Monday, August 23, 2010

Dilema Perempuan Belum Berkahwin: Part 2


Kalau dengar ceramah yang dipost di wall Fb, senang sahaja perempuan hendak masuk syurga. Sembahyang, puasa, menjaga kemaluan, dan taat kepada suami. Betapa senangnya. Tetapi itu untuk akhirat, kehidupan didunia tidaklah semudah yang disangka bagi seorang perempuan.


Dalam entri lepas bagi part 1, aku sudah kemukaan 3 point yang menjadikan seseorang perempuan itu dalam dilema. 1.Pelajaran tinggi tiada jodoh, 2. Terpaksa tanggung lelaki, dan 3.Tidak cantik. Untuk kali ini aku ulaskan pula untuk point ke 4,5,dan 6 seperti yang telah aku bagitahu pada entri lepas.

Apakah lagi perkara yang membuatkan seseorang perempuan itu berada dalam dilema..?

4. Body tidak cantik

Sejujurnya aku tidak tahu apa sebenarnya ukuran yang ideal untuk dada, pinggang dan punggung perempuan. Tetapi cukuplah kalau dikatakan ideal itu dari segi definisinya tidak terlalu gemuk, tidak terlalu kurus dan dengan struktur badan yang mantap

Dilema kebanyakan besar dialami oleh mereka yang berbadan besar berbanding berbadan kurus. Dari segi pergerakan itu satu hal, tapi dari segi pandangan orang. Ini membuatkan mereka yang berbadan besar lebih merasa rendah diri. Dan lagi menyedihkan jika keadaan itu bukan disebabkan makan benda-benda berlemak atau apa, tetapi disebabkan genetik, atau memang sudah dilahirkan dengan berbadan besar walaupun hanya makan sedikit.

takkan aku nak letak gambar perempuan dengan body mantap pula kan.:)


Dilema juga dialami oleh mereka yang berbadan kurus ataupun kering. Biasanya bahagian yang paling meraka terasa adalah kerana tidak memiliki buah dada seperti perempuan normal. Selain itu adalah bahagian punggung. Walaupun ada juga perempuan kurus yang mempunyai buah dada dan punggung seperti orang normal,malahan ada yang lebih dari itu,tetapi kebanyakannya ianya dipengaruhi oleh saiz badan.Ini kerana boleh dikatakan bahagian inilah yang menunjukkan 'identiti' seorang perempuan.
Sebab itu boleh dikatakan potongan badan juga antara perkara yang membuatkan perempuan dalam dilema.

5. Susah hendak percaya kepada lelaki.
Sukar bagi seorang perempuan untuk mempercayai lelaki. Walaupun tidak 100%, tetapi kepercayaan perempuan terhadap lelaki adalah lebih rendak berbanding keprcayaan lelaki kepada perempuan. Dan memang selalu lelaki akan dilabel oleh orang perempuan "lelaki memang kaki penipu",

Apabila sudah di'mindset' seperti itu. Perkara yang akan membawa mereka dalam dilema apabila seorang lelaki hendak berkenalan dengan mereka. Lagi-lagi bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman ditipu oleh orang lelaki sebelum ini. Hendak terima, pernah kena tipu, tak nak terima rasa macam hendak bercinta.

Dan bagi yang lebih parah, jika mereka pernah mencintai lelaki sepenuh hati, kemudian lelaki menipu mereka, ada yang tertutup terus hatinya untuk lelaki. Ini yang membawa kepada tidak mahu kawin, terjebak dengan lesbian, penkid

(pssstt: perempuan penipu pun dah bertambah sekarang.:).


6. Hendak dilepaskan, tetapi sayang..
Ini boleh dikatakan antara perkara yang tidak paham juga dalam diri seorang perempuan. Aku tahu perempuan memang ada level kesetiaan lebih tinggi berbanding lelaki. Tetapi masih ada beberapa keadaan yang seperti boleh dipersoalkan "kenapa masih lagi sayang"

Selalu juga kita baca dia ruangan kaunseling, antara perkara terakhir yang dibangkitkan adalah , "tetapi saya masih sayang dia ". Apabila perempuan sudah berkata demikin,sebenarnya mereka benar dalam dilema. Kerana ianya antara ya atau tidak, tetapi kemungkinan untuk ya adalah lebih tinggi.

Sebab itu seperti yang dikatakan oleh seorang pengomen dalam entri lepas. Perempuan ini, kalau sudah sayang, tidak kira la penagih ke, kaki pukul ke, panas baran ke, mereka tetap akan terima. Memang, begitu baik jiwa perempuan.

Cuma untuk point ini, ada satu persoalan yang aku hendak kemukakan. Jika sebelum kahwin sudah tahu perangai seperti itu, adakah masih sanggup mempertaruhkankan hayat seterusnya selepas kawin dengan orang seperti itu.?


-----------------------------------

Wah², panjang pula aku menaip.:) Apa yang aku bagitahu adalah apa yang berada dalam pikiran aku berkaitan hal ini. Mungkin aku tidak dapat memahami 100% kerana aku lelaki.Sesiapa yang ada pendapat ,cadangan seperti biasa bolehlah dikemukakan dibahagian komen.:).

p/s: Eh, ingat orang lelaki tidak berada dalam keadaan dilema ke..:)
p/p/s: Rasa macam kena buka ruangan kaunseling pun ada ni.:)

Woman: Her heart so tender. [baca dalam entri ini.]


Suka entri ini.?

14 comments:

eNaSaN on August 23, 2010 at 10:51 AM said...

hhmmmmmm....mungkin ada benarnya..heheheh

T@sh Sch@ on August 23, 2010 at 11:13 AM said...

knp perempuan jer ??

~ataicha~ on August 23, 2010 at 12:11 PM said...

agak betul....

ajim on August 23, 2010 at 12:21 PM said...

dilema perempuan belum kawin ke ko yg tgh dilema nk b'cintan nih?haha..

Anonymous said...

apa pun persoalan yang wujud dalam kota fikiran,,,, ada sesetengah kes yang sukar untuk difahami seperti terkena sihir,,,zaman moden seperti sekarang memang sukar hendak percaya faktor ini, tapi ada kebenaran di sebaliknaya,,,

cekkeya on August 23, 2010 at 6:00 PM said...

cepat cepat buat entry pasal jejakatua yg dalam dilema pulak eh. ahhaha

unwanted on August 23, 2010 at 6:28 PM said...

T@sh Sch@,
laki pun ada. ondaway.:). nak relax menaip dahulu sehari dua.:)

ajim,
apasal aku yg tgh bercintan lak.ha3..aku lambat lagi nak kawin ni..ha3

Anonymous,
betul. sihir adalah benda yg masih wujud dan memang ada sekarang ini.Ada yang sampai 5-6 tahun tak sedar. Sedar² terpikir "kenapa aku macam ni."

cekkeya,
apasal jejaka tua. kata la lelaki bujang. manis sikit...haha

cGi0 on August 23, 2010 at 7:48 PM said...

"pssstt: perempuan penipu pun dah bertambah sekarang"

pada laki2.. berhati2. :)

miss yana on August 27, 2010 at 2:14 AM said...

lelaki memg penipu....aku x percaya pada lelaki

unwanted on August 27, 2010 at 8:01 PM said...

cGi0,
itu kira peringatan tambahan tu.:)

miss yana
tak pe, mungkin masa ni tak percaya sbb ada kes terdahulu.
tp hope nnt akan jumpa lelaki yang mmg boleh dipercayai dan masa tu mmg akan tahu mmg ada lelaki yang jujur..

.sweet-ants. on August 28, 2010 at 12:21 AM said...

dilemma sy di no.5
mmg susah sgt nk terima lelaki dlm hdup
cam trauma... :(
agak2 bile la nk jumpe yg betul2 leh sy pecaye
sbb dtg yg baik(tgk dr luaran) pun masih fikir mereka tak baik...adakah semua lelaki sama???

unwanted on August 28, 2010 at 1:02 AM said...

.sweet-ants.,
jgn terlalu trauma. ambil hal lepas sebagai satu cara untuk kita belajar mengenali perilaku manusia.

Jangan kata hanya lelaki, kerana ramai juga dikalangan kawan-kawan lelaki aku yang ditipu oleh perempuan.

ada orang baik, ada orang jahat. ada yang menipu, ada yang ditipu.
tetapi itu bukan pengakhiran.
anggap itu satu pelajaran hidup..
belajar terima orang lain, tetapi pada masa yang sama kita berhati²..

SABUN on August 28, 2010 at 6:32 PM said...

point 6 tu aku sokong,hehe
ada betulnya

Anonymous said...

agree dengan point 6

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted