
Semasa bercinta semuanya indah, apabila putus hilanglah manisnya. Itu yang biasa kita dengar.Tetapi untuk entri ini aku cuba untuk tumpukan kepada satu perkara dahulu, iaitu kelebihan mereka-mereka yang hidup berpasangan dan bercinta.
Kenapa aku kata berpasangan dan bercinta.? Kerana ada juga yang berpasangan tetapi tidak bercinta. Itu rumit sikit.:). Untuk entri ini, selepas anda baca dan jika ada cadangan tambahan oleh sesiapa yang bercinta bolehlah dikemukakan di ruangan komen ye.:)
Perasaan cinta: memberi dan menerima
Perasaan inilah yang paling manis bagi pasangan bercinta. Cinta bukan hanya untuk memberi, tetapi juga untuk menerima. Apabila ada kedua-duanya, memberi dan menerima maka itulah yang dikatakan manisnya bercinta. Perasaan inilah yang membolehkan seseorang ketawa seorang diri, senyum seorang diri dan macam² lagi yang indah² belaka.
Dan semestinya orang tidak bercinta tiada perkara ini..:)
Berkongsi
Apabila bercinta,berkongsi sememangnya satu kemestian. Tidak semata-mata berkongsi kasih sayang selain keluarga, tetapi juga berkongsi perasan gembira, sedih,cerita, barangan, bertukar cerita, bertukar pendapat. Ini kerana berkongsi dengan orang tercinta adalah berbeza sekali berkongsi dengan kawan-kawan.:)

Dengan adanya orang tercinta untuk dikongsi apa yang berlaku, kehidupan akan menjadi lebih gembira dan lebih baiknya segala yang dilakukan pada hari-hari tersebut berlaku dengan gembira, ceria dan bersemangat sekali.:)
(kalau buat study group tu, kalau boleh hendak tiap-tiap hari.:)
Perubahan satu fasa kehidupan.
Boleh dikatakan apabila sudah mula bercinta, kehidupan sudah berubah kepada satu fasa yang lain. Kalau sebelum ini hidup berseorangan pantang larangnya lain, maka apabila bercinta pantang larangnya juga sedikit sebanyak berubah. Bercinta juga permulaan kepada fasa kehidupan satu lagi iaitu berumah tangga. Semasa bercinta inilah, sedikit sebanyak liku-liku bagaimana kehidupan berumahtangga dapat diketahui.
Belajar bertanggungjawab.
Bertanggunjawab adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tanggungjawab boleh datang dalam pelbagai keadaan seperti mengambil berat, memberi sokongan, dorongan, kata semangat, membimbing, mana yang boleh, mana yang tidak boleh dan banyak lagi. Walaupun bukan bertanggungjawab sepenuhnya seperti sepasang suami isteri, tetapi boleh dikatakan inilah proses untuk belajar bertanggungjawab terhadap pasangan kita.
Bakal suami/isteri

Apa lagi tujuan bercinta selain untuk melihat lebih jauh ke hadapan iaitu sebagai teman hidup. Bila bercinta kita dapat tahu samada pasangan kita ini sesuai atau tidak untuk dijadikan teman hidup. Biasanya kalau sudah serasi masa bercinta, tiada masalah untuk berkahwin. Tetapi kalau masa bercinta sudah curang sana-sini, pukul sana sini, takkan orang seperti itu hendak dijadikan suami/isteri bukan.?.:)
--------------------
Kalau dikutkan memang terlalu banyak rasanya untuk disenaraikan kalau melibatkan hal cintan cantun ni, oleh itu aku senaraikan apa yang aku rasakan penting. Bukan apa, untuk memendekkan sedikit entri.Nanti kalau terlalu panjang, hendak baca pun malas.:)
Apabila ada kelebihan, kekurangan tidak dapat dielakkan, walaupun dalam kemanisan bercinta yang serba indah ini. Jadi untuk kekurangan hidup berpasangan/bercinta aku akan buat entri pada masa akan datang ye.:).












