lagi bolehlah berkunjung ke blog yang aku bagi link kat atas.:)

    Blog pencuri maya memang teruk la kena hentam,
    Blog ibunya, mestilah melahirkan rasa simpati..


    ---------------------

    p/s: Macam² la manusia sekarang ni, ambil gambar anak orang lain kemudian mengaku anak sendiri pun ada...ha3

    erm...
    Ada tak sesiapa yang hendak ambil gambar aku..
    Kemudian mengaku aku ni anak dia..
    Mana la tahu hendak masuk contest "Jejaka Macho" ke..hahaha"

    Friday, October 16, 2009

    Statistik Rakyat Malaysia : Siapa Kata Perempuan Lebih Ramai.?

    48 comments

    Alah, perempuan lebih ramai dari lelaki di sekarang ini.
    Jumlah perempuan di Malaysia pun dah lebih dari lelaki.
    sebab itu perempuan ramai di universiti.
    Apa nak hairan........



    Mungkin ini apa yang kebanyakan orang ramai beranggapan.
    "Ramai perempuan mendominasi IPT sekarang ini adalah disebabkan jumlah perempuan melebihi lelaki di Malaysia."

    Dan suka untuk aku merujuk kepada satu entri dalam blog aku ini yang berkaitan Dominasi perempuan di IPT.(sebab itulah entri ini dibuat.:)

    Salah satu komen datang dari pengunjung blog ini adalah seperti berikut

    aku rase post ko kali nie silaplaa..
    sbnrnyer laki kurang sebab dunia sekarang dah akhir zaman.. ko tau tak nisbah laki dan perempuan sekarang???
    1:15 weiiii.... bila da sampai nisbah 1:40 kita phm2 la ek... huhuhu.. so tak heran la kalu perempuan lebih ramai dari laki kat ipta.......



    Dan aku balas komen tersebut begini.

    eh, mana lak ko kata nisbah sekarang 1:15.
    aku rasa 1:3 pun belum tentu sampai..
    1:2 pun tak tahu.
    da kalau tidak silap aku lelaki lebih ramai dari perempuan.:)




    Tetapi benarkah perempuan lebih ramai dari lelaki di IPT disebabkan jumlah perempuan di Malaysia yang lebih ramai dari lelaki.?
    aku yakin, ramai yang beranggapan sebegitu.

    Dan anda akan sedari bahawa anda tersilap dan anda mesti membaca keseluruhan entri ini untuk mengetahui kisah sebenar.:).

    Cuba tanya diri anda sendiri, anda rasa siapa yang lebih ramai, Lelaki atau Perempuan.
    Aku percaya rata² akan mengatakan perempuan lebih ramai dengan lelaki sekarang ini.

    Oleh itu, aku bawakan bukti yang sebenarnya jumlah lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia dan seterusnya nyatakan bahawa jumlah perempuan ramai di IPT bukanlah disebabkan jumlah mereka yang melebihi lelaki di Malaysia ini.


    Jom, kita tengok kepada statistik rakyat Malaysia.

    Kesemua statistik ini adalah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
    (Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar)


    Tengok dari paparan berbentuk 'piramid' ini.
    Jumlah lelaki dan perempuan ada pada bahagian bawah piramid.



    Lihat paparan yang lebih jelas antara lelaki dan perempuan, dan mungkin anda juga ingin melihat kaum² lain.




    Hendak tengok perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar.?
    Sama je. Lelaki lebih ramai samada di bandar atau luar bandar




    Apakah anda berasa pelik apabila melihat kesemua data² yang ditunjukkan di atas.?
    Samada anda boleh terima atau tidak hakikat ini, lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia.

    Persoalan awal tadi berbangkit semula.
    Kalau la statistik ini betul, mengapa tidak ramai lelaki di IPT.?(atau bidang profesional lain)


    Ada sebabnya kenapa lelaki tidak ramai di IPT(atau lain² bidang profesional).
    Oleh itu, disini aku tunjukkan satu lagi data yang sungguh menakjubkan.
    Dan ini pun korang hendak atau tidak, kena mengakuinya.

    (Ini adalah antara sebabnya, dan banyak lagi sebab² lain)


    -------------------------------------------------

    Apa yang anda perlu tahu dari entri ini.
    • 1) Jumlah lelaki adalah melebihi jumlah perempuan di Malaysia, tidak kira di bandar atau luar bandar
    • 2) Data (lelaki lebih ramai) tidak pernah berubah dari tahu 1980 hingga 2008
    • 3) Perempuan melebihi lelaki di IPT bukanlah disebabkan jumlah perempuan di Malaysia
    • 4) Lelaki tersangat jauh melebihi perempuan dalam penagihan dadah
    • 5) Lelaki jauh melebihi perempuan dalam pelbagai jenayah dan berkaitan KECUALI pelacuran dan seangkatan
    • 6) Bukan sahaja di IPT, malah perempuan semakin mendominasi bidang² profesional lain, tetapi ramai lelaki (dan juga perempuan sendiri!) akan mengatakan ia disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki di Malaysia
    • 7) Jika sebelum ini anda beranggapan perempuan lebih ramai dari lelaki, maka ubahlah tanggapan anda kepada lelaki lebih ramai berbanding perempuan, dan anda ada buktinya berdasarkan statistik jika ada yang menyangkal dakwaan anda.


    ------------------------------------------


    Sudah, sampai setakat itu dahulu entri kali ini.
    Kerana aku berasakan korang sudah faham berdasarkan kepada data² dan juga point² di atas.

    Ingat sekali lagi,
    Lelaki MELEBIHI Perempuan di Malaysia,
    Tetapi Perempuan MELEBIHI Lelaki di IPT.


    Amacam.?
    Percaya ke belum..
    Ada sebarang komen.?...:)

    Majalah Mastika Oktober 2009

    1 comments

    Sudah lama pula rasanya aku tidak upload majalah mastika ni.
    Sebenarnya memang sudah lama terperam dalam pc aku ni.
    Cuma tidak boleh upload dan aku upload ini pun dari komputer kawan aku.
    Sambil² buat assignment, sambil upload..:)

    Muka depan edisi Oktober 2009
    ada juga cerita pasal melayu dan arak ( Ish, bila aku hendak buat entri pasal melayu ni)
    Majalah Mastika Oktober 2009


    Ini pula isi kandungan bulan ini.
    Boleh lah tengok dahulu sebelum download.:)
    Majalah Mastika Oktober 2009


    Dan ini pula link untuk download.
    Selamat membaca.:)


    DOWNLOAD NOW


    Wednesday, October 14, 2009

    Buang Bayi - Kan Aku Dah Kata

    12 comments

    Rasanya baru sangat lagi aku buat entri pasal buang bayi ni.
    Kalau sesiapa yang buka dari muka depan, ada nampak lagi entri tu.
    Kalau ada yang masih belum baca entri aku pasal musim buang bayi dan musim mengawan, bolehlah jenguk² dahulu sebelum baca entri ini.

    Sebenarnya aku terpikir hendak buat entri baru bertajuk ini.
    "buang bayi, kenapa wanita dipersalahkan.?"
    Itu aku sudah rancang untuk buat,
    tetapi memandangkan aku ada terbaca dua tiga kali juga berita pasal buang bayi ini selepas aku buat entri sebelum ini,
    Maka aku memutuskan untuk membuat entri ini dahulu, Buang bayi - kan aku dah kata"


    Kalau anda perasan, entri sebelum ini bertarikh 7 Oktober 2009, dan aku letakkan satu berita yang bertarikh 6 Oktober 2009.

    Dan entri kali ini aku letakkan berita² selepas 6 oktober 2009, dan secara tidak langsung mengukuhkan penyataan "kan aku dah kata".


    Ini adalah hari sama aku buat entri tersebut.!


    7 Oktober 2009
    Buang janin di tandas sekolah

    RAWANG: Sebuah sekolah rendah di sini, gempar apabila seorang murid perempuan menemui satu janin berusia kurang dua bulan dalam tandas ketika mahu membuang air, kira-kira 11.30 pagi kelmarin.

    Murid yang enggan dikenali itu, berkata dia menyangka objek masih berdarah itu kotak rokok berwarna merah kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini.

    Katanya, terlalu takut melihatkan kesan tompokan darah yang banyak menyebabkan dia terus memberitahu guru kelas perkara itu.





    11 Oktober 2009
    Periksa klinik swasta jejak ibu `bayi ajaib’

    JOHOR BAHRU: Polis menjalankan gerakan pemeriksaan di semua klinik swasta dan singseh di Kota Tinggi bagi menjejak ibu ‘bayi ajaib’ yang masih belum dipotong tali pusatnya dan disumbat dalam beg sandang sebelum ditinggalkan di bilik air sebuah hotel bajet di bandar itu, malam Khamis lalu.

    Pemeriksaan itu dibuat bagi mengesan kemungkinan ibu bayi terbabit mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan selepas bersalin kerana kelazimannya wanita baru melahirkan anak mengalami banyak kehilangan darah dan memerlukan rawatan pemulihan.




    12 oktober 2009
    Janin dalam lubang cetek

    buang bayi
    MELAKA: Gerak hati serta pengalaman sebagai penjaga dan penggali kubur membuatkan Zul Zelan Bakar, 35, cepat mengesyaki sesuatu apabila terpandang keganjilan pada permukaan tanah di Tanah Perkuburan Jelutung, Ayer Keroh, dekat sini, ketika mengebumikan jenazah seorang bayi sehingga membawa kepada penemuan janin lengkap sifat dalam lubang cetek, semalam.

    Janin itu ditemui dibungkus dalam kain putih dan plastik, ditanam dalam lubang kira-kira 10.16 sentimeter selepas Zul bersama bapa saudaranya, Md Said Bachik, 46, menggali kubur yang mempunyai kesan seperti dikorek selepas mereka selesai mengebumikan jenazah bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan di tanah perkuburan itu, kira-kira jam 11 pagi.



    Ini pula rentetan kepada berita 12 Oktober 2009


    Selasa 13 oktober 2009
    Gugur janin 5 hari sebelum ditemui

    MELAKA: Hasil bedah siasat terhadap janin yang ditemui ditanam secara haram dalam lubang cetek oleh seorang penggali kubur di tanah perkuburan Islam Jelutong, Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin, disahkan janin perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata hasil laporan bedah siasat oleh Pakar Patologi Hospital Melaka (HM) menunjukkan janin itu dipercayai digugurkan lima hari sebelum ditemui.

    “Doktor mengesahkan janin terbabit berusia lima bulan dengan berat 200 gram dan sepanjang 37 sentimeter,” katanya.



    Dan satu lagi kes buang bayi pada 13 Oktober 2009. (entri ini di post pada 14 Oktober 2009 !)


    Selasa 13 oktober
    Mayat bayi lelaki ditemui depan masjid
    buang bayi
    SUNGAI PETANI: Seorang petugas Masjid Taman Keladi, di sini, yang ke masjid berkenaan pagi semalam untuk memeriksa struktur bumbung bangunan itu yang bocor, terkejut apabila menemui bungkusan berisi mayat bayi lelaki.

    Zulkifli Said, 56, yang juga Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Musolla Al-Abrar, di sini, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi sebaik dia membuka pintu pagar masjid itu yang dijadikan kelas Kafa yang tidak berkunci.

    Katanya, sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid dia terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala selain pelapik yang diletakkan di depan pintu masuk.



    ---------------------------------

    Sakit hati juga la aku bila buat entri ini.
    siapa yang tidak sakit hati bila membaca berita² seperti ini.
    Tetapi itulah yang berlaku sekarang.

    dan itu yang dilaporkan, dan diketahui.
    Yang tidak dilaporkan dan tidak diketahui banyak mana.?
    Yang lahir anak luar nikah dalam "musim beranak" ni banyak mana..?

    Jelas menunjukkan betapa teruknya keadaan "orang melayu" sekarang.

    Selepas ini, aku memang akan menjangkakan ada lagi kes buang bayi ini.
    tetapi aku tidak akan buat post berkaitan keratan akhbar lagi.
    kerana "musim buang bayi dan musim beranak" ini sudah dapat dijangka.


    ADA SATU PERKARA...
    Selepas korang baca entri ini kebanyakan korang akan salahkan perempuan yang buang bayi tersebut kan.?
    dalam hati korang akan kata macam ini.
    "bodoh betul la orang buang bayi ni."
    "bengong sungguh perempuan ni"

    tidak pun
    "bodoh punya perempuan, orang lain nk bayi, dia buang bayi".
    dan apa² lagi yang kebanyakkannya akan menghentam perempuan.

    So, untuk entri selepas ini,

    aku akan buat satu entri yang 'backup' perempuan dengan tajuk...
    "Buang bayi - Kenapa perempuan dipersalahkan"


    Tuesday, October 13, 2009

    For The Birds ( Memang Lawak.:)

    5 comments

    Kali ini aku ingin berkongsi sebuah video pendek.
    Video dalam kategori lawak, dan aku rasa memang lawak.
    Kalau video lawak tak perlu bagi review kan. Kena tengok sendiri.:)

    Aku rasa video ini patut ditonton oleh pengunjung blog ini.
    Mungkin video ini dapat menceriakan hari anda yang agak kurang ceria.
    Dan kalau hari anda sudah ceria, tambahkan lagi keceriaan dengan video ini..:)



    Dan aku juga letakkan sekali link untuk download.:)
    So, kalau yang terasa hendak download, boleh la teruskan niat.:)
    dan lepas korang tengok boleh la komen lawak atau tidak.:)



    DOWNLOAD NOW


    Monday, October 12, 2009

    Penting Ke Cantik.?

    30 comments

    Cantik, lawa, comel, anggun, jelita,.. semuanya begitu sinonim dengan wanita.
    walaupun terdapat maksud yang lebih spesifik kepada perkataan² di atas, tetapi ia terarah kepada satu perkara 'cantik'. dan semestinya ungkapan 'cantik' ini merujuk kepada wanita. Lelaki kalau cantik, namanya mak nyah..ha3.Sukar sebenarnya untuk aku terangkan secara detail.Tetapi rasanya tidak ada masalah untuk mengenal samada cantik atau tidak.

    Mungkin ada yang akan mengatakan cantik itu berbeza dari orang yang berbeza. Oleh itu, untuk mengelakkan ada yang berkata begitu, cantik untuk post aku ini adalah cantik bagi kebanyakan orang melihat mestilah terutamanya lelaki.:)

    Ini adalah contoh cantik dari pandangan aku dan juga lelaki-lelaki di luar sana ( ah, jangan tipu la kalau korang kata gambar ni tak cantik.ha3).(gambar ambil kat google)

    Persoalannya..
    Adakah 'cantik' itu penting.?


    Pada zaman sekarang, 'cantik' adalah antara perkara yang penting bagi seorang wanita.
    Pentingnya kecantikan wanita itu sama seperti pentingnya duit bagi seorang lelaki.
    Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Kerana memang ada bukti dan huraian yang mengatakan perempuan cantik akan dapat banyak kelebihan berbanding perempuan yang 'kurang cantik'.Lihatlah sekeliling anda, perempuan cantik begitu senang untuk mendapat perhatian berbanding perempuan yang kurang cantik.

    Kalau aku sudah buat penyataan seperti di atas, kenapa aku bangkitkan pula isu, Penting ke Cantik.?

    Selepas anda baca ini, anda akan faham kenapa aku buat entri ini.
    (berita sumber hmetro - minggu lepas aku rasa)


    Kejutan Gila Hari Jadi


    isteri kantoi curang

    “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.



    Tidak lama kemudian, keluar pula dalam akhbar kosmo.


    Isteri enggan mengaku khalwat


    isteri kantoi curang


    Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

    Harlina Harun, 33, yang bertugas di Pejabat Imigresen Sungai Petani,



    Sekali pandang, memang tidak dapat disangkal, perempuan ini memang cantik. Ya, aku melihatnya sebagai seorang yang cantik.
    Tetapi itulah hakikat yang berlaku dalam zaman serba moden ini. Cantik atau tidak bukanlah jaminan berperangai baik.

    Pada pandangan aku, cantik itu memang penting
    sungguh aku tidak tipu kerana aku juga pertama kali akan melihat kepada kecantikan.
    Dan aku rasa begitu juga dengan kebanyakan lelaki lain di luar sana.
    Memang sudah lumrah lelaki akan melihat kepada kecantikan seseorang wanita.
    Mungkin hanya sedikit lelaki melihat perempuan dari sudut lain.

    Tetapi.
    Tidak ada gunanya cantik jika perangai mengalahkan binatang.
    isteri kantoi curang



    Dan
    Lagilah tidak berguna kalau sudahlah tidak cantik, perangai juga mengalahkan binatang.


    p/s: Entri ini juga bermaksud kepada orang lelaki. Dan untuk entri ini, untuk menjadikannya lelaki, anda tukar sahaja perkataan cantik kepada hensem (atau pape yang berkaitan )dan kes merujuk kepada lelaki yang curang.

    p/s/s: Lelaki lebih ramai yang curang berbanding perempuan. Itu adalah realitinya. Manakala kes perempuan curang menunjukkan trend yang semakin meningkat.
    Ingin bersaing mungkin..
    Bodoh betul orang yang curang ni..


    Friday, October 09, 2009

    Blogger Tips :(Pemilihan URL Blog)

    35 comments

    Sekarang ini, blog merupakan antara perkara yang meningkat naik dalam dunia internet ini. Tidak kira la platform apa yang digunakan samada blogger atau wordpress dan pelbagai lagi, tetapi masih lagi dalam nama 'blog'.Paling tidak kurang pun walaupun tiada blog sendiri mereka ada mengunjungi blog² tertentu secara tetap. Ini jelas menunjukkan blog mempunyai kekuatan sendiri.

    Bagi yang mempunyai blog, tujuan mereka berblogging pelbagai. Ada yang sekadar diari, berkongsi cerita, kupasan politik, kutuk orang, buat duit dan pelbagai lagi tujuan yang sukar untuk aku listkan semuanya.:)

    Bagi yang sudah berpengalaman dalam dunia blogging, mungkin mereka sudah arif benar dengan ragam dan cara² yang perlu dan tidak perlu dalam dunia blogging ini. Tetapi bagi yang masih baru, agak sukar untuk memulakan blog jika tidak mendapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman. Tunjuk ajar ini bukanlah bermaksud orang ajar di depan mata semata², tetapi tunjuk ajar juga merujuk kepada tutorial, tips dan pelbagai lagi yang terdapat dalam blogosphere yang sangat luas ini.

    Kali ini, aku akan cuba kupaskan sedikit tips² yang aku rasakan berguna kepada sesiapa yang terlibat dengan dunia blogging. Kepada yang sudah ada blog pun, tidak salah kalau anda membaca sampai habis. Mana la tahu kot² ada tips yang berguna untuk anda.:).


    Untuk pengetahuan, tips² ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacan aku selama aku berada dalam dunia blogging ini. Aku bukanlah lama sangat berbanding otai² yang berada di luar sana. tetapi tidak salah kalau berkongsi kan. Manalah tahu anda boleh dapat manfaat dari apa yang ditunjukkan.

    Untuk kali pertama ini, aku akan terangkan kepada satu bahagian sahaja. Iaitu pemilihan url blog.Ini kerana aku rasa ini adalah perkara yang penting bagi sesebuah blog.


    1) Pilih nama yang unik



    Pemilihan nama yang unik adalah penting memandangkan url yang dipilih akan menjadi pemacu utama kepada sesebuah blog. Pemilihan nama unik boleh jadi sesuatu yang belum ada dalam intenet. memang agak sukar untuk dipikirkan, tetapi manalah tahu anda terpikir untuk itu. Sebab itu dikatakan unik.:)

    Selain itu, url blog yang unik juga boleh melibatkan nama anda ataupun ubah sedikit nama anda untuk url tetapi masih mengingatkan pengunjung kepada blog anda. Contohnya, abdulsamad.blogspot.com ataupun knizam.blogspot.com

    Selain itu, pemilihan nama blog yang unik memudahkan engin pencarian memberi keputusan pencarian kepada blog anda. Contoh paling mudah, blog ini dengan nama unwanted86. Sukar untuk berada dalam ranking result dengan nama unwanted. tetapi dengan nama unwanted86, keputusan akan menunjukkan terus kepada blog ini.


    2) Pilih url yang pendek.

    Pemilihan url yang pendek adalah penting untuk mengingatkan pengunjung blog anda apabila mereka membuka blog anda. Dan apabila mereka tertarik, url yang pendek dapat memudahkan pengunjung anda untuk mengingati blog anda. Contoh blog ini dengan nama unwanted86. senang untuk ingat bukan.:) Cuba anda bayangkan kalau blog ini aku letakkan url unwanted86adalahseoranglelakidanpelajaryangmasihbelajarhe3.blogspot.com

    Bukankah sangat menyakitkan hati untuk melihat url blog yang begitu panjang.:)


    3)JANGAN pilih url yang 'tidak elok'

    Kalau tips pertama dalah berkaitan url yang unik, tetapi ada beberapa kekangan untuk nama unik itu. Jangan ingat unik semua boleh ye.:). JANGAN sama sekali menggunakan url yang berada dalam kategori 'tidak elok' untuk membuat url blog anda. Cuba anda bayangkan, anda terbuka satu blog dengan nama www.kepala-hotak-engkau.blogspot.com.

    Apa pandangan pertama anda. Kalau tidak pun url blog ohgaybengongsungguh.blogspot.com. Kan sangat tidak elok url tersebut walaupun kandungan entri anda berbentuk ilmiah.:)


    4)JANGAN masukkan karakter pelik dalam url blog anda.

    Ini salah satu lagi tips penting untuk url blog. JANGAN masukkan karakter pelik² untuk url anda. Bayangkan url blog adalah http://Aku♫◄dan‼dia♪$".blogspot.com.

    Adakah anda berasa begitu unik dengan url blog yang ada character pelik².? Adalah silap untuk merasa unik dengan karater yagn pelik. Pemilihan karakter pelik adalah 'pembunuh' kepada bilangan pengunjung blog anda. Sangat sukar untuk mengingati url dengan karakter yang pelik².


    5) Pilih url berkaitan dengan tajuk (tujuan) blog anda.

    Bagi yang membuat blog untuk bercerita atau diari, tidak kisah kalau guna url apa. Tetapi jika anda mempunyai tujuan khas untuk membuat blog, pastikan url blog berkaitan dengan tujuan anda. Contoh, anda ingin membuat blog berkaitan komputer, maka, contoh url yang bagus adalah tipskomputer.blogspot.com dan sebagainya.

    Selain itu pemilihan url yang berkaitan dengan topik blog anda dapat menarik trafik yang lebih tinggi dari enjin pencarian. Berguna bukan.:)


    6) Jangan guna URL bahasa asing

    Bahasa asing yang dimaksudkan disini bukan 'asing' secara realitinya. Tetapi asing bermaksud url dalam 'taipan' bahasa luar. Contohnya anda seorang melayu, tetapi pandai menulis jepun atau arab. Kalau anda hendak buat blog untuk orang melayu, pastikan urlnya adalah dalam bahasa melayu, bukannya bahasa arab atau jepun.

    Dahulu aku ada pernah tengok url seperti itu untuk blog bahasa melayu, dan lihatlah sekarang, aku tidak boleh pun mencari blog dalam google denagn url bahasa asing. Kerana apa.? Keyboard tiada untuk bahasa asing dan aku tidak boleh menaip pun dalam bahasa asing.

    7) Jangan terlalu banyak campuran nombor dan huruf secara rambang.
    Satu lagi berkaitan url adalah kombinasi huruf dan nombor. Tidak salah jika kombinasi itu tidak terlalu berceramuk. Contoh anda tengok blog ini, kombinasi huruf dan nombor. unwanted86.
    Tetapi jangan randomkan nombor dengan terlalu banyak. Kerana lebih mudah mengingati perkataan berbanding nombor.

    CONTOH :

    Elok : unwanted.blogspot.com
    Biasa :
    unwanted86.blogspot.com
    Kurang elok : unwanted8796854.blogspot.com
    Agak teruk : un2wanted7ed86.blogspot.com
    Sangat teruk : 1un345wa45nt43ed86.blogspot.com




    ----------------------------------

    Rasanya sampai setakat dahulu tips² yang aku tahu pasal url ini.
    Nanti kalau ada aku terpikir lagi aku update la.
    Atau kalau pelawat maya ada tips² lain bolehlah dikongsi ek.

    Selepas anda membaca tips² berkaitan url ini.
    Teringatkah anda akan bentuk url anda.
    Cuba pikir balik url blog anda.
    Adakah tersenarai dalam senarai ok atau tidak..:)

    Kalau ok baguslah.
    Kalau tidak ok, apa kata kalau anda tukar kepada url yang lebih baik yang lebih friendly visitor.:) (cadangan la).

    Happy blogging.:)

    Banner X-Change

    aizuddin.com

    .

    Related Posts with Thumbnails
     

    Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted