Sebut sahaja rokok...lelaki..
Rasanya memang sinonim rokok dengan lelaki.
Pergi la kemana sahaja ada sahaja orang yang merokok.
Di tempat kerja, tandas, warung, dan boleh dikatakan kebanyakan tempat yang boleh dipijak kalau boleh hendak menghisap rokok.
Kalau nampak lelaki merokok, sudah lali sangat.
Boleh dikatakan sudah tidak hairan lagi dengan fenomena itu.
Bagaimana pula dengan perempuan yang merokok.?
Pada aku, keadaan ini sangatlah tidak menyenangkan jiwa aku yang melihat.

Kebetulan semalam aku minum² di warung, ternampaklah seorang perempuan yang menghisap rokok. Kalau mengikut anggaran umur mungkin dalam 22 hingga 25 tahun.
Dan di warung tersebut juga, banyak lelaki yang merokok.
Berkepul² asap dari sana-sini.
Apa yang menarik perhatian aku adalah perlakuan dan cara perempuan itu merokok.
Kalau lelaki, mungkin mereka sudah biasa dengan merokok dan tidak nampak sangat perlakuan 'ganjil'
tetapi aku tengok perempuan ini cara pegang pun lain, dan menghembus pula asap rokok ke atas. Aku tidak tahu la samada asap rokok dia tu berbeza dengan orang lain kerana dia perempuan. Mungkin pada pandangannya asap rokok itu bewarna pink kot.:)
Dan satu lagi melihat kepada caranya merokok seperti hendak menunjukkan kepada orang ramai dia antara perempuan yang merokok. Hendak berbangga mungkin kerana dia jantina yang berbeza yang merokok disitu. Dan biasalah orang sekeliling pun curi-curi pandangan melihat perempuan merokok.
Aku terpikir adakah dia berasa begitu cool kerana dia merokok.?
Sebab melihat kepada perlakuannya seperti dia merasakan dia begitu cool sekali..