Sunday, December 05, 2010

Jarang Update. Kering Idea Ke.?


Berapakah kekerapan korang update blog.? Sehari sekali, seminggu sekali, ataupun bila-bila masa korang ada idea untuk update blog korang.?



Kalau korang perasan, aku jarang update blog ni sekarang kan.:). Ini pun aku update sambil-sambil.:). Terasa macam agak lama pula aku tidak menaip panjang². Kira ini warmup semula la ye.:)

Apabila aku jarang update blog,adakah itu bermakna aku sudah kekeringan idea.?.:) Kerana biasanya kalau sesebuah blog jarang berupdate, kemungkinan ada 3.


    1. Kekeringan idea
    2. Ada idea, berminat untuk berblogging tetapi sibuk.
    3. Tidak berminat untuk berblogging lagi ( mungkin disebabkan ada hal lain)


Korang agak² la, aku masuk bahagian mana.? Cepat teka sebelum korang baca seterusnya di bawah..:)

Ok, sebenarnya kalau ikut 3 jenis di atas, aku termasuk dalam kategori 2. Ada idea, tetapi agak kurang masa untuk taip panjang². Kalau blog Ohbest, aku just post yang ringkas² je. Begitu juga denga blog tutorial, memang tutorial yang ringkas untuk memudahkan aku buat entri. Orang kata tidak la terbiar sampai 1 bulan kan.:)

Dan bercakap tentang idea untuk menaip di blog ini, kebiasaaannya yang aku buat adalah, apabila ada idea, ada point aku akan letakkan dahulu dalam notepad. Nanti bila sudah ada masa baru aku huraikan. dan kalau ikutkan setakat ini, sebenarnya banyak entri dalam mode standby.:). Tunggu aku menaip lebih panjang je.:)

(dalam notepad ini hanya ada tajuk, point.:)


Kekangan masa merupakan sebab utama kerana aku jarang update. Ye la, Kalau dah kerja, masa yang ada hanya waktu malam. So waktu malam inilah macam² perkara hendak buat, beli barang, makan, pergi situ, pergi sini, buat itu, buat ini. Takkan 24 jam hendak mengadap internet.:). Dan aku juga cuba untuk memaksimumkan masa aku berada di internet.ha3

Rasanya tidak perlu aku menaip panjang² untuk entri ini. Kan letih korang membaca entri warmup ni.:) Dan sebelum mengakhiri ada persoalan untuk aku lontarkan kepada korang berkaitan idea dan update ini.

Adakah korang mencari idea untuk update blog, ataupun korang update blog apabila idea ada..?.:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted