Komputer..
Suatu masa dahulu bukanlah sesuatu yang penting sangat bagi sesetengah orang.
Tetapi pada masa sekarang, komputer merupakan antara keperluan yang perlu ada selain daripada handphone.

Kalau dahulu suri rumah tidak tahu apa itu komputer, tetapi zaman sekarang komputer merupakan teman rapat suri rumah selain suami, anak-anak dan orang sekeliling.
Kalau dahulu, budak sekolah rendah masih lagi berlari-lari sana sini bermain dengan kawan-kawan, tetapi kini sudah ramai budak-budak diusia muda sudah mahir menggunakan komputer walaupun dengan tujuan bermain game.
Kalau dahulu, sesiapa yang bergelar pelajar ipt, hanya orang kaya yang mampu membeli komputer, tetapi kini, tanpa komputer, tidak lengkap rasanya untuk title pelajar ipt.
Kalau dahulu hanya kilang-kilang besar menggunakan komputer, sekarang kedai runcit pun merekodkan hasil jualan di dalam komputer.
Kalau dahulu sebuah komputer sebesar sebuah bilik, kini komputer boleh dibawa dengan mudah kemana-mana.
Tanpa komputer, tidak tenang kehidupan sekarang ini.
Sehari tanpa komputer, susah rasanya hidup ini, banyak kerja yang terbengkalai.
Terasa begitu pentingnya komputer pada masa kini.
Begitu hebatnya penangan teknologi masa kini. Itu belum ditambah lagi dengan kemudahan internet dicapai juga melalui medium sebuah komputer.
Komputer mempunyai banyak kesan baik, dan juga banyak kesan buruk.
Komputer antara salah satu teknologi yang semakin berkembang pesat mengiringi handphone. Bagi sesetengah orang, teknologi itu membawa kebaikan, tetapi bagi sesetengah orang, teknologi itu membawa kemusnahan.
Jangan pikir teknologi itu merosakkan, tetapi pikirlah bagaimana untuk menggunakan teknologi untuk kehidupan yang lebih baik. Kehidupan kita tidak boleh lari dari teknologi. Tanpa teknologi kita ketinggalan.
Dengan menggunakan 'teknologi'lah, aku menaip untuk blog aku, dan dengan menggunakan 'teknologi'lah korang membaca blog aku..:)
p/s: Sory la kalau aku mengarut sikit.ha3. Sebenarnya aku buat entri ini untuk menaikkan semangat aku untuk menaip tips pengurusan komputer. Nanti aku buat entri pasal pengurusan komputer, ada dalam 4 part yang aku rancangkan.:)
Suka entri ini.?


9 comments:
bro nak komen sikit... komputer memang penting dan amat2 diperlukan sekarang.. tapi bayangkan komputer tanpa internet, hp masih guna wayar... konperm komputer akan jadi kotak kosong..
seperti mana keluaran komputer pada awal2nya...andainya murah dizaman itu tapi takda capaian internet, cloud dan sebagainya tetap akan penting untuk bekerja sahaja...dan orang tak akan menggunakannya dan tidak mengangap komputer ini penting, walaupun boleh memainkan video/audio/editing dan sebagainya... communication technology jugak penting sekarang nie...begitu jugak sebaliknya...
tengok sahaja hp, komputer, media player, games console dan sebagainya tergolong dalam golongan komputer..lihat saja mesti lengkap dengan kemudahan internet...
jadi disini komputer dan capaian internet adalah penting... bukan komputer sahaja...
aku setuju. internet yang mempengaruhi hidup seseorang. haha.
sokong ngn muffler..
komputer n internet sama2 penting..
kalo salah satu xde xgune gak..
The best pasal komputer ni.... dah semakin kecil! Hp pon dah macam computer.
skg hp pon ade internet...lps ni org dah x pkai komp dah
Laptop game mahal!
memang betul internet juga penting.
tetapi internet adalah 'tambahan'.
asasnya adalah komputer.
tanpa internet, banyak lagi komputer boleh buat.
tapi tanpa komputer, apa guna internet.?:)
tapi tanpa komputer, apa guna internet.?
internet adalah komunikasi, telephone jugak adalah intenet(chat/berbual tanpa teks tapi masih boleh menyampaikan berita).. telephone lebih awal dicipta berbanding komputer..
jika komputer tak wujud, internet still ada fungsi yang menarik(iaitu komunikasi).. komputer cuma melengkapkan fungsinya dengan memberikan visual yg lebih menarik dan sempurna bagi mengisi ruang kosong yang terdapat pada komputer..
tapi kesimpulannya, masing2 memerlukan satu sama lain untuk melengkapkan fungsinya...disini bukan sahaja komputer itu penting, tapi capaian talian juga penting.. :)
ader komputer boleh main game online :P
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)