Monday, August 02, 2010

Pelajar Sekolah Gaduh dengan Cikgu (Memang Biadap)


Sebelum ini kita pernah dengar pelbagai berita yang dikaitkan dengan sikap kurang ajar pelajar terhadap guru. Keadaan semasa juga tidak menunjukkan trend yang menurun, malahan semakin bertambah.Pelbagai masalah yang ditimbulkan seperti mencalarkan kereta guru, menengking, dan pelbagai lagi.

Dan kali ini, aku tunjukkan sebuah video yang membuktikan betapa kurang ajarnya pelajar yang tergolong dalam golongan 'bangang'. Mungkin agak kasar bahasa, tetapi itu lebih layak aku rasa berbanding dengan apa yang dilakukan oleh pelajar ini.

Pelajar Sekolah Gaduh dengan Cikgu

Aku pun tidak pasti la pelajar ni dari sekolah mana, dialek macam Sabah or Sarawak. sory kalau tersalah. Walau bagaimanapun, bukan masalah pelajar itu dari sekolah mana, asal mana. Cuma apa yang hendak ditunjukkan dalam video ini adalah betapa pelajar sekarang(yang tergolong dalam golongan bermasalah) semakin berani melawan guru.

Berikut adalah video yang dirakamkan (tak tahu la yang merakam juga adalah pelajar atau guru, tetapi kelihatan mereka berdua tahu yang pertengkaran itu dirakamkan)



Aku pun tidak tahu apa sebenarnya sebab yang menyebabkan perkara ini. Tetapi walau apa sekalipun, tindakan pelajar tersebut adalah tidak betul sama sekali. lagi-lagi saat-saat akhir video yang menunjukkan peajar tersebut menerpa ke arah guru. Huh, bengang juga aku yang tengok ni.
Pelajar Sekolah Gaduh dengan Cikgu


Tidak pasti samada pejabat pendidikan daerah sudah tahu atau tidak berkaitan perkara ini. Tetapi mengikut telahan aku, hukuman yang sesuai untuk pelajar seperti ini adalah buang sekolah je

Dan juga kepada ibu bapa yang selama ini selalu mempertahankan anak mereka kerana didenda oleh guru, pikirkanlah semula. Jangan sampai anak jadi sampah masyrakat barulah hendak dibangkitkan kenapa cikgu tidak bertindak tegas semasa zaman persekolahan dahulu..

Hidup Warga Pendidik..!

p/s:Teringat ayah aku cerita pelajar dahulu takut dengan cikgu dan betapa garangnya cikgu. Kalau cikgu denda pun tak bagitahu mak ayah, nanti dia kena lagi sekali..


Suka entri ini.?

36 comments:

senandung semalam on August 2, 2010 at 9:02 PM said...

teroknye stdnt ni...

beLLa on August 2, 2010 at 9:08 PM said...

kalau cmni nak salahkan sape ye..didikan xckup kat uma ke, cikgu y xckup didik?

humaira on August 2, 2010 at 9:58 PM said...

xsemestinye student nih yg salah kengkadang ckgu pon ade yg biadap..mcm kat sklah ak..hhmmmmm


p/s ckgu yg pakai bj putih 2 ann cam ensem jek..
ckgu bj kuning 2 msti org semenanjung..

etomyam on August 2, 2010 at 10:07 PM said...

student jenis tu kalau dah raa terer sangat baik tok sah belajar... belajar sendiri je dgn parent huhu

unwanted on August 2, 2010 at 10:47 PM said...

beLLa,
biasanya jarang kat sekolah tak cukup didikan.
n kalau kat umah, samada 2, bagi didikan atau tidak.
tp kalau bgi didikan kt umah n sekolah tapi perangai macam ni memang orang tu bermasalah.

humaira,
ok, kita tak tahu siapa yang salah sekarang ni, samada cikgu or student.
tp tindakan student tu memang salah tak kira la dia bersalah atau tidak sebelum ni.

etomyam,
suruh kerja terus pun tak pe aku rasa..:)

misz myza on August 3, 2010 at 3:18 AM said...

wlpn x berapa nak faham sgt, ape yg dia cakap.. tp jelas menunjukkan students 2 lansung tak hormat guru. Cakap pun sambil menunjuk-nunjuk jari.. Cikgu relax je.. Siap marah balik kat cikgu.. Aduyai.. ko igt, ko 2 dh hebat sangat ke?? Haish.. cabaran menjadi seorang guru... peringatan tuk diri sendiri jugak.. Hehehehe..

Syeeda Sobbihi on August 3, 2010 at 5:50 AM said...

wow. mmg biadap abis nih. tp tk brp nk phm ape yg bdk tu ckp. bdk tu ade masalah. sbb tu melawan cikgu. tah2 kat umah pun melawan ckp parents dia tak?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bagi aku, walaupun aku bukan cikgu...semua adab datang dari rumah.....kalau mak bapak sibuk nak nak belai anak kat sekolah....baru kene cubit,lebam sket, report polis,masuk suratkhabar..macam anak da separuh mati...memang jadi bangsat la anak bila da besar....bukan senang nak mendidik...yang penting pendidik pun kene pandai menilai situasi..kener pandai sorong tarik...jgn pikir hujung bulan gaji masuk settle...belajar tangani bubudak zaman baru...majulah warga pendidik, dan kepada ex cikgu aku...kamu adalah cikgu yang sentiasa terbaik dalam hati aku....

Anonymous said...

kalu mal bapak bdk tu praktik islam tak jadik gitu..tak pernah kite blajar lawan guru wpun kite benar skalipun..bab tuh org dulu2 ilmu berkat bagus baik smpai mati..tapi skang biler kite ada ank2 luper nak ajar hormat guru..tuh baru guru kena tumbuk tak kire lagik dgn org die patut hormat..wal hasil mak bapak yg bagus biler luper nak cubit ank kan.

Yiedpozi on August 4, 2010 at 10:13 AM said...

memang x dinafikan ada segelintir guru boleh mendatangkan MARAH dan DENDAM pelajar atas teguran yang melampau.. guru mestilah bijak & pintar dalam mendidik apatah lagi membuat teguran.. biarlah teguran membina bukannya menghina.... cikgu sepatutnya bijak menangani situasi camni...

tapi aku x salahkan cikgu tu. murid tu pun kena r kawal emosi. fikir dahulu sebelum membuat sesuatu.

ibu bapa jugak perlu memainkan peranan mereka jugak. cikgu hanya mengajar, ibu bapa lah yang mendidik. kalau anak perangai camni, ibu bapa yang patut disalahkan.

anak murid sekarang x sama cam dulu. anak murid zaman dulu sangat menghormati cikgu. kalau la camni, ilmu yang cikgu tu ajar pun x berkat.

fuhh, panjang giler aku komen nih...

ManJa on August 4, 2010 at 10:20 AM said...

masok buletin utama tv3 video ni...

nwy PIBGN n NUTP sume salhkn guru2 tuh...ad 3 guru yg terlibat. yg paki baju kuning, baju putih n yg tgh dudok je baju merah tu...kurang mesra, lack of counseling skills...

p/s: Aku benci ckg disiplin gak... =)

AMiRU on August 5, 2010 at 12:20 AM said...

Xtau ape citer sebenarnya disebalik kemarahan budak ni kat cikgu, mungkin salah cikgu? mungkin juga salah pelajar?

Anonymous said...

memang bermasalah budak nih..tp kan..kdg2 aku terfikir gak kalo die kene buang skolah nti nk jadi ape lak kn?kang jadi makin terok slh kte gak yg buang die.mayb patut di buat satu institusi utk pelajar bermasalah jadi tak terbiar la budak mcm nih....
P/S : Anonymous said " pokoknya..stdnt dr borneo mmg biadap " >> kenape la masih buat statement yg racist mcm nih?fikir la mtg skit..yer..

Anonymous said...

Kalo dh sampai tahap mcm ni, budak ni dh x dperlukan lg dlm mana2 institusi pendidikan...

Anonymous said...

mmg pu geram tngok vdeo ni...
tp bla d tngok blik, budak 2 ckp smua budak kt skolah 2 x ske dgn ckgu 2..
mgkn ada sstu yg ckgu 2 buat smpai budak 2 x ske dgn ckgu 2..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sparrowhawk1713 on August 5, 2010 at 7:54 PM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rahma on August 6, 2010 at 1:57 PM said...

cikgu tu pun sepatutnya bijak kawal keadaan... bdk2 skrg tdk blh d cabar... klu d cabar makin naik minyak la diorang tu. Try reverse psikologi, jelas budak tu tngh naik angin, d tmbh lagi cikgu tu cabar2 n 'marakkan' lg suasana... hhhmmm

Mana2 negeri pun, tetap ada kes begini, so jgn la labelkan borneo tu biadap... org yg baik tdk akn tuduh org lain biadap unless dia sendiri pun biadap jgk...

Anonymous said...

bagi aku.. ketiga-tiga pihak langsung tak bertanggungjawab.. pertama mak bapa budak nie.. langsung tak bertanggungjawab nak mengajar tatasusila adab.. walausalah atau betul ker kita sebagai anak.. tak boleh menengking apatah lagi berkata AH!!!.. kedua cikgu tu pun... ilmu mengajar mungkin penuh didada.. IQ (intelligent quality) mungkin tiggi.. tp rasanya EQ rendah gak ni.. (Emotion Quality) tak ada stamina minda langsung.. tak leh pikir.. jalan terbaik dalam menangani masalah budak ni.. aku dulu pun bermasalah jugak.. hisap rokok kat sekolah.. jenuh cikgu tangkap.. rotan.. aku hisap jugak... last sekali dia ajak aku gi pancing udang sebagai hukuman.. bawa lighter kat sekolah..!! lepas hr tu aku dah tak hisap rokok lagi kat sekolah.. budak tu pun satu.. langsung tak reti nak hormat guru..

Ann on August 6, 2010 at 10:04 PM said...

dlm video tu, budk tu mintak penjelasan apa kesalahan dia..tp cikgu tu xperjelaskan apa dak tu buat slh

sudahnye cikgu tu perli dak tu, suruh berambus dari sekolah tu, kata perangai mcm samseng...
bukan begini nak menegur org, tak kira sesiapapun..sedangkn org biasa pun akan melenting bila ditegur scr mhina...


aku tak backup dak ni, sbb dak ni mmg biadap...tp takkan perangai diorng begini, kita nak biarkan...suruh dak ni masuk skolh jahat..lagi lah prgai jd mcm setan.

jd tugas cikgu bukan setakat mngajar,tp mdidik..sbb tu jasa diorg sgt besar...aku sgt respek akan diorg...aku lbh suka cikgu dulu dr skng...sbb cikgu bukan stakat mgajar tp slalu jer beri kata2 smgt kat kami

skng ni.. sukar nk jmpe cikgu yg mampu bagi nasihat, kata2 mbina...tak heran knp ni jd slh satu faktor kpd gejala ni selain sikap ibubapa dan dasar pdidikan.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
unwanted on August 6, 2010 at 11:22 PM said...

Mana² komen berunsur mengutuk kenegerian aku delete..

Jadi macam ni bukan sebab negeri.
Harap maklum ye..

wUt eVa!! said...

tak baik tau tudoh2 ni..budak tu suroh ckgu dia bagitau pe masalah dia tp ckgu dia tu yg aku tengok prasan bagus jer..yg aku heran,pompuan yg dudok tu tengok je ke?!cuba le tolong ckit,ni tidak..tp aku rse kn video ni mcm sngaja di rakam sbb nmpak sngt la diorang ni mcm b'lakon..
sekian je la dr aku..
*ni juz pndangan aku je..peace no war!!!

Anonymous said...

thnx wt admin blog ni..
sbb dh dlete komen 2..
tkut2 nanti jd kes antara negeri lak..

Anonymous said...

kalau dah tahu org nk komen dgn sifat racist mcm tu.. delete la awal2...

unwanted on August 9, 2010 at 11:45 PM said...

wUt eVa!!,
mana ada video macam ni lakonan.:)
klu lakonan mereka ni dah jadi pelakon terbaik tahun ni kot.:)

Anonymous,
aku bukan 24 jam boleh mengadap pc ni.
ni nk balas komen pun amik masa skit.:)

Anonymous said...

jangan tak tahu presiden pibgn profesor ntah apa nama dia tu menyalahkan guru.rasa nak hantar budak kurang ajar tu kat rumah dia..suruh dia didik anak tu sanggup ke x..geram sungguh tgk pelajar tu...anak sapa la tu..

Anonymous said...

klu ak jd cgu tu dh lma kna ongbak bdak tu..
tp ak respek ge cgu tu,dia tenang jek..

black forest on November 6, 2010 at 11:59 PM said...

alaa... x dpt nengok la video tu.
da kne remove :(

wawasan 2020 said...

pelajar ini kayaraya...duitnye banyak...tak belajar pun ok...org tuanya pun kaya..bila dia uda mati pun dapat belanja anaknya...sbb 2 org tuanya bela anak dia bila dimarah cikgu..memang budak ini dng mak bapanya sama2 bodoh...BODOH..BODOH...tak tau nak bina masa depan yang cerah...

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted