Tuesday, September 07, 2010

Lurah Punggung Terhidang Di Depan Mata. Apa Nak Buat.?


Entri ini ditaip sebaik sahaja aku baru balik dari makan tengah malam aka bersahur.:). Entri ini terus ditaip kerana idea masih lagi segar untuk tajuk entri ini.:) Sebenarnya aku merancang hendak taip entri lain, tetapi memandangkan ianya juga bersangkutan dengan fesyen what the hell yang aku baru post kat blog ohbest, so kiranya aku teruskan je dengan entri ini dahulu.

Berkaitan dengan tajuk entri di atas,ini ceritanya.
Ketika aku makan, datanglah 4 orang perempuan duduk dihadapan meja aku. Selang 2 meja. Kalau dari segi pakaian, boleh aku katakan biasa. Pakai tshirt biasa n jeans.

Bila dorang duduk, (meja ada empat kerusi), so dua dari bahagian belakang perempuan itu menghadap ke arah aku. Salah seorang daripadanya menampakkan bahagian lurah punggung.

gambar hiasan


Kalau ikut naluri lelaki aku memang hendak tengok je. Lagipun benda sudah pun berada di depan mata. Cuma kadang tu ada juga rasa tergangu. Sepatutnya aku makan dalam keadaan tenang. Aku boleh tengok kiri kanan, dan yang paling penting aku boleh tengok depan.

Korang boleh bayang bagaiman nak makan kalau asyik nak tengok kiri kanan sebab nak mengelak dari tengok yang didepan.?So masalahnya bila aku tengok depan, secara separa automatik mata aku hendak pandang ke situ. Jangan tanya kenapa aku hendak pandang kerana itu naluri lelaki.:) lagipun kedudukannya adalah searas dengan sudut pandangan aku.

Nak tak nak terpaksa juga aku makan tengok kiri kanan, dan kebanyakkannya aku tengok ke kiri kerana sebelah kiri tak de orang. Kalau aku tengok sebelah kanan, ada beberapa orang awek, kan kata aku syok kat dorang pulak nanti.ha3. Kan kalau aku terus tengok ada yang menyangka aku skodeng pula.:)

So walaupun dorang ada depan aku, tapi aku buat selamba je la. Makan-makan. Tengok depan, member dia tengok aku, aku tengok dia. pastu alih pandangan kat tempat lain, tengok depan lagi, tengok awek sebelah kiri, tengok kanan, makan, minum, tapi kepala rasa asyik nak tengok depan je.:)

Kalau korang(lelaki la), ada dua benda terhidang, makanan dan tayang percuma didepan mata. Apa yang anda buat.?


1. Ambil makanan beralih ke tempat lain.
2. Minta orang depan beralih sebab menggangu
3. Makan seperti biasa cuma sekali sekala jeling² atau terjeling.
4. Tengok je terus apa depan mata.
5. Makan sambil tutup mata
6. Wat selamba sudah, kan tu fenomena biasa..



Kaum hawa pula.?
ada apa-apa nak tambah.:)

Kenapa kali ini aku rasa 'kurang biasa' dan rasa nak buat entri.?. Kerana aku makan berseorangan. So tiada teman untuk bercakap-cakap. Hanya boleh memerhati perkara sekeliling.:)

p/s:Cuma satu yang tidak ada lagi di Malaysia. Berbogel di khalayak ramai.


Suka entri ini.?

22 comments:

Aizat Shafiq on September 7, 2010 at 1:52 AM said...

hahaha...
tu namanya rezeki tak diduga...
hahaha...

Kebenaran di Sebalik Iklan TV3

Ahmad Zaki on September 7, 2010 at 1:53 AM said...

Assalamualaikum,

Ada sebilangan perempuan sekarang ni seperti tak kisah dan tak mahu dengan pakaian yang kategori baju adik2, ketak semacam, singkat dan bila duduk nampak pungkoq (itu loghat utara bermaksud punggung). Ada yg indah, ada yg macam peta di Pulau Indah. Ada yg pakai sear dlm tutup penuh, ada yg pakai G-String (tali halus).

Sy pernah naik bas. Semasa dah nak sampai tempat turun, sy lihat 2 org bangla sibuk memerhati bontot perempuan yg terlihat disebabkan baju yg singkat/senteng. Apabila dah tekan loceng dan nak turun, sy sempat gi tegur dengan suara yg perlahan dan beri isyarat yg blh difahaminya.

Alhamdulilah, dpt juga sy cuba melindungi kesucian perempuan kita dari dijelajahi oleh mata-mata si hidung belang.

APTX-4869 on September 7, 2010 at 2:10 AM said...

lastik je kat "target area" tu...

Abhamz on September 7, 2010 at 3:51 AM said...

salam, memang niat si gadis tu pakai pakaian ala tu utk tunjuk kat orang, memang dia dah tak tahu malu...klu kita ramai boleh jumpa n bagi nasihat sikit...

Anip™ on September 7, 2010 at 5:08 AM said...

haha...g kat dia dia..ambil garfu baling kt bontot dia..wat tempat men dart..haha..yg nie frree pnyer..sape2 ley maen...xdi jual..sbb xde maruah..haha

ariyon176 on September 7, 2010 at 5:56 AM said...

kalo tanya Yonz ler..sejujurnya buat donno jer la..org skang kang kalo tegur dia melenting..but mmg kita tak selesa la dibuatnya..nasib selang 2 meja...kalo kt meja depan jer terus Yonz rakam vid n upload kt youtube...hehehe

Gen Fujita on September 7, 2010 at 10:36 AM said...

kalau berani tegur, tegur. tegur cara baik la, senyum, ringkas tak yah berjela-jela, dia nak melenting, dia tak nak terima, tu lantak pi dia. kalau berani la. kalau tak berani, tak yah tegur. alihkan pandangan, buat la apa yang patut.

T@sh Sch@ on September 7, 2010 at 10:45 AM said...

setuju dengan semua yang memberi komen ... tapi adalah lebih rasional seperti yang dikatakan ahmad zaki .. tapi akan terjadi juga seperti yang dikatakan yonz...

awak ada pilihan melihat dan terus melihat ... sebagai lelaki

atau menegur terus atau guna orang ke-3(pelayan rest atau pass kan tisu dengan kata2 manis teguran dr awak) ..sebagai pemimpin kpd wanita

selamat hari raya ..

Rabia Sensei on September 7, 2010 at 11:53 AM said...

saya pernah tegur seorang budak perempuan sebab ternampak tut. kesian kat dia coz saya perasan ada 3 orang lelaki2 bangla duk usya jer. terus budak pompuan tu cover balik seluar dia..huhu...

Anonymous said...

tunggu apelagi sodokle...

Nasir Bravo on September 7, 2010 at 1:49 PM said...

ntah ,nak tegur salah..x tegur pun salah,,tapi kena gak rasa dlam hati x berminat nak tgk,,tui tak,,kalu x dpt dosa free ja

mr.syazwan on September 7, 2010 at 2:30 PM said...

fuuuyooo

Hamba Allah said...

ini yg dikata kn...gangguan seksual kepada kaum laki..harap kerajaan tubuhkan kementerian utk pertahankan hak kaum laki..mcm kementerian wanita dan ... ...hahahaha

Anonymous said...

erk. malunya kalau macam tu.
sy xboleh nak komen lebih. sbb sy perempuan.
kalau boleh nasihat kepada perempuan lain nak beli baju, biarlah yang labuh. sekarang, baju t-shirt pon dah ada yang labuh. jadi tiada alasan untuk nampak bnda yang bukan-bukan tu..

PEJUANG KESENIAN EXTREME on September 8, 2010 at 12:59 AM said...

Ala bro..PKE dah biasa kena..cara yg baik utk selesaikan masalah ni..bro pergi ke kedai runcit yg berhampiran..beli surat khabar..masa makan baca surat khabar..kompom akan terasa hilang gangguan tu..x caye cube la..

Entri terbaru PKE
Siapa tak Baca Tak Boleh Raya!!

unwanted on September 8, 2010 at 1:44 AM said...

Aizat Shafiq,
ini rezeki datang berjalan, bukan datang bergolek.:)

APTX-4869,
ini boleh aku masuk dalam entri idea jahat ni.:)

Anip™,
lepas baling garfu, sebulan lepas tu aku masuk jail..ha3

ariyon176,
nak rakam/amik gambar.? kena mintak izin dulu ni.ha3

Rabia Sensei ,
santapan mata mat bangla..ha3

PEJUANG KESENIAN EXTREME,
bro, x denye untuk aku susahkan diri aku untuk buat macam tu.kalau dorang bayar harga surat khabar tak pe juga.ha3






Mis$~$ep0i2~BhsA on September 8, 2010 at 3:24 PM said...

ini sudah cukup utk memalukan kaum hawa yang lain..saya sangat sedih! :(

Awangku on September 8, 2010 at 11:07 PM said...

tanda2 akhir zaman

sunglasses on September 15, 2010 at 9:53 AM said...

apa nak buat tegur nanti silap2 kita kena marah balik so tegur dalam hati je la...

Anonymous said...

hahaha...lawak betol la blogger nih...dpt aku bygkan rupa die...

bukan je laki..pompuan pun ssh nak alih pndangn ble kt dpn bnda cmtu...tp pndang ngan rasa yg meluat dan malu la...bkn dgn rs yg len ye...

ahaksitsme_sarinah on September 16, 2010 at 1:42 PM said...

huhuhu hari selasa ada nampak sorang pmpuan kt tanah rata. kalu kulit badan putih mungkin hingin jugak la orang tgk kan. ni dah la teruk nk tayang menda ntah. x faham betul la.

Anonymous said...

klu dlm keadaan mcm ni nk mkn pn tak lalu...jijik jer

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted