31 Ogos setiap tahun adalah Hari Kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta, Malaysia. Rasanya tiada orang yang tidak tahu ini kerana sejak dari kecil lagi kita telah belajar dan diberitahu.:).
Seperti tahun lepas, hari kemerdekaan tahun ini jatuh dalam bulan puasa dan dekat pula dengan raya. So apa yang aku tengok sambutan/persiapan tidaklah serancak seperti persiapan raya.:)
Jadi untuk kali ini, tidak ketinggalan untuk aku postkan entri berkaitan dengan kemerdekaan ini. Berikut adalah logo, tema, iklan merdeka, lagu dan lirik lagu bersempena dengan kemerdekaan yang ke 53 ini.
LOGO
TEMA
- SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
IKLAN MERDEKA PETRONAS - Kereta Buruk
LAGU RASMI MERDEKA ke-53
LIRIK LAGU 1 MALAYSIA
Lirik Lagu 1 Malaysia
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha
Maklumat lain berkaitan kemerdekaan ini boleh didapati di laman web rasmi,http://www.malaysiamerdeka.gov.my
-------------------------------
Selamat Hari Merdeka.
Semoga Malaysia terus aman dan damai.
p/s: Dengar berita tadi sambutan kemerdekaan tahun ini kali pertama akan diadakan di dewan tertutup. Ada bunga api tak ek.?.:)
Suka entri ini.?


1 comments:
semua ada.lengkap ni :)..rasanya tak de bunga api kot..tunggu nak raya nt baru ad..hehe
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)