Malaysia - Kaedah celah kangkang menjadi salah satu kaedah jenayah terbaru yang dikesan di negara ini. Terbaru 2 kes kecurian menggunakan teknik celah kangkang berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup.- Unwanted melaporkan dalam blognya..

Amacam pembukan bicara kali ini, ada mengancam..? Ha3. Mungkin bagi sesetengah orang sedia maklum wujudnya dua kes ini. Tetapi tidak kisah kalau aku juga menaip sedikit entri untuk kes 'special' ini. Kenapa special, sebab tak pernah berlaku kot sebelum ni(setahu aku la). Video asal sudah pun dimasukkan di blog OhBEst, tetapi di blog ini suka untuk aku buat sedikit huraian.:)
Bagi yang belum tengok video ini, boleh tengok dahulu dibawah ni.
Curi susu celah kangkang
Dan ini,
Curi baju di Al-Ikhsan
Tak terpikir..Itu pertama kali bagi aku tengok kes ini. Pertama aku tengok kes curi baju di al-ikhsan, masuk celah kangkang. Ok boleh terima lagi baju tu dia kepit dan bawa keluar. Baju mungkin lebih senang dibawa di celah kangkang kerana biasanya diperbuat dari cotton.
Dan yang makin buat aku tak boleh terpikir, bagaimana curi susu, letak celah kangkang. OMG. Aku tak tahu samada wujud perkakasan lain yang menyokong susu tersebut di celah kangkang untuk dibawa keluar.Bukan senang hendak kepit kemudian jalan. Dan yang cover line, teramatlah cemerlang..:)

Aku pun tidak pasti samada dua kecurian ini adalah dari orang yang berkaitan atau tidak kerana modus operandi adalah sama.:) Mungkin itu belajar dahulu kemudian diperturunkan kepada generasi kedua. Atau mungkin juga ada ebook teknik-teknik mencuri.ha3
Untuk kedua-dua kes ini juga, pencuri melakukannya berkali². Ini bermakna di luar kedai tersebut mungkin sudah ada bakul, atau sesiapa untuk menyambut hasil curian.
Ok, yang pakai baju curi tu satu hal. Mungkin untuk anaknya yang dah besar. tetapi yang curi susu.? Semestinya anaknya yang kecil, kesian anak, sudahlah dapat dari sumber yang haram, celah kangkang pula,..
Suka entri ini.?


19 comments:
yaAllah..
macam2..
dunie2
otak bergeliga gilah~ doakan supaya pencuri nie insaf..
depa nie sindiket kot...hehehe..lama gak nak ambik kursus nie,mesti training kt umah dulu nie....Musim Geng Kangkang beroperasi..pasang cctv beresolusi tinggi..yg leh scan dlam kain..hahaha
malunya
kalaulah kawan2 kita dari bangsa lain melihat video ini.
-_-"
dah ada video. lapor tak ni ke polis??
sapa tau...
penyudahnya apa jadi kisah ni..
dpt tangkap ke..? telepas ke..?
Hahahahaha, lucu kan? Ada satu video lagi, pencurinya sama, dia curi laptop, masuk kat celah kangkang, gila betul!
dah tengok dah ;p
dekat fb, memang tah pape oh !
kalau ko tgk, itu laki bini tu..
jenayah sebegini (atau lebih dahsyat lagi) semakin meningkat kat Malaysia dan kebanyakannya bermotifkan DUIT...adakah ini bermakna inflasi semakin mencengkam?
sapa yg tak tau Raya tahun ni hambar?
sapa peniaga bazar ramadhan tahun ni yg tak mengeluh kata sales tahun ni jatuh?
sapa yang tak tahu kes bunuh Datuk Sosi... bermotif utamakan DUIT?
Orang kaya tak cukup duit, orang miskin apatah lagi...
Kalau ditangkap diorang ni, cuba tanya balik kenapa mencuri..
(serupa juga kes bakal ibu yang mencuri pakaian anak atau ibu yang mencuri semasa nak Raya)
maybe diorang tak berduit dan mencuri untuk anak2 mereka..apa kau tau? korang ada earning nuffnang..
Jangan cepat menghukum. Bila tengok perkara camni, selidik dulu...
erm..pa la nak jadi, dunia2..
macam2...
Video yang kedua tu dah tengok.. Tapi video yang pertama tu lagi best.. Jumlahnya 6 tin susu.. dia ada letak bakul ke bawah kangkang dia sampaikan boleh selit 2 tin susu sekaligus?? pergh.. respek-respek.. hahaha
>>My Latest Entry<<
Budak-Budak Zaman Sekarang..
Nasir Bravo,
kalau scan dalam seluruh badan, lagi la bawak problem nnt.ha3
ieqah, Navi ,
tak tahu pulak kesudahan bagaimana.
Kat mana berlaku pun tak tahu.:)
Azura Ani Salaim,
ada video lagi.?
klu ada share la.:)
SCUBA,
Klu nak selidik smpai tahap jumpa tak mampu la aku, tengok pada video dah cukup untuk membuat sedikit penilaian.
Klu ko kata maybe dorang tak berduit, tp aku tengok yang laki tu smart je baju masuk dalam.
Takkan tak berduit. lain lah kalau datang selekeh dan mencuri.:)
phreak id,
Aku rasa dia da training dulu kot..ha3
Nak mencuri maaa, mesti camouflage sikit...anyway, checkout http://aderberani.blogspot.com/
Byk geng celah kangkang nih kann?
Ada yang curi lappy celah kangkang..
Masalahnya semua yang pakai tudung,
memalukan betul...
Love,
PojiePooh Abdullah
nape pompuan tu tak bawak masuk fitting room dan curik dr sana yek????
Sokong SCUBA, komen dri seorg yg matang. Jgn la cepat sgt menghukum. Jika org buat jahat, bantu mrk jadi baik, bukan menghina. Semua org buat salah. Bantu sesama bangsa kwn2. Juga jgn menilai manusia dri pakaian & pekerjaan mrk.
Ain & SCUBA:
tak kisahlah dia mencuri apa; dari kedai muslim / bukan, mencuri tetap salah. niat tidak menghalalkan cara. makcik tu kena sedar, susu yg dia curi kemudian bagi ke anak2 rezeki haram tu akan mendarah-daging.
tak kisah la miskin atau kaya, yg penting hidup kita berkat. =)
Wassalam...
Dan 1 lagi, mana taknya orang2 kafir banned pakaian labuh kalo orang2 muslim sendiri perangai camtu...
efek bukan dia sorang yg tanggung, org akan salahkan "ISLAM"!
biasa r 2 diorg pakai labuh untuk memudahkan lagi proses utk mencuri,,,if pakai baju ketat2 n singkat ...nk sembunyikan kat aner lak tin2..kompem org nampak kan...
susah lah org yang menutup aurat nak bergerak nanti. asyik disyaki jer.
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)