Aku tidak tahu samada ayat ini betul atau tidak.
tetapi bukan dalam situasi aku sebagai seorang pengunjung, sebagai seorang pemilik blog.
Lama itu bukan bermaksud lama tidak buka blog, tetapi rasanya begitu lama aku tidak login dan tidak tengok dashboard..:)

Dan hari ini aku kembali untuk mencoretkan serba sedikit,dan mungkin juga boleh dikatakan hendak ambil mood kembali untuk berblogging. Kalau dikutkan memang sangat berbeza cara aku berblogging dahulu berbanding sekarang. Kalau dahulu rajin, tetapi kini terasa agak malas. Bukan tiada idea, terlalu banyak idea, tetapi tidak tahu kenapa terasa malas untuk menaip.
Hari ini, selepas aku makan petang dengan member² aku, seorang dari member aku berkata, "wan, update blog ko tu".. Terasa panahan tepat kepada aku. Aah, sudah sangat lama rasanya aku tinggalkan blog aku. apa sudah jadi. Aku kena pukau ke selama ni.?.:)
So, balik makan terus aku menaip ini. Dan aku tengok² apa yang banyak aku telah tinggalkan, apa aku perlu buat, apa kesan-kesannya..
Apa rancangan yang aku hendak buat.?
1. Update senarai follower. [link]
Sedar tidak sedar senarai follower blog ini sudah pun menjangkau 900+ orang. Terima kasih kepada yang sudi jadi follower.
2. Update entri.
Kalau sudah lama tidak berblogging, apa lagi kesannya, mestilah entri pun berkurangan. Aku sudah merancang untuk buat beberapa entri samada berkaitan blog, tips,pandangan, dan juga jangan terkejut berkaitan cinta. Ha², kena pangkah jiwang aku ni. Tapi tidak mengapa kerana aku pasti ada orang diluar sana yang memerlukan hal² sebegini.
3. Update blog tutorial.[link]
Masih ada yang belum perasan ke aku ada blog tutorial.?.:). semestinya bila buka blog unwanted ini, aku akan terpikir blog tutorial. Ada banyak senarai tutorial yang ada dengan aku, cuma tutorial susah sikit sebab aku kena buat satu persatu. Kalau macam blog ini, senang sikit, apa yang terlintas taip je.:)
4. Blog walking.
Apa lagi yang penting selepas update semuanya. Takkan hendak pengunjung datang secara automatik. Blog aku bukannya famous sangat, so kerja-kerja seperti ini juga perlu dilakukan. Blog yang aku selalu lawat biasanya siapa yang tinggalkan komen dan siapa yang tinggalkan link kat shoutbox. Senang sikit nak buat lawatan.:)
KESANNYA.?
1. Aku tidak dapat sampaikan apa yang hendak disampaikan pada masa tersebut.
Ada ketikanya aku terpikir untuk menaip dalam blog. Aku sudah ada tajuk aku sudah ada isinya. Tetapi..malas.. So bila perkara ini sudah berlalu aku rasa macma rugi pula. Mungkin lepas ni aku boleh update lagi berkaitan hal berkenaan, tapi sudah rasa lambat sikit.:)
2. statistik.
Tanya le sesiapa ayng mempunyai blog, antara perkara yang paling dititikberatkan adalah pengunjung blog. Dan melihat kepada keadaan semasa yang aku tidak update hampir 2-3 minggu sebelum ini, statistik jatuh mendadak. so hendak buat macam mana kan, siapa suruh aku malas hendak update blog.:)
Sekarang, statistik jatuh banyak sangat.:)
So, unwanted apa lagi.? Kerja kuat la sikit..:)
p/s:ops, jangan lupa paper final aku akhir bulan April n awal bulan Mei sangat padat.:)






