Saturday, January 16, 2010

Bagaimana Kalau Blogger Milik Yahudi.?


Sebelum ini aku ada post perkaitan facebook dengan yahudi.
Dan terbaru aku post pandangan dari seorang ustaz berkaitan dengan facebook ini.
Dan, ketika entri ini ditaip, aku masih tidak mempunyai akaun facebook. Bukan aku tidak buka kerana facebook adalah milik yahudi, tetapi kerana aku memang kurang berminat dengan web sosial.:)

Oleh kerana, jika aku banyak berbicara tentang facebook, sedangkan aku tiada akaun facebook, dibimbangi kalau ada yang mengatakan."alah, tiada akaun facebook, tetapi sibuk bercakap tentang yahudi dan facebook, macam la dia baik sangat". Itu mungkin je la. Tapi aku tahu korang tak pikir macam tu kan..:)


So, untuk kali ini, aku pikirkan satu andaian yang berkaitan dengan apa yang aku gunakan sekarang, iaitu blog dengan platform blogger.com. Sebenarnya aku tidak tahu siapa pemilik asal blogger ini, agak terhad pula masa aku untuk menyelidik semua ini.
Yang aku tahu blogger adalah milik google. Perkaitan blogger dengan yahudi tidaklah sehebat facebook dengan yahudi.

Untuk entri kali ini, aku andaikan blogger ini adalah milik yahudi seperti mana facebook adalah milik yahudi.
Persoalannya, jika blogger.com ini milik yahudi, Adakah aku masih akan menggunakannya.?


Untuk persoalan ini, suka aku jawab terus apa yang aku pikirkan dan kemudian aku akan buat sedikit ulasan. aku bimbang jika aku bagi jawapan pada akhir entri, takut ada yang terkeliru atau kurang jelas. Jadi elok rasanya kalau aku bagi jawapan terus kemudian baru aku bagi ulasan. Dan jika pengunjung² lain ada pandangan lain, amatlah digalakkan.

Jawapan aku untuk persoalan ini adalah.
Ya, Aku akan tetap menggunakan blogger ini.

Berikut adalah beberapa sebab aku akan menggunakan blogger walaupun jika ianya milik yahudi.

1.Tidak salah menggunakan kehebatan dan kecanggihan bangsa/agama lain selagi ianya memberi kelebihan kepada kita.

- Perkara ini sebenarnya lebih kepada 'teknologi'. Dan umum mengetahui teknologi bukan islam mendahului teknoogi islam pada masa kini.. dan dengan menggunakan teknologi bukan islam inilah kita dapat menyatupadukan umat, menyampaikan ilmu dan lain².
- Dan kalau anda tanya mana-mana ustaz pun, tidak salah untuk menggunakan teknologi bukan islam tetapi untuk kepentingan umat kita.


2. Blogger tidak sama dengan laman web sosial seperti friendster, myspace, tagged, facebook.

- Ini rasanya ramai yang menyedari. Kebanyakan blogger yang ada adalah bertujuan baik. Walupun ada juga bertujuan tidak baik seperti membuka blog lucah. Tetapi itu tidak boleh salahkan platform blogger, salahkan siapa yang buka. Sama juga pemilik akaun facebook yang letak gambar menampakkan lurah dada, jangan salahkan facebook itu dulu, salahkan pemilik gambar dahulu.Dan seiiring dengan perubahan zaman, kebanyakan maklumat dan ilmu juga boleh diperolehi dari dunia blogging.

-Berbeza pula dengan laman web sosial. Laman web sosial juga ada kebaikan seperti dapat kumpul kawan2 lama, berkongsi maklumat. Tetapi ada satu perkara yang aku perasan tentang laman web sosial berbanding blogger. Dalam laman web sosial, begitu mudah untuk mencari perempuan² yang jika diluarnya memakai tudung, maka dalam laman web sosial akan membuka tudung untuk tatapan umum. Makin cantik dan seksi pemilik akaun web sosial, makin ramilah tetamunya. Berbeza dengan blogger, kadang tu pengunjung pun tidak tahu siapakah pemilik blog tersebut tetapi banyak ilmu yang diperkatakan.

3. Maklumat peribadi.

-Ini antara perkara 'panas' yang dibincangkan. Kalau web sosial memang jelas la daftar kena guna maklumat peribadi, dan sama juga seperti blogger. Maklumat peribadi diperlukan. Untuk zaman sekarang, agak mustahil untuk anda hidup jika anda tidak kemukakan maklumat peribadi.

-Oleh itu, dari pandangan aku, maklumat peribadi ini adalah 'normal'. Anda tidak boleh terlepas dari memberi maklumat peribadi pada zaman sekarang.

-nama, tempat tinggal, tempat belajar adalah perkara penting untuk diketahui. Tidak kira la blogger atau pemilik akaun web sosial. Dan maklumat ini sepatutnya betul tidak kira la anda menggunakan web sosial atau blogger kerana ianya memudahkan kawan² mencari dan mengenali pemilik blogger dan laman web sosial.

-cuba bayangkan semua orang menipu tentang maklumat peribadi untuk tujuan 'tidak mendedahkan' kepada pihak lain. Lebih baik anda tidak mempunyai sebarang akaun terus.

- Maklumat peribadi adalah penting untuk ditunjukkan, cuma kena tahu sejauh mana batasan capaian dan maklumat yang ditunjukkann. Jangan la pula siap letak no akuan bank, itu cari penyakit namanya.

-----------------------------

Rasanya setakat itu dahulu pandangan aku berkaitan hal ini.
sebenarnya banyak lagi yang ingin aku perkatakan, tetapi kan bosan pula membaca nanti..:)

Suka untuk aku ingatkan, entri ini bukanlah bermaksud aku menyokong yahudi, kan ada pula yang tersalah anggap. Cuma perkara yang perlu diketahui tidak salah menggunakan kecanggihan orang bukan islam untuk kemudahan dan kegunaan umat kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan agama islam.


Ringkasan kesimpulan dari aku senang sahaja.
Tidak kira la korang guna facebook ke, blogger ke, myspace ke, wordpress ke,
semuanya bergantung bagaimana anda menggunakannya..:)


p/s: aku ada sikit bimbang kerana ianya melibatkan juga hal keagamaan. Kerana aku bukanlah layak sangat untuk berbicara tentang keagaaman ini. Oleh itu pandangan dari yang lebih mengetahui amatlah digalakkan.Sesiapa yang ada pandangan lain,sangatlah digalakkan untuk komen. Tidak kira samada sokong atau bantah, hendak kutuk ke., selamba je komen.:)



Suka entri ini.?

17 comments:

Kancilbiru on January 17, 2010 at 1:40 AM said...

kita dah tahu pros & cons dia kan... bagi aku, terpulang hak masing2..mcm ustaz tu ckp, berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga... yg buat aku bengang, org yang kecoh ckp facebook haram, tak kecoh pulak hal email yahoo dia ke, blogger dia ke haram... mcm ASB la, ckp dividen dia haram, abih yg dividen dalam bank yg lain tu tak haram pulak...pelik aku la dgn dorg ni. tah! terpulang la masing2 cmna nak handle dan buat pilihan... bagi aku, selagi benda tu tak termaktub Haram di sisi ugama, on jer. tapi yg asb tu mmg aku tau haram pun sbb dorg yg declare...hahahaha. sorry eh, tpanjang pulak komen ku ini....

a1zudd1n on January 17, 2010 at 1:54 AM said...

kat dunia ni..
dah byk benda dah milik yahudi..
camne nak wat..huhu

amoi on January 17, 2010 at 1:55 AM said...

aku tak suke orang yang bulat2 cakap Facebook haram. Ye. Barang Yahudi. tapi orang yang bercakap pasal Facebook haram tu makan meggi gak kan? Pergi tesco gak kan? Pernah pakai phone Nokia gak kan? PC pakai Intel gak kan? So hari2 pakai barang Yahudi tak mohh lak benti guna. Tapi cakap Facebook haram buat pe kalau diri sendiri pun pakai barang Yahudi.

Dak Wan on January 17, 2010 at 2:01 AM said...

Pasal Yahudi ownernya tu ada yg tanya dah kat Ulama dan ada dah fatwa yg kluar, ringkasnya takper sebab takder bukti yg duit tu digunakan untuk berperang terhadap umat islam. So takder bukti sahih = harus.

Google plak milik US, sebab asalnya dulu penciptaan utk komunikasi antara komputer dan internet di ilhamkan oleh pentagon.

Mr K on January 17, 2010 at 2:31 AM said...

Yup. Nice 1 bro

fecca on January 17, 2010 at 2:09 PM said...

sedikit sebanyak, sy turut sokong pendapat saudara unwanted86 & Dak Wan... sy ada akaun facebook... persoalannya, takkan Yahudi mahu mndedahkn bukti bahawa FB adalah milik mereka? huhuhuhu~

Benar, sy gunakn FB utk keep in touch dgn rakan2 lama... Andai trbukti suatu masa nnt dr sumber yg diprcayai bahawa FB adalah milik Yahudi... mungkin sy akan terus menggunakannya...

Seorang ustaz dahulu pernah berpesan kpd sy:-
"Di pertengahan jalan yg kau lalui, kau akan jumpa lopak air yg besar... Tiada laluan lain yg kamu dpt lalui kecuali melalui lopak air itu... Maka pilihlah bahagian lopak air yg cetek agar kau kurang basah terkena lopak air..."

Moral: Selagi boleh dielakkan, maka elakkn.. Atau meminimumkn penggunaan nya...

Sekadar sebuah pandangan~

=)

muffler on January 17, 2010 at 7:08 PM said...

facebook aku pun tak brapa nak layan...aku sokong ko hehe :p

mmg perlu kita tidak menggunakan barangan dorg...

tp kita kenalah ambil kesempatan untuk menggunakan barangan dorg untuk tujuan kebaikan...untuk memabangunkan diri sendiri.. seperti blogger.com nie mmeberikan kita blog percuma, so gunakan lah untuk menyumbangkan tutorial2 ker...bantuan2 secara alam maya... tapi bukan tujuan tuk merosakkan...

100% aku stuju ngan ko bro...cheeersss

5rux on January 18, 2010 at 3:01 PM said...

kalau nk diikutkan, majoriti brg2 yg kte gna yahudi yg create kn. semua yg guna pn untuk kesenangan kita sume jgk gak.

Zikr the Jalanan Sepi Perantau on January 22, 2010 at 8:37 PM said...

setuju.. kita boleh guna.. tapi kena bijak menggunakannya..

Anonymous said...

sebenarnya,takperlulah pertikaikan yahudi ke bukan.soal nie saya tak berani komen lebih2.sensitif..cuma teknologi yang ada kalau disalahgunakan tak kira sesiapa pun pengasasnye...atas diri kita, ada yang gunakan FB untuk cari rezeki dan ilmu, berkogsi pendapat. Allah tahu niat kita..Pengguna bijak pengguna yang maju.untuk mencapai matlamat 1 Malaysia.

Anonymous said...

kalu fb kite kait kan utk melalaikan..kite ubah matlamat mrk...fb kite gunakan utk sampaikan ilmu...

MENCARIPETUNJUK_xxppxx on February 4, 2010 at 5:59 PM said...

fb boleh guna tp tahukah korang segala maklumat yg korang berikan dlm fb akan direkodka oleh ejen CIA...
CIA ialah sebuah ejen rahsia amerika A.K.A kuncu dajjal al-masih....
sekadar penyampai..ada byk lg yg kt semua x tahu...
kalau salah tlong tunjuk kn...
hidupkan perjuangan imam mahdi...

Cikgu Yang Azmah on February 7, 2010 at 9:48 AM said...

Salam!! terima kasih for maklumat!!

rayban wayfarer on July 16, 2010 at 10:38 PM said...

Thanks for sharing maklumat yang berguna ini

Fadzrul Hisyam on November 2, 2010 at 9:37 PM said...

Blogger ni dilahirkan oleh Pyra Labs (www.pyra.com) pd thn 1999 oleh 2 omputeh kat San Fransisco, California bernama Meg Hourihan & Evan Williams yg jugak pencipta Twitter. Pada 2003, barulah Pak Cik Blogger ambil alih Blogger.

Asal blogger bukan milik org Yahudi. Google (dimiliki Sergey Brin dr Russia & Larry Page dr USA) jugak bukan dimiliki Yahudi.

Siapa pemilik bukan masalah, tapi mcm mana kita guna apa yg diorg cipta utk satukan ummah. Kita sedar, yg ade org yg guna tech utk jatuhkan kita, tp kita jgak plu pndai gne tech yg sama utk encounter balik.

Jgn salahkan org yg buat pisau, kalau pisau tu digunakan utk membunuh. Salahkan org yg guna pisau.

d0d0l on October 12, 2011 at 12:38 AM said...

entry nie dah lama, tp nak komen gak :D ibarat spt kite diberi sbutir peluru oleh pihak musuh. so... sm ade kita nak pulangkan semula peluru tu (ada harapan kena tembak oleh musuh) atau kita gunakan peluru tu (ada harapan nak tembak musuh).

علی جمعه مظفری از چهل باغتوی پشی on January 4, 2012 at 6:11 AM said...

nice very

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted