Menjadi seorang perempuan bukanlah semudah yang disangka.Dalam peredaran zaman yang semakin pesat membangun ini, ada beberapa perkara yang akan membuatkan perempuan yang belum berkahwin ini dalam dilema.

Bukan hendak kata dilema oleh semua perempuan, tidak. Tetapi elok juga kalau aku katakan dilema seorang perempuan ini memang terjadi di zaman ini. Disini aku letakkan 6 perkara besar yang aku rasa menjadikan seseorang perempuan yang belum berkahwin itu dalam dilema. Bagi yang sudah berkahwin, aku tidak masukkan kerana orang yang sudah berkahwin ni dilema dia lain pula. Kali ini kita tumpukan kepada yang belum berkahwin dahulu ye:)
Untuk entri dengan tajuk ini, aku buat part 1 dan part 2. Bukan apa, agak panjang kalau aku masukkan kesemua 6 point dilema yang berada dalam pikiran aku ini. Sudah la aku suka buat ulasan untuk setiap point.:)
Berikut adalah 3 perkara yang aku senaraikan dahulu. Jika anda ada pendapat lain, boleh la dikemukakan di ruangan komen ye. Pendapat dialu-alukan memandangkan aku adalah lelaki. Bukan dapat menjiwai jiwa perempuan sepenuhnya.:)
Berpelajaran tinggi tetapi tiada jodoh.
Seperti sedia maklum, perempuan memang menguasai lebih 60% berbanding lelaki di IPT. Semasa di IPT mungkin tiada masalah, tetapi apabila semakin melonjak tinggi pelajarannya semakin susah hendak bertemu jodoh.

Biasanya perkara sebegini disebabkan beberapa perkara contohnya banyak perempuan yang menguasai bahagian atasan, lelaki sudah berkahwin, pentingkan kerjaya, menganggap berkahwin akan lebih menyusahkan, lelaki tidak berani mendekati perempuan yang lebih tinggi tarafnya dan pelbagai lagi.
Dan kesannya, ramai yang berpelajaran tinggi tetapi tidak berkahwin. Bagi yang memang tidak mahu berkahwin mungkin tiada masalah. Masalah bagi yang terasa hendak berkahwin tetapi tiada lelaki yang mendekati. Itu yang membuatkan mereka dalam dilema.
Terpaksa tanggung lelaki.
Ini pula kes bagi perempuan yang terpaksa menanggung lelaki. Bukan kata jika perempuan yang berkerjaya sahaja yang kadang tu terpaksa menanggung lelaki, malahan ada juga perempuan yang terpaksa menggunakan simpanan atau pinjaman pendidikan untuk menanggung lelaki.

Menanggung ini bukanlah bermaksud belanja. Kalau macam belanja makan, beli hadiah itu normal. Ini jenis yang terpaksa tiap-tiap bulan keluarkan duit untuk boyfriendnya. Dan lebih parah lagi, jika boyfriendnya sudah pun bekerja, tetapi masih meminta daripada girlfriendnya. Tak mahu bagi, boyfriend..
Tidak cantik.
Siapa dalam dunia ini tidak sukakan kecantikan.? semua hendak cantik, muka kalau boleh hendak macam artis,dagu runcing, pipi gebu , dan macam-macam lagi. Kerana mahu atau tidak, kecantikan adalah satu perkara yang dipandang di dunia ini.

Perkara ini memberi kesan kepada perempuan yang merasakan dirinya tidak cantik atau sememangnya dilahirkan dengan keadaan yang kurang menarik berbanding orang lain. Biasanya perasaan rendah diri akan menguasai diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Dan lagi, apabila berkawan dengan perempuan yang cantik, pergi kemana sahaja, perempuan cantik akan menjadi tumpuan. Sedikit sebanyak akan terasa dihatinya bahawa dia tidak dipandang kerana dia tidak cantik walaupun jika dia seorang yang bijak!.
-------------------------------
Itu tiga point pertama aku untuk dilema perempuan masa kini bagi yang belum berkahwin atau lebih mudah kira remaja la.:). Point yang aku buat bukanlah mengikut ranking, tetapi cukup sekadar senarai yang terlintas dipikiran.
Tengok, walaupun 3 point tapi entri dah hendak mencecah lantai.:)
Untuk entri seterusnya, aku akan buat sedikit lagi huraian untuk point ke 4,5,6. Oleh kerana tidak mahu berahsia, aku dedahkan point untuk entri seterusnya.:)
4.Body tak cantik..
5.Susah hendak percaya kepada lelaki.
6.Hendak lepaskan, tetapi sayang.
Berbalik kepada entri untuk point 1,2,dan 3 ini.
Adakah anda rasa betul apa yang aku pikir.
Atau jika anda ada sebarang cadangan, pendapat, atau apa sahaja, dengan selamba dijemput untuk komen.:)
Suka entri ini.?


29 comments:
sis laaa salah satu yang belum berkahwin tu...huhu..
sis? sbb dulu xbersedia...skrg ni baru bersedia, tapi jodoh xjumpa lagik..
yang aku tahu, lelaki bukan takut nak approach sebab pangkat.
tapi sebab biasanya famili anak dara itu akan datang serang lelaki pangkat rendah dan keluarkan statement, "cermin lah diri tu sikit, awak tu N17 saja."
alamak...blum kawen lagik...tp rasa cam muda lagi..
nak kawen..tp duit lum cukup... hik2..
sebenar kahwin tu tuntutan sunah...buat dapat pahala tinggalkan pula tidak berdosa..yang wajib menuntut ilmu..
telah dilalaikan kamu dalam perlumbaan memperbanyakkan harta anak pinak sehingga kamu masuk kubur(mati)..(dari surah Al takatsur ayat 1)
nak kawen ssh..xkawen pun susah..
hurmmm...
point 1 and 2 adalah sangat tepat. tentang kecantikan tu begitu subjektif. pada pandangan kita tak cantik, tetapi pada pandangan orang lain cantik...cun melecun...comei.
haiisshh dilema...dilema...
bg saya,rasanya plg setuju dgn point ke-3
entry menarik. saya cuma nak komen sikit pasal point 3. memang tak dinafikan kecantikan tak menentukan kebahagian. tapi masalahnya ada sesetengah wanita luar sana, sorry to say, take things for granted kerana berpegang kepada statement tadi. bukannya suruh mekap tebal bergincu merah menyala, tapi sekurangnya kelihatan kemas, bergaya dan membuatkan diri sekurang2 sedap dipandang dengan sederhana. ada sesetengah wanita yg saya temui menyatakan masalah ni kpd saya, saya suruh mereka perbaiki penampilan diri. hati baik je kadang2 tak cukup.
alasan terbaik ; nk wat cmnner xder jodoh lagi,,jodoh x smpai lagi,,belum dapt seru lagi,,dah org xnak nk wat cmner,,,hehehe
DaHLia,
Sis tak yah bimbang sgt, jap lagi ramai la tu yg masuk.:)
Lagi² kerjaya cikgu ni fav utk org laki cari calon isteri.:)
Kap,
Penolakan dari satu pihak lagi pun mmg satu hal..
mier@merr,
Yang lelaki pun kena cukup duit dulu..:)
nasylo,
kalau tak nak kawin sekarang mungkin tidak terasa. tapi kesan akan berlaku apabila umur sudah melepasi 40, bila tengok orang lain bersama keluarga, ada suami, anak².
pu3aan,
betul tu pu3. byk dugaan cam dgr yg dorg post,kawin awal salah, kawin lewat salah, nk kawin susah, tak kawin pun susah..
noreed,
mmg kecantikan adalah subjektif, tetapi anggapan yg dibuat adalah kecantikan yang diterima ramai.
~kuyam~,
Kecantikan mmg akan dilihat dahulu sekarang ini.:)
Gen Fujita,
wah, aku setuju dengan apa yg diberitahu. Jangan terus dibiarkan 'tidak terurus'. Penampilan diri kena jaga. Jangan disebabkan tak cantik sikit, terus malas nk jaga penampilan.
Nasir Bravo,
itu alasan paling akhir sekali.:).
Kalau dah berusaha itu ini, tetapi masih tak dapat baru dikatakan tiada jodoh.
Kalau duk goyang kaki tp kata tiada jodoh susah la.:)
to Nasir Bravo: tiba-tiba sy teringat tag line:"usaha eskalator kejayaan" hahahaha bleh?
Kecantikan itu lebih tepat lagi dengan penampilan diri yang menarik dan kemas :)
p/s:Mr Unwanted,bleh lagi ka joint contest Oh Best?
noreed,
Lepas ni leh la pula wat 'usaha lif kejayaan.:)
Leh lagi join, jemput la
bila² masa sblm tamat tarikh.:)
hm.. lelaki sekarang ni sorry to say, mereka sgt inferior kpd wanita bekerjaya. sbb ye la, kan lelaki supposed to be ketua keluarga, tp rumah, kereta, duit sekolah anak semua bini yg tanggung. dah laki gaji ciput, nak bt mcm mana. so, utk lelaki kat luar sana, kena lah usaha keras skit dr muda utk up level dr sendiri, so that msalah inferior ni dpt diatasi..
cheers ^.^
apa yang penting...keikhlasan je...
kalau ade jodoh tu...
tk kemana jugak kan...
=)
point ke-3, maybe.. yang paling obvious for me..
I'm not a princess..
mau kawen tp x jmpe jdoh lagi
mak bapak suh blaja tgi2 tp hati ni nak
lelaki pelajaran lg tgi dr kite
tp lelaki pndg yg cantik2 saje
kite yg ppuan ni sgup tanggung lelaki
jika lelaki itu shj ada utk kite
utk tdk bgelar andartu maka ppuan sgup
menerima sesiapa shj=
xde pelajaran+xkacak+xde duit+panas baran
thats the point agar ppuan tdk mnjadi bahan bualan org kampungnyer
biar la lmbt kawen, ssh2 dahulu sng kemudian. jgn lupe cr yg ssuai~~~
wah nice topic....
berpelajaran tinggi ta semestinya d anggap berjaya, kerna kejayaan tu macam2 bentuk.....
ta cantik.... kecantikan tu pinjaman je untuk kita.... kalu ta cantik tapi bersih, kemas dan baik pasti ada yg berkenanan kut.....
kekadang soal kawen ni ssh na hurai la... coz perkahwinan itu satu tanggungjawab yg baru buat seseorang tu.......................
part 1 yg best..x sabar nk baca part 2..especially point ke-4 & 5...huhu
Wah...entri ni boleh jd provokasi kpd kaum lelaki cam aku ke??...hehe...gurau je..
Yg aku tau la, stiap org de kelebihan dan kekurangn masing2...So, sesiapa yg nk berpacaran kenelah bersedia menerimanya...
"Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan"
:-)
nurfaiz shaidan,
betul tu. secara keseluruhannya, lelaki kena bekerja lebih keras sikit.:)
MX,
Keikhlasan dan jodoh tu memang tak boleh dipertikai.
tetapi zaman sekarang memerlukan usaha. Kalau harapkan tu sahaja tak menjadi.:)
Lya,
Nak buat macam mana dgn pndangan orang kn. tp still boleh perbaikai diri.:)
.sweet-ants.,
stuju perempuan sanggup terima jika hanya ada lelaki tu untuk dia.
Anonymous,
perkahwinan antara tanggungjawab paling besar. coz ble dah kawin tu dah start satu permulaan baru,yang berkekalan..
EmmyLisPR@blogspot.com,
cepat nak part ke 2 tu.:)
aku nk rehat menaip jp. tgk la dalam esok(isnin) aku publish.:)
kaert,
dah masalahnya aku pun laki..ha3.
x pe nnt aku wt entri dilema seorang lelaki pulak:)
Wah, nk p pasang lagu tu jap la.:)
cik tom setuju pint 1&2...point 3 pulak..cantik??cantik tue flexible...setiap orang lain pandangan diorang tentang cantik..ade cantik dari segi luaran dan ade cantik dalaman..tapi luaran tak kekal lama...dalaman yang plg penting iaitu cantik HATI..baik lambat kawin dari tersilap pilihan :)
kne pandai brusaha la..zaman skang ni xksh da kalau timba mencari perigi...
hehehe..semua di atas kebanyakannya betul...:)..da mcm jwb soklan peksa je..hee
he..he..he..
itulah wanita kena kuat dan tabah...
jangan putus asa...setiap yang lahir itu ada pasangannya masing-masing...yakinlah.
cettttt. aku baru baca ini entry. "cetttt" je mampu aku komen. ahaha
faizul,
kalau timba tu timba yang bagus tak pe la.
akira sendoh,
tak pe, soalan macam ni tak masuk exam kot.:)
cekkeya,
klu ko komen cettttttt..,
aku hanya mampu komen cuttttt..ha3
yer...betul tu
salah sorangnyer adalah saya...huhu...
MY RECENT POST: KATAK PURU boleh dimakan ?
"
Biasanya perkara sebegini disebabkan beberapa perkara contohnya banyak perempuan yang menguasai bahagian atasan, lelaki sudah berkahwin, pentingkan kerjaya, menganggap berkahwin akan lebih menyusahkan, lelaki tidak berani mendekati perempuan yang lebih tinggi tarafnya dan pelbagai lagi"
hm~ ayat tu yg mybbkan sgelintir ppuan bfikir 2 kali nak sbung pljrn tinggi2~ huh~
klu gtu, llaki plak, blaja la elok2~ ni x, slalu burn klas (pmerhatian) . bkn sbb apa, yela betul la... angpe x nak blaja ke?
saya pun pnah terfikir bila la nak berhenti blajar ni , dan kemudian tergelak sendiri~
tahu, kan apa jawapannya?
kena blajar samapai bila?
of coz~ sampai MATI la~
sabda nabi junjungan kita, " tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad"
hm~
saya pnah kemukakn soalan ni pada ibu, n ibu kata~ jdi, ppuan yg bpelaran tggi hanya brani dilamar oleh llaki bpelajaran tinggi...jadi?
lelaki? nggak mahu org pinter ya? ha2~ jgn pdg rupa saja ya....sbb bile kmu pilih sseorg bdasrkan paras rupa, nnti bile kamu jumpa org lain yg pada kamu lebih cantik drpd dia, kamu buat apa? tinggalkan dia? haha~
jgn jdi keanak-anakan ya......ha2
itu saja....maaf atas segala kesalahan, kekasaran bicara...
hanya mberikan pdapat~ saya baru berumur 16 tahun, tapi, who cares? haha~
urusan ttp urusan plajaran jgn dilupa~ haha:):)
If уou want to gеt much from thіs piесe
οf writing then you have to aρply these techniques to youг won blog.
my ωebѕite MintedPoker Offer
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)