Sunday, October 03, 2010

System Comment Baru di Blog


Bagi sesiapa yang perasan, blog ini telah menggunakan sistem komen baru berbanding sistem komen sedia ada yang lama di blog. Kalau anda tidak perasan boleh cuba tengok sebelum ini dimana kali pertama sistem ini digunakan dan mungkin komen boleh pada entri ini..:)


Kali ini aku menggunakan sistem komen dari IntenseDebate. sebenarnya kalau tidak silap aku Intensedebate ini sudah lama wujud, tetapi jarang blogger menggunakannya. Mungkin kerana sebelum ini susah hendak install kot.

Untuk entri kali ini, rasanya ingin review sedikit tentang Intensedebate yang aku guna untuk blog ini sekarang. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem ini, aku juga telah membuat pemerhatian untuk beberapa ketika dengan sistem komen yang boleh 'masuk' dengan blogspot.

Untuk sistem ini, suka untuk aku bagitahu beberapa kelebihan yang aku suka dengan Intensedebate ini.


Install.

Cara install pada blog adalah antara sangat senang bagi kategori yang perlu melibatkan anda buka bahagian edit html dalam layout blog. Aku pun tidak sangka sebenarnya begitu senang untuk install kerana trick² sebelum ini agak rumit. Dengan Intensedebate, rasanya tidak sampai 5 minit sudah siap install, dengan cara yang begitu mudah.

Dashboard.
Sistem ini mempunya dashboard yang tersendiri. Kira di dashboard ini akan menentukan bagaimana rupa bentuk ruangan comment anda. Dan yang bagusnya, jika anda hendak buat pengubahsuaian, tidak perlu lagi edit html dalam blog, cukup untuk mengawal dari dashboard Intensedebate ini.

Dari dashboard ini anda juga boleh mengawal komen, menentukan tambahan yang dikehendaki, install plugin, block komen negatif, dan juga berkenaan akaun anda.

Komen guna akaun Facebook.

Jika tidak mahu komen dengan cara biasa yang menggunakan url blog atau email, kini juga boleh menghantar atau reply komen menggunakan profile facebook.Ini menjadikan lebih mudah bagi sesiapa yang selalu membuka akaun facebook setiap kali online,atau bagi sesiapa yang tiada akaun Gravatar/Intensedebate


Reply

Sebelum ini reply dilakukan secara pulak, kali ni boleh reply untuk satu pesatu.Dengan sistem ini, reply adalah begitu mudah dan senang untuk dilakukan,. Hanya klik butan reply, paparan akan tersedia dan komen reply akan dipost di bawah komen asal.
Baru nampak betul apa itu 'reply'.:)


Plugin Commentluv.

Ini merupakan antara perkara yang paling bagus untuk sistem ini, plugin Commentluv. Dengan pluggin ini, pengunjung yang berhasrat untuk memaparkan entri dalam blog hanya perlu memasukkan url di ruangan yang disediakan.

Dan semestinya jika anda komen, dengan secara tidak langsung anda juga mempromosikan blog anda. Sesiapa sahaja yang membawa komen, dan terlihat entri anda, mungkin akan berminat untuk membaca entri di blog anda juga.Memang ini win-win situation bagi para blogger.


-------------------------------

Ingin tahu juga bagaimana pandangan pengunjung blog sekalian berkaitan sistem komen yang aku baru install untuk blog ini.

Jadi tunggu apa lagi, cubalah komen untuk mengtahui prestasi Intensedebate ini dan jangan lupa url anda untuk memaparkan entri terbaru anda.:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted