Thursday, August 05, 2010

Anda Juga Menghina..?, Adakah Anda Juga Sama,? 2 x 5 sahaja..?


Sekarang ini heboh diperkatakan kes seorang perempuan yang menghina negeri Johor.. Dan juga aku ada buat entri sebelum ini berkaitan kes ini. Heboh la buat seketika ini. Maka gempak gempitalah alam maya ini. Alam realitinya aku tidak tahu la, mungkin empunya badan dan orang sekelilingnya tahu..

Memang aku takkan tunjuk muka empunya badan, sebab apa yang aku tahu empunya badan sudah pun meminta maaf. So, tiada guna untuk aku tunjuk mukannya kerana bukan tujuan untuk memalukan dia, tetapi juga untuk mengingatkan orang ramai apa yang tak sepatutnya dilakukan di Facebook. Dan juga diharapkan sebagai kesedaran kepada aku dan juga orang² lain.



Bila kes macam ini muncul, maka marahlah semua orang. Dan aku juga tidak terkecuali, marah dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Memang tidak tepat dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Tetapi rasanya marah dan tak puas hati aku ada batasnya. Bukan sampai menghina semula.

Kenapa aku berkata demikian.?

Jom kita baca apa yang telah ditulis pemilik-pemilik akaun facebook yang kononnya begitu marah sehingga mereka juga tidak sedar yang mereka juga sebenarnya menghina.
Bezanya, perempuan itu menghina dapat balasan(maksud aku page anti la, kecaman dan pelbagai lagi), dan aras kedua yang menghina.? Wah, sedapnya mulut..

Tidak percaya.? Ini aku tunjukkan (sebahagian) apa yang pada aku tidak sepatutnya ditaip oleh sesiapa yang sepatutnya berpikiran waras.. Untuk peringatan kepada sesiapa yang begitu marah tetapi tidak sedar mereka juga adalah 2 X 5 sahaja..
 hina negeri johor di facebook


Juga semestinya aku sangat menyokong dengan beberapa orang yang menyedari perkara ini.. bagus bro/sis kerana korang nampak lebih jauh..
hina negeri johor di facebook


Dan juga sedikit orang yang pada aku bijak mengambil kesempatan. Mungkin.:)
hina negeri johor di facebook


Sebenarnya aku agak suka dengan komen ini..:).
Inilah warna warni kehidupan, dan bestnya siap ada peribahasa lagi.
hina negeri johor di facebook



Dalam page ini, ( ada 2 page, satu dah tutup, ini masih buka) ada pelbagai lagi kata-kata umat melayu yang bermacam-macam ragam. Tak larat juga aku hendak membaca semuanya. Biarkanlah..


Juga untuk makluman..
Entri ini bukan bermakna aku menyokong perempuan itu. Dia buat salah tetap salah. Dan rasanya dia juga telah meminta maaf kerana dia telah menghina.

Dan pertanyaan aku..
anda semua(yang menghina) adalah anda meminta maaf dengan apa yang anda lakukan.?

Oh, jangan anggap aku buat entri bajek aku baik. Aku bagus lah, apa lah. Aku pun sama seperti korang semua. Tetapi aku rasa aku tak la sampai teruk-teruk sangat.:)Cuma peringatan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Bukankah bagus untuk kita saling ingat mengingati..?

Sekali lagi diingatkan, berpikir sebelum anda taip sesuatu dalam facebook, dan juga berpikir sebelum anda komen untuk entri ini.:) ,

p/s: aku juga 'like' page anti ini, bukan kerana sokong page ini, tetapi untuk menyampaikan apa yang aku rasa ini..

Jadikan internet sesuatu yang menyeronokkan.:)


Suka entri ini.?

19 comments:

Fina Fento on August 5, 2010 at 10:09 PM said...

report page tu je. semua yang komen kurang ajar kat dalam tu sama je dengan si pencetus isu malah ada yang lebih teruk lagi..wallahualam.

Gen Fujita on August 5, 2010 at 10:13 PM said...

Aku suka entry ni. Tak sangka masih ada manusia waras macam ko yg tak terbawa-bawa emosi. Pujian ikhlas dari aku. Aku pun tengah taip pasal isu ni dalam blog aku, nanti kalau dah siap aku akan maklumkan. Aku follow blog ko yg best ni. :)

dzuhrin said...

thanks :-) biasalah~ idup ni umpama tombol gear~ kadang ke gear 1...kadang ke gear reverse...so kehidupan ni sesuatu yg abstrak~ x bisa diramalkan~ coz Allah yg tentukan~ so dalam idup ni biarla kita jadi awan yang setia pada langit :-) xpernah bergaduh....

wAt| on August 5, 2010 at 10:17 PM said...

nak komen la camni... hehehehe.
sy pure johorean & x like pun page tu sbb pd sy ianya tiada manfaat langsung. lgpun, dr kecil kita diajar menegur org secara baik... xkisah la dr sindiran/tempelak etc. kalau xjln, tegur la menggunakan org tgh (yg dihormati oleh si polan). memaki bknlah jln penyelesaian utk 1 penghinaan. iskkk... ntahapahapajelahorangsekarang.

aremierulez/Amirul on August 5, 2010 at 10:23 PM said...

tu la.. aku tengok budak2 yang komen kat page ni lagi teruk dari apa yang Azita tu cakap.

ada jugak yang ambik kesempatan kutuk Kulim dalam page ni. Tak takut pulak ke orang Kulim hentam balik?

Aku malas nak like page ni. Bukan ape, kalau aku like, seolah-olah macam aku menyokong melayu sesama kita bergaduh, mencarut dan menghina sesuka hati. aku tengok page ni macam satu "lesen besar" untuk orang mencarut & menghina dengan bahasa kita.

dia pun dah mintak maaf, so aku rasa baik kita maafkan je. Sedang Nabi yang mulia pun ampunkan umatnya, inikan pulak kita sesama manusia.

dan jadikan lah peristiwa ini satu ikhtibar. Jangan la sesuka hati nak menghina tempat orang lain. Kulim ke, Jb ke.. semuanya pun bumi ciptaan Allah yang maha esa.

Gen Fujita on August 5, 2010 at 10:27 PM said...

Pompuan tu dah dapat dah pun balasan dia. Tapi yang paling aku pelik, betapa ramainya manusia, beribu-ribu orang pulak tu, yang taksub menurut emosi, sampai melampaui batas. Bila kita cuba tenangkan, dengan kita-kita sekali kena lanyak. Hai manusia. Jangan risaulah, manusia macam tu memang banyak, dan mostly bacul pun, kat dunia nyata biasa tak berani diorang nak buat sebab berdepan. Internet boleh la orang tak jumpa. :) BTW, aku orang Johor, anak jati Johor, lahir di Johor Baru, Hosp. Sultanah Aminah.

pencinta jb said...

sye ske dgn pendirian awk..sye sebenarnye simpati dgn azita nie...ntah lah kan...tue lah kerana mulut bdn binase...harap ini dapat beri pengajaran buat yg lain...bukan nye kte tambah dosa dgn memaki hamun...henti kan lah smua page2 yg mengaib kan org lain...sesungguhnya mengaib kan seseorg tue dose besar...subhanallah

Anonymous said...

sokong sgt dengan entry ni..sy juga like page tu td,,tp unlike blk..myampah pulak tgk diorg yg lebih2 memaki azita..kn sm je pbuatan diorg tu dgn azita..mmg tepat skali,,kelancangan azita telah mdapat balasan..tp kelancangan mereka yg lain??bile dpersoalkan,,diorg mjawab pengajaran..itukah yg dinamakan pengajaran??WTH!!kalau ye pon marah,,kan ade batas nye..jgn la memberi pengajaran jika sm je mulut dengan kaki..bile ade yg cuba mdamaikn keadaan,,dipersalahkan pulak konon nye nk tunjuk baik or alim..kemudian disekat utk tidak komen lg disitu..ape tujuan admin sebenarnye??sapekah admin nye..kerana dia,,da tpampang sikap org johor..korg pk la cmne..betapa malu nye jika negara2 lain bc FB tu..ape mereka akan kate?ini ke malaysia yg mengagungkan 1malaysia?masing2 ade pdapat sndri..so,,tepuk dada tnye selera..sy tidak bpihak pd mana2,,kerna sy jgk marah dgn kelancangan azita n pelik dgn sikap mereka yg lain..peace no war..

Anonymous said...

erm..dorg marah sgt,,ble dorg dah ok,,mb dorg x lg kuakan bnde2 x elok tu...korg klw dh mrh sgt pun berkemungkinan besar akan wat mcm tu,,,aku x sokong mane2 pihak..''kerana bahasa,badan binasa'' pasni berhati2 la klw nk wat statement tu...lu pk la sendiri...>pure johorean....

PinQib on August 5, 2010 at 11:33 PM said...

sabar3.. hee.. entry panas ni.. apahal3 perempuan tu must learn from her mistake..


Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Boys never grow up


I’m no good in having relationship

alien said...

Gen F: Pendapat saya diorang tak bacul, kata kata kau hanya berdasarkan prasangka. Sama macam diorang.

Diorang berkata kerana hakikatnya kita manusia ada mulut dan semua mempunyai hak memilih apa yg hendak dikatakan. Kemudian Hukum Karma dan Hukum Sebab Dan Akibat menyusul. Cakap yg baik dapat lah baik. Cakap kotor ..dapat la kotornya.

Mereka membalas kerana mereka terasa terkena pada mereka. Yg tak membalas kerana merasakan dia tiada kena mengena. Org dihina, dikeji pasti membalas. Diam sahaja jauh sekali. Kalau dalam fb.. diorang balas dalam fb. Kalau berdepan diorang balas berdepan. Kalau berparang berkeris diorang pun berparang berkeris. Jangan sangka diorang bacul. Orang johor bahasa nya manis tapi orang jb agar kasar tetapi masih bersopan. Namun begitu tidak sekali kali org johor menghina negeri dan sultannya. Dari sekolah rendah KITA menyanyikan lagu rasmi negeri yg mendoakan Kesejahteraan Sultan dan Negeri Johor. Begitu jua, setiap selesai solat jumaat KITA akan mendoakan Sultan dan Negeri Johor. Jadi jangan pertikai kecintaan KITA pada JOHOR.

Gen Fujita on August 5, 2010 at 11:51 PM said...

Dah sini pulak dah kang jadi tempat bertekak. Emo, emo... :)

Anonymous said...

Kat sini pun nak bertekak ker... sapa plak bangang campur aduk plank ngan blog ni. Gen fujita pun bangang gak... provoke tak abis abis. toyol!!!

Anonymous said...

ala,,wat xtau jela kate2 diorg tu..kebanyakkn masih muda n xpk panjang..klu tgk blk page fb masing2 pon,,xsemegah mane pon org nye..xde rupa nk memajukan bangsa sndri apetah lg negara..merosakkn ade la..tu psl jd cmni..da btelingkah plak dgn yg lain..rs nye,,azita jd cmtu sbb dia dok kt johor kot..da terikut2 bahasa n budaya org johor..tgk sj la bahasa2 diorg..perghh,,dasyat..leh tangkap nangis klu bc diorg kutuk..org johor yg xkenal beskot tu pon,,dok tgh cari2 n nk rs cmne rs nye beskot tu..FAMOUS betoolllllllll..peace no war bebeh!!

Gen Fujita on August 6, 2010 at 12:07 AM said...

:) Tak ambik hati.

Anonymous said...

salam,

emm,terasa hendak bg komen lak hehe...sy anak jati johor,kat kota tinggi lah..tp sekarang behijrah ke kedah..pada saya sememangnya apa yg azita buat tu memang salah...pelbagai komen sy tgk dlm page ni..nak buat mcm mana...manusia ni semua di lahirkan tak sempurna,tak semua org pandai kawal emosi sebenarnya..sememangnya bila org menghina mcm tu, ramai akan bangkit cuba mempertahankan..tp dlm keadaan mana pun kita kena menegur secara baik.mrh tu normal..tp gunalah berkataan yg sopan.kesian gak tgk kena hentam si azita ni..tp lebih kesian dia berfikiran begitu...semuga dia mendapat iktibar..krn kesilapan yg dia pun, menyebabkan ank dan suaminya pun kena tempias.kepada semua komentar di atas selamat menjalani ibadah puasa semuga kita belajar untuk lebih bersabar.wasalam

Gen Fujita on August 6, 2010 at 12:52 AM said...

updated
Apabila Manusia Melampaui Batas

Anonymous said...

saya dah pun buat aduan dengan SKMM tentang perkara ini...

anda bila lagi???

jom kita ramai-ramai buat aduan kat SKMM

https://aduan.skmm.gov.my/

https://aduan.skmm.gov.my/eaduan_c/edaftar.cfm?noeaduan=TRUE&CFID=1116023&CFTOKEN=52625696

завоеватель on August 8, 2010 at 4:19 PM said...

Salam..
bagi pendapat saya la, baik delete aja page anti kat facebook tue..sebab ia lebih banyak membawa kemudharatan dari kemaslahatan..buktinya, yg waras akal, seolah-olah hilang akal di dunia maya..walaupun zahirnya dia seorang yang cukup sifat..
kita doakan akak itu mendapat hidayah dan berubah..manusia mana yang tak pernah buat silap..yg paling penting, siapa kita untuk menilai orang lain..
jangan la bertelagah sesama Muslim, di bulan Sya'ban pulak tue..dan tak lama lagi Ramadan bakal tiba..
Yang melayu dok bertelagah sesama sendiri, sedangkan bangsa lain tengah bertepuk tangan meraikan keadaan kita sekarang..
apa-apa pun, gunakanlah organ yg Tuhan bagi dalam kepala kita iaitu OTAK berlandaskan AKAL dan bukannya HAWA NAFSU...

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted