Monday, October 04, 2010

Tiada Idea Menaip Entri.? Bagaimana untuk dapatkan idea.?


Entri dalam sesebuah blog adalah antara faktor pemacu kepada blog tersebut. Ini kerana, seorang blogger akan menaip di dalam blognya, dan entri yang ditaip akan dibaca oleh orang lain samada juga dari kalangan blogger ataupun dari pelayar internet biasa.


Untuk menaip sesebuah entri, seseorang blogger memerlukan idea untuk menaip. Itu adalah perkara paling penting. Dan selepas itu barulah datang olahan, masukkan gambar, dan dengan cara penyampaian yang berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu, antara perkara yang akan merunsingkan seorang blogger adalah kekeringan idea. Mereka ingin menaip entri, ingin update blog, tetapi tiada idea. So, memang tidak jadi entri.:)

Untuk masalah seperti ini, bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menaip di dalam blog.?

1. Ketahui isu semasa
Mengetahui isu semasa adalah penting untuk mendapatkan idea untuk menaip dalam blog. Ini kerana isu semasa sentiasa akan menjadi yang terbaru. Hari ini ada suatu perkara yang berlaku, minggu depan perkara lain pula.

Jika anda mengikuti perkembangan semasa, sebenarnya terlalu banyak idea untuk anda menaip dalam blog, walau bagaimanapun, anda kena ketahui juga isu semasa mana yang perlu, isu semasa mana yang tidak perlu.

2. Tidak semestinya tertumpu kepada fakta.
Fakta adalah penting, tetapi ada ketikanya entri anda tidak perlu tertumpu kepada fakta semata-mata. Sebagai contoh, isu terbaru adalah pembunuhan jutawan kosmetik. Anda boleh buat entri berkaitan kronologi dan fakta nombor,tarikh, bilangan, tetapi ianya sedikit merumitkan kerana anda perlu mencari sumber untuk membuat entri sebegini. Jika tidak jumpa maklumat, anda akan rasa malas pula untuk teruskan.

Jadi, antara perkara paling senang adalah membuat entri, bukan berbentuk fakta tetapi berkaitan dengan isu semasa tesebut. Mungkin anda boleh buat entri berkaitan pendapat dan pandangan tentang isu ini. Ianya lebih meringankan otak anda untuk mengarang. Apabila membuat entri berkaitan pandangan, maka ianya akan lebih 'terbuka' kerana pandangan seseorang adalah subjektif, berbanding entri fakta yang memerlukan maklumat yang tepat.

3. Apa yang berlaku di sekeliling anda.
Isu semasa boleh jadi hal yang jauh merentasi negeri atau negara. Apa yang berlaku disekeliling anda pula adalah apa yang anda sedar kewujudannya. Sebagai contoh, anda berjalan² di pasar malam, dan ternampak ada orang bergaduh di pasar malam.

Walaupun anda nampak orang bergaduh, tetapi lebih baik entri anda tidak tertumpu kepada pergaduhan pasar malam itu, jadikan entri anda lebih universal. Jika anda tertumpu, entri anda akan jadi seperti ini " Tadi aku nampak pergaduhan", tetapi jika anda lebih terbuka sedikit, entri akan menjadi seperti ini " kenapa perlu bergaduh.?". dengan sebegini, anda akan memberi sedikit pandangan kemudian baru disusuli contoh. Dan entri ada akan melibatkan pandangan boleh 'digunakan' untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk peristiwa itu sahaja.

4. Apa yang berlaku kepada anda.

Anda mengalami hidup anda sendiri bukan, dan anda tahu apa yang berlaku dalam kepada diri anda. Sebagai contohnya, anda berasa bosan. Walaupun bosan ini berlaku pada diri anda, tetapi anda tidak perlu taip entri bertajuk "argh, bosannya hari ini", tetapi cuba bayangkan anda mencari sedikit maklumat, kemudian membuat entri bertajuk "bosan.? bagaimana untuk mengatasinya". Entri ini akan buat pengunjung terasa lebih berminat untuk membaca.:) (kecualilah memang blog peribadi yang teramat:)

---------------------------------------

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mencari idea menaip entri dalam blog. Mungkin jika aku ada masa sedikit, aku akan taip hal berkaitan. Kerana buat masa sekarang, kekangan masa menjadi faktor utama bagi aku.:)

Menaip entri dalam blog sebenarnya dapat memberi kepuasan kepada seseorang blogger.
Jika, minatnya memang untuk berblogging dan tidak dipaksa oleh sesiapa.( eh, ada ke berblogging kena paksa.:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted