Thursday, December 31, 2009

Statistik Bulan Disember 2009

10 comments

Sudah agak lama aku tidak berkongsi statistik untuk blog ini.
makin menurun kah.?
makin menaik kah.?
atau tidak ada perubahan.?

Untuk statistik blog sekarang, aku lebih senang menggunakan nuffnang,.
Dahulu aku ada juga guna google analytic, tapi sejak guna template baru ni, aku tidak letak lagi kod untuk google analytic tu. Nanti la aku letak.:)


Berikut adalah statistik blog ini untuk bulan disember dan juga penutup bagi tahun 2009.


Dimulakan dengan statistik mingguan, 24 Disember 2009 hingga 30 Disemebr 2009.
(Aku ingat hendak ambil sampai 31hb, tetapi kena tunggu 1hb lak.)

Bagi unik visitor, purata adalah dalam 800 - 900, agak seimbang berbanding2 sebelum² ini.


Untuk page view, mencapai purata dalam 4000 sehari. (yang 30hb tu sikit je lagi hendak capai 5000.:)


Manakala untuk bulan disember pula, statistik ada seperti berikut. Page veiw mencapai 100ribu juga, dan unique visitor mencapai 20ribu. Oklah tu kan.:)



Kalau bagi blogger lain mungkin pada tarikh ini, 31/12/09 bercerita tentang azam tahun 2009 yang telah berjaya atau tidak dilakukan. dan juga bercerita tentang azam tahun 2010 pula.
Tetapi aku akhir-akhir tahun ini bercerita tentang statistik pula.:)
Tahun 2010.? Banyak perancangan, takut tidak habis je kalau aku hendak senaraikan.:)

Apapun, ribuan terima kasih kepada semua pelawat-pelawat blog unwanted86,
tanpa pelawat, apalah sangat blog aku ini.
terima kasih kepada sesiapa sahaja, tidak kira la menyokong, membantah, pelawat tetap, pelawat sekali lalu, pelawat senyap atau apa sahaja,
kehadiran anda sebagai pelawat blog unwanted86 amatlah dialu-alukan.
semoga kita dapat terus memanfaatkan dunia blogging ini.:)


p/s:Sempena tahun baru 2010, esok (1/1/10)
aku akan buat contest yang sangat senang untuk disertai pelawat sekalian.
hadiah berupa topup bernilai RM30 dan RM10 menanti..:)

Antara Tangga dan Escalator

8 comments

Bagi sesetengah pasaraya, ada keadaan dimana terdapat sebuah escalator yang hanya untuk naik ke atas, dan disebelahnya ada sebuah tangga.

Antara sebab mengapa keadaan ini direka dalam keadaan seperti ini adalah kerana untuk menjimatkan kos bagi pihak pasaraya, dan juga dari segi aspek psikologinya akan mendorong pengunjung untuk terus naik ke atas dengan kemudahan yang ada.


Jarang rasanya ada orang yang akn menggunakan tangga untuk menuju ke atas berbanding menggunakan escalator. Tangga hanya digunakan untuk turun ke bawah itu pun sebab tiada pilihan lain. Kalau ada escalator untuk turun pun, mesti guna escalator kan.:)

Bagaimana cara untuk menggalakkan orang supaya menggunakan tangga untuk menuju ke atas berbanding menggunakan escalator.?


Aku ada sebuah video yang aku jumpa dari youtube yang mungkin dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tangga. Jom tengok.:)


Idea untuk menggunakan bunyi-bunyian seperti dalam video ini memang bijak..
Seterusnya dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tangga..
Naik tangga pun kira bersenam apa.:)

Tetapi kenapa pasaraya masih juga tidak buat perkara ini.?
Aku rasanya sebabnya sama seperti kenapa dia buat satu escalator, iaitu kos..:)

p/s:kat tempat aku ni ada gak pasaraya (Wellward) yang ada tangga dan escalator ni,
dan semestinya aku pun guna escalator untuk naik.:)

Antara tangga dan escalator..
Mana satu pilihanmu..:)


Wednesday, December 30, 2009

Aku Bercadang Untuk Buka Blog Tutorial. Ok Tak.?

34 comments

Dalam seminggu dua ini, perkara ini sentiasa berlegar-legar dipikiran aku.
Aku terasa hendak buat satu blog baru, yang khusus kepada tutorial untuk blog.
Bukanlah blog baru ini bermakna aku akan abaikan terus blog kesayangan aku ini.
Tidak sama sekali. Blog unwanted86 adalah blog yang tetap bagi aku. dan post-post akan berjalan seperti biasa. Cuma ada beberapa sebab yang aku pikir untuk membuka blog berkaitan dengan tutorial blog ini.


Antara sebab kenapa aku terasa hendak buka blog berkaitan tutorial ini adalah :



1. Tidak banyak blog tutorial yang berbahasa melayu. Kalau english, memang berlambak la. Tetapi untuk bahasa melayu tidak banyak.

2. Untuk kawasan nusantara ini, kebanyakan tutorial blog adalah datangnya dari indonesia. tidak kira la dalam bahasa indonesia atau english, tetapi banyak juga rujukan yang aku perolehi adalah dari blog indonesia. Kita bila lagi.?

3. Tutorial-tutorial tertentu juga aku akan buat dalam blog unwanted ini. cuma dalam blog satu lagi tutorial bermula dari asas. Takkan la dalam blog unwanted ini aku hendak buat tutorial bagaimana hendak upload gambar dan letak video lak kan.So, dalam blog satu lagi bolehlah untuk aku buat tutorial yang betul2 bermula dari bawah.

4. Kalau dalam blog ini, tutorial yang ada bercampur dengan entri-entri lain. So kalau ada satu blog yang aku buat khusus untuk tutorial blog, aku rasa lebih kemas.

5. Contoh lain kenapa aku hendak buat blog tutorial adalah berkaitan 'read more'. Apa yang aku tahu sekarang, ada 4 keadaan yang berbeza untuk buat readmore ini. Kalau aku letakkan keempat-empat dalam blog ini, nanti macam terlalu banyak 'perkara' yang sama. Kalau buat dalam blog yang memang khas untuk tutorial, rasanya tiada masalah untuk itu. (eh, korang perasan tak 'continue reading' aku ni bertukar kepada warna hitam bila letakan cursor kat situ.:)


Buat blog tutorial bukanlah bermakna aku ni pakar dalam bab ini,(weh, kena ingat aku bidang mekanikal bukan IT). Aku pun masih belajar dan banyak lagi perkara yang aku tidak ketahui. Dan apa salahnya kalau aku kongsikan apa yang aku ketahui dengan orang lain dan lebih mudah kerana penerangan yang aku akan berikan adalah dalam bahasa melayu. Mana yang mampu aku tolong.

Kekangan masa juga mungkin menjadi masalah kepada aku untuk update setiap hari. (tapi blog unwanted ni aku nampak tiap2 hari dah update sekarang.:)Tetapi sikit-sikit lama² jadi banyak. Dan jumlah blogger adalah bertambah setiap hari. Dan ini juga menunjukkan perkara asas bagi blogger perlu ada untuk dipelajari oleh blogger-blogger baru.

Antara sebab lain aku merancang hendak buka blog tutorial adalah bagi yang mengetahui, sebelum ini aku pernah buat blog untuk naruto. Tetapi sayangnya link-link download telah didelete oleh mediafire team. so dengan buat blog yang tidak berasaskan upload/download, risiko akan berkurangan.

Itu adalah perancangan aku semenjak dua menjak ini.
korang rasa ok atau tidak.?
atau korang ada apa-apa lagi cadangan lain.?
mungkin korang rasa aku mengarut ke apa ke,..:)


Tuesday, December 29, 2009

Cara Anda Online - Betul Tak Macam Ni.

25 comments

Bagaimanakah cara anda online.?
Itu persoalan yang akan dirungkai sedikit dalam entri ini.
Kali ini aku hendak buat entri yang bukan berkaitan wallpaper, bukan berkaitan software atau trik, tetapi entri yang aku anggap satu tekaan samada betul atau tidak aku meneka cara korang menggunakan internet terutamanya kepada blogger.



So apa yang korang rasa betul korang bagitahu, kalau salah pun bagitahu..:). Aku buat senarai untuk lebih memudahkan. Jom kita baca perlakuan-perlakuan yang berkaitan.:)


1. Korang mempunyai laman yang tetap untuk dilawati setiap hari.
Boleh dikatakan setiap kali online, korang akan buka beberapa blog. Boleh dikatakan blog yang korang tidak aka terlepas untuk buka pada setiap kali online. Kalau korang online setiap hari, maka setiap harilah blog tersebut akan dibuka.

2. Korang akan buka banyak tab.
Ini juga aku rasa antara perkara yang tidak akan terlepas semasa online. Kalau buka satu blog atau dua blog, apa sahaja link yang ada yang menarik perhatian, maka tindakan yang akan korang lakukan adalah 'right klik -> open in new tab'. Betul tak.:)

3. Apabila buka blog yang ada lagu yang terpasang lagu secara auto, biasanya korang akan lakukan samada dua perkara, pertama korang akan perlahankan volume korang dengan klik icon volume yang terdapat di sebelah kanan-bawah paparan pc anda. Tindakan kedua, korang akan klik 'x' pada sebelah kanan-atas untuk tutup blog tersebut.:)

4. Apabila korang buka banyak blog dalam tab, (seperti tindakan no 2), tiba-tiba dengar lagu terpasang secara auto, maka korang akan marah dengan berkata dalam hati 'blog siapa la pula yang ada lagu ni'. Anda akan mencari dan apabila sudah jumpa tab tersebut, maka korang akan tutup blog tersebut dan teruskan aktiviti anda dengan aman.:)

5. Apabila korang menaip untuk blog, korang akan berasa was-was samada apa yang korang taip itu betul atau tidak, sesuai atau tidak. Dan tidak keterlaluan jika aku katakan ada blogger yang sudah taip entri dan siap, kemudian teragak-agak untuik publish atau tidak.:)

6. Berblogging adalah antara perkara yang mesti bagi korang, walaupun ada ketikanya korang tidak tahu hendak buat apa dengan blog korang. Terpikir-pikir hendak buat entri pasal apa, hendak letak gambar mana satu, dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan ada kalanya korang semangat untuk berblogging , tetapi akan berasa blur..

7. Apabila korang menaip entri, korang akan membaca entri korang sendiri dahulu 2 atau 3 kali sebelum publish. Dan selepas publish pun, korang akan still baca entri korang itu walaupun korang sudah tahu apakah isinya.:)

8. Korang baca entri ini dari point 1 hingga 7 akan terdetik dalam hati korang, 'aahh, betul la,' untuk mana-mana point atau semua point.


Soalan aku.
Betul tak apa yang aku teka dari point 1 hingga 8 ini.?..:)



Setting Yang Tidak Perlu Dalam Blog - Part 2

9 comments

Sebelum ini aku ada menaip tentang setting yang tidak perlu dalam blog, Part 1.
dan seperti yang dijanjikan, aku akan bagitahu pula setting yang juga agak tidak perlu dalam blog.



Sebenarnya kalau hendak dibandingkan antara part 1 dan part 2 ini, part 1 adalah yang paling penting. Untuk part 2 ini, boleh dikatakan kurang penting tetapi perlu juga untuk diketahui. Part 1 boleh dikatakan sangat tidak diperlukan bagi sesebuah blog. Tetapi, untuk part 2 ini, boleh dikatakan bergantung kepada sesorang blogger itu.



1. Content Warning
Memang agak pelik bagi aku kerana kadang tu aku ada terbuka blog yang aku sangkakan mempunyai gambar atau video aksi-aksi panas ataupun gambar pembunuhan. Iyalah, apabila hendak buka pun keluar content warning. Tetapi apabila buka hanyalah blog biasa. Tiada tanda-tanda kehadiran unsur yang 'ganas'.

Persoalannya kenapakan wujudnya amaran ini jika blog tidak mempunyai content yang seperti yang ditunjukkan.? Adakah hanya kerana ingin kelainan daripada blog lain.?
kalau hasratnya seperti itu, rasanya tidak perlu untuk papar content warning ni.


Untuk disablekan, Setting > Adult content.? --> No


2. Anonymous
Untuk setting anonymous ini, bergantung kepada tuan punya blog. ada yang tidak kisah dengan anonymous ini, ada yang tidak suka dengan anonymous ini. Kiranya anonymous ini tiada identiti la. Paling kurang pun letak la nama abu atau ali tak pun ahmad.:)


Kenapa aku enablekan anonymous untuk blog ini.?
Pada pandangan aku, ada sesetengah orang tidak suka identitinya ditunjukkan. So dia lebih senang untuk komen sebagai anonymous. So sebabnya senang, dia tidak mahu orang mengenali siapakah dia. dan bagi aku tiada masalah kerana setakat ini, sesiapa sahaja yang komen sebagai anonymous bukanlah komen mengutuk atau negatif. Komen dari anonymous ini seperti lain-lain pelawat juga, cuma menggunakan anonymous.

So, berkaitan anonymous ini, bergantung kepada pemilik blog samada hendak enablekan atau dsablekan.

Untuk disablekan, setting > comments > who can comments.? --> Anyone.


----------------

Selesai sudah 2 part untuk bahagian setting ini. Rasanya itu sahaja antara setting yang tidak perlu dalam sesebuah blog. Bagi part 1 sebelum ini, aku rasakan memang sangat tidak perlu, Tetapi untuk part 2 ini, setting lebih bergantung kepada pemilik blog. Hendak kata menyusahkan itu, tidaklah sangat. Cuma boleh juga untuk diambil perhatian..


Sunday, December 27, 2009

TuneUp Utilities 2010 + Serial Key

7 comments

TuneUp Utilities merupakan antara software yang mesti ada bagi sesebuah komputer.
Terbaru Tuneup datang untuk versi 2010.
Tuneup juga merupakan software yang aku tidak akan terlepas kalau format komputer sendiri atau komputer orang lain.:)
Bagi sesiapa yang masih belum ada software ni, eloklah kalau install. Banyak kelebihannya.:)

Antara kelebihan tuneup (bagi yang belum pernah guna), ialah maintain system, increase performance, fix problem berkaitan windows, costumize windows dan terbaru untuk versi 2010 ini mempunyai turbo mode. Tanyalah sesiapa yang menggunakan tuneup ini samada mereka berpuas hati atau tidak.:)

Anda juga boleh tengok terus dari website tuneup, http://www.tune-up.com

TuneUp Utilities 2010 + Serial Key

Untuk kali ini, aku akan bagi link download, beserta dengan tutorial untul install. sebenarnya bukan susah pun untuk install, tetapi apa salahnya kalau buat tutorial sikit kan.:)



DOWNLOAD LINK.

DOWNLOAD NOW


Jika anda masih belum mempunyai winrar untuk extract, boleh dapatkan software winrar disini.

Cara-cara untuk install.

1. Install seperti biasa dari folder yang telah anda download.
TuneUp Utilities 2010 + Serial Key


2. Apabila siap install, klik pada 'enter product key'
TuneUp Utilities 2010 + Serial Key


3.Masukkan key dari file .txt yang anda download. Masukkan juga full name dan organisation tu.
TuneUp Utilities 2010 + Serial Key


4. Apabila muncul paparan product registration, klik pada "SKIP".
TuneUp Utilities 2010 + Serial Key


5. Siap. Itu sahaja. Mudah bukan.:)

Michael Jackson : This Is It (2009)

4 comments

Siapa peminat Michael jakson.?.
Sudah tengok This Is It belum.?
Kalau belum, ini ada videonya.
Kalau yang belum tengok kat wayang tempoh hari, boleh la download.
Kalau sudah tengok, tetapi hendak tengok lagi, apa salahnya..:)


Ini bukanlah sebuah movie.
Tetapi lebih kepada dokumentari.
Berkaitan persiapan Michael Jackson dan krew² untuk persiapan konsertnya.

A compilation of interviews, rehearsals and backstage footage of Michael Jackson as he prepared for his series of sold-out shows in London.






Ini screenshot. Gambar memang kualiti tinggi..:)



DOWNLOAD LINK
DOWNLOAD NOW



link kredit: abg kus

Anda perlukan HJ-Split untuk joinkan apa yang anda telah download. Boleh dapatkan HJ-split dan tutorial menggunakannya DISINI


p/s: Dengan video ni, terubatlah sedikit kerinduan peminat-peminat Michael Jackson..:) aku hendak kata peminat fanatik tu tidaklah, suka la 3 atau 4 lagu dia..:)

Sedikit selingan. Seperti yang kita ketahui, Michael Jackson merupakan salah seorang icon keamanan dunia. Lagu-lagunya banyak membawa mesej keamanan. dan kematian beliau diselubungi begitu banyak spekulasi. Jika anda tengok video ini, anda tahu dia tidaklah sakit mana pun. Tetapi bagaimana beliau boleh mati secara tiba-tiba.?



Saturday, December 26, 2009

Tips: Settings Yang Tidak Perlu Dalam Blog : Part 1

30 comments

Apakah settings yang sepatutnya tidak ada dalam sesebuah blog.?
Atau dalam kata lain, setting tersebut sepatutnya tidak diperlukan oleh pemilik blog untuk diaplikasikan pada blognya.

Untuk kali ini, aku akan cuba bagi sedikit tips berkenaan apakah setting yang sepatutnya tidak ada dalam blog. Semestinya tips yang aku tunjukan ini bagi sesiapa yang menggunakan platform blogger.com. Kerana semua tips² ini terkandung dalam akaun blogger (log in > dashboard > setting)


Untuk part 1 ini, aku tunjukkan 2 dahulu setting yang aku rasa paling penting.
Sebenarnya aku hendak buat dalam satu post sahaja, tetapi memandangkan aku buat ulasan juga, bimbang takut entri terlalu panjang nanti. So, aku buat part 1 ini dahulu.
Berikut setting yang aku rasakan tidak perlu dalam blog..




1. Word Verification For Comment.

Ini adalah perkara yang paling penting untuk diketahui oleh pemilik blog. Untuk default, setting ini didatangkan dalam keadaan "Show word verification.?--> YES".
Perkara ini sebenarnya untuk mengelakkan spam. Tetapi dalam keadaan sekarang, kehadiran word verification adalah MENYUSAHKAN kepada pengunjung2 yang ingin menghantar komen.
tips perkara yang tidak perlu dalam blog


Perkara ini banyak tidak disedari oleh pemilik blog kerana pemilik blog tidak perlu isi word verification. So, ramai yang terlepas pandang perkara ini dengan beranggapan blognya sudah tidak ada word verification, sedangkan setting masih lagi dalam keadaan YES dan word verification ini perlu diisi oleh pengunjung.

Oleh itu, jika anda pemilik blog, sila pastikan blog anda telah disablekan fungsi ini untuk memudahkan pengunjung anda menghantar komen.:)
(Setting > Comments > Show word verification for comments? - NO)
tips perkara yang tidak perlu dalam blog


2. Comment Moderation.

Comment moderation adalah setting kedua yang aku rasakan tidak perlu bagi sesebuah blog. Ini kerana, dalam keadaan 'biasa' anda tidak perlu baca dahulu komen untuk diapprovekan. Biarkan pengunjung post dahulu komen, dan kalau anda hendak balas boleh balas kemudian. Kerana ada pengunjung yang suka kalau apa yang dikomen olehnya terus muncul.


Kadang tu, aku terpikir juga. Adakah pemilik blog ini bimbang ada komen negatif seperti "blog ko tak cantik la", "ko punya entri tak best la", dan lain2. Kalau ini yang dibimbangkan, aku rasa agak tidak wajar. Kerana sebagai pemilik blog, kena ada persiapan untuk menghadapi perkara-perkara 'kurang menarik' bagi blognya.

Walau bagaimanapun, aku faham juga ada sesetengah blog yang mempunyai musuh sendiri. dan kebanyakan blog yang mempunyai musuh sendiri ini adalah blog perempuan. Percaya atau tidak.?..(perkara ni mungkin aku akan ulas kemudian.:). Kalau dalam keadaan seperti ini aku no komenlah kalau di enablekan comment moderation.

Tetapi jika blog anda berjalan seperti biasa, tiada masalah apa-apa, baik anda disablekan sahaja comment moderation.Biarkan komen itu keluar terus.
Sedikit sumber inspirasi, cuma korang tengok blog-blog mereka-mereka yang 'power' dan 'otai' dalam dunia blogging ini, ada mereka perlukan comment moderation.? Tidak perlu..

Cara untuk disablekan pun mudah sahaja.:)
(Settings > comments > Comment moderation --> NEVER)
tips perkara yang tidak perlu dalam blog


Setakat itu dahulu untuk tips untuk part 1 bagi setting yang tidak diperlukan bagi sesebuah blog. Walaupun hanya 2 je isi kandungannya, tetapi boleh tahan panjang juga aku menaip. nasib baik buat part 1 dan part 2.Kalau aku buat satu entri, jenuh korang membaca nanti.:) Untuk part 2, nanti aku akan buat entri baru.

Tips2 ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku yang aku alami dan untuk kemudahan bersama. Pemilik blog berhak sepenuhnya untuk menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Aku cuma beri tips berdasarkan pengalaman untuk kemudahan semua.:)

Happy Blogging..:)


Firefox Optimizer

10 comments

Firefox optimizer merupakan software yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi penggunaan firefox. Selain menggunakan google chrome untuk melayari internet yang lebih laju, kelajuan firefox juga boleh ditambah dengan menggunakan software ini.

Firefox Optimizer


Secara asasnya, penggunaan software ini dapat mengurangkan penggunaan memori apabila menggunakan firefox. Semakin rendah memori yang digunakan, semakin lancar aplikasi yang digunakan. Kalau hendak tahu lebih lanjut, boleh baca penerangan ini. aku juga letakkan screenshot untuk memudahkan pemahaman.


This great utility improves the performance of your Firefox browser and incredibly reduces memory and CPU usage. The practical experiment revealed that it could immediately reduce the memory usage of Firefox 3.0.4 with 14 pages(tabs) opened on a Microsoft Windows XP SP2 from 62 Mb to less than 0.5 Mb only without any instability issues.

This will save your RAM for other memory-intensive applications that were slowing down your computer when running them along with Firefox. The program doesn't require any configurations or tweaking, and you wont even need to install it, just download and double click and you will be saving your memory.




Sebelum menggunakan Firefox Optimizer.
Firefox Optimizer


Selepas menggunakan Firefox Optimizer.
Firefox Optimizer

Kelebihan menggunakan software ini.
  • Wonderful incredible performance.
  • Low memory footprints.
  • Small in size.
  • Immediate action.


Kekurangan.
  • Requires .NET Framework 2 to be installed. (Aku pun tidak faham apa ni. Tetapi aku install dan boleh guna kira aku tiada masalah ni la.:)



Download link.

DOWNLOAD NOW




Friday, December 25, 2009

Wali Band - Aku Cinta Allah

6 comments

Sebenarnya aku tidak kenal sangat siapa Wali Band ini.
Jarang aku ambil kisah berkaitan dengan artis dari luar.
Bukanlah untuk bersikap rasis, tetapi banyak juga artis-artis dari Malaysia yang mempunyai lagu-lagu yang bagus.
Bagi aku adalah lebih penting untuk aku utamakan lagu dari negara sendiri dahulu berbanding negara lain.

Walau bagaimanapun, ada lagu dari Wali Band yang bagi aku baik dan bagus untuk didengar.
Oleh kerana lagu ini berunsur ketuhanan,so aku abaikan faktor-faktor lain disekeliling. Dan dari pandangan aku, ianya sebuah lagu dengan alunan muzik dan lirik yang sangat bagus untuk dihayati.

Disini aku sertakan video, link download dan lirik untuk lagu ini.
Sama-sama kita hayati..




Download Link

Wali Band - Aku Cinta Allah



Lirik Lagu – Aku Cinta Allah


Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
*
Aku lemah tanpa-Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolong ku tolong ku Yaa Allah
**
Setiap air mata ku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan kau lagi
***
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah
Back to *, **, ***
Back to **
Back to *** 2x




Unwanted86 Sudah Bertukar Wajah..:)

12 comments

Ops....
Adakah anda tersalah masuk blog.?
Mencari mana blog unwanted86.blogspot.com yang bertemakan jeans dahulu.?
Ini blog lain ni..
Sudah hendak keluar.?
Sabar-sabar...
Anda tidak salah masuk.
Inilah blog yang anda cari tadi.
anda sudah masuk ke tempat yang betul,
Memang tidak salah lagi..:)
Mungkin anda hairan dengan suasana persekitaran yang jauh berbeza dari dahulu kan..:)

Sukacitanya hendak dimaklumkan bahawa template asal blog ini telah ditukar secara rasminya. Kalau sebelum ini, rupa template blog ini adalah seperti gambar dibawah, tetapi sekarang rupa bentuk baru adalah seperti yang anda lihat sekarang.

Template lama.


Template sekarang.




Kalau dahulu tema jeans lebih kepada warna biru, sekarang aku pilih warna oren atau warna jingga.:) Mulanya hendak pikir warna hitam, tetapi rasa macam tema jeans dahulu pun sudah gelap. Kalau pilih warna pink, ish, tak sesuai dengan jiwa pula. So, warna jingga inilah aku rasa warna yang sesuai untuk kali ini.:)

Oleh kerana template ini masih baru, ada lagi beberapa perkara yang masih belum lengkap. Kalau anda tengok di sidebar pun nampak masih kosong lagi. Aku juga sedang dalam pemantauan untuk pastikan samada ok atau tidak background template ini yang aku upload dari blogger sahaja. Maklumlah, tiada server sendiri.:)

Cuma sekarang ini aku perasan ada 2 masalah disebabkan entri2 lepas semasa menggunakan template jeans.
Masalah pertama, semasa menggunakan template jeans dahu, kebanyakan perkataan yang aku tekankan dan sesuatu entri aku akan warnakan dengan warna hijau dan kuning. Kerana hijau dan kuning nampak jelas dalam warna gelap. Masalah sekarang warna kuning tersebut 'sukar dibaca' apabila background bertukar kepada warna putih.

Masalah kedua, juga pada entri-entri lepas, apabila aku post gambar, template jeans akan automatic menghalang gambar yang bersaiz besar dari melebihi kawasan entri. Tetapi untuk template ini, apabila gambar besar ia akan tetap dibuka melebihi kawasan entri.

Secara keseluruhan, apa yang ok bagi aku template ini adalah:
1). Entri lebih senang dibaca,
2). Size template yang tetap memudahkan aku untuk membuat entri dengan susunan baris dan perenggang dengan lebih berkesan.
3). Persekitaran blog yang lebih happening dengan warna yang lebih cerah berbanding jeans dahulu yang agak kusam.:)



Apa pendapat korang tentang template ini.?
aku perlukan komen korang untuk nilai template aku ni mana yang lebih, mana yang kurang, mana yang perlu dibaiki.
So nanti boleh la aku buat penambahbaikkan.
Cadangan dan pendapat korang amatlah diperlukan..:)


Thursday, December 24, 2009

Tips : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Entri

20 comments

Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?

Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.

Bagi sesetengah orang, mungkin ianya tidaklah penting.
Tetapi bagi sesetengah orang, masa untuk post entri adalah penting.
Aku akan terangkan kenapa masa untuk post entri juga penting dan bilakah masa yang sesuai untuk post entri.

waktu sesuai untuk post entri


Untuk waktu yang paling sesuai untuk post entri (publish), aku sudah kenalpasti 3 waktu yang boleh dikatakan paling ideal. Ini berdasarkan statistik yang masuk ke blog ini pada waktu-waktu yang tertentu.


Post entri yang aku maksudkan ini bukanlah masa anda mula menaip atau mula mencari bahan, tetapi masa yang aku bagitahu ini adalah masa yang sesuai untuk tekan button PUBLISH. Jadi aku andaikan pada masa-masa ini, anda sudah ada apa yang anda hendak post. Menaip entri mungkin anda boleh buat bila-bila masa yang anda lapang, dan anda boleh 'save' dahulu untuk tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting adalah waktu untuk PUBLISH.


Pukul 7.30pg - 8.00pg.
Waktu ini adalah waktu yang paling ideal untuk publish post. Boleh dikatakan pukul 8.00pagi rakyat Malaysia memulakan harinya. Bagi yang bekerja atau tidak, apabila ada masa lapang je(ye ke lapang.:), pagi-pagi lagi sudah mengadap komputer. Betul tak.:).
Bagaimana hendak publish post pada ketika ini sedangkan diri sendiri pun sibuk.?
Senang sahaja, gunakan AUTOPOST. Anda boleh taip bila-bila masa, malam mungkin, dan setkan untuk post pada waktu antara 7.30 hingga 8.00 pagi ini.:)


Pukul 1.00ptg - 1.30ptg..
Waktu seterusnya adalah antara pukul 1 dan 1.30. Kalau ikutkan dari pukul 8pagi tadi,
jika anda sudah ada post, biasanya trafik tiada masalah. Cuba kalau pada hari itu anda ada 2 entri hendak publish, selain pukul 8.00 pagi, pukul 1 hingga 1.30 adalah jawapannya. Ini kerana pukul 1.00 hingga 1.30 (dan mungkin 2.00) adalah waktu rehat. Ada yang makan atau apa, dan ada juga yang rehat di hadapan pc. Dan bagi yang baru balik dari rehat, lepas siap makan takkan hendak buat kerja terus kan, ada la yang melencong buka pc buka internet dulu.:)

Pukul 7.30-8.00mlm..
Waktu ketiga sesuai untuk buat entri adalah pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Kerana biasanya aktiviti sebelah malam akan bermula selepas maghrib. Jarang orang online pada pukul 7.00. Biasanya pukul 8.00 atau 8.30malam mula start untuk online semula. (Bagi yang ada internet kat umah atau tak balik lagi dari pejabat kot.:). So, untuk penutup pada sesuatu hari, pukul 7.30 hingga 8.00malam adalah masa yang sesuai.:)


Bagaimana jika ada lebih dari 3 entri sehari.?
Kalau ada lebih entri, dicadangkan untuk post mana-mana waktu antara pukul 8.00pagi hingga 4.00 petang. Biasakan untuk post pada waktu siang kerana masa yang ada untuk post itu panjng sebelum habis hari tersebut.

Kalau entri urgent.?
Sudah namanya urgent..:) Kalau urgent, bila-bila masa sahaja boleh post. Urgent tidak kira waktu.:)

Kenapa waktu untuk post entri juga penting.?
Bagi sesetengah orang, mungkin tidak penting. Asalkan ada post pada hari tersebut.
Lagi-lagi bagi yang sudah ada pelawat tetap atau memang blog sudah glemer. Tetapi perkara ini juga penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengaplikasi trend visitor pada sesuatu blog.

Satu lagi.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda berada dalam kedudukan di atas seperti gambar apabila ruang trafik maya di Malaysia tengah tinggi..?..:)


list kredit:http://kotakbeg.blogspot.com/



Wednesday, December 23, 2009

Cek Nuffnang Dah Sampai, Siapa Hendak Sikit.?.:)

17 comments

Sampai juga akhirnya cek nuffang ini ke tangan aku..
Eh, Silap. sebenarnya aku baru ambil dari pejabat asrama aku.
Sampai punya la lama.
Dalam akhir bulan 10 atau awal bulan 11.
Sekarang.?
Sudah hendak habis bulan 12 dah..:)

Tidak tahu la kenapa, macam aku tidak ambil kisah sangat pula pasal ni.
asyik tangguh je hendak tengok cek yang sampai.
sekarang aku datang awal sikit ke asrama, ada la masa untuk jenguk ke pejabat.
Padahal duit tu.:)
Jumlah cashout untuk cek ni RM103.90 (ceh, tambah 10sen lagi jadi 4.00 belakang tu.:)
Ini gambar yang aku ambil.


Apa aku hendak buat dengan duit ini.?


Ini perancangan aku.Dari RM103.90 tu, aku rasa hendak bagi RM30/RM40 kepada pelawat maya, (blogger)..
Bagaimana.?
Aku terpikir hendak buat contest nanti.
Tidak adil kalau aku bagi macam tu je kan, nanti orang lain kata pilih kasih pula.
So kalau buat contest, peluang untuk dapat RM30/RM40 tu sama rata.:)

RM50+, aku terpikir untuk belanja kawan-kawan aku makan la.
Beli KFC bucket, cukup la rasanya untuk 5/6 orang member aku ni.
dorang pun bukan kuat makan pun ( Ye ke..:)

Balance.?
Balance aku ambil la ye.
Guna buat-buat lepak minum malam², beli air R.O dan apa-apa yang berkaitan.:)

Ok jugalah dapat sedikit earning dari dunia maya ni.
Kalau hendak banding denga otai-otai, jauh la tertinggal aku ni.
Tapi tidak mengapa la kan.
Paling kurang, selain aku dapat kenal orang, tambah ilmu, dapat juga hasil.:)

Ada lagi ke baki dalam akaun nuffnang.?
Ada. Setakat ini, aku kumpul je dulu.
Tengok la nanti kalau aku rasa aku perlukan sedikit duit aku cashout la semula nanti.:)
Ini baki yang ada dalam akaun nuffnang aku.



Korang jangan bimbang, nanti kalau aku cashout duit tu nanti, bahagian untuk pelawat maya aku tidak lupakan.:). Terima kasih kepada yang datang klik2 iklan aku. Nanti ada masa aku pergi klik iklan korang pula.:)

p/s:apasal aku perasan nuffnang sekarang dah jarang tunjuk iklan ek. Aku tengok kat blog-blog otai pun jarang dah sekarang. Kurang advertiser ke.:)



National Geographic 1960 - 2009

1 comments

Bagaimankah rupa muka depan majalah National Geographic 50 tahun dahulu.?
Mungkin bagi sesetengah orang tidaklah kisah sangat.
Aku pun sebenarnya tidaklah kisah sangat.:)


Tetapi sempena tahun 2009 yang sudah hampir ke penhujungnya, apa kata kalau korang tengok koleksi-koleksi muka depan Majalah National Geographic bermula dari tahun 1960 hingga sekarang, 2009.
Muka depan ini bukanlah mewakili setiap bulan, tetapi setahun satu muka depan.
Kalau setiap bulan hendak tengok muka depan, anda congak la sendiri. 12 x (2009-1960)= 88. Mampu ke hendak tengok semua ni.:)

So, kali ini hanya mewakili satu muka depan bagi satu tahun. Bulan berbeza la. Korang boleh tengok sendiri senarai yang aku letak ini.


Untuk memudahkan korang tengok, aku telah letakkan dalam satu album dari imageshack.us. Lebih senang untuk korang tengok berbanding hendak tunggu habis loading dalam blog ini. Klik link untuk album imageshack. National Geographic 1690-2009.

Ini screnshot


Owh, mungkin anda perasan gambar ini. Tahukan gambar ini termasuk dalam senarai Top 10 World Most Famous Photos Ever.?. Kalau anda belum tengok baik tengok.:)



Tuesday, December 22, 2009

Cantikkan Browser Chrome dengan Pelbagai Theme

4 comments

Berapa ramai yang menggunakan google chrome sebagai browser utama selain firefox dan internet explorer.?
Nilai tepat aku tidak tahu, tetapi berdasarkan kepada statistik blog ini, (browser), google chrome menduduki tempak ketiga. Paling banyak guna firefox, dan kedua adalah internet explorer.

Walaupun berdasarkan ujian-ujian, chrome paling baik antara keseluruhan browser, tetapi firefox adalah paling banyak digunakan. Antara sebabnya adalah firefox adalah lebih mesra pengguna disamping banyak add ons yang ada. Aku pun lebih kerap menggunakan firefox berbanding google chrome. Internet explorer.? tidak langsung.:)
Browser untuk google chrome boleh didapati disini.(online install)

Bagi pengguna google chrome, paparan muka depan yang biasa adalah seperti berikut.


Dan ini pula paparan depan chrome yang aku guna setelah aku install theme yang tersedia. (nampak ok la sikit daripada kosong je.)


Susahkan hendak tukar theme untuk browser ini.?
Owh, langkah-langkah untuk tukar theme ini sangatlah senang. Sungguh tak tipu.:)


secara asasnya, kesemua theme ini telah tersedia apabila anda membuka link ini. https://tools.google.com/chrome/intl/pt/themes/index.html

Apabila anda membuka link ini, anda boleh pilih samada hendak pilih theme berdasarkan artis atau google.

Kalau berdasarkan artis, kebanyakan theme ada gambar-gambar sikit seperti bawah ni.


Kalau berdasarkan google, theme adalah lebih simple dan kemas.:)


Apapun yang penting buka link untuk theme ini dahulu, pilih mana yang berkenan kemudian klik apply. Boleh tukar bila-bila masa sahaja yang anda mahu.:)

p/s: tapi betul la chrome ni lebih laju.:)



Amazing Paintings on Feathers

6 comments

Pernah anda nampak bulu burung ditepi jalan atau di mana-mana.?
Mungkin bagi anda ianya tidaklah begitu teruja sangat untuk memungut bulu burung ini.
Hendak buat apa dengan bulu burung. Takkan lah hendak buat pen macam zaman kuno pula.:)
Apa sangatlah yang ada dengan sekeping bulu burung seperti gambar di bawah.

Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Gambar di atas ni gambar bulu burung yang masih dalam keadaan 'tanpa disentuh'..
Cuba kalau diberi sentuhan sedikit daripada mereka yang pakar.
Anda tahu apa hasilnya.?

Lihatlah gambar-gambar bulu burung yang diberi sentuhan pakar ini.:)

Top 10 Amazing Paintings on Feathers



Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


Top 10 Amazing Paintings on Feathers


----------------------------

Amacam, cantik-cantik tak gambar bulu burung yang ada ni.?
Nanti kalau korang jumpa bulu burung dimana-mana, cuba la ambil dan warna.
Mana la tahu kot-kot anda pun berbakat besar..:)


Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted