Friday, March 12, 2010

Perkara Yang Semakin Membimbangkan Berkaitan Lelaki

Menjadi seorang lelaki mungkin boleh menjadi kemegahan kepada golongan ini. Banyak perdebatan antara lelaki dan perempuan yang sebenarnya tidak pernah habis. Dan semestinya bagi orang lelaki mereka akan berasa begitu hebat sekali dengan jantina yang dikurniakan. Begitu juga dengan perempuan,tetapi tentang perempuan aku akan bagitahu dalam entri lain.:)

Walaupun kaum lelaki ini di'label' hebat, tetapi berdasarkan kepada keadaan semasa, terdapat beberapa perkara yang perlu dibimbangkan berkaitan golongan lelaki ini. Perkara yang aku senaraikan ini sebenarnya telah dan sedang berlaku, tetapi kalau diikutkan keadaan semasa, perkara-perkara ini tidak menunjukkan penurunan. Sebab itulah aku masukkan dalam perkara yang semakin membimbangkan.

Berikut adalah perkara yang aku dapat senaraikan.

Lelaki lembut
-Bagi seorang lelaki, biasa dengan hebat, kacak, macho, gagah, tegap dan lain² walaupun tidaklah 100% seperti yang diimpikan. Tetapi, kehadiran lelaki lembut semakin senang untuk dilihat sana-sini. Kalau diikutkan ada 3 jenis golongan lelaki lembut, tetapi rasanya tidak perlu untuk aku huraikan semua(panjang pula entri nanti). dan bagi aku paling bermasalah adalah lelaki yang menjadi lembut disebabkan kawan dan juga persekitaran.

Songsang

-Songsang ini suka aku merujuk kepada golongan gay dan juga golongan lelaki yang beria-ria hendak menukar penampilan/jantina kepada perempuan. Mungkin di Malaysia sukar(tiada mungkin) lelaki yang membuat pembedahan menukar jantina, tetapi lihatlah ramai mana yang berpakaian/bersolek seperti perempuan. Bagi golongan gay pula, tidak semestinya muka jambu sahaja yang jadi gay. Kadang tu muka nampak macam lelaki normal, tetapi bernafsu kepada kaum sendiri. Menjijikkan..

Kurang di IPT
- Kekurangan lelaki di IPT memang tidak dapat disangkal lagi. Boleh dikatakan IPT tempat dimana seseorang itu 'nampak' kejaya yang akan ditempuhinya untuk hari-hari yang mendatang. Kalau sudah lelaki kurang di IPT, bagaimana hendak melahirkan golongan-golongan yang dikatakan 'hebat'.?
- Ada yang kata perempuan ramai di IPT sebab bilangan dorang ramai di Malaysia.?, sila betulkan tanggapan anda dengan baca statistik rakyat Malaysia(2009)

Pemalu.
-Kalau diikutkan malu ini adalah sifat seorang perempuan. Lelaki biasanya tidak malu untuk membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tetapi kalau perkara yang berfaedah tidak ramai yang berani
-Kalau sorak orang jatuh, atau terlanggar pintu, ramai je yang bersorak. Menyakat orang, ramai je yang hendak tunjuk hebat. cuba kalau dalam perjumpaan, jika diminta untuk bertanya soalan, berapa kerat je yang berani keluar.?

Terlibat jenayah
-Jenayah merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Ada yang melibatkan kemanusiaan, ada yang melibatkan kebendaan. Semestinya paling sukar apabila melibatkan kemanusiaan. Ragut, rompak, pukul, curi, rogol, raba dan banyak lagi yang begitu menyakitkan hati apabila membaca berita yang terpampang di dada-dada akhbar. taraf hidup yang semakin tinggi dan juga keadaan ekonomi yang semakin menekan memburukkan keadaan ini.

Kurang bidang pro
-Kekurangan lelaki dalam bidang pro juga perkara yang membimbangkan. Boleh dikatakan sebahagian besar bidang pro yang akan menentukan corak sesebuah negara. Tetapi dengan kekurangan lelaki di IPT, semestinya kesan juga terasa. Takkan hendak ambil lelaki dari golongan mat rempit untuk jadi jurutera mekanikal.?. Dan kesan besar yang akan mendatang, golongan perempuan akan 'memegang' negara. Dimanakah lelaki yang disifatkan sebagai pemimpin.?

Kualiti kehidupan
- Kualiti kehidupan ini melibatkan bagaimana perangai dan perlakuan seseorang lelaki dalam menghadapi hidup ini. Seorang lelaki yang berkualiti tidak semestinya berpelajaran tinggi, ataupun kaya-raya. Ada juga lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, dan hidup susah, tetapi kualiti hidupnya jauh lebih baik dari orang lain.
Tetapi alangkah bagusnya kalau seorang lelaki itu seimbang dari segala segi samada melibatkan pencapaian,pergaulan, perlakuan, tindakan dan lain².
Bimbang tanggapan seperti ini, "susahnya hendak cari lelaki yang berkualiti sekarang'.

--------------------

Bagi aku, semestinya menjadi seorang lelaki adalah satu kebanggaan bagi aku. Dan aku juga merasakan perkara yang sama kepada seorang perempuan. Dan aku juga selalu terpikir bahawa pada masa akan datang, kaum lelaki akan berada dalam keadaan 'bermasalah' dimana aku merujuk banyak keadaan yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki, tetapi dikuasai oleh orang perempuan.

Kalau itu yang berlaku, dimana tempat bagi lelaki.?
Kerana perkara yang berlaku bukanlah disebabkan salah perempuan,
tetapi kerana lelaki itu sendiri.
lelaki harus sedar kenapa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki...

Suka entri ini.?

28 comments:

PEJUANG KESENIAN EXTREME on March 12, 2010 at 8:42 AM said...

Semua benda ni sangat mebimbangkan..tapi yang paling teruk dan semakin teruk adalah berkenaan dengan perkara 1 dan 2...Fuh

Shahrin on March 12, 2010 at 8:46 AM said...

perkara 1 & 2 tu memang tepat.. dah la lelaki spesis terancam... jd mcm tu pulak... dok p tambah jantina orang pompuan....

mello on March 12, 2010 at 9:28 AM said...

setuju ngan ko bro.. makin ketara lately..

piewahid on March 12, 2010 at 11:34 AM said...

sbb tu jgn marah bila pompuan pilih org tua....he3

pu3aan on March 12, 2010 at 11:51 AM said...

hahaha..stuju ngn piewahid..

.khai. @ drcomot on March 12, 2010 at 7:44 PM said...

tau xpe..
kita semakin pupus.. huhu

Anonymous said...

your writing is totally unacceptable and is not based on facts. Malaysia have sufficient engineers and also sufficient undergraduate engineering students. We do not need to call for the 'mat rempit' to fill the void for this. Asking question is not a parameter that can be used to decide somebody's guts....

||| PöJìé PööH ||| on March 12, 2010 at 11:03 PM said...

lelaki hebat semakin pupus..
dan yang pasti lelaki lebih memikirkan kehebatan diranjang berbanding kehabatan di IPTA dan di bidang profesional..

unwanted on March 12, 2010 at 11:22 PM said...

PEJUANG KESENIAN EXTREME,Shahrin
ini yang bikin panas kepada lelaki normal ni.ha3

piewahid,
ish, mana la de marah..:)

pu3aan,
oo. klu bab cam tu cepat je setuju ek.:)

.khai. @ drcomot,
bukan pupus dari segi bilangan.
pupus dari segi kualiti..

|| PöJìé PööH ||| ,
aah, betul juga tu..

unwanted on March 12, 2010 at 11:38 PM said...

Balas komen special sikit untuk anonymous.

Sebenarnya bukanlah apa yang aku letak disini tidak berdasarkan fakta. Mungkin kerana aku tidak letak bilangannya maka apa yang aku post ini dianggap salah.

Betulkah apa yang dikatakan "Malaysia have sufficient engineers and also sufficient undergraduate engineering students."

Oleh itu, mintak komen balas dari anonymous untuk petikan² berikut ye.:)
(diambil dari sumber yang pelbagai)

“We have a shortage of engineers in Penang, and the investor specified that it needed senior electrical and electronic engineers, which we do not have in big supply,” Ooi told The Straits Times.
-------------------------
Kekurangan jurutera tempatan dan permintaan tinggi di peringkat antarabangsa dalam industri petroleum dan gas menjadi satu masalah serius dalam usaha pengisian tenaga kerja di Sarawak.
---------------------------
Kekurangan jurutera dalam bidang bioperubatan yang berlaku kini memaksa kita untuk mengimport jurutera atau kepakaran dari India
-----------------------------
Kekurangan ini didapati kritikal terutamanya bagi jurutera elektrik, elektronik dan mekanikal serta pembantu jurutera. Keluaran semasa jurutera dari institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara di bawah tajaan Kerajaan adalah seramai 13,100 berbanding dengan permintaan seramai 36,350
---------------------------
Negara memerlukan seramai 29,000 jurutera kimia pada tahun 2010, menurut Datuk Rahmah Abu Kasim, Penasihat National Economic Action council (NEAC). Sehingga tahun 2000, jurutera kimia yang berkerja di Malaysia hanya berjumlah 2900 orang (The STAR, April 9, 2003)
--------------------------
SEPANG 17 Julai - Industri penerbangan negara masih berhadapan dengan masalah kekurangan jurutera dan juruteknik tempatan sekali gus gagal menampung kepesatan sektor itu di negara ini.
--------------------------

Adakah masih tidak cukup fakta yang ditunjukkan.?

Berbalik kepada entri.
Kalau kita kekurangan jurutera, salah satu cara untuk melahirkan jurutera adalah di IPT(dan juga institusi lain yang berkaitan)

Bagaimana hendak menambah bilangan jurutera lelaki sedangkan wanita menguasai IPT.?

Wajar bukan kebimbangan untuk lelaki juga merangkumi aspek ini..:)

filem baru on March 13, 2010 at 12:38 AM said...

websites bru tuk anda semua mndwnload filem2 melayu' malay movie'...http://tinyurl.com/malaymovie4u

.AQAMZ. on March 13, 2010 at 10:11 AM said...

jgn riso.
segalanya boleh berubah la..:)

faruQi on March 14, 2010 at 7:02 AM said...

ooo begitu yahhhh.. tak disnagka sblumnyaaa..

ateeq on March 14, 2010 at 9:16 AM said...

yang point 1, 2 ,3 tu aku setuju sgt2. sebab dlm realiti hidup aku pun mmg dekat je kaum2 camni dgn aku :)

1 peristiwa agak kelakar gak le aku rasa, ade sorang member lelaki lembut ni, aku baru kenal kat pat praktikal. hampir sebulan gak le aku duk bertepuk tampar dgn dia, siap teman g toilet lg... pastu baru aku tahu dia ni lelaki..(confident je masuk toilet perempuan dia nih)

memang lelaki makin kurang pun kat ipta. buktinya bdk kelas aku 2 org je lelaki.. ape nak kata?

Anonymous said...

jgn salahkan lelaki lembut kalau prempuan lebih tertarik kepada mereka, salah kan lelaki straight kerana tidak menjaga penampilan masing2 dan tidak sensitif kpd perasaan wanita....hahaha

Anonymous said...

satu lagi ko lupe. masalah kebotakan yg semakin menjadi2 di kalangan lelaki seawal usia 20an yg semakin membimbangkan dan menjatuhkan saham.

unwanted on March 16, 2010 at 11:37 AM said...

.AQAMZ.,
memang segalanya boleh berubah.
tetapi tengok pada keadaan semasa, nampak gayanya ianya tidak berubah.:)

ateeq,
pergh. kes berat dah tu siap masuk tandas lagi.ha3

Anonymous1,
apabila aku melihat keadaan semasa, lelaki lembut memang ramai mempunyai kawan perempuan.
tetapi seperti agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan pasangan.
kerana lelaki lembut perangainya lebih kepada perempuan, sebab itu mereka senang untuk mendapat kawan perempuan.
dan bagi perempuan mereka memang boleh berkawan dengan lelaki lembut kerana boleh dikatakan memahami sifat keperempuanan,

tetapi secara lumrahnya 'perempuan' akan tertarik kepada 'lelaki' dan juga lumrah 'lelaki' tertarik kepada 'perempuan'.

semua orang tahu berkawan dan berkasih dua keadaan yang berbeza bukan.?

Anonymous2
Kebotakan juga boleh dikatakan antara perkara yang menjadi².tetapi aku lebih bimbangkan perkara yang di atas pula.:)

ga_eul said...

ar-rijalu qawwamun 'ala nisa

pelangi berbicara said...

Suatu perkara menarik tentang lelaki di sini(mesir).....

mereka juga gila2.
tetapi, keakraban antara satu sama lain kadang2 sampai boleh buat org2 luar fikir mereka gay.. haha..

bila berjumpa aja, salam dan cium pipi dua2 belah (mcm org perempuan buat), eventho badan2 org arab mesir mengalahkan badan2 lelaki m'sia...huhu...

LakiGege on March 19, 2010 at 12:23 PM said...

sma2 lah berdakwah nasihat menasihati kawan2 y nmpk mcm dah terpesong tu..
jgn pndg hina sgt.tp tugas kita membantu dorag kembali kpd asal.

laki lbih suka buat business sendiri
ramai je laki xmasuk U tapi bleh pakai kete power2
boleh tlg mak ayah

n ramai gak laki y masuk U tu lupe daratan kena kejutan budaya bagai

orang pandai akademik xsemestinya berjaya
orang xpandai akademik xsemestinya xberjaya

jangan terlalu jumud menilai manusia

take it or live it

lakigege bersuara!

Heizal on November 11, 2010 at 4:15 PM said...

-harap pandangan saya tak disalah ertikan- :)

Salam, saya sangatlah baru di blog ini. (and liking it!) Ingin saya menyumbang sedikit pendapat saya bagi paparan semua.

Apa yang disebut oleh LakiGege ada benarnya. Saya ada kawan2 lelaki yang lembut, ada yang gay dan yang 'straight' lembut. Sexually saya tak masalah nak kawan dengan dorang sebab dalam banyak2 lelaki, lelaki lembut lah yang pandai dalam berterus terang dan menjaga pertuturan mereka bila bersama kawan2 tak kesah lah lelaki atau pempuan. yang penting kita respect dorang. tu jer.

Satu benda kita boleh belajar dari dorang ialah,kekurangan yang ada pada lelaki generasi sekarang ialah personaliti dan penampilan.

Saya cakap melalui pengalaman sendiri. nak kata ada rupa, biasajer saya ni.. gelap lak tu.. walaupun dorang tak tahu saya ni pelajar univesiti ke tak, jawatan apa saya pegang sekarang atau saya ni pandai buat duit ke tak..

ah.. rahsia nyer..

sebelum saya mula harap takda yg anggap saya ni belagak ke apa ye.. mintak maaf banyak2.. you even can correct me if i am wrong..

Kita lelaki sebenar tak perlu lah jadi metro-sexual, lembut atau gay untuk menjadi lelaki idaman wanita.

"bestnyer" jadi laki ni sebab 'at the end of the day' perempuan tak tgk sangat rupa kita. Macam laki, rupa paras wanita menjadi perkara utama sebelum yang lain2 (correct me if i am wrong k). Ada yg lelaki nak perepuan pandai tapi kalau tak lawa 'turn off' gak kan. sebab tu lah kita untung. Perempuan lihat lelaki dari semua aspek contohnya jam apa korang pakai, sembahyang tak, pakaian korang kemas ke tak, pandai cakap ker tak, boleh bawa menghadap kawan dan famili ker tak.. ah yang paling penting, pandai buat duit ker tak (nafkah)Tapi rupa fizik jadi nombor dua.. perempuan ni kalau hati dah tertambat.. perh! korang pun tau kan, susah dorang nak lepaskan kaum lelaki ni...

Oleh itu, tak perlu risau kalau korang ni budak univeriti atau tak.. yang penting kita kena ada arah tuju dalam kehidupan.. kita kena buktikan pada diri sendiri kalau rakan2 kita boleh buat asal kita tak boleh.. tak perlu tengok sampai bill gates ker apa.. tgk kat kawan2 kita yang berjaya dah cukup.. make sure dorang buat kerja halal lah.. tanya apa rahsia dorang.. apa titik peluh yang dorang terpaksa harungi.. kalau korang takde kawan macam ni.. tanya kawan kau kalau dorang ada kawan cam tu.. pastu kau mintak dia introduce kat kau.. ktak susah..

ni dah lari topik lak.. sorry

Kita tumpukan kepada lelaki lembut dulu..
Masalah lelaki lembut ni sebab environment dorang. (Avoid the genetic issue) macam satu cerita my friend ni... adik beradik semua perepuan, waktu kecik mak bapak jenis tak kesah kau nak jadi lembut ker keras ker.. biler dah too late dia dah jadi lembut.. kebanyakkan jadi mcm ni sebab dorang tak jumpa sebab tuk jadi lelaki sejati. its hard to turn back dah

Apa kita boleh buat tuk tolong dorang.. ada.. tunjukkan pada dorang yang ada gunanya lelaki menjadi lelaki sejati.. bukan sebab perepuan jer tapi dari segi peribadi diri.. pegangan agama memain peranan penting dalam hal ini.. lebihkan menunjuk keperbadian yang elok daripada menasihat.. cara Nabi S.A.W.. bukan senang nak tukar peribadi seorang sebab dari kecik dorang macam tu.. secara terang atau tak..

Motivation pada lelaki2 terutamanya diri saya sendiri:
nak isteri lawa dan solehah? kenalah ada benda nak di tunjuk. kenalah bersiap-siapkan diri.

:)

alamak tak banyak masa lak..

Kepada mereka ingin sambung perbincangan in boleh emailkan pendapat anda di heiza.hamid@yahoo.com

Ni bukan nak promote ker apa.. takde barang pun nak ditunjukkan. nak bagi pendedahan sahaja.

saya sila mendengar/membaca pendapat anda pula

allahualam

Heizal on November 11, 2010 at 4:17 PM said...

Heizal on November 11, 2010 at 5:12 PM said...

nak isteri lawa dan solehah? kenalah ada benda nak di tunjuk. kenalah bersiap-siapkan diri. 
alamak tak banyak masa lak..
Kepada mereka ingin sambung perbincangan in boleh emailkan pendapat anda di heiza.hamid@yahoo.com
Ni bukan nak promote ker apa.. takde barang pun nak ditunjukkan. nak bagi pendedahan sahaja.
saya sila mendengar/membaca pendapat anda pula
allahualam

Heizal on November 11, 2010 at 5:13 PM said...

test

Heizal on November 11, 2010 at 5:14 PM said...

Bahangian 1

-harap pandangan saya tak disalah ertikan- :)
Salam, saya sangatlah baru di blog ini. (and liking it!) Ingin saya menyumbang sedikit pendapat saya bagi paparan semua.
Apa yang disebut oleh LakiGege ada benarnya. Saya ada kawan2 lelaki yang lembut, ada yang gay dan yang 'straight' lembut. Sexually saya tak masalah nak kawan dengan dorang sebab dalam banyak2 lelaki, lelaki lembut lah yang pandai dalam berterus terang dan menjaga pertuturan mereka bila bersama kawan2 tak kesah lah lelaki atau pempuan. yang penting kita respect dorang. tu jer.
Satu benda kita boleh belajar dari dorang ialah,kekurangan yang ada pada lelaki generasi sekarang ialah personaliti dan penampilan.
Saya cakap melalui pengalaman sendiri. nak kata ada rupa, biasajer saya ni.. gelap lak tu.. walaupun dorang tak tahu saya ni pelajar univesiti ke tak, jawatan apa saya pegang sekarang atau saya ni pandai buat duit ke tak..
ah.. rahsia nyer..

Heizal on November 11, 2010 at 5:15 PM said...

Bahagian 2

sebelum saya mula harap takda yg anggap saya ni belagak ke apa ye.. mintak maaf banyak2.. you even can correct me if i am wrong..
Kita lelaki sebenar tak perlu lah jadi metro-sexual, lembut atau gay untuk menjadi lelaki idaman wanita.
"bestnyer" jadi laki ni sebab 'at the end of the day' perempuan tak tgk sangat rupa kita. Macam laki, rupa paras wanita menjadi perkara utama sebelum yang lain2 (correct me if i am wrong k). Ada yg lelaki nak perepuan pandai tapi kalau tak lawa 'turn off' gak kan. sebab tu lah kita untung. Perempuan lihat lelaki dari semua aspek contohnya jam apa korang pakai, sembahyang tak, pakaian korang kemas ke tak, pandai cakap ker tak, boleh bawa menghadap kawan dan famili ker tak.. ah yang paling penting, pandai buat duit ker tak (nafkah)Tapi rupa fizik jadi nombor dua.. perempuan ni kalau hati dah tertambat.. perh! korang pun tau kan, susah dorang nak lepaskan kaum lelaki ni...
Oleh itu, tak perlu risau kalau korang ni budak univeriti atau tak.. yang penting kita kena ada arah tuju dalam kehidupan.. kita kena buktikan pada diri sendiri kalau rakan2 kita boleh buat asal kita tak boleh.. tak perlu tengok sampai bill gates ker apa.. tgk kat kawan2 kita yang berjaya dah cukup.. make sure dorang buat kerja halal lah.. tanya apa rahsia dorang.. apa titik peluh yang dorang terpaksa harungi.. kalau korang takde kawan macam ni.. tanya kawan kau kalau dorang ada kawan cam tu.. pastu kau mintak dia introduce kat kau.. ktak susah..
ni dah lari topik lak.. sorry

Heizal on November 11, 2010 at 5:16 PM said...

Bahagian akhir
Kita tumpukan kepada lelaki lembut..
Masalah lelaki lembut ni sebab environment dorang. (Avoid the genetic issue) macam satu cerita my friend ni... adik beradik semua perepuan, waktu kecik mak bapak jenis tak kesah kau nak jadi lembut ker keras ker.. biler dah too late dia dah jadi lembut.. kebanyakkan jadi mcm ni sebab dorang tak jumpa sebab tuk jadi lelaki sejati. its hard to turn back dah
Apa kita boleh buat tuk tolong dorang.. ada.. tunjukkan pada dorang yang ada gunanya lelaki menjadi lelaki sejati.. bukan sebab perepuan jer tapi dari segi peribadi diri.. pegangan agama memain peranan penting dalam hal ini.. lebihkan menunjuk keperbadian yang elok daripada menasihat.. cara Nabi S.A.W.. bukan senang nak tukar peribadi seorang sebab dari kecik dorang macam tu.. secara terang atau tak..
Motivation pada lelaki2 terutamanya diri saya sendiri:
nak isteri lawa dan solehah? kenalah ada benda nak di tunjuk. kenalah bersiap-siapkan diri. 
alamak tak banyak masa lak..
Kepada mereka ingin sambung perbincangan in boleh emailkan pendapat anda di heiza.hamid@yahoo.com
Ni bukan nak promote ker apa.. takde barang pun nak ditunjukkan. nak bagi pendedahan sahaja.
saya sila mendengar/membaca pendapat anda pula
allahualam

zaim mahfuz on April 2, 2011 at 5:06 PM said...

ak harap x termasuk lam golongan d atas p dalam bahagian pro n ipt 2 memang akan ad lah

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted