Saturday, November 28, 2009

Blogger Tips : Tingkatkan Trafik Blog dengan 'alt'

45 comments

Sebelum ini aku tidak terpikir sangat pun hendak letak entri ini, tetapi bila aku tengok keyword yang masuk blog sempena aidiladha ini, baru terpikir hendak berkongsi tips ini. Sebab aku ada 'bukti' kukuh sikit.:)

Dalam sehari dua ini, antara keyword yang masuk ke blog aku adalah 'wallpaper aidiladha' dan juga 'aidiladha wallpaper'. Biarlah mana satu dahulu pun, tetapi keyword itu yang masuk.:).

Ini carian web dari google untuk 'wallpaper aidiladha' dan juga 'aidiladha wallpaper', berada dalam first page tu, dan result no 1 pula.:)
tips tingkatkan trafik blog



tips tingkatkan trafik blog


Apa yang aku kata aku ada bukti kukuh tadi untuk tips ini.?
Ok, cuba korang buka link untuk keyword 'wallpaper aidiladha' ini.
Ini entri yang aku buat sebelum ini. http://unwanted86.blogspot.com/2009/11/poster-raya-aidiladha-2009.html, kemudian korang cari mana perkataan wallpaper yang aku letak.?

Kalau korang tengok pada result dari google pun ada 'bold' pada perkataan 'wallpaper'. Bagaimanakah blog ini boleh di'link' dari google walaupun aku tidak letakkan perkataan 'wallpaper' secara direct.?

So, disini aku tunjukkan caranya yang tersangatlah mudah. yang korang pun tidak sangka sebelum ini. Kalau bahasa internet dinamakan sebagai salah satu teknik SEO ( Search Engine Optimization). Kalau bahasa biasa kita panggil tips tingkatkan trafik blog sudah la ye. Mudah dan senang untuk difahami. Dan satu lagi, tips ini untuk entri yang mempunyai gambar (upload gambar)

Apabila anda upload gambar, kod yang dipaparkan adalah seperti berikut (kod dalam 'edit html'). Cuba perhatikan pada bahagian yang aku highlight, ada perkataan alt=""
tips tingkatkan trafik blog


Apa yang perlu dilakukan.?
Mudah sahaja, letakkan apa2 keyword yang berkaitan dengan entri anda itu antara " dan ". Cuba tengok gambar dibawah. Contoh jika entri anda berkaitan kucing, so letak la apa=apa yang berkaitan seperti "anak kucing comel" dan lain2 lagi.

tips tingkatkan trafik blog

Itu sahaja..
Mudah bukan..:)
Tidak perlu tukar kod atau pape, cuma tambahkan beberapa perkataan yang berkaitan dalam kod yang telah tersedia di alt="".

-----------------------------------------------

p/s:
  • jika anda menggunakan kod html dari lain seperti photobucket atau imageshack, atau pape, tips ini juga boleh digunakan dengan menambah alt="" dalam kod tersebut.

  • JANGAN sangka jika anda buat je cara ini terus boleh termasuk dalam google result dan statistik terus naik, tengok pada keadaan juga, dan tengok juga berapa ramai yang bersaing untuk keyword tersebut. Bukan senang hendak bersaing dengan otai2 yang ada diluar sana, tetapi tidak salah mencuba kan.:)

  • ada ke yang ingat 'alt' untuk entri ini adalah 'alt' yang terdapat sebelah kiri dan kanan spacebar pada keyboard.?.:)



Friday, November 27, 2009

Poster Raya Aidiladha 2009

6 comments

Salam aidiladha..:).

Sebenarnya aku ingatkan sudah malas hendak online dalam seminggu ini. Kira macam cuti la seketika sempena raya. Tapi rasa tidak boleh duduk senang pula apabila tengok internet umah aku ni terbiar tiada orang hendak guna,.:)

So sempena raya aidiladha ini aku cari la beberapa gambar dari google untuk diletakkan dalam ni. Sesiapa yang masih lagi mencari gambar untuk diletakkan dalam blog anda sempena raya aidiladha ini, apa kata tengok dahulu gambar-gambar di bawah.
Mana la tahu ada yang berkenan..:)

Wallpaper Raya Aidiladha 2009

Ini ada 10 lagi gambar-gambar lain.:)

Wallpaper Poster Raya Aidiladha 2009


Wallpaper Poster Raya Aidiladha 2009


Wallpaper Poster Raya Aidiladha 2009


Wallpaper Poster Raya Aidiladha 2009


Wallpaper Poster Raya Aidiladha 2009


Poster Raya Aidiladha 2009


Poster Raya Aidiladha 2009


Poster Raya Aidiladha 2009


Poster Raya Aidiladha 2009


Poster Raya Aidiladha 2009



Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha

3 comments

Ini adalah autopost..:)

Salam aidiladha kepada semua umat islam.
Tidak kira la korang sudah pergi haji atau tidak, aidiladha tetap disambut.:)

Raya² juga.
makan daging korban tu kena beringat² ye.
jangan makan terlalu banyak, kan naik berat badan nanti.:)



p/s:tp kan, kalau aku ada peluang, makan je daging banyak², lepas tu seminggu tak makan daging. Kira balance la.:)

Tuesday, November 24, 2009

BPR - Aku Hanya Serangga

2 comments

Ini untuk mp3. (Klu hendak play lebih ringan dan muzik ni lagi best.:)


Ini pula video kumpulan BPR buat persembahan dengan lagu ini. aku cuba cari video klip original, tapi tidak jumpa pula.:)




Aku Hanya Serangga

Mengapa aku tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu (2X)

Bukannya aku tewas dalam perjuangan
Membelai impian
Sebentar tadi aku
Lihat sinar matamu (2X)

Meronai garis-garis kesetiaan
Semakin kelam dan amat panjang
Bagaimana aku hendak melupakanmu
Dalam keheningan pagi sering bertemu

Untuk esok biarlah ia berlalu
Lantas membuang mata fikirku
Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
Mungkin untuk selama-lamanya

Jadilah aku pengingat yang setia
Setelah aku tahu
Aku hanya serangga
Di taman belantara (2X)



Wednesday, November 18, 2009

Photo of the Month - November 2009

7 comments

Bila aku tengok Photo of the month untuk bulan November ini, baru aku sedar aku makin kurang memahami bab seni fotografi ni.

Aku tidak tahu la bagaimana gambar ini boleh dinobatkan sebagai photo of the month, sebab aku tengok banyak lagi gambar photo of the day yang lebih 'menarik' dari pandangan aku. Tapi hendak buat bagaiman, dari pandangan profesional adalah berbeza.:)

Photo on the Month - November 2009 : by Martin Schoeller


Ini pula salah satu photo of the day.

"A picture taken with my trusty (and heavy) Pentax 6x7 at 10:30 in the evening on the longest day of the year. NOT Photoshopped!."


Sebab tu aku kata aku makin pening dengan fotografi ni.:)


Sunday, November 15, 2009

Masuk Mahkamah.?

4 comments

Apa yang aku hendak cerita ini adalah pengalaman aku (dan kawan aku ) pertama kalinya masuk mahkamah. Kes aku masuk mahkamah adalah disebabkan satu kemalangan jalan raya melibatkan aku dengan seorang remaja lelaki pada bulan 5 tahun 2006(lama tu),. dalam kemalangan itu aku pengsan dan budak tu patah kaki. Masalah motosikal dah selesai. Masing² sudah dapat motosikal dan kes ini masuk mahkamah disebabkan budak tu hendak buat tuntutan dengan syarikat insurans untuk kecedaraan yang dialaminya.



Sebelum korang sangka aku salah baik aku bagitahu dulu. aku berada di jalan besar (Utama), budak tu keluar simpang. so aku tak sempat elak dan berlakulah perlanggaran. Kalau ikut buku panduan memandu pun aku tak salah. Dan juga mengikut lakaran polis pada tempat kejadian aku pun tak salah. Budak tu bawa kes ini ke mahkamah kira untuk menunjukkan aku salah bagi mendapatkan insurans.

Bagi aku pertama kali masuk mahkamah bukanlah menakutkan sangat. Bukannya aku buat jenayah yang berat². lagipun kalau secara teorinya aku bukan bersalah.

Ini perkarangan mahkamah. simple je. Laluan ini kalau tidak silap aku ada 3 pintu mahkamah yang berbeza. aku tidak ingat mahkamah aku masuk no berapa. rasanya 5.


Semasa berada dimahkamah ada beberapa perkara yang aku tahu.
1. Soalan yang akan ditanya oleh peguam aku sudah dirancang berdasarkan apa yang berlaku berkaitan kemalangan. Kira ada skrip. So masa aku jumpa peguam aku sebelum masuk mahkamah, aku sudah tahu soalan apakah yang akan ditanya dan apakah jawapannya.
2. Apabila peguam sorang lagi bertanya (peguam sebelah budak tu), jawapan yang aku perlu bagitahu adalah samada 'setuju' atau 'tida setuju'. Tidak perlu hendak ulas panjang².
3. Semasa aku bercakap, kedua² peguam menulis apa yang aku cakapkan. dan hakim mahkamah pun menaip dalam laptop. aku tak pasti kenapa hakim pun mencatat apa yang aku cakapkan. Kena cakap perlahan² baru dorang boleh tulis dan taip.
4. Prosedur sekejap je. dalam setengah jam sehingga 1 jam.
5. Semasa baru masuk dan hendak keluar dari mahkamah, kena tunduk hormat sedikit pada hakim
6. semasa berada dimahkamah, tidak dibenarkan tangan berada dalam keadaan bersilang. (Bro, aku pinjam gambar mu jap.:)

7. Pastikan berhati² dengan jawapan yang keluar dari mulut. Jangan tersalah, susah pula nanti.


Sebenarnya sudah banyak kali aku mendapat surat panggilan ke mahkamah. Tapi tak dapat datang. Rasanya sudah dua kali aku tidak datang sebab aku ada kat Johor. Kali ni aku kena datang sebab hakim bagitahu ni last date. (aku tak tahu la kalau tak datang juga jadi apa) Bila kali ini, sebelum aku datang aku ada tanya peguam aku ni "aku datang jauh² ni ada elaun tak.?", dia jawab "ada, ko datang je dulu"

So, aku datang la mahkamah seperti yang disuruh dan sebelum balik dia serah la sampul surat. aku terus buka. Wah, lumayan juga. RM200.


Dah habis apa lagi, pergi makan² la. aku ajak member aku ni makan kat tempat mahal², tapi dia tak nak pula. So pergi la makan kat Giant. Hendak makan hot plate.:)

Ini ondaway pergi makan. cek balik duit, takut² duit palsu ke.:)


Sampai kat Giant tu, aku order abc. Tapi aku suruh dia letak semua yang best². Letak strawbery, mangga dan apa² lagi. hasilnya. satu abc = RM5.:)


Makan pula hot plate. Nasib baik harga semuanya sama. Kalau tak aku dah balun yang paling mahal.:)



Dah, lepas makan, borak² sikit. Kitaorang balik untuk sembahyang jumaat lak.

p/s: Sebenarnya lepas aku balik sembahyang jumaat tu, aku ajak adik aku pula pergi A&W. memang kuat melantak aku ni.:). Member aku tak tahu sebelum ni.:)(Bro, aku p A&W ptg tu. Saja jalan²..:)



Habis kisah mahkamah aku. Dimulakan dengan mahkamah, diakhiri dengan makanan. Ok la tu kan.:).aku ingat lagi masa akhir aku jumpa peguam tu sempat lagi aku bagitahu "nanti kalau ada hal lagi bagitahu la. Tapi elaun bagi la RM1000..:)

Apapun, terima kasih kepada member aku yang teman aku pergi mahkamah masa tu. Dah la hujan hari tu. Thanx bro..



Thursday, November 12, 2009

Bowling and KFC at BP Mall

11 comments

Biasanya aku post pasal software, tips, isu² semasa dan lain² lagi, tetapi kali ini aku ingin menyimpang sedikit dengan membuat post berkaitan dengan aktiviti yang aku lakukan bersama-sama rakan seperjuangan..:)

Aktiviti kali ini main bowling dan makan KFC dengan kawan-kawan yang terdiri daripada ex-jkk asrama kitaorang tinggal sekarang. Sebenarnya sebelum ini ( minggu lepas ) pun ada juga aku main bowling, tapi masa itu tidak terpikir pula hendak buat post. So kali ini aku pikir hendak buat post.

Apa salahnya untuk berkongsi kegembiraan kitaorang bersama anda semua.:). Ini juga salah satu cara untuk aku menghargai mereka semua dengan penat lelah mereka semasa menjadi jkk kolej kediaman.



Perlawanan bowling ini diadakan di Pasific Bowl yang teletak di BP Mall ( Batu Pahat Mall ). Hendak kata perlawanan tu tidak la juga, tetapi sebenarnya lebih kepada hendak bergembira dengan ex-jkk setelah sekian lama kitaorang membuat kerja bersama². so, main bowling ini dan makan² KFC ditanggung sepenuhnya. Datang bawa diri je.:) Guna duit kemenangan program kolej kediaman semasa kitaorang memegang jawatan dalam jawatankuasa kolej kediaman. Ini yang best kalau menang program atau buat program.:)


Sebenarnya aktiviti ini sudah dirancang untuk dilakukan pada hari isnin, tetapi memandangkan ada beberapa oarang ada paper final pada hari selasa. so ditunda pada hari rabu. aku tidak kisah hari apa pun, yang penting main dan bergembira dengan dorang semua.:). Misi dua sahaja, iaitu main bowling dan makan KFC serta bergembira..:)

Bowling aku main guna pakej yang murah tu. Pakej apa entah.:) yang aku tahu Isnin hingga Jumaat, 10pagi hingga 2petang. 3game bayar RM9.10 ( Aku mintak diskaun 10sen tu tak bagi gak.ha3). Timing utnuk daftar begitu baik sekali. Pakej tu tamat pada pukul 2pm, aku daftar pada pukul 1.59pm..:)



Apabila sampai di sesuatu tempat, apa yang korang akan lakukan dahulu.?
Ambil gambar.?Aku pun sama la macam korang kalau pergi mana²..:)

Gambar ni ambil semasa tunggu beberapa orang lagi yang sampai lambat sikit.:)



Apabila semua sudah sampai, so masing² pun sibuk la mencari mana² bola yang sesuai. aku guna bola 11 je. Tak larat beb hendak guna berat²..:)

Ini beberapa gambar yang sempat aku ambil sebelum dan semasa dorang main.











Apa.?
Korang hendak tengok aku main..
Ok, aku mengaku aku tak la pandai main sangat..
Main 3 game, aku menang yang first je. Kwan aku menang game kedua dan ketiga. hebat pula member² aku akhir² game..ha3.

Ini antara rakaman yang dilakukan oleh kawan aku semasa aku melakukan balingan.
Tapi sayang, untuk lontaran ini aku dapat jatuhkan 9 pin je. Pin last tu dah terhuyung-hayang dah, tapi tak nak jatuh juga. Geram tol aku...ha3



Ini result aku untuk video di atas. Game kedua. Aku kalah. Asyik dapat jatuhkan 9 dan 8 pin je. Macam mana hendak menang.:)




Ini mungkin masa aku tengah pikir apa stategi yang patut aku lakukan untuk maintain balingan..ha3.




Dan ini pula gambar dari hp member aku. Nampak macam lain pada kaki aku. Nampak panjang skit.:)



Selepas habis main bowling, (Ambil masa dalam sejam setengah juga), masing² sudah lapar termasuklah aku. Plan hendak makan kat foodcourt, tapi memandangkan ada duit lebih sikit dan aku budjet memamg cukup, pergilah ke KFC.

Turun escalator pun ambil gambar gak.:)



Bila sudah sampai ke KFC, bincang² dengan member aku, cukup untuk makan 14 orang dengan harga RM190.00. Bila dah confirm apa lagi, beratur la..:)




Sesi makan.. sebelum makan riuh. Masa makan sunyi sepi..ha3. Lepas makan sambung keriuhan.:)









Lepas sudah kenyang semuanya. Borak² dan tibalah masa untuk bersurai. Hendak kata bersurai terus tu tidak la. Jalan² kejap round tengok apa yang ada.

Eh, ada event apa lak tu.



Ini yang dorang tengok. ada pertandingan kebudayaan apa entah. Aku pun tidak tahu. Tapi pertandingan untuk budak sekolah rendah. ah, tengok je la..ha3.



La, sempat lagi ambil gambar..ha3



Selepas tengok persembahan tu, kitaorang pun berpecah. ada yang balik, ada yang ambil keputusan untuk jalan² dahulu. Aku dengan 2 orang lagi member aku ambil keputusan untuk jalan² dahulu.:)


Sambil kami berjalan, terjumpalah port yang sangat baik. Gintel (Macam Ogawa gak). Aku tengok kerusi yang ada urutan kaki tu macam best je. Aku ajak member aku try. Padahal aku hendak hilangkan rasa lenguh² kaki aku setelah seharian berjalan..ha3.

Sambil tu aku suruh akak promoter tu tolong ambil gambar jap. Aku kata boleh la aku dan kawan aku jadi duta untuk produk dorang..:)



Dalam 10minit hingga 15minit juga aku duk atas kerusi yang ada pengurut kaki ni. Lepas tu, memamg ringan giler rasa kaki. Hilang lenguh² main bowling dan jalan².
Terima kasih Gintel..:)
(Ini adalah gambar terakhir yang aku ambil sebelum bertolak balik ke asrama..:)



Photo Of The Day.
( Gambar ini diambil selepas kitaorang habis main bowling dan sebelum makan KFC.)


Terima kasih diucapkan kepada semua ex-jkk yang sudi meluangkan masa bersama. Walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkkan. Kemeriahan dan keseronokan memang dapat dirasakan apabila bersama semua. Beginilah juga keseronokan apabila mereka juga bekerjasama semasa berada dalam jawatankuasa asrama dahulu.

Korang semua memang best..:)


p/s: Salah satu aktiviti yang pernah dianjurkan oleh salah seorang member aku (kalau pengunjung blog ini belum baca,.:) Jejak Usahawan : Kedah dan Langkawi.

p/s/s: Aku tak online sampai Isnin (16/11)(mungkin). Balik rumah sekejap. ada urusan mahkamah..:)


Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted