Sunday, October 24, 2010

Voucher Daripada Google


Minggu lepas, adik aku hantar message, katanya ada satu surat/voucher daripada google yang sampai ke rumah atas nama aku. Mula² bila aku pikir surat, aku pikir ada ke aku buat salah berkaitan. Maklumlah aku banyak menggunakan produk google seperti gmail, reader, blogger, picasa, youtube, analytic, adsense, google site dan banyak lagi. Rasanya tidak ada salah(kecuali pasal youtube sewaktu dahulu).

Bila adik aku kata ada redeem pasal duit pula, aku pikit bila masa pulak aku cashout aku punya adsense. Kerana sudah lama aku tinggalkan adsense, bukan bermaksud tinggalkan sepenuhnya, tetapi aku hold dulu. Rasanya memang tidak aktif sejak awal tahun lagi kot.:)

So aku suruh la adik aku post, untuk memudahkan pemahaman, dan semalam aku check kat kotak pos rumah aku ni sudah ada(tak tahu pula bila sampai.:).Bila aku buka sampul surat post laju, inilah rupanya yang menjadi pertanyaan.:)

Google Adwords Free Advertising Voucher



Voucher rupanya. Aku ingatkan apa la.:).
Tetapi bagus pula google ni, orang kata ada la semangat lagi hendak menggunakan produk google kan.:). Sama seperti celcom juga, banyak aku dapat promosi contoh minggu lepas aku dapat buat panggilan free 7 hari, walaupun bukan birthday aku pun.:)

Untuk voucher ini, nantilah aku pikir hendak buat. Sebab blog aku bukannya blog bisnes pun.:)

Bercakap sedikit pasal adsense, sebenarnya ada juga la yang aku tahu berkaitan adsense ini walaupun bukan power pun. Dan memang banyak sebenarnya sifu² yang buat duit dengan adsense berbanding nuffnang, adverlets, manggads dan lain².
Target keyword, keyword trend, target audience, target country, cari CPC(cost per click)tertinggi, itu adalah perkara biasa dalam adsense.

Tapi rasanya buat masa sekarang aku hold dulu kot. Sebab aku rasa lebih suka berblogging dalam bahasa melayu. Banyak maklumat yang boleh disalurkan dalam bahasa melayu. Kerana target pembaca aku adalah orang melayu atau nusantara..:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted