Monday, August 30, 2010

Kenali Jenis-Jenis Lelaki


Mungkin ramai perempuan tahu atau kenal jenis-jenis lelaki yang ada dalam dunia ini. Dan juga lelaki semestinya mereka kata mereka lebih arif memandangkan mereka adalah lelaki. Kita biasa dengar dengan jenis lelaki mata keranjang, mata duitan, mulut manis dan macam-macam lagi.


Takrifan dibuat, tetapi tidak diketahui samada takrifan tersebut 'betul' atau tidak. Biasa kita guna takrifan yang jenis biasan, kerana kita sedia maklum kita adalah rakyat yang begitu bersopan santun.

Tapi kali ini aku rasa tak mahu bertapis lagi tentang takrifan jenis-jenis lelaki. Rasanya semua orang kena tahu apa sebenarnya takrifan yang 'betul' untuk jenis-jenis yang dikatakan selama ini.

Berikut adalah takrifan 'betul' dari pandangan aku berkaitan jenis-jenis lelaki ini.


1. Mata keranjang

Lelaki mata keranjang, boleh diandaikan dia adalah seorang yang tinggi lampai. Kerana dia seorang yang meminati sukan bola keranjang. Kalau pergi shopping mall, pantang nampak kedai yang ada jual peralatan sukan bola keranjang, dengan pantas dia akan meluru ke kedai tersebut.

2.Habis madu sepah dibuang.


Lelaki jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang penjual madu lebah. Kalau tidak penjual pun, dia adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja pemprosesan madu lebah untuk dijual kepada pelanggan.

3.Bagi betis nak peha

Lelaki jenis ini secara amnya adalah seorang yang suka makan ayam terutamanya peha. Kalau boleh tiap-tiap hari hendak makan peha ayam. dan dialog sebegini mungkin boleh terjadi kalau di KFC,"erm, bagi ketiga-tiga paha boleh tak.?"

4.Mulut manis

Lelaki jenis ini anda kena perhatikan cara pemakanannya. Kemungkinan besar dia suka makan benda yang manis-manis. Jika lelaki yang terdekat dengan anda tergolongan dalam jenis ini, anda perlu nasihati untuk mengelakkan penyakit kencing manis nanti.

5.Mata duitan

Lelaki jenis ini bagus sebenarnya. Dia memang jenis yang suka bekerja keras untuk mendapatkan duit. Dia akan pikirkan bagaimana hendak jadikan hidupnya lebih senang. Dia akan pikir hendak ada kereta, rumah, barangan kelengkapan dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.

Update: thanx Gen Fugita

6. Dua alam.

Lelaki jenis ini adalah juga dari golongan ahli sukan. Kebiasaannya adalah sukan renang. Kerana mereka begitu serasi dengan alam daratan dan alam air. Contoh lelaki dua alam adalah Micheal Phelps.:)

7. Buaya darat.

Lelaki ini sangat rapat dengan haiwan terutamanya buaya. Kalau dalam bahasa biasa, mereka ini dipanggil sebagai pawang. Sebab itulah apabila berlaku kejadian yang tidak diingini di kawasan sungai, selain daripada anggota bomba dan polis dipanggil, lelaki 'buaya' ini akan berada di tempat kejadian.:). Dan semestinya lelaki ini tinggal di darat.:)

Selain itu, lelaki buaya darat yang terkenal diseluruh pelosok dunia tidak lain tidak bukan adalah Steve Irvin - Crocodile Hunter.:)

-----------------------

Bagaimana.?
Ada 'betul' tak takrifan yang aku bagi ini.
Aku tahu kalau ikut takrifan biasan, asyik kena negatif je.
So bagi takrifan yang tiada biasan, baru jadi positif sikit.:)

Penafian: Takrifan yang diberi tidak boleh digunakan ketika menjawab peperiksaan. Aku tidak bertanggungjawab jika ada sesiapa yang menggunakan takrifan ini yang akhirnya menyebabkan markah peperiksaannya ditolak..:)

ada sesiapa yang ada lagi takrifan yang 'betul' berkaitan lelaki ni.
boleh la bagitahu di ruangan komen ye.:)


Suka entri ini.?

11 comments:

Gen Fujita on August 30, 2010 at 8:09 AM said...

betul, betul, aku setuju dengan entry ni. he he he... boleh tambah lagi, lelaki dua alam dan lelaki buaya. :D

unwanted on August 30, 2010 at 8:59 AM said...

Gen Fujita,
thanx.
dah tambah lelaki jenis tu.:)

black forest on August 30, 2010 at 10:01 AM said...

sabo je la.. ;D

ザ-sylver-shooter on August 30, 2010 at 11:05 AM said...

mak aih.. ni ade memori buruk dgn lelaki ke..huhu

nanad on August 30, 2010 at 1:49 PM said...

BHAHAHAHA..
prempuan bagaimane pule?

✿ Cik Cimi on August 30, 2010 at 4:24 PM said...

hahaha.
macam3.
tuk pompuan ade x?

noreed on August 30, 2010 at 5:37 PM said...

hehehe lawak btull entry ni. tapi gambar ayam goreng tu, begitu menguji keimanan di waktu ptg ni.

unwanted on August 30, 2010 at 8:08 PM said...

black forest,
bulan pose ni mmg kena sabar byk sikit.:)

ザ-sylver-shooter,
x de memori buruknya. isi masa lapang dengan takrifan rekaan..ha3

nanad, ✿ Cik Cimi,
Perempuan tak terpikir lagi kategori apa yg ada.:)

noreed,
Nasib baik tak letak gambar kfc td.:)

misz myza on August 30, 2010 at 10:56 PM said...

Ahahahaahaha.. lelaki dua alam...

unwanted on September 1, 2010 at 10:18 PM said...

misz myza ,
lelaki dua alam pemegang rekod olimpik tu..he3

miss'ENH on January 24, 2011 at 12:01 AM said...

haha...mmg best..like2..

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted