Friday, August 20, 2010

Email Palsu. Bagaimana Untuk Kenalinya


Mungkin bagi sesetengah orang sudah biasa mendapat email yang mengatakan ada sejumlah wang di luar negara hendak dipindahkan ke sesuatu tempat. Kalau email sebegitu kemungkinan besar ramai yang juga mengetahui perkara itu adalah tidak benar, dan lagi satu ianya agak boleh dipikir secara logik.

Tetapi, bagaimana kalau dalam inbox anda, terdapat satu email yang meminta anda untuk mengesahkan akaun email anda kerana mungkin ada proses upgrade perkhidmatan atau apa-apa yang berkaitan. Sekali imbas memang tiada masalah dan kita akan menyangka bahawa itu adalah email sebenar.



Aku buat entri ini kerana berkebetulan mendapat satu email palsu dalam akaun gmail aku. Bagi aku mungkin tiada masalah kerana aku memang aku tahu ianya adalah palsu. Cuma bimbang bagi sesetengah orang, tidak perasan atau tidak megetahuinya kerana email yang diberi mirip email sebenar. Jadi eloklah kalau berkongsi disini kan.:)

Walaupun pada asasnya, gmail akan automatik akan memasukkan email sebegini ke dalam 'spam' tetapi aku tidak tahu samada yahoo sebegini atau tidak. So abaikan dahulu dimana email itu dimasukkan, tetapi kita tengok kandungan email palsu ini.

Ini contoh email yang memula masuk. Kalau dilihat, ianya datang daripada Gmail Team dengan subjek Verify Your Gmail Account.


Dan kandungan dalamnya adalah seperti berikut.


Dan email ini juga memberi amaran yang begitu baik sekali yang akan membuatkan sesiapa yang tidak tahu akan terus memberi maklumat yang diminta. Ye la, bimbang akaun akan dibuang kekal, lebih baik bagi kerjasama dengan memberi maklumat walaupun tidak diketahui itu adalah rekaan sahaja.



Bagaimana untuk mengetahui samada email tersebut betul atau tidak.?

1. Periksa penghantarnya. Kalau betul akan guna email company seperti abu@google.com. Kalau penghantarnya abu@gmail.com, maka email ini adalah penipuan.


2. Email yang meminta untuk masukkan password, no kad kredit, no bank dan apa-apa maklumat yang sepatutnya sulit. Email sebegini adalah penipuan.

3. Jika masih tidak pasti, tanya terus kepada pihak berkaitan, contoh dalam kes ini google la. Hantar pertanyaan kat google support, biasanya dalam 24 jam dorang reply.

-------------------------

Nampak macam biasanya tetapi dengan cara ini ramai yang terperangkap. Email untuk verify dan amaran untuk delete akaun jika tidak dilakukan. Biasanya penceroboh akan abaikan kalau email berkenaan tiada apa-apa yang 'menarik' perhatiannya. Tetapi bayangkan kalau dia berjaya dapatkan password untuk email yang mempunyai transaksi kewangan, dan maklumat-maklumat sulit lain. Tentu banyak perkara yang dia boleh buat.

p/s: Satu lagi kaedah phishing. Dia tak mintak maklumat secara direct seperti ini. Dia akan bagi link untuk ke page login. Apabila masukkan maklumat pada page login yang kita sangka betul, secara automatik maklumat tersebut akan sampai kepada penghantar asal.

p/p/s:Pernah dapat email seperti ini.?


Suka entri ini.?

9 comments:

cik kumbang on August 20, 2010 at 8:18 AM said...

thanks for the info

¶A.K.I¶ on August 20, 2010 at 8:46 AM said...

haha...
bro aki kan...
benda benda ni..
mmg mls nak layan
konfrem spam punya...
so check all, delete
check all, delete~

kalu akaun kena block pon...
buat je baru.
tp, mostly dorang xkn swo kte bg bnda2 pasword username bagai.
dorang domain mst update2 anytime tnpa perlukan id kte... kan kan kan...

tp, ramai aje yg tertipu~
haisshh

YoshaMaDa on August 20, 2010 at 1:15 PM said...

dah malas nak layan dah subspesies macam tu..

unwanted on August 20, 2010 at 4:07 PM said...

cik kumbang ,
Sama².

¶A.K.I¶ ,
Mmg stil ada yang tertipu, kerana pengguna interent sentiasa ada yang baru..
aklau tetiba mintak username n password tu, sah menipu..:)

YoshaMaDa,
aah. tgk je, delete terus la.:)

Miss Fina on August 21, 2010 at 12:22 AM said...

thanks for the information :)

PEJUANG KESENIAN EXTREME on August 21, 2010 at 3:52 AM said...

Pernah juga kena macam ni..
Tapi mungkin dah dapat pendedahan daripada pembacaan..kira dapat kesan juga la..jadi bila dapat e-mel ni,delete je terus..

Lagu Khas Untuk Blogger
Lukisan Menakjubkan Daripada Pensil
Wayang Pasir Cun!

syaveyron on August 22, 2010 at 5:47 AM said...

email aku ni bley ktakn beribu spam per'hari ms0k..haha

sunglasses on August 29, 2010 at 1:55 AM said...

macam mane nak filter email yang beribu2 spam ni?

unwanted on August 29, 2010 at 2:38 PM said...

klu yg dapat email smpai beribu2 tu, cuba cek korang pernah tak letakkan email dalam mana2 blog.
sepatutnya email perlu ditaip macam ni blabla[at]yahoo[dot]com..

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted