Tuesday, January 19, 2010

Lagu - Adakah Ianya Diperlukan Dalam Blog.?

99 comments

Hal berkaitan meletakkan lagu di sesebuah blog rasanya sudah banyak dibangkitkan oleh blogger-blogger lain.
Dan kalau diikutkan keadaan semasa, aku agak ketinggalan untuk memperkatakan perkara ini. Walau bagaimanapun, dengan beranggapan masih ada lagi yang belum mengetahui dan juga dengan bertambahnya blogger-blogger baru, tidak salah rasanya untuk aku meneruskan perancangan aku untuk membuat entri ini.
Dan ini juga sebenarnya ada perkaitan sedikit sebanyak dengan setting yang tidak diperlukan dalam blog.



Kalau diikutkan, tidak salah untuk meletakkan lagu pada blog. Kerana itu adalah aksesori tambahan. Tetapi, mengikut pandangan umum, majoritinya tidak menyukai blog yang mempunyai lagu dan semestinya paling tidak suka adalah lagu yang dimainkan secara automatik.

Dan berikut aku huraikan sedikit hal-hal yang berkaitan lagu pada blog ini.



MASALAH
Dimulakan dengan masalah dahulu, berikut adalah masalah yang berkaitan dengan lagu dalam blog.
1. Tiada button stop/pause
  • Ini merupakan masalah utama bagi lagu pada blog. Tiada button untuk hentikan lagu yang sedang dimainkan. sangat bermasalah apabila lagu dimainkan, tetapi pengunjung tidak boleh membuat keputusan untuk menghentikannya.

-Contoh lagu yang tiada button stop/pause


2. Lagu dengan player 'hidden'.
  • Perkara ini jarang berlaku, tetapi ianya ada. dan aku pernah menjumpai blog yang memainkan lagu secara automatic, tetapi tiada langsung tanda² wujudnya player. Button, lagilah tidak ada.:)


3. Blogger yang buka banyak page
  • Adalah biasa bagi blogger untuk membuka banyak page apabila mereka melayari internet. Ini juga aku telah masukkan dalam cara-cara pelayar interent online. Masalah akan timbul apabila lagu yang sama dimainkan, tetapi masa untuk start lagu yang berbeza. So lagu itu akan jadi 'menyerabutkan'


4. Pelayar internet yang sedang mendengar lagu dari komputer
  • sesetengah orang suka melayari internet sambil mendenagr lagu dari komputernya sendiri. Kehadiran lagu dalam blog lain akan 'menyerabutkan' keadaan.




ANGGAPAN
Dan seterusnya aku masukkan sedikit anggapan yang aku pikirkan dari pemilik blog yang memasang lagu dari blognya.

1. Hendak tunjuk lagu kesukaannya untuk tatapan ramai
  • Niat asalnya murni. Untuk menghiburkan pengunjung yang datang dengan lagu kesukaannya. Ingin berkongsi lagu kegemaran. tetapi sayang, boleh dikatakan kebanyakan orang tidak menyukai lagu yang dimainkan secara automatic.


2. Berasa blog cool dengan alunan muzik.
  • Siapa yang tidak mahu berasa blog cool.? aku pun kalau boleh hendak macam itu. Tetapi bagi sesetengah pemilik blog, akan berasa kool jika dapat mempersembahkan lagu yang diketahuinya (mungkin juga lagu yang tengah top), dan sebab itulah lagu tersebut dimainkan sefara automatic. Walhal perkara ini tidaklah se'cool' yang disangka.



PENYELESAIAN
Untuk masalah ini, ada dua penyelesaian yang aku pikirkan.

1.Jangan letak langsung muzik yang autoplay
  • Ini aku rasa penyelesaian yang terbaik. Jika ada sahaja fungsi autoplay, jangan letak terus. Lagi² yang mempunyai player hidden.


2. button play/pause/stop
  • Jika mahu letak juga, tidak salah. pastikan ada button play/pause/stop. Dan pastikan lagu tersebut tidak autoplay. Jadi pengunjung boleh memilih untuk mendengar atau tidak lagu dalam blog anda. Anda boleh memberi galakan seperti ' baik korang dengar lagu ni, konfirm best'



PENGECUALIAN
Seperi biasa, apabila sesuatu perkara dibincangkan, mungkin ada juga pengecualian.
Dan disini, aku dapat kenalpasti 2 keadaan yang membolehkan pengecualian ini kepada pemilik blog untuk memasang lagu secara automatik.

1.Blog yang tidak pentingkan pengunjung(terutamanya blog peribadi)
  • ada juga blog yang tidak pentingkan pengunjung. Biasanya blog peribadi. Dan blog itu hanya digunakan olehnya untuk meluahkan perasaan tanpa perlu orang lain membaca blognya. So, blog sebegini boleh letak apa sahaja lagu mengikut kesukaan pemilik blog.


2. Blog yang pengunjungnya memang mahukan pemilik letak lagu.
  • sebenarnya aku belum jumpa keadaan sebenar untuk ini. Jadi kepada pemilik blog yang pasang lagu automatic, cuba tanya pengunjung blog anda, mereka suka atau tidak jika anda letak lagu automatic. Kalau 8 dari 10 pengunjung setuju, teruskan.


--------------------------------------

Rasanya setakat itu dahulu sedikit padangan dan huraian aku berkaitan kewujudan lagu dalam sesebuah blog. Walau bagaimanapun, bergantung kepada pemilik blog untuk meletakkan apa yang ada dalam blog sendiri. Aku cuma memberi pandangan dan pendapat.:)

Secara peribadi, aku lebih suka jika sesebuah blog itu tidak mempunyai lagu yang terpasang secara automatik.

Dan aku tidak tahu la korang pula bagaimana.:)


Saturday, January 16, 2010

Bagaimana Kalau Blogger Milik Yahudi.?

17 comments

Sebelum ini aku ada post perkaitan facebook dengan yahudi.
Dan terbaru aku post pandangan dari seorang ustaz berkaitan dengan facebook ini.
Dan, ketika entri ini ditaip, aku masih tidak mempunyai akaun facebook. Bukan aku tidak buka kerana facebook adalah milik yahudi, tetapi kerana aku memang kurang berminat dengan web sosial.:)

Oleh kerana, jika aku banyak berbicara tentang facebook, sedangkan aku tiada akaun facebook, dibimbangi kalau ada yang mengatakan."alah, tiada akaun facebook, tetapi sibuk bercakap tentang yahudi dan facebook, macam la dia baik sangat". Itu mungkin je la. Tapi aku tahu korang tak pikir macam tu kan..:)

So, untuk kali ini, aku pikirkan satu andaian yang berkaitan dengan apa yang aku gunakan sekarang, iaitu blog dengan platform blogger.com. Sebenarnya aku tidak tahu siapa pemilik asal blogger ini, agak terhad pula masa aku untuk menyelidik semua ini.
Yang aku tahu blogger adalah milik google. Perkaitan blogger dengan yahudi tidaklah sehebat facebook dengan yahudi.

Untuk entri kali ini, aku andaikan blogger ini adalah milik yahudi seperti mana facebook adalah milik yahudi.
Persoalannya, jika blogger.com ini milik yahudi, Adakah aku masih akan menggunakannya.?


Untuk persoalan ini, suka aku jawab terus apa yang aku pikirkan dan kemudian aku akan buat sedikit ulasan. aku bimbang jika aku bagi jawapan pada akhir entri, takut ada yang terkeliru atau kurang jelas. Jadi elok rasanya kalau aku bagi jawapan terus kemudian baru aku bagi ulasan. Dan jika pengunjung² lain ada pandangan lain, amatlah digalakkan.

Jawapan aku untuk persoalan ini adalah.
Ya, Aku akan tetap menggunakan blogger ini.

Berikut adalah beberapa sebab aku akan menggunakan blogger walaupun jika ianya milik yahudi.

1.Tidak salah menggunakan kehebatan dan kecanggihan bangsa/agama lain selagi ianya memberi kelebihan kepada kita.

- Perkara ini sebenarnya lebih kepada 'teknologi'. Dan umum mengetahui teknologi bukan islam mendahului teknoogi islam pada masa kini.. dan dengan menggunakan teknologi bukan islam inilah kita dapat menyatupadukan umat, menyampaikan ilmu dan lain².
- Dan kalau anda tanya mana-mana ustaz pun, tidak salah untuk menggunakan teknologi bukan islam tetapi untuk kepentingan umat kita.


2. Blogger tidak sama dengan laman web sosial seperti friendster, myspace, tagged, facebook.

- Ini rasanya ramai yang menyedari. Kebanyakan blogger yang ada adalah bertujuan baik. Walupun ada juga bertujuan tidak baik seperti membuka blog lucah. Tetapi itu tidak boleh salahkan platform blogger, salahkan siapa yang buka. Sama juga pemilik akaun facebook yang letak gambar menampakkan lurah dada, jangan salahkan facebook itu dulu, salahkan pemilik gambar dahulu.Dan seiiring dengan perubahan zaman, kebanyakan maklumat dan ilmu juga boleh diperolehi dari dunia blogging.

-Berbeza pula dengan laman web sosial. Laman web sosial juga ada kebaikan seperti dapat kumpul kawan2 lama, berkongsi maklumat. Tetapi ada satu perkara yang aku perasan tentang laman web sosial berbanding blogger. Dalam laman web sosial, begitu mudah untuk mencari perempuan² yang jika diluarnya memakai tudung, maka dalam laman web sosial akan membuka tudung untuk tatapan umum. Makin cantik dan seksi pemilik akaun web sosial, makin ramilah tetamunya. Berbeza dengan blogger, kadang tu pengunjung pun tidak tahu siapakah pemilik blog tersebut tetapi banyak ilmu yang diperkatakan.

3. Maklumat peribadi.

-Ini antara perkara 'panas' yang dibincangkan. Kalau web sosial memang jelas la daftar kena guna maklumat peribadi, dan sama juga seperti blogger. Maklumat peribadi diperlukan. Untuk zaman sekarang, agak mustahil untuk anda hidup jika anda tidak kemukakan maklumat peribadi.

-Oleh itu, dari pandangan aku, maklumat peribadi ini adalah 'normal'. Anda tidak boleh terlepas dari memberi maklumat peribadi pada zaman sekarang.

-nama, tempat tinggal, tempat belajar adalah perkara penting untuk diketahui. Tidak kira la blogger atau pemilik akaun web sosial. Dan maklumat ini sepatutnya betul tidak kira la anda menggunakan web sosial atau blogger kerana ianya memudahkan kawan² mencari dan mengenali pemilik blogger dan laman web sosial.

-cuba bayangkan semua orang menipu tentang maklumat peribadi untuk tujuan 'tidak mendedahkan' kepada pihak lain. Lebih baik anda tidak mempunyai sebarang akaun terus.

- Maklumat peribadi adalah penting untuk ditunjukkan, cuma kena tahu sejauh mana batasan capaian dan maklumat yang ditunjukkann. Jangan la pula siap letak no akuan bank, itu cari penyakit namanya.

-----------------------------

Rasanya setakat itu dahulu pandangan aku berkaitan hal ini.
sebenarnya banyak lagi yang ingin aku perkatakan, tetapi kan bosan pula membaca nanti..:)

Suka untuk aku ingatkan, entri ini bukanlah bermaksud aku menyokong yahudi, kan ada pula yang tersalah anggap. Cuma perkara yang perlu diketahui tidak salah menggunakan kecanggihan orang bukan islam untuk kemudahan dan kegunaan umat kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan agama islam.


Ringkasan kesimpulan dari aku senang sahaja.
Tidak kira la korang guna facebook ke, blogger ke, myspace ke, wordpress ke,
semuanya bergantung bagaimana anda menggunakannya..:)


p/s: aku ada sikit bimbang kerana ianya melibatkan juga hal keagamaan. Kerana aku bukanlah layak sangat untuk berbicara tentang keagaaman ini. Oleh itu pandangan dari yang lebih mengetahui amatlah digalakkan.Sesiapa yang ada pandangan lain,sangatlah digalakkan untuk komen. Tidak kira samada sokong atau bantah, hendak kutuk ke., selamba je komen.:)



Wednesday, January 13, 2010

Kita, Facebook, dan Hukumnya

17 comments

Facebook..
Siapa yang tidak tahu apa itu facebook.
Boleh dikatakan hampir kesemua yang mempunyai internet mengetahui apa itu facebook.
Facebook boleh dikatakan satu fenomena baru yang melanda dunia maya.
Facebook menduduki tangga kedua untuk capaian internet yang paling banyak dilayati oleh penduduk dunia. Lihatlah sahaja keapda rankingnya di Alexa.
Di Malaysia juga facebook mempunyai pengguna yang tidak kurang banyaknya.
setakat ini, lebih 4juta rakyat Malaysia yang memiliki akaun facebook.
Dan satu fakta, aku tidak memiliki akaun facebook.
aku tidak tahu kenapa aku tidak berminat dengan facebook ini.:)


Apabila bercakap berkaitan dengan facebook, ada satu perkara yang selalu juga dikaitkan dengannya, iaitu YAHUDI..
sebelum ini aku juga pernah post berkaitan facebook dan yahudi, yang menceritakan serba sedikit tentang pengasas dan kaitannya dengan yahudi dan pertubuhan-pertubuhan lain.

Jadi, apabila wujudnya pertalian dengan yahudi ini, muncullah pelbagai andaian dan 'hukum'. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh dan macam-macam lagi. untuk kali ini, elok rasanya untuk aku berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berkaitan 'hukum' menggunakan facebook ini. Untuk kali ini, aku rasa eloklah untuk sesiapa sahaja tidak kira la pengguna facebook atau tidak, untuk mengetahui jawapan dari orang yang lebih mengetahui.


Jawapan berkaitan persoalan ini aku ambil dari ruangan Bimbingan dari hmetro.

Sangat bagus kalau anda ada masa untuk membaca kesemua soal jawab ini.
Dan jika tiada masa sangat, yang penting bacalah pada bahagian keimpulan.



(Saya dalam ayat² dibawah merujuk kepada Ustz Zaharuddin Abdul Rahman, Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM )
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.


Sunday, January 10, 2010

Kita dan Komputer

9 comments

Komputer..
Suatu masa dahulu bukanlah sesuatu yang penting sangat bagi sesetengah orang.
Tetapi pada masa sekarang, komputer merupakan antara keperluan yang perlu ada selain daripada handphone.



Kalau dahulu suri rumah tidak tahu apa itu komputer, tetapi zaman sekarang komputer merupakan teman rapat suri rumah selain suami, anak-anak dan orang sekeliling.

Kalau dahulu, budak sekolah rendah masih lagi berlari-lari sana sini bermain dengan kawan-kawan, tetapi kini sudah ramai budak-budak diusia muda sudah mahir menggunakan komputer walaupun dengan tujuan bermain game.

Kalau dahulu, sesiapa yang bergelar pelajar ipt, hanya orang kaya yang mampu membeli komputer, tetapi kini, tanpa komputer, tidak lengkap rasanya untuk title pelajar ipt.

Kalau dahulu hanya kilang-kilang besar menggunakan komputer, sekarang kedai runcit pun merekodkan hasil jualan di dalam komputer.

Kalau dahulu sebuah komputer sebesar sebuah bilik, kini komputer boleh dibawa dengan mudah kemana-mana.

Tanpa komputer, tidak tenang kehidupan sekarang ini.
Sehari tanpa komputer, susah rasanya hidup ini, banyak kerja yang terbengkalai.
Terasa begitu pentingnya komputer pada masa kini.
Begitu hebatnya penangan teknologi masa kini. Itu belum ditambah lagi dengan kemudahan internet dicapai juga melalui medium sebuah komputer.

Komputer mempunyai banyak kesan baik, dan juga banyak kesan buruk.
Komputer antara salah satu teknologi yang semakin berkembang pesat mengiringi handphone. Bagi sesetengah orang, teknologi itu membawa kebaikan, tetapi bagi sesetengah orang, teknologi itu membawa kemusnahan.

Jangan pikir teknologi itu merosakkan, tetapi pikirlah bagaimana untuk menggunakan teknologi untuk kehidupan yang lebih baik. Kehidupan kita tidak boleh lari dari teknologi. Tanpa teknologi kita ketinggalan.

Dengan menggunakan 'teknologi'lah, aku menaip untuk blog aku, dan dengan menggunakan 'teknologi'lah korang membaca blog aku..:)

p/s: Sory la kalau aku mengarut sikit.ha3. Sebenarnya aku buat entri ini untuk menaikkan semangat aku untuk menaip tips pengurusan komputer. Nanti aku buat entri pasal pengurusan komputer, ada dalam 4 part yang aku rancangkan.:)


Keputusan Contest @ unwanted86

4 comments

Apa khabar semua pelawat maya.?
harap semuanya sihat sejahtera..
Kesibukan aku semenjak dua ini telah membuatkan aku sangat jarang untuk mengadap pc (blog).
Kalau dahulu dalam sehari aku boleh online 3 atau 4 jam.
Tetapi sekarang 20minit sehari pun susah.
Terlalu banyak kerja pula.

Sedar tidak sedar, seminggu pun telah berlalu dari tarikh mula aku buat contest dahulu.
Memang aku tidak sempat langsung untuk promot contest ini. aku buat dan aku tinggal.
Tetapi hadiah aku sediakan seperti biasa..


Hanya ada dua orang yang join.
Dari satu side, memang kurang sambutan (aku tahu korang banyak berahsia blog yang korang selalu masuk.ha3)
Dari satu side lagi, bagus untuk aku kerana sangat senang untuk aku buat pilihan pemenang.:)

Contest aku ini hanya disertai oleh Pejuang Kesenian Extreme dan juga Andaditipu

Ok, bercerita tentang pejuang kesenian extreme dahulu, beliau telah cadangkan aku untuk masuk blog yang berunsur lawak iaitu ceritamenarik.blogspot.com, memang betul kata pejuang kesenian extreme, blog tersebut penuh dengan cerita lawak. dan ini aku ambil satu gambar dari blog itu.ha3.
.
adakah blog yang dicadangkan oleh pejuang kesenian extreme cukup bagus untuk bersaing.?
Tengok peserta kedua pula.

Peserta kedua menggelarkan menggunakan nama Lubang jamban. Ini serius aku kata nama pun aku sudah hendak gelak. So nanti bro tuan punya blog bolehla jelaskan kenapa guna nick itu.:). Bro ini cadangkan untuk aku melawat satu blog seperti yang termaktub dalam syarat contest. blog yang dicadangkan ialah blog rakannya iaitu http://senaxtelox.blogspot.com/. Aku tidak tahu la hendak kata apa, tetapi aku lagi gelak gila berbanding blog yang dicadangkan pejuang kesenian extreme..
so, bagi aku bro ini sangat misteri..ha3. Ditambah lagi dengan gaya tulisan yang terang² menyalahi syarat yang aku tetapkan.ha3..

Salah satu syarat yang aku letak adalah.

4. Backlink berunsur penipuan tidak dikira,
contoh, saya rasa unwanted unwanted unwanted perlu tengok blog ini kerana...



dan bro ini taip dalam blognya dengan selamba.

Saya nak mengucapkan selamat tahun bru kepada UNWANTED, keluarga UNWANTED, kawan-kawan UNWANTED, jiran-jiran UNWANTED, cikgu-cikgi UNWANTED...dan segala yg berkaitan dengan UNWANTED...

.........................................................................................................

haaa mcm nih la contoh nyer...tp klu aku senang jerk...taip UNWANTED, UNWANTED, UNWANTED, UNWATED, UNWANTED, UNWANTED, UNWWANTED.. samapi seratus kalie..pastuh link kan...haaa kan ke mudah...



Ha3.. memang aku gelak gila...
nanti kena mintak bro jelaskan dengan lebih lanjut ni..ha3...

KEPUTUSAN CONTEST..

Aku tahu ini bahagian yang korang tunggu-tunggu kan.:)
ok, la mungkin sudah dapat dijangka siapakah pemenangnya..:)


PEMENANG UNTUK TOPUP RM30 adalah..

PEJUANG KESENIAN EXTREME.
-cuma ada dua peserta, bro lubang jamban mencadangkan blog kosong, so kemenangan sah-sah milik pejuang kesenian extreme.:)


PEMENANG UNTUK TOPUP RM10 adalah..

LUBANG JAMBAN.
- bro lubang jamban telah melakukan beberapa kesalahan berkaitan backlink. secara keseluruhan bro ini telah letak sebanyak 28 backlink kepada unwanted.
-walau bagaimanapun, terdapat beberapa backlink yang tidak dikira kerana melanggar syarat yang aku tetapkan.
-Jumlah backlink yang sah dari lubang jamban adalah 10
-Jumlah backlink dari pejuang kesenian extreme (semua backlink adalah sah) ialah 8.
-Pemenang untuk RM10 adalah lubang jamban.:)


Tahniah kepada bro pejuang kesenian extreme dan bro lubang jamban.
Nanti aku contact korang untuk topup/bank in.:)

Kepada yang tidak berkesempatan seperti Aizuddin dan Dak Wan dan yang lain²,sory sbb aku tak sempat untuk promot contest ni.

Bagi yang teragak² untuk join kerana takut promot blog orang lain, korang ambilla inspirasi dari bro lubang jamban.:)

Happy blogging.:)


Friday, January 08, 2010

New Year Contest : "Blogspot Yang Patut Unwanted Lawati.".

21 comments

Ini adalah Sticky Post sehingga 8 Januari 2010. sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.. thnx.:)

---------------------

Happy New Year kepada semua pelawat.
Berakhir sudah tahun 2009,
Kini bermula pula tahun 2010.
Kalau hendak bercerita tentang perkara tahun 2009 dan azam 2010 takut panjang pula.
Kita terus pergi ke tujuan asal, contest..:)

Bersempena permulaan bagi tahun 2010 ini, apa kata kita rancakkan dunia blogging ini dengan kontest yang senang ini. Kerana kontest ini tidak memerlukan untuk berpikir sangat, kerana jawapannya sudah ada dalam diri masing².:)


Kontest ini aku dapat idea untuk diadakan berdasarkan kepada kontest untuk memberi hak sama rata kepada sesiapa yang menyertai. So, kontest ini tidak bergantung kepada betapa glamour anda, berapa ramai pengunjung anda dan lain-lain lagi. Sesiapa sahaja boleh menyertainya. Kontest ini sungguh mudah kerana anda hanya perlu bagitahu apa yang anda telah tahu sebenarnya.:)

Persoalan.
- Anda mesti ada satu blog yang berakhir dengan .blogspot.com yang selalu anda lawati bukan.?. Anda mesti tahu apa kelebihan dan tarikan yang menjadikan anda suka kepada blog tersebut bukan.?


Bagaimana untuk menyertai contest ini.?


1.Buat satu entri dalam blog anda yang bertajuk, 'Blogspot Yang Patut Unwanted Lawati'

2.Dalam entri tersebut anda boleh bagi cadangan dan pandangan kenapa unwanted perlu melawat blogspot tersebut.

3.Tidak kisah entri panjang mana, tetapi entri tersebut mesti mempunyai backlink kepada unwanted. (lagi banyak lagi bagus, berpeluang untuk memenangi topup RM10.:)

4. Postkan link entri yang anda buat itu diruangan komen ini.



Syarat-syarat².

1. Blog yang dicadangkan mestilah berakhir dengan .blogspot.com. Jika tidak .blogspot.com, penyertaan tidak dikira.

2. Blog yang dicadangkan bukanlah blog ini iaitu blog unwanted86.blogspot.com

3. Peserta yang lain seperti .wordpress.com atau pun .com boleh menyertai, tetapi blog yang dicadangkan mestilah berakhir .blogspot.com

4. Entri tersebut mestilah mempunyai backlink kepada unwanted86.blogspot.com.
contoh : "aku rasa unwanted perlu tengok blog ini kerana..."

5. Peserta boleh mencadangkan seberapa banyak blogspot, tetapi satu blog yang dicadangan mestilah satu entri. (tidak boleh cadangkan 2 blogspot dalam 1 entri)



HADIAH.

1. Topup bernilai RM30 kepada pemenang yang mencadangan .blogspot.com yang paling menarik minat unwanted.

2. Topup bernilai RM10 kepada entri yang mempunyai backlink terbanyak kepada unwanted.

3*. Jika pemenang menggunakan line, bank-in dengan nilai yang sama.



Syarat-syarat tambahan.:

1. Jika ada penyertaan yang mencadangkan blogspot yang sama, pemenang dipilih berdasarkan cara penulisan entri.

2. Peserta boleh mencadangkan seberapa banyak blogspot, tetapi setiap blogspot mestilah dalam entri yang berbeza.

3. Jika terdapat entri yang mempunyai backlink terbanyak yang sama, pemenang dipilih berdasarkan cara penulisan yang lebih menarik.

4. Backlink berunsur penipuan tidak dikira,
contoh, saya rasa unwanted unwanted unwanted perlu tengok blog ini kerana...

5.Unwanted berkuasa mutlak untuk memilih para pemenang tanpa dipengaruhi oleh unsur pilih kasih.



Tarikh Tutup.
8 Januari 2010 (Jumaat), Jam 11.59malam.



Tarikh Pemenang Diumumkan.
Bergantung kepada keadaan, kerana unwanted perlu melawat setiap blog yang dicadangkan untuk membuat penilaian.. Jika tiada masalah, pemenang boleh diumumkan pada 11 Januari 2010.



SENANG BUKAN.? TUNGGU APA LAGI..?
Bagitahu unwanted apa blogspot yang anda selalu lawati dan kenapa, mana la tahu jika unwanted juga menyukai blogspot tersebut dan anda berpeluang untuk memenangi topup.:)



Thursday, January 07, 2010

K-Lite Mega Codec Pack 5.60

4 comments

Menduduki carta top 5 antara software asas yang perlu ada dalam sesebuah komputer, kini k-lite mega codec pack datang dengan versi terbaru iaitu 5.60. Salah satu software yang sangat bagus untuk memainkan apa sahaja file media dalam komputer anda. Boleh dikatakan software ini boleh memainkan hampir semua video dan audio yang ada.



Bagi sesiapa yang mempunyai masalah tidak boleh memainkan file audio dan video dengan format seperti rmvb, rm, mkv, 3gp, 3gpp, flv dan lain² sangat digalakkan untuk download software ini. Ada juga masalah yang dihadapi iaitu keluar garisan bewarna hijau apabila play movie, software ini dapat menyelesaikannya.:)


K-Lite Mega Codec Pack is a collection of codecs, DirectShow filters and tools.
Codecs and DirectShow filters are needed for encoding and decoding (playing) audio and video formats.

The K-Lite Mega Codec Pack is designed as an user-friendly solution for playing all your movie files. With K-Lite Codec Pack you should be able to play all the popular audio and video formats and even some rare formats.



Download Link.

DOWNLOAD NOW




Tuesday, January 05, 2010

Rekod Bowling Akhirnya Dipecahkan

7 comments

Akhirnya..
Rekod lama dipecahkan juga..
Rekod yang berusia dalam 6 bulan yang dilakukan di Kuantan berjaya dipecahkan juga pada minggu lepas di BP Mall..



Rekod yang diperkatakan bukanlah rekod dunia,
bukanlah rekod negara mahupun rekod sukma..
tetapi rekod peribadi..:)

Sebelum ini aku pernah dapat sehingga 154 untuk satu game.
154 tu masa aku main dengan kawan-kawan aku kat Mega Lanes,Megamall, Kuantan
tetapi kali ini catatan melebihi nilai tersebut.
Hendak tahu nilainya.?
Jom tengok gambar yang aku ambil pada masa kejadian.:)




Amacam.?
ok tak game aku kali ini.
Kalau ikutkan dan juga faktor nasib dan kebetulan je kot.
Aku ni tidak la pandai sampai boleh buat bola spin (jeles lak aku tengok orang sebelah aku masa tu buat bola spin.)
Lagi pun aku ni kidal kalau bab melontar bola bowling.
tetapi menulis tangan kanan.
Pelik sikit aku ni.:)

Orang tua-tua kata tak baik berbangga.
Tapi kalau aku hendak bangga sikit boleh tak..:)


p/s:ada member aku main sampai 200+, ish konfirm tak berani aku.:)
p/p/s: Internet sekarang agak menyakitkan hati. Aku tidak boleh online selama 4 hari. Hari ini baru start boleh online setelah aku pergi buat aduan secara bersemuka dengan Pusat Teknologi Maklumat.

Saturday, January 02, 2010

Lebih banyak tutorial di blog baru.

Comments

Entri² di bawah adalah tutorial yang pernah ada di blog ini.
Anda boleh guna mana² tutorial yang ada.

Dan sekarang, tutorial telah diletakkan di dalam satu blog lain untuk lebih memudahkan.
Lebih banyak tutorial yang telah diletakkan dalam blog baru ini.
Tutorial adalah dalam bahasa melayu.

Anda boleh terus ke http://tutorialuntukblog.blogspot.com/ atau klik banner di bawah untuk lebih banyak tutorial.:)



Friday, January 01, 2010

Pilih Blog Untuk Display Dalam Profile.

13 comments

Berapakah bilangan blog yang anda ada.?
1,? 2,? 3,? 4 dan 5.. atau mungkin lebih daripada itu..
Adakah anda perlu pilih blog manakah yang anda ingin tunjukkan dalam profile anda.?
Atau anda membiarkan kesemua blog-blog yang anda ada tersenarai dalam profile anda walaupun ada blog yang anda tidak gunakan.?
pilih blog untuk ditunjukkan


Adalah biasanya bagi seorang blogger untuk mempunyai lebih dari satu blog. Biasanya blog tambahan yang tidak diperlukan adalah blog yang digunakan untuk testing kod atau lain-lain. Bagaimanakah untuk memastikan blog 'testing' anda ini tidak ditunjukkan dalam profile.? dan anda hanya mahu blog-blog tertentu sahaja yang dipamerkan dalam profile anda.? entri ini akan menjawabnya.:)


Sebelum itu, bagi blogger yang mempunyai lebih dari 1 blog, antara masalah yang selalu dihadapi adalah:

1. Disablekan profile untuk mengelakkan orang lain tahu blog-blog yang lain yang mereka ada. Mereka hendak berkongsi profile, tetapi disebabkan jika mereka enable, blog-blog mereka yang lain juga akan ditunjukkan, so tindakan adalah Disable Profile. Perkara ini akan menyukarkan blogger-blogger lain melawat mereka. Dan bagi yang menjadi follower aku pula, aku tidak dapat senaraikan mereka dalam list follower kerana profile tidak ditunjukkan.

2. Jika tunjukkan profile, blogger lain yang tengok profile menghadapi kesukaran untuk mengetahui blog mana yang aktif. Cuba bayangkan jika satu profile tapi tunjukkan 10 senarai blog. Kan susah blogger lain mencari mana satu blog anda yang sebetulnya.
Contohnya aku ada beberapa blog, tetapi dalam profile, hanya satu blog sahaja yang ditunjukkan iaitu blog unwanted86 ini.


Berikut adalah cara² untuk pilih blog untuk display dalam profile.


1.) Dashboard > Edit Profile

Pilih Blog Untuk Display Dalam Profile.



2.) Tick pada 'share my profile', kemudian klik pada 'select blogs to display'

Pilih Blog Untuk Display Dalam Profile.


3.)Kemudian akan keluar senarai blog yang anda anda. Tick pada yang anda mahu display pada profile anda.



4. Klik 'save settings'.. Selesai
Pilih Blog Untuk Display Dalam Profile.



5. Dan ini hasilnya. senang bukan..:)
Pilih Blog Untuk Display Dalam Profile.


Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted