Buang bayi seperti tiada kesudahan nampaknya. Ketika entri ini ditaip, aku membaca 3 kes buang bayi. Seorang dijumpai mati kerana dibuang ke dalam tong sampah, 2 lagi masih hidup kerana dijumpai. Mungkin ini masa melahirkan bayi selepas puas berseronok dahulu.
Dan terbaru bagi membendung gejala buang bayi ini, satu cadangan diusulkan iaitu mana-mana yang terlibat dengan kes buang bayi, dan jika bayi itu mati pelaku boleh didakwa atas kes bunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tajuk entri ini, aku andaikan jika undang-undang ini dikuatkuasakan, maka kemungkinan perempuan untuk dihukum mati adalah sangat tinggi berbanding lelaki. aku berpikir seperti itu kerana jika undang-undang ini dikuatkuasa, maka kesan hukuman ini mungkin seperti berikut.
Pertama: Kes buang bayi akan menurun
Kedua: Kes pengguguran akan meningkat
Ketiga: Jika masih ada kes buang bayi, pelaku adalah perempuan.
Bercakap tentang kesan ketiga, kenapa aku berkata demikian. Kalau tahu hukuman untuk buang bayi boleh digantung, maka lagi banyaklah lelaki yang akan melarikan diri selepas mengetahui perempuan mengandung. Kalau sebelum ini mungkin dia boleh berpikir sama-sama membuang bayi, tetapi lepas undang-undang ini dikuatkuasakan lebih baik dia lari sahaja daripada menempuh risiko untuk hukuman gantung.

Perempuan, mahu tidak mahu, kandungan akan membesar dan akan melahirkan anak. Apabila melahirkan anak inilah, konflik akan berlaku dalam diri perempuan tersebut. Samada buang atau menghadapi cemuhan, kutukan, dari family atau masyarakat setempat dan kalau yang bernasib baik akhirnya diterima.
Kalau yang kuat semangat tu, boleh la teruskan. Kalau yang tidak, buang bayi dan juga ada kemungkinan dikenakan hukuman gantung juga ada. Lelaki.? Entah kemana..
Masa seronok dua-dua dapat kenikmatan..
Bila mengandung lelaki memberi pelbagai alasan..
Dengan undang² baru dikuatkuasakan..
Perempuan juga akhirnya menanggung beban..
Apa pandangan anda?
Suka entri ini.?


17 comments:
Pandangan saya? Tiada gunanya merawat gejala penyakit, tetapi punca pokok pangkal penyakitnya sendiri tidak dirawat.
Penyakit dan gejala
kalo yang haram tu cepat ajer menjadi... kalo yang dah sah kawen ni liat semacam laks... hurmm... mmg patut la kena hukuman gantung... setuju 100%....
kalau diikutkan...tak boleh nak salah kan perempuan sahaja...
tapi kalau difikirkan kembali, perempuan sekarang makin mudah memberi...
tak ke macam tu?..
lelaki kalau dah dapt...ape lagi...
faham2 je la...
kalau letak sesuatu hukuman pon,kadang2 di amik remeh jer,,kalau jumpa bayi yang kena buang,,belum tentu dapat tau saper perlaku,,benda2 ni belum cukup menyedarkan mereka yang berfikiran sempit,,pikirkan keseronokan tapi tak mahu bertanggungjawab.
Gen Fujita,
batul tu. pokok pangkal kena settlekn dahulu.
Maheran Maseirra,
sblm ni ada dengar radio, smpai ada sorg akak tu kata kalau nk buang bayi tu bagi la kat dia coz dia dah kawin 10tahun tapi tak dapat² anak lagi.
MX,
problemnya lelaki juga ramai yang menipu..
tp kesan akhirnya adalah perempuan..
terpikir bagaimana hendak buat hukuman, yang keduanya kena hadapi.. bukan perempuan sahaja..
hukum je due2 tuh kasi mati..
semak je hidup
tak tahu nak berfikir
nauzubillah yaAllah
hisk
sedeyh3x
xfair klau hukum pmpuan je...
tp stju gak ngan ideology anda...
pokoknye kne rawat dr pokok pangkalnya...
nie dah dekat nak sambut hari kemerdekaan x lama lagi kan,,konsert sana,,konsert sini,,laki perempuan campur tanpa batasan,,lagi 9 bulan lepas nie dpat ler hasil kan,,time tue byk ler ,,kes buang bayi plak,,sedih2 ...pemimpin kita x nampak lagi ka??
Anis izyan Abd Rahman,
kalau dua² yang pergi buang boleh la sabit hukuman, tetapi kalau perempuan shaja yg buang, lelaki tak boleh sabit hukuman walaupun tu anak dia.
senandung semalam,
mg tak fair kalau perempuan shaja yg kena.
biasanya(mmg kebanyakannya) lelaki akan lepas.
Nasir Bravo ,
aah, betul tu. ni dah dekat² dengan sambutan itu, sambutan ini. nnt dapatlah hasilnya seperti yang berlaku sekarang ni..
Moga cara ini boleh membantu mengurangkan gejala bodoh ini. Insyaallah. Samalah mendoakan.
Korang, ajar sikit pasal Nuffnang ni boleh? Huhu
Apa kata kita kembali ke jalan allah..
Lagipun Islam telah menetapkan hukuman untuk hal2 seperti ini..Buat apa kita hendak mencipta undang2 yang tidak sempurna sedangkan undang2 Islam sedia ada tidak diguna..
inilah padahnya kalau tak nak buat hukum hudud dan qisas..huhu hukum Allah taknak ikut
Bilakah semangat berblogging anda akan meniti hari tua?
Hukum Hudud lah yang adil..=)
yang laki lepas tangan? kenapa tak cek DNA baby tu? apa guna kemajuan sains yang dibanggakan kalau benda macam ni susah sangat nak setelkan?
Privacy_Resident,PEJUANG KESENIAN EXTREME,x-po,Nurul
Betul tu.
aku rasa kembali ke hukum islam gak yg boleh settle masalah ni.
Klu tak rumit skit nk settlekan.
YoshaMaDa,
mmg betul boleh cek DNA, dan boleh tahu siapa bapa baby tu..
Masalahnya seperti ini.
Kalau lelaki tu lari, perempuan tu buang bayi n mati,
perempuan yang disabitkan kesalahan, bukan lelaki.
Contoh mudah lagi seperti ini. Dalam satu keluarga, kalau ibu bunuh anak, masa tu ayah tak de kat umah. Ibu yang disabitkan kesalahan, bukannya ayah. Hukuman adalah kepada pelaku, bukan pemilik DNA kecuali terlibat kalau sama.
hudud sbg hukuman
we, as the community kne bg support.. bdk2 yg terlajak ni perlu dibimbing, diberikan panduan parents kena mainkn peranan,.. dr pengalaman kt UK dlu, mslh terpeknen ms study dlu mmg ade.. student tu diberi bantuan n diberikan pilihan nk jage baby tu sniri or nk serahkn pd family angkat.. so org yg berniat nk amek tu dh track perkembangan baby since dlm perut.. masyarakat x mencemuh tp membimbing.. yuppss mereka dh salah tp xble nk terus dipersalahkn.. bukan menggalakkan tp membetulkan..
saya amat bersetuju dengan pandangan anda, pada pendapat saya those yang terlanjur ni masih muda, perlukan bimbingan, masyarakat melayu ni suka betul mencemuh, mengumpat dan menghina, mereka seronok apa bila org lain melakukan kesalahan seolah2 memberi modal untuk mereka mengumpat. kejadian ni menjadi2 sebab masyarakat esp Melayu, segala cemuhan dari mereka membuatkan budak2 yang terlanjur ni rasa tersepit dan tak ada cara lain melainkan buang bayi. yang buang bayi ni, bukannya ada pekerjaan dan gaji yang tetap, so apa pilihan yang diorang ada melainkan buang bayi, kalau dia ada duit mesti dah lama dia buat abortion. masyarakat kita sangat bermasalah, mungkin akibat kemiskinan yang sinonim dengan masyarakat melayu ini membuatkan mereka bertepuk tangan dan riang gembira dengan penguguman yang dibuat kerajaan untuk menghukum gantung pesalah buang bayi mereka gembira apabila ada orang lain yang lebih malang dari mereka, mereka masih muda, dan ramai yang berpelajaran, setiap orang ada sejarah hitam masing2, tak semestinya sekali dia berzina dan mengandung anak luar nikah dia tak boleh masuk syurga, mereka patut diberi peluang, yang tak perlukan peluang adalah perogol, yang memusnahkan masa depan orang lain, pembunuh, simbah asid pada isteri dan anak2, sembelih anak, pembuli RMC, buli kawan sampai mati, penghisap dan pengedar dadah yang juga memusnahkan masa depan orang lain....those are the people who really deserve to die. they're not wanted in our community.
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)