Sunday, February 28, 2010

6 Tips Untuk Semarakkan Dunia Blogging

29 comments

Dunia maya merupakan salah satu lagi dunia ciptaan manusia. Dan terkandung dalam dunia maya adalah dunia blogging. Dunia blogging juga seperti dunia realiti, penuh dengan warna-warni. Bukan setakat template sahaja yang berwarna warni, sikap dan perlakuan pemilik dan pengunjung juga berwarna warni. Ada pelbagai ragam, ada pelbagai cara.

Lain padang lain belalang,
Lain orang lain ragam,
Lain blog lain pandangan..

Oleh kerana kepelbagaian dunia blogging ini, semestinya terdapat pelbagai perkara yang berlaku. Bagi sesetengah orang dunia blogging begitu membosankan, dan bagi sesetengah orang, dunia blogging begitu menyeronokkan..

Bagaimana untuk menjadikan dunia blogging ini sesuatu yang menyeronokkan.?
Jom baca beberapa tips yang aku pikirkan sesuai untuk menyemarakkan lagi dunia blogging ini.:)

1. Baca entri dan komen perkara yang sepatutnya
Semestinya bagi pengunjung sesebuah blog bertujuan untuk membaca entri yang terkandung dalam blog tersebut. Samada entri personal, ataupun lain², biasakan untuk komen entri dengan perkara yang sepatutnya.
Jangan pikir kalau kita terlibat sahaja baru hendak komen, kalau tidak terlibat pun boleh komen sama.

Contoh, jika ada seorang blogger membuat entri berkaitan dengan percutiannya ke Pulau Tioman,
kalau anda join sama mesti la banyak benda yang hendak dikomen bukan?, tetapi walaupun anda tidak join, apa salahnya kalau anda komen juga seperti 'wah! bestnya tempat ni, rasa macam hendak pergi pula.:)', ataupun 'aku pernah pergi tempat ni dulu, memang cantik pemandangan masa snokerling tu.'

Dan jangan komen perkara yang tidak sepatutnya seperti
"Anda mahu tengok gambar seksi Pamela Anderson.? Sila tengok di blog saya".
Kalau macam ni sudah lah tidak berkaitan dengan entri, dan kemungkinan kena delete dengan admin pun tinggi,..:)

2. Komen, walaupun tidak kenal pemilik blog.
Ini merupakan sedikit lanjutan dari point 1. Ada sesetengah orang yang hanya komen pada blog kawan-kawan. Kenapa tidak komen pada entri orang yang lain juga. Sambil² blog walking, apa kata selain dari tinggalkan link pada shoutbox, anda juga komen pada entri beliau barang sepatah dua.:). Lagipun, dengan komen pada entri orang yang anda tidak kenal, selain dapat menggembirakan pemilik blog, anda juga dapat menambah kenalan maya anda.:)

Dengan komen juga, seseorang dapat menilai anda, walaupun tidak sepenuhnya betul. Ini kerana gaya komen dan juga idea yang anda lontarkan juga boleh menggambarkan bagaimana personaliti seseorang itu. Cara ini lebih baik untuk anda dikenali berbanding anda meletakkan gambar seksi anda diblog dengan tujuan orang teruja kepada anda.:)


3. Jangan terlalu silent reader.
Menjadi silent reader tidak salah sebenarnya. Tetapi jangan terlalu silent reader. Maksud disini, contoh jika anda suka melawat 100 blog, takkan kesemuanya anda hendak menjadi silent reader bukan.? Boleh dikatakan setiap blog ada silent reader samada yang betul² silent dan ambil kisah dan pengetahuan, ataupun silent reader yang berbentuk musuh yang ingin memerhati gerak geri lawannya.

Dan juga ada ketikanya silent reader ini mempunyai pandangan/pendapat yang bernas tentang sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh seseorang blogger, tetapi oleh kerana statusnya adalah silent reader, pandangan itu tidak diketahui oleh blogger/pengunjung lain, walhal mungkin pandangan itu sangat bermakna.

4. Jangan terlalu beremosi apabila membuat entri.
Jangan terlalu beremosi ini suka aku merujuk kepada blogger perempuan kerana aku tengok selalu blogger perempuan ini beremosi sehingga mewujudkan pergaduhan dalam dunia maya. Orang lain hendak menyemarakkan dunia blogging ini secara positif, bukannnya cara negatif.

Perempuan memang tidak boleh lari dari dikuasai oleh emosi dan kecenderungan mereka untuk bercerita kepada kawan-kawan ataupun menaip dalam blog apa yang mereka rasa. Tetapi apa salahnya kalau menaip entri yang beremosi tetapi jangan sebut siapa yang anda benci dan jangan la pula letak gambar 'musuh'. Kerana keadaannya akan berbalik semula.:)
Dan jika emosi anda sudah reda, apa kata kalau delete entri yang 'terlalu beremosi' itu..:)


5. Bina rangkaian blogger, berkawan dalam dunia maya
Point no-5 ini adalah sebaliknya bagi point no-4. Semestinya untuk menyemarakkan sesuatu perkara perkara yang penting adalah perhubungan tidak kira la anda berinteraksi dalam dunia nyata atau dunia maya. Malahan dunia maya ini anda boleh berkawan walaupun anda tidak pernah berjumpa dengan orang tersebut. Banyak perkara yang boleh tolong menolong antara blogger-bloger lain.

Tidak semestinya anda kena berkawan dengan semua blogger yang ada di Malaysia ini, tetapi cukuplah setakat mana yang anda rasa anda mampu berkawan. Dan pada masa yang sama jangan diabaikan kawan yang berada dalam dunia yang nyata.:)

6. Kalau hendak tegur, biarlah berhemah.
Semestinya tidak semua perkara anda suka atau anda setuju. Mungkin pada anda perkara itu tidak betul, tetapi bagi sebelah pihak lain betul. Jadi apabila berlaku percanggahan, komen atau tegur dengan cara berhemah..

Contoh, jika ada sesebuah entri yang dilihat mengutuk blogger,
antara komen/teguran yang sepatutnya adalah
Cara paling sopan : awak, saya rasa awak tak patut buat entri macam tu sebab ...bla..blaa.bla..
Cara biasa : eh, ko jangan la kata macam tu pula., sebenarnya blogger ini..bla..bla..bla..
Cara tidak bagus : woi syaitan, ko ni bodoh ke apa kutuk blogger lain..perangai macam sial..bla..bla..

Kalau anda perhatikan, walaupun ketiga-tiga komen/teguran ini membawa kepada satu maksud iaitu tidak bersetuju, tetapi keadaan berbeza untuk komen pertama, kedua dan ketiga.
Komen pertama dan kedua boleh membawa kepada pebincangan dan perdebatan yang sihat, tetapi komen jenis ketiga hanya akan menambahkan lagi kekeruhan yang ada.

--------------------------------


Menjadi seorang blogger kadang kala bukanlah semudah yang disangka.
Juga ada rintangan dan cabaran walaupun bukan dihadapi secara berdepan.
Tetapi penting untuk mewujudkan satu ruang yang selesa untuk semua orang.
Dengan wujudnya keadaan yang selesa/positif, dunia blogging akan terus berkembang dengan keadaan yang positif,
Dan dengan mengelakkan perkara-perkara negatif, semua orang dapat menyemarakkan dunia blogging ke arah yang lebih baik.

Siapa yang menentukan hala tuju yang baik untuk dunia blogging.?
KITA SEMUA..

Happy Blogging.:)


Football : Best Wakeup Ever : Liverpool vs Ac Milan, 2005

4 comments

Kalau di tanya, apakah perlawanan akhir paling best yang pernah aku tengok untuk sukan bola sepak, dengan selambanya aku akan menjawab perlawanan akhir antara Liverpool dan AC Milan pada UEFA Champions League yang berlangsung pada tahun 2005.
Walaupun aku bukanlah peminat Liverpool ataupun AC Milan, tetapi apa yang aku rasakan best ialah apa yang telah berlaku semasa perlawanan tersebut.


Dan memandangkan sekarang ini pun musim bola kan, jadi apa salahnya kalau tonton seketika video bola.:). Dan berkebetulan aku telah tengok video tersebut dalam youtube, suka untuk aku berkongsi kepada sesiapa yang hendak tengok lagi.Lama sudah rasanya aku tengok perlawanan ini, tetapi terasa lagi apa yang boleh dikatakan antara keajaiban dalam dunia bola sepak.

Dan aku pun agak pasti, sesiapa yang pernah tengok perlawanan ini dahulu, tidak akan melupakan saat kebangkitan Liverpool pada separuh masa kedua setelah ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Habis separuh masa pertama rasanya hampir semua orang menjangkakan Liverpool akan kalah, sehinggalah keajaiban bermula pada separuh masa kedua.

Ini video terbaik yang aku jumpa dar youtube.
Walaupun sampai 10minit, tapi memang best layan sampai habis.:)


Kalau terasa hendak download, sila klik bawah.:)

DOWNLOAD NOW

Erm, korang hendak tahu ke pasukan fav aku.?
Manchester United, Barcelona dan Real Madrid (Tak pe pilih banyak kan, aku nak yang kuat-kuat semua.ha3).


Saturday, February 27, 2010

SRS Audio Sandbox + Patch

7 comments

Anda rasa system audio pc anda sudah cukup power.?
Mungkin anda perlu berpikir dua kali apabila diberitahu tentang software SRS Audio Sandbox ini..:)


Berikut sedikit penerangan tentang software ini.

SRS Audio Sandbox is a useful and reliable audio enhancement software for your PC.

SRS Audio Sandbox features: sleek interface design with energized light pulses, surround sound-even from 2 speakers, using SRS Labs audio enhancement technology.

Enjoy deep & rich bass-even from smaller speakers.

Choose from many cool presets for all your music, videos, and games. The program includes custom settings for 2 or more speakers, or headphones and compact mini mode setting to give you more desktop space.




Rasanya tidak perlu tunggu lama-lama untuk download software ini.:)

DOWNLOAD NOW


Sedikit penerangan :
Apabila anda sudah install , pada bahagian speaker, pilih 5.1 surround untuk audio system yang terbaik.(anda jug aboleh kalau hendak mencuba yang lain-lain.:)


Friday, February 26, 2010

Tips Blogging : 9 Perkara Untuk Buat Blog Load Lebih Cepat

11 comments

Mempunyai blog yang dapat dibuka dengan pantas merupakan antara perkara yang dikehendaki oleh pemilik blog dan juga semestinya kepada pengunjung blog tersebut. Masa untuk load sesebuah blog juga dapat membawa petanda pertama kepada pandangan pengunjung kepada sesebuah blog.

Pengunjung akan berasa 'puas hati' apabila sesebuah blog dapat dibuka dengan cepat berbanding dengan blog yang memakan masa yang terlalu lama untuk dibuka. Dan tidak hairan jika ada pengunjung yang meninggalkan sesebuah blog disebabkan blog tersebut lambat load entri yang ada.
Cara Untuk Buat Blog buka dengan Lebih Cepat


Oleh itu, pemilik blog seharusnya tahu apakah perkara-perkara yang memungkinkan untuk blog miliknya lambat dibuka. Dan disini dinyatakan beberapa pandangan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu bagi sesebuah blog untuk memastikan masa untuk load sesebuah blog dapat dipercepatkan.


1. Jangan letak terlalu banyak gadget.
Adalah biasa untuk blogger pada permulaan terasa ingin 'memenuhkan' ruang yang ada dalam blog sendiri. Dan terlalu banyak pilihan gadget yang boleh diletakkan dalam blog terutamanya yang sudah tersedia dalam 'add a gadget'. Tetapi mempunyai terlalu banyak gadget akan memakan masa untuk loading sesebuah blog. Pastikan hanya gadget yang perlu dan berkepentingan sahaja diletakkan.


2. Ketahui aksesori tambahan mana yang penting ataulambat loading
Aksesori tambahan ini merujuk kepada tambahan gadget yang tidak tersenarai dalam blogger. Biasanya untuk aksesori tambahan ini melibatkan penggunaan kod html/javascript. Contoh aksesori tambahan ini seperti player lagu, shoutbox, feedjit dan banyak lagi untuk disenaraikan. Dan juga seperti gadjet, pastikan hanya yang penting sahaja diletakkan. Dan juga kenalpasti aksesori manakah yang memakan masa untuk load.

3. Header pastikan sesuai ( Saiz atau dimensi )
Header memainkan watak penting dalam sesebuah blog. Boleh dikatakan header merupakan pengenalan pertama kepada sesebuah blog. Walaupun begitu, penting untuk pastikan header yang digunakan dapat load dengan cepat, kebiasaannya bergantung kepada saiz gambar dan juga pixel header tersebut.

4. Jangan terlalu banyak gambar pada side bar.
Terlalu banyak gambar pada sidebar juga menggangu masa untuk loading sesebuah blog. Biasanya untuk mempunyai 1-5 gambar pada sidebar boleh lagi dianggap normal. Tetapi jika lebih dari itu dibimbangi akan mengambil masa yang lama. Jika gambar yang diletakkan pada sidebar mempunyai link kepada website lain, biasakan untuk membuat link perkataan berbanding gambar, kecuali gambar penting yang dapat menarik perhatian pengunjung.

5. Background jangan terlalu besar.
Bagi sesetengah blog, akan mempunyai tersendiri.Elakkan untuk menggunakan background yang bersaiz dan berdimensi terlalu besar.Selain itu juga boleh menggunakan background yang berbentuk pattern, Contoh: tahukah anda bahawa blog tutorial ini hanya menggunakan background yang berdimensi 1x199 pixel dan hanya bersaiz 502bytes.. Klik sini untuk tengok contoh background ini.

6. Entri jangan terlalu banyak gambar.
Ini merupakan antara masalah utama kenapa sesebuah blog lambat loading.
Apabila sesebuah blog dibuka, keseluruhan blog akan sempurna dibuka apabila keseluruhan entri dapat dibuka sepenuhnya untuk bacaan pengunjung. Cuma bayangkan sebuah entri mempunyai 3 keping gambar berbanding entri yang mempunyai 20 keping gambar. Sudah tentu entri dengan gambar yang sedikit akan dibuka dengan lebih cepat.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah keadaan, bilangan gambar ini dikecualikan, terutamanya entri yang melibatkan pemahaman berkaitan gambar, senarai gambar (contoh top 20 amazing picture) dan jika web/blog tersebut memang berkaitan gambar seperti blog gosip artis.

7. Entri jangan mempunyai gambar yang terlalu besar (Size atau dimensi).
Ada sesetengah blogger yang menggunakan link dari gambar lain untuk dimasukkan ke dalam blognya. Pastikan gambar yang dimasukkan tersebut tidak bersaiz besar.
Contohnya anda mengambil link gambar dari blog lain yang bersaiz 1000x200 pixel, kemudian anda kecikkan menggunakan command width="300", ianya tetap akan mengambil masa yang lama untuk gambar tersebut berbanding anda menggunakan gambar dengan saiz asal 300px.

8. Utamakan gambar berformat jpeg/jpg berbanding format lain.
Jenis-jenis gambar yang biasa dilihat adalah jpeg/jpg, gif, png dan bmp. Untuk gambar biasa, biasakan untuk save hasil kerja dan upload ke blog dalam format jpeg/jpg.
Jika melibatkan animasi atau transparent, brulah guna format png/gif.
Ini kerana, format jpg/jpeg memberi saiz gambar yang lebih kecil berbanding format png/gif dan seterusnya dapat menjimatkan masa untuk loading gambar.

9. Jangan terlalu banyak post pada muka depan.
Apabila berada di muka depan, sesebuah blog akan load mengikut bilangan post yang ditetapkan oleh pemilik blog. Bilangan post pada muka depan yang sesuai adalah antara 2 hingga 6 entri. Tidak perlu untuk meletakkan sampai 30 entri. Semakin banyak entri pada muka depan, semakin lama msa untuk sesebuah blog dibuka sepenuhnya.

Salah satu cara yang paling sesuai untuk menunjukkan entri terbaru adalah dengan menggunakan gadget 'recent post'.


-----------------------

Itu merupakan antara beberapa cara yang perlu dilakukan untuk memastikan sesebuah blog dapat load dengan lebih cepat. Walaupun terdapat lagi beberapa perkara lain yang berkaitan, tips yang dinyatakan di atas bolehlah dikatakan sebagai ideal untuk diikuti.

Dan jika diperhatikan, separuh daripada point yang dinyatakan melibatkan penggunaan gambar dalam sesebuah blog. Oleh itu, penting untuk diambil berat perkara yang melibatkan gambar seperti saiz gambar, bilangan gambar dan format gambar.

Dengan mengaplikasi beberapa tips ini, kemungkinan jika tiada masalah yang berkaitan, sesebuah blog akan dapat load dengan lebih pantas berbanding biasa..:)
Cara Untuk Buat Blog buka dengan Lebih Cepat



Tuesday, February 23, 2010

Hikayat Sang Kancil

12 comments

Tahun berapakah anda lahir.?
Mungkin itu pertanyaan yang sepatutnya ditanya untuk entri ini.
Ini kerana, kalau anda lahir dalam lingkungan 1980 hingga 1990 (atau kebawah) anda mungkin mengerti dan akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda dahulu.



Hikayat sang kancil antara kisah teladan pendek yang di pertontonkan di televisyen Malaysia (RTM) hingga lewat 1990. Jadi sesiapa yang lahir selepas tahun 1990 mungkin kurang mengerti video ini.:). Bagi yang berkesempatan dengan video² ini, semestinya ia akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak.:). Dan bagi yang 'muda', apa kata kalau korang tengok juga apa yang kami tengok semasa zaman kanak-kanak dahulu.:)


Sang kancil, kerbau dan buaya
FAV : (0:13) Kerbau : "Aku telah tolong kau bukan... toloooongggg.."


Sang kancil dan buaya

(2:30) Buaya :" kau kancil, nasib baik aku tidak meninggal, hilang semangat aku"
(3:24) Buaya : Buaya-buaya sekalian, berkumpul"
(4:50) Buaya : "jadi, tak de la makan."


Sang kancil dan monyet
(2:44) Monyet: " Aku nak itu..aku nak itu."
Kancil : "tak boleh monyet, kita tak boleh makan buat tu."
Monyet : "Aku tak peduli, aku tak peduli. aku nak juga"
Kancil : "jangan monyet.. jangan.."


---------------------

Teringat aku kisah masa kanak-kanak dahulu.:)



Monday, February 22, 2010

Akhirnya... Blog Tutorial Dipublishkan Untuk Tatapan Umum.:)

7 comments

Dengan terbitnya entri ini, maka dengan rasminya blog tutorialyang tidak seberapa lengkap lagi.:) dilancarkan.:)

Dan url untuk blog tutorial ini adalah.
http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

Dan banner rasmi untuk blog tutorial ini (setakat ini) adalah seperti gambar di bawah.


Sedikit penerangan tentang blog tutorial ini.
  • Blog ini bukanlah siap sepenuhnya lagi, tetapi sudah ada beberapa tutorial yang diletakkan yang sesuai untuk diikuti oleh beginner
  • Template asal menggunakan template unwanted86.blogspot.com, cuma beberapa ubahan dilakukan terutamanya pada background, untuk membezakan sedikit dengan blog unwanted ini.
  • Kalau tema untuk blog unwanted adalah biru, warna tema untuk blog tutorial ini adalah jingga
  • Masih lagi dalam perancangan untuk beberapa gadjet yang perlu diletakkan dalam blog tutorial ini.
  • Banyak lagi tutorial dalam perancangan, tetapi perlukan sedikit masa untuk dilakukan.
  • Akan mewujudkan ruangan request untuk tutorial dalam masa terdekat.

Apa kata kalau anda p melawat sekejap tengok mana-mana tutorial yang dirasakan tertinggal dan kalau-kalau ada cadangan penambahbaikan...:)


Sunday, February 21, 2010

Blog Tutorial Akan Dilepaskan, Bersediakah Anda.?

8 comments

Wah².. Tajuk kali ini hendak gempak je.:)

Masihkan anda ingat lagi bahawa dahulu aku pernah buat entri berkaitan rancangan aku untuk membuat sebuah lagi blog iaitu blog tutorial.? Blog tutorial yang akan aku cuba ajar bermula dari asas bagaimana hendak daftar blog, uplaod gambar, taip entri dan apa-apa lagi yang bermula dari bawah.

Dan sehingga entri ini ditaip, aku sudah buat beberapa tutorial asas disamping tambahan tutorial yang sedia ada dalam blog unwanted86 ini. Secara keseluruhan, blog ini masih belum siap sepenuhnya lagi, tetapi cuma pada bahagian asas tutorial yang baru disiapkan. So, kepada blogger-blogger yang sudah mencapai tahap sedikit advance tu harap dapat bersabar la ye.:)

Banner.?
Mungkin ada yang perasan, dan mungkin juga ada yang tidak perasan kot tentang banner blog tutorial ini. Jadi aku letakkan untuk tatapan umum(walaupun mmg sudah ada pun.:).


So harap korang boleh komen la sikit ok atau tidak banner yang aku buat ni.
Aku bukan pandai sangat, buat pun guna powerpoint 2007 je. Adobe photoshop tak pandai aku.ha3.

Bilakah url blog ini akan dipamerkan untuk tatapan umum.?
Aku rancang untuk publishkan url blog tutorial ini pada hari Isnin, 22 Februari 2010 jam 7.00 AM..:)

Jadi..
Bersediakah anda.???..

erm.. sebenarnya aku rasa tajuk entri salah la pula.
patut tajuk entri yang betul adalah:

Bersediakah aku..?..:)


Photo Of The Month : February 2010

2 comments


Saltwater Crocodile
PHOTO OF THE MONTH by Yeang Chng

Pertama kali aku tengok photo of the month ini, tergambar kebuasan dan keganasan buaya air masin ini. Melihatkan kepada giginya, sudah cukup menggerunkan.

Dan pada masa yang sama aku sudah terbayang kisah yang baru berlaku di negara kita beberapa ketika sebelum ini. Kisah apa.?

Ala kisah di Port Dickson sebelum ini di mana seorang pengunjungnya telah digigit oleh sesuatu semasa berenang di pantai.

Dan berkebetulan dengan cerita ini, apa kata kalau korang baca dari 2 sumber yang berbeza untuk membuka sedikit minda korang. ( Aku tidak letak kat sini sebab takut panjang pula entri ni nanti.:)



Adakah photo of the month ini di ambil dari Port Dickson.?.:)



Thursday, February 18, 2010

Tips Hilangkan Kebosanan Ketika Berada Di Dalam Lif

13 comments

Bagi sesiapa yang berkerja di bangunan yang bertingkat-tingkat lif semestinya sudah tidak asing lagi baginya. Dan bagi orang yang tidak bekerja di bangunan yang tinggi pun, mereka juga biasa menggunakan lif terutamanya apabila pergi bershoping di mana-mana mall.


Dan perlakuan biasa bagi sesiapa yang menggunakan lift adalah masuk, diam, pandang kiri, pandang kanan, pandangan atas, pandang bawah, keluar.. Tidak berkata apa-apa. Membosankan bukan.?

So kali ini aku ada tips yang baik punya untuk menghilangkan rasa bosan korang dan juga orang lain semasa berada dalam lif. Tidaklah hanya berdiri dan diam sahaja.:)



1. Ketika hanya berdua dengan orang yang tidak dikenali, cuit bahunya kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain kemudian tanya "nape.? ada orang cuit bahu ke.?"

2.Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam!, semua diam! kenapa korang bising sangat ni!" (walaupun orang lain memang sudah diam pun.:)

3. Kalau ada baca camera atau hp berkamera, ambil gambar semua orang yang ada dalam lif tersebut kemudian kata "saya ajen FBI, hendak cari suspek rompakan"

4.Kalau anda membawa bungkusan, letakkan di sudut lif kemudian jika ada yang baru masuk anda tanya adakah mereka mendengar bunyi tik..tik..tik.. kalau dorang jawab ya atau tidak pun korabng bagitahu "aku rasa dalam lif ni ada bom la".

5.Ketika pintu hendak tutup, beri pengumuman kepada semua orang. " Bertenang,jangan panik, nanti pasti akan terbuka lagi"

6.Kalau anda membawa beg tangan, sambil melihat ke dalam beg tangan anda kemudian tanyalah, "ada siapa di sana.? Keluarlah orang sudah tidak ramai ni"

7.Dekapkan telinga anda kepada dinding lif seolah-olah mendengar sesuatu didalam dinding lif dan berkata, "eh, ada tikus la dalam dinding lif ni"

8.Ketika orang tengah ramai bersesak-sesak dalam lif, anda berkata "alamak, terkentut la pulak."

9. Ketika semua orang tengah tenang, anda nyanyikan bahagian corus lagu kesukaan anda. Kalau boleh lagu rock sikit. Kasi gegar satu lif..:)

10. Anda ambil kapur atau marker, kemudian buat garisan disekeliling anda dan bagitahu " ini adalah wilayah SAYA"..

----------------

Amacam.?
ok tak tips² yang aku bagi ni..
Sesiapa yang sudah buat sila inform ye.:)

Kalau ada sesiapa yang hendak tambah tips di atas,sila bagitahu.:)

Erm, korang pernah baca belum 20 Cara untuk jadikan roomate anda gila.?..:)


Wednesday, February 17, 2010

Anggapan Salah Diawal Berblogging

12 comments

Mempunyai blog sendiri merupakan antara perkara yang semakin menarik perhatian rakyat Malaysia pada masa kini. Walaupun agak ketinggalan berbanding facebook, tetapi blog juga ada peminatnya sendiri.

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah mempunyai permulaannya. Begitu jua dengan berblogging. Dan disebabkan faktor-faktor yang pelbagai, seseorang blogger akan terdedah kepada beberapa anggapan pada permulaannya memasuki dunia blogging bergantung kepada tujuannya.

Berikut beberapa perkara yang aku senaraikan yang mana aku rasa itu juga yang aku pikirkan (walaupun bukan semua) di awal pembabitan aku dengan dunia blogging ini.


1. Senang buat duit.(bagi yang buat blog sebab duit la.:)
Kebanyakan orang akan tertarik dengan DUIT. Dan perkara yang selalu dihebahkan adalah senang buat duit dengan blog. Adakah ianya benar.? Jawapannya lebih kepada tidak benar.

Kenapa aku berkata demikian.?
Tidak semudah yang disangka untuk membuat duit dari blog. Ianya bukanlah anda daftar blog, letak nuffnang/adverlets/adsense dan terus dapat duit. Ianya memerlukan kesabaran dan kecekalan disamping faktor² lain. Bagi yang mempunyai sahabat terdekat yang pandai menjana pendapatan sehingga ratusan atau ribuan ringgit sebulan, berapa orang sangat yang mengetahuinya.?
Dan juga anda perlu membayar untuk mendapatkan ilmu² untuk memperoleh pendapatan yang tinggi. Kerana semuanya adalah bisnes..
Tetapi perlu diketahui, memang boleh buat duit dari blog, yang penting usaha kena lebih.:)


2. Buat blog terus ada orang masuk
Anda daftar sebuah blog, menaip dalam 2/3 entri. Kemudian adakah terus beranggapan akan ada orang terus masuk ke dalam blog anda samada terjumpa secara tidak sengaja di google.?.

Tiada jalan mudah untuk orang lain terus masuk ke blog anda melainkan anda memerlukan usaha untuk melakukannya. Antara usaha-usaha adalah promot seperti membuat blogwalking, komen di shout box, komen pada entri, join kawan² yang lain, tingkatkan SEO(ini advance sikit) dan juga lain².

Kerana aku percaya kita semua bukanlah seorang artis atau pemimpin yang disegani dimana kalau orang seperti ini daftar blog, ramai je hendak join.
Tetapi kita bukan mereka, so kita kena bermula dari bawah.:)

3.Ada blog, ramai hendak follow/baca.
Follow ini terbahagi kepada banyak bahagian samada mengikuti secara tetap dan komen, mengikuti secara tetap dan tidak komen(silent reader) atau menjadi seorang follower dengan menekan button follow this blog(bagi sesiapa yang meletakkan gadget ini).

Biasanya salah anggap untuk bab ini adalah, apabila kita taip entri ramai je yang hendak baca apa yang kita taip itu. Bagaimana ramai orang hendak baca sedangkan faktor ke 2 belum lepas lagi.?. Jadi caranya seperti yang dibagitahu dalam faktor 2.:). selepas anda melepasi tahap faktor 2, apa yang perlu ada buat adalah hasilkan entri yang berkualiti.:)

4.Taip entri, mesti ramai yang hendak komen.
Bagi seseorang blogger, sebuah komen adalah sangat berharga baginya. Kalau di awal pembabitan dalam dunia blogging, kalau ada komen untuk sebuah entri, gembira tidak terkata.:).Ini menunjukkan di awal pembabitan blogging, bukanlah senang untuk menerima komen untuk sesebuah entri. Kalau awal² taip 5 entri entah² baru ada seorang dua yang komen.:)

Entri bagaimana yang orang berminat untuk komen.?
Biasanya entri yang berkaitan hal lelaki perempuan, hal semasa, entri yang ada sedikit provok dan juga entri yang memainkan perasaan.(aku kurang pandai bab ni.ha3)

5.Letak banyak gadget baru cool.
Ini juga aku alami ketika di awal pembabitan dengan blog. Kalau boleh hendak letak semua gadget yang ada dalam 'add a gadget'.:) Terasa macam cool bila ada banyak gadget. Tetapi dengan peningkatan masa aku berblogging, barulah tahu gadget yang terlalu banyak tidak diperlukan dalam blog. Tetapi penting untuk mengetahui kesesuaian gadget untuk blog yang dipilih.

UPDATE(thanx to sendra)

6. Taip entri, rasa macam dia je yang betul.
Memanglah bagi sesetengah orang suka untuk melahirkan pendapat dalam blog. Begitu juga dengan aku. Tetapi jangan anggap semua yang ditaip itu dipersetujui oleh semua orang. setiap orang mempunyai cara pemikiran yang berbeza.

Walaupun begitu, tidak salah untuk berbeza pendapat, tetapi jika berbeza janganlah sampai kutuk mengutuk dan memaki hamun. Belajar untuk menghormati pendapat orang lain walaupun kita tidak menerimanya.


---------------------------

Itulah yang aku mampu pikirkan dengan beberapa anggapan salah di awal berblogging.
Walaupun anggapan ini bukanlah salah sepenuhnya, tetapi aku lihat ramai orang mempunyai trend yang sebegitu di awal berblogging.

Disebabkan itulah bagus untuk kita belajar dari orang yang lebih berpengalaman.
Bukanlah hendak kata aku ini penuh dengan pengalaman, ramai lagi yang power² dan aku juga banyak belajar dari mereka² semua.
Kita semua adalah dalam proses pembelajaran dan itulah yang sedikit sebanyak mematangkan kita terutamnya dalam dunia blogging ini..:)

Jadi, apa yang perlu kita lakukan.
USAHA yang berterusan..:)

p/s:sesiapa yang rasa aku ada tertinggal point utk entri ini sila bagitahu ye.:)


Tuesday, February 16, 2010

Opera 10.50 Beta : The fastest browser on earth

10 comments

Adakah anda rasakan firefox dan google chrome yang anda gunakan masih belum cukup laju.?
Masih lagi mengeluh page lambat loading.?
Kalau ya..kini ada penyelesaiannya, Opera 10.50 beta.

Opera 10.50 beta telah diuji mendahului firefox dan google chrome buat masa sekarang.
Kalau dahulu chrome boleh berbangga kerana mendahului firefox, kini opera boleh berbangga kerana telah mendahului firefox dan chrome.
Internet explorer.? Oh, tolong jangan sebut lagi browser tu dalam dunia maya ni.:)



Sebelum ini aku pernah membuat entri perbandingan antara firefox-chrome-opera-safari-IE, dan dengan ujian dan keputusan yang ada, opera tidaklah seberapa..
Tetapi untuk opera 10.50 beta ini, ujian menunjukkan keputusan yang berbeza berbanding sebelum ini.:)

Sebelum anda download, apa kata tengok dahulu keputusan ujian yang dilakukan.:)





Daripada 5 ujian yang dilakukan, 4 dimenangi oleh opera dan 1 chrome ( Cuba tengok betapa lembabnya internet explorer)

Dan secara keseluruhannya, jika diambil peratusan antara opera dan chrome(yang paling laju sebelum ini), opera mendahului chrome dengan 29%..

Aku sudah mencuba opera 10.50beta ini, memang sangat memuaskan untuk surf internet. Biasa aku guna untuk baca laman web atau blog. Kalau update blog dan lain² yang ada maklumat login aku masih lagi guna firefox dan chrome..(malas hendak export-import bookmark.:)

Berikut adalah link download opera 10.50 beta.

DOWNLOAD NOW


p/s: rugi siapa tak cuba guna opera ni.:)
p/p/s:aku lebih suka firefox sikit sebab ada addons yang pelbagai.:)

Lain² maklumat berkaitan perbandingan dan kelebihan browser ini boleh dibaca di http://www.taranfx.com/opera-10-5-beta. Dan juga boleh terus ke web opera, http://www.opera.com/browser/next/

Sunday, February 14, 2010

Valentine Day : Siapa Yang Untung.?

16 comments

14 February setiap tahun..
rasanya kebanyakan orang sudah tahu hari apakah ini..
Kalau tahun 2010 ini, mungkin boleh katakan tahun baru cina,
tetapi secara umumnya orang ramai sedia maklum bahawa 14 februari setiap tahun adalah Valentine Day.

Kalau hendak bercerita tentang asal usul, kenapa tidak perlu sambut, jangan sambut valentine day dan lain², rasanya perkara itu sudah banyak ada di internet.
Tetapi untuk kali ini, masih lagi berkaitan dengan valentine day, tetapi topiknya : Valentina day : Siapa yang untung.?
Jom kita tengok senarai golongan yang membuat keuntungan menjelang, semasa dan selepas Valentine Day dikala muda mudi kita mendapat 'kerugian'.

1. Tauke Kondom :
Menjelang valentine day, ramailah muda mudi yang berikrar untuk sehidup semati dan berjanjilah untuk sehidup semati. Cara untuk membuktikan kesetiaan.? lakukan hubungan seks. Dan ada sesetengah orang tahu untuk keselamatan mereka semasa melakukan hubungan seks. Kondomlah jawapannya. Dan menjelang valentine day, tersenyum lebar tauke kondom dengan jualan yang meningkat.

2.Tauke bajet hotel :
Kita tahu tidak semua orang berkemampuan. Lagi-lagi anak muda yang tidak bekerja/gaji kecil tetapi masih lagi mencari² tempat untuk menunjukkan kasih sayang mereka. hotel bajek adalah pilihan mereka. Bagi tauke hotel bajek yang pentingkan keuntungan, mereka kisah apa anak muda rosak, yang penting duit masuk.

3.Tauke kek, kad ucapan, coklat dan bunga.:
Kalau sekali sekala hendakbagi hadiah dan kek atau pape, tidak salah. Kalau hari jadi ke, sambutan ulangtahun perkahwinan ke, ok la juga. Ini sempena valentine day yang pape entah.
Lagi² bunga asli yang mencecah ratusan ringgit malahan ribuan..

4.Tauke Prepaid:
Kalau diikutkan, tauke prepaid ni setiap masa untung. Dan bertambah untunglah apabila menjelang valentine day. Bagi pasangan kekasih yang mencapai tahap kemaruk, mungkin kalau setakat RM50 sekali buat panggilan masih boleh diterima oleh mereka kot.:)

5.Tauke kereta sewa:
Tauke kereta sewa juga akan gembira semasa valentine day. Kalau dia ada 50 buah kereta sewa, rasanya habis kot menjelang valentine day. 'helo bang, kereta sewa ada tak untuk valentine esok.?'.. 'erm. sory la dik, kereta sewa sudah habis ditempah dari minggu lepas lagi'.

6.Tauke panggung wayang.
Setiap hujung minggu mungkin adalah perkara biasa untuk panggung wayang penuh. Tetapi kalau valentine day, tiket kena beli seawal mungkin kot. Buka je panggung, kalau boleh beli terus. Kalau tak, sekejap je habis tiket wayang tu.

7. Tauke restoren, cafe dan pape tempat makan label A.
Apabila valentine day, takkan hendak makan depan warung tepi parit kan. Walaupun sebelum ni ok je makan kat warung, tetapi valentine day kena la tempat yang best sikit.:). Sasaran biasanya tempat makan berlabel A dari jabatan kesihatan seperti restoran, cafe, KFC, McD, Pizza, dan lain². Tauke² tersenyum disebalik dapur.:)

8.Tauke klinik pengguguran (haram):
Untuk point ke-8 ini, keuntungan yang dibawa adalah untuk jangka masa panjang selepas valentine day. iaitu dalam 9bulan 10 hari 1 hingga 3 bulan dari valentine day.
(trima kasih kpd Tyra kerana bagitahu apa yang aku salah ni.:)

Sebelum ini, aku ada buat satu entri yang bertajuk, buang bayi-musimnya sudah bermula. Dimana musim² ini dapat diagak dari bila benih² itu ditanam antaranya, new year, valentine day dan juga merdeka.

Dan dalam 1 hingga 3 bulan selepas valentine day, tauke klinik pengguguran akan menerima pengunjung untuk mendapatkan khidmatnya.


BONUS POINT
9. LELAKI DURJANA
Untuk point ke-9, keadaannya berbeza dengan mana-mana point di atas. Point di atas, lebih merujuk kepada bos atau tauke. Tetapi untuk point ke-9 ini, ianya tidak mengira golongan. Samada bos, orang suruhan, pelajar, mat rempit, orang gaji, orang tidak bekerja dan siapa sahaja. Asalkan mereka adalah dari golongan lelaki durjana..

Keuntungan yang diperolehi oleh lelaki-lelaki durjana ini bukanlah dari segi wang ringgit. Tetapi apa yang mereka dapat dari seorang perempuan yang nilainya jauh lebih tinggi daripada keuntungan yang diperolehi oleh tauke-tauke untuk point-point di atas.

---------------------

Setakat itu dahulu untuk entri valentine day ini. Jika anda ada point² yang aku tertinggal, apa kata bagitahu untuk aku boleh update nanti..

Dan untuk entri ini, rasanya semua orang boleh berpikir betapa valentine day ini merosakkan anak muda dan betapa ruginya mereka² yang terjebak dengan semua ini..

---------------------

Idea untuk menaip entri ini asalnya datang dari http://myjazmanie.com bagi entri 10 Mereka-Mereka Yang Dapat Untung Di Sambutan Valentine Day. Aku ambil beberapa point yang ada kemudian aku olahkan menggunakan kata-kata aku sendiri.


Meh Sini Baca, Aku Ada Kisah Kurang Sedih Sempena Cuti..

8 comments

Rasa semua orang tengah bergembira kerana sekarang adalah waktu cuti bersempena dengan chinese new year. Kalau orang cina memang la teramat gembira kerana menyambut perayaan mereka. Berdentum sana sini bunyi mercun. Dan bagi bangsa-bangsa lain pun juga bergembira kerana dapat cuti bersama-sama disamping membeli belah ketika harga barang tengah murah.



Bagi pelajar ipt, juga ada yang gembira dan bersedih.
Gembira kerana dapat balik cuti, bertemu keluarga, bertemu kawan² dan lain².
bersedih.?
Ish.. ini yang aku hendak bagitahu ni..
Bukan bersedih sebab tak boleh jawap exam atau apa..
Tetapi bersedih kerana tidak dapat balik kampung bukan atas kerelaan sendiri.

Begini kisahnya..

Bersempena dengan cuti ni, memang orang ramai sudah siap² dari awal lagi berkemas untuk pulang ke kampung. ada yang menaiki kenderaan awam dan juga menaiki kenderaan sendiri. So, aku seperti lepas² lebih suka untuk naik kenderaan sendiri. Dan memang biasa untuk aku pulang ke kampung dengan naik motosikal sahaja.

Dan perancangan berjalan seprti biasalah. Aku tengok ada kawan² aku yang dah balik awal. ada yang sabah sarawak yang tidak pulang. Dan aku pula merancang untuk pulang pada hari ini ketika sambutan tahun baru cina.

Tetapi aku masih lagi berada di depan komputer, menaip blog, dan memikirkan apa yang telah berlaku sehingga aku tidak dapat balik kampung.:)

Petang semalam aku sudah menyiapkan motosikal aku dengan menukar minyak hitam, tukar brek, tukar tayar untuk memastikan perjalanan lancar. Kemudian apabila sampai malam, ketika aku tengah makan malam, baru teringat untuk tengok lesen dan juga roadtax aku.. tengok roadtax. 14April 2010. OK. Tengok lesen. Perrgh. Tarikh tamat 21 Januari 2010.?. Biar betul. Sah² aku tak berani hendak jalan jauh dengan lesen mati. Tarikh terawal boleh renew lesen adalah pada hari rabu.(padahal ikut perancangan, hari rabu aku hendak pulang ke asrama).

Tengah aku makan, kakak aku telefon membawa sedikit sinar harapan. Katanya cuba aku cari tiket bas, kemudian nanti pulang ke asrama dengan dia pada hari khamis. Walaupun gembira dengar berita tu, tapi dalam hati aku berkata 'ada lagi ke tiket masa ni'. Dan pagi ini aku telefon kaunter bas. Jawapannya, 'tak de la adik, semua tiket sudah habis sampai minggu depan'..

Tersenyum bersahaja aku sambil meletakkan telefon..

Moral of the story.
  • Bagi yang balik menggunakan kenderaan persendirian sila periksa lesen dan roadtax paling kurang seminggu sebelum tarikh pulang.
  • Cuti tidak membawa khabar gembira kepada semua orang
  • Kalau sekali sekala tidak boleh balik kampung tu, anggaplah tu pengalaman.:)



p/s:Ada sape² yang tak dapat balik kampung macam aku tak.:)




Saturday, February 13, 2010

Blog Unwanted Berubah Wajah Lagi.

9 comments

Sukacitanya dimaklumkan bahawa blog unwanted86 ini berubah wajah lagi. Untuk kali keduanya, blog ini telah melalui sedikit perubahan dari sebelumnya menggunakan background bercorak kayu.

Dan mungkin juga ada diantara korang yang terasa tersilap masuk blog lagi buat kali kedua kot selepas tersilap masuk kali pertama,:) Dengan persekitaran yang sedikit berbeza,tetapi rasanya tiada masalah kan kerana perubahan yang aku buat ini sedikit je.:)

Ini aku letakkan 2 screenshot untuk yang lama dan baru.



Dan ini yang terbaru seperti yang korang lihat.:)


Antara sebab kenapa aku lakukan sedikit perubahan ini adalah untuk memastikan persekitaran layout baru ini lebih 'menyegarkan' mata. (Kalau sebelum ini corak kayu tu, walaupun better than corak jeans sebelum ini, tetapi ada masanya rasa corak kayu tu berserabut juga.:)

Beberapa perubahan yang aku buat untuk template baru ni adalah:
  • 1. Tukar background bercorak kayu kepada background windows 7 ( tetapi pc aku ni guna xp.:)
  • 2. Tukar background sidebar yang menggunakan gambar sebelum ini kepada warna biasa.untuk load lebih cepat dan selesa mata memandanga
  • 3. buatkan frame untuk entri dan sidebar tidak berbucu(korang tengok kan aku sudah fillet kan skit setiap bucu tu.:)
  • buang gambar pada main wrap untuk nampak lebih kemas dan pada masa yang sama kurangkan masa untuk loading page.:)


Walau bagaimanapun, ada sedikit lagi perubahan yang aku hendak tukar. Terutamanya pada bahagian atas untuk home, tutorial dan macam² tu. Sebenarnya aku sudah cuba untuk tukar, tetapi terdapat beberapa masalah dengan coding yang tidak ngam, terpaksalah aku tengokkan balik.:)

'menu' sekarang


dan ini 'menu' yang sepatutnya aku tukar, tetapi belum menjadi lagi:)
Nanti jika da masa terluang aku tengok balik kod dia tu.(apasal lamasa ni tak ngan pula.:)


Itu serba sedikit dari pandangan mata aku la.
Aku tidak tahu bagaimana pula dengan pandangan mata korang.
so kalau korang boleh bagitahu sedikit apa yang korang rasa ok atau tidak ok, apa kata kalau korang bagitahu dalam komen..:)

Nanti boleh aku ubahkan kalau aku rasa sesuai.
pandangan anda amatlah dihargai.:)


Thursday, February 11, 2010

The Awakening - Engineering Festival 2010 (Gambar + Video)

4 comments

The Awakening sudahpun melabuhkan tirainya pada akhir bulan januari..
Tetapi bagi sesiapa yang terlibat dengan program ini, kehangatannya masih terasa.
Gelak ketawa ajk, fasilitator dan pelajar masih lagi kedengaran.
Alunan lagu Standing In The Eyes Of The world nyanyian ratu rock negara, Ella masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
Kelibat ajk dan fasilitator dalam gambar masih lagi menjadi bualan hangat di akaun facebook masing².
Dan juga tidak lupa video persembahan ajak dan fasilitator..



Untuk entri kali ini, aku akan post gambar-gambar dan juga 2 video dari persembahan ajk dan fasilitator. Dan semestinya entri ini dibuat untuk memberi menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kasih aku kepada semua ajk dan fasilitator yang terlibat dengan program The Awakening sebelum ini.

Aku cuba masukkan beberapa gambar yang aku rasakan boleh menunjukkan turutan peristiwa yang berlaku bermula petang jumaat hinggalah petang ahad, sepanjang program ini berlangsung.

Juga untuk perhatian, entri ini mempunyai puluhan gambar (80+) dan juga 2 video(pada bahagian terakhir). Oleh itu, harap dapat bersabar seketika untuk tunggu gambar habis loading dan juga semestinya juga bergantung kepada kelajuan internet anda..:)

Semestinya aku anggap ini entri yang special berbanding entri² yang lain.:)


Aku asingkan siap² mengikut TOT, hari pertama, kedua, dan ketiga untuk memudahkan.


TOT..

Aku tak ingat dan aku buat apa masa ni, cek senarai nama kot. Tetapi yang konfirm aku tak main game..:)


Ini aku punya timbalan dan juga setiausaha.


Game mintak maaf ramai-ramai kot.:)


Fesi pun kena buat latihan senaman apa.:)


Ini latihan untuk persembahan fesi (video pada bahagian akhir)


Antara fasilitator yang terlibat


dan juga disokong oleh ajk



HARI PERTAMA ( Petang jumaat, 29 Januari 2010)

Ketibaan guru dan pelajar dari Sekolah Vokasional Batu Pahat.


Pemerhati bebas kot ni.:)





AJK dan fasilitator yang bersedia menggalas tugas.:)






Ajk makanan yang memastikan makanan adalah diagihkan dengan adil.:)


Demostrasi memasang khemah oleh ejk yang berpengalaman. ( eh, aku sudah bagitahu kan pelajar kena tinggal dalam khemah, bukan bilik. Baru adventure skit.he3)


Dan angkut barang ke khemah masing²


Khemah ni muat 8-10 orang. Ok la tu kan.:)


Baru tahu susah senang pasang sendiri.:)





Adik, cari selipar ke.:)


Sudah letih² pasang khemah, apa lagi makan malam la pula.:)


sesi pengenalan dan pembahagian kumpulan pada sebelah malam.


Abang,nak tanya soalan sambil tabik boleh.?


Nyanyi lagu kot masa ni.:)


Ini fesi cari pelajar atau pelajar cari fesi. Confuse aku ni..:)


LDK 1 sudah bermula.


Tengah pikir apa anak buah lukis kot.


Macam mana tak pikir, ana buah lukis tengkorak ke.:)


Ini lagi ganas ni. Pengaruh tv mungkin.:)


Ish², kat luar pun jadi. Nasib baik bukan atas bumbung.:)


Hari pertama berakhir dalam pukul 12.00 tgh malam..


HARI KEDUA (sabtu, 30 Januari 2010)..

Hari kedua bermula awal sikit, iaitu pada pukul 3.00pagi..
Apa lagi, nightwalk la..:)


Tugas ganggu budak² bukannya susah kan.:)


Adik duduk la sampai subuh ye.:)


Sudahlah sebelum tu kena nightwalk, pukul 9.00pagi ada pula explorace.
Ikut je la adik oi.:)


Cari check point atau cari pintu utama universiti ni adik.:)


Perbincangan untuk Malam Kebudayaan Seantero kot.:)


Ye, tahu fesi memang suka kalau gambar mereka diambil oleh jurukamera program.he3








Malam Kebudayaan Seantero..
Dipersilakan Jaidi aka komeng dan Sabree aka ( aku tak tahu la..ha3)


Salah sebuah kumpulan yang aku rasa paling lawak malam tu.:)


Ini lakonan berkaitan kemalangan.


Kan aku dah kata, fesi pun suka buat persembahan.he3. Ini bagi refreshment sikit kat budak².:)


ajk pun apa kurangnya.:) ( boleh tengok video persembahan ajak di bahagian akhir.)


Rakaman dari Uictv.(tak tahu bila boleh dapatkan video)


Kumpulan persembahan dikir barat.


Ini juri awam kot untuk persembahan pelajar.:)


Biasalah, berita panas ada dimana².:). Apa la yang dibincangkan oleh timbalan, setiausaha dan ketua fesi ni.:)


Rasanya gambar aku dah lama tak keluar kan..he3


3 pelajar yang bakal menyaingi cara posing akak² fesi..:)


Refreshement lagi..:)


Apa budak² ingat dorang kena tengok je ke..
Buat sekali la..:)


Pelakon dalam pemerhatian Mohd Idham.:)


Biasa la kan semangat naik semasa menyanyikan lagu.:)


Minum malam.. Nasib baik bukan makan daging unta..ha3


Aku minum je. Tak makan. diet..hahahahha



Malam hari kedua berakhir awal sedikit kerana kebanyakan pelajar² sudah keletihan.
tetapi awal² pun habis pukul 12.00tengah malam gak.:)



Hari Ketiga (ahad, 31 Januari 2010)

Hujan sikit, biasala tu..:)



Boleh pula aku kena jadi panel untuk forum memandangkan sesi ceramah terpaksa dibatalkan saat² akhir.. forum sepatutnya 1 jam, tetapi jadi 2 jam..he3


Minum pagi..roti jala pun jadi.:)



Mencari bakat seorang lagi Picasso kot.:).


Kem komandan yang berkaliber..


pandangan dekat sikit.:)


Sesi perbentangan apa yang mereka telah lukis tadi. Nampak macam mengarut lukisan tu, tetapi banyak point² yang tersirat.:)


Ini untuk aktiviti seterusnya. Bina bangunan untuk 2 kriteria, ketinggian dan kekukuhan.








Ujian kekukuhan struktur.


Owh, belum habis bergambar kumpulan ek.:)


Ucapan pada majlis penutup.


Korang dengar ucapan aku or korang tegok hamper atas meja ni.:)


Bagi la cenderahati sikit kat pelajar dengan penat lelah mereka tu.:)


Wakil kumpulan.. (sebenarnya agak lantang juga suara budak ni.:)


Aku tidak ingat dia menyanyi atau baca sajak masa ni.:)


Persembahan yang menarik dari fasilitator.


Bergambar sekeping dua tiada masalah la kan.:)














AJK pun hendak bergambar juga..


dan ajk juga hendak makan..:)


aku ingat masa ni dia menyanyi..


Bergambar dia ruang legar DKA


Ini dalam bas pelajar..


Ni lambai kat akan fesi or abang fesi ni.:)


Budak sekolah balik, kitaorang semua ajk dan fesi pun bergerak untukke BP Mall


dorang ni sampai² je apa lagi..


antara beberapa gambar dari program uthm drift autochallenge. Ini bahagian autoshow.


Antara kereta yang gempak.


Dan aku pula suka kereta ni. Kalau la dapat sebijik.:)


Ajk bergambar dengan kereta evo polis. Bukan senang nak jumpa kereta ni beb.:)


Dalam BP Mall pun ok..


Aku rasa ini dorang ada buat pertandingan sesama dorang kot.:)


Mungkinkah ajk di'sound' kerana menyanyi di tempat awam.:)


Kereta evo polis pun hendak pulang. Kitaorang pun kena la pulang juga kan.:) Tetapi oleh kerana kesemua orang keletihan. Tiada gambar dorang tido semasa dalam bas. (jurugambar pun tertidur sekali kot.)



Ops...
masih ada lagi yang aku tertinggal bukan...
Video..:)

Sengaja aku letak video pada bahagian last untuk mengelakkan bercampur baur dengan gambar.:)
Aku letakkan dua video iaitu persembahan ajak dan juga persembahan fesi.

Persembahan ajak
Tajuk : Karipap.


Dan ini pula persembahan fasilitator
Tajuk : Medley (ye kot.he3)



-------------------------------

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ajk dan fasilitator yang terlibat untuk program The Awakening ini. Terima kasih juga diucapkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat samada secara langsung atu tidak langsung. Apa yang boleh aku katakan, ini adalah antara program yang berjaya aku kendalikan dengan jayanya selain program-program bersama jkk sebelum ini.

Antara sebab kenapa program ini berjaya, kerana aku mempunyai ajk² yang berdedikasi, fasilitator yang terbaik, dan juga pelajar yang menghadiri program ini adalah pelajar yang top dari 2 buah sekolah..

And of course..
We Are The Best Among The Best....




Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted