Sticky post sehingga 27 August 2009..
Sesiapa yang belum join dijemput join sebelum tarikh tamat.:)
Note:tp blog tak update utk 2/3 hari. ada kerja belakang tabir alam maya dan dunia realiti.:). But still akan balas comment.:)
Bersempena dengan pembukaan blog baru,
ohbest.blogspot.com, contest ini diadakan untuk mencari 10 entri pertama untuk blog ohbest. Contest yang boleh dikatakan mudah dan tidak memerlukan anda berpikir panjang.:). Contest ini diberi nama "Top 10 Best Things for Top 10 Entry", bertujuan mencari perkara-perkara best dari mata pelayar maya.

Best adalah sesuatu yang subjektif. Ini kerana perkara yang best mungkin adalah suatu lawak, mungkin juga kesedaran, pengetahuan, seni dan pelbagai lagi.Ianya boleh jadi sekeping gambar, atau turutan gambar, cerita bergambar, video dengan satu kisah ataupun video dengan komplasi tertentu. Tidak kira samada kartun atupun perkara yang sebenar berlaku dalam hidup ini.
Apa sahaja perkara yang best yang anda ada, bermakna anda sudah layak untuk menyertai contest ini. Mudah bukan memandangkan dunia maya yang begitu banyak kandungan perkara-perkara best.:)
Apa yang diperlukan untuk menyertai contest ini.?
Anda cari (atau mungkin anda sudah ada) apa sahaja yang anda rasakan BEST. Tidak kira samada gambar/video/artikel atau campuran mana-mana sahaja asalkan perkara itu adalah best pada pandangan anda.
SYARAT CONTEST
- Seorang peserta hanya satu penyertaan sahaja. (samada gambar/video/artikel)
- Jika entri best itu melibatkan gabungan(berkaitan) mana² samada gambar/video/artikel, juga dibenarkan tetapi mestilah diletakkan dalam satu entri/email untuk satu penyertaan.
- Bagi yang menyertai menggunakan entri blog, sila masukkan banner dibawah ke dalam entri penyertaan anda.

SYARAT GAMBAR
- Tiada watermark
- Bukan copyright dari mana-mana pihak. (seperti gambar perkahwinan dari jurugambar professional)
SYARAT VIDEO
- Video tidak melebih 5minit.
- Video dari youtube adalah DIBENARKAN
- Video yang ada watermark adalah DIBENARKAN
SYARAt² UMUM
- Hanya untuk rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia
- Jika ada penyertaan sama, dan penyertaan tersebut adalah memenangi top 10, penyertaan terawal akan dikira pemenang
CARA HANTAR PENYERTAAN
- Bagi yang mempunyai blog, hantar url entri penyertaan anda diruangan komen entri ini.
- Bagi yang tiada blog, hantarkan melalui email ke unwanted86[at]gmail[dot]com dengan tajuk perkara adalah "Contest! : Top 10 Best Things for Top 10 Entry".
HADIAH
- Topup RM10 untuk mana-mana telco untuk 10 orang pemenang.
- Banner selama 1 bulan (bagi yang ada blog) diblog ohbest.blogspot.com apabila blog beroperasi secara rasmi.
TARIKH TAMAT
JUMAAT : 27 OGOS 2010 : 11.59 PM
PENTING:
- Memandangkan 'best' adalah perkara subjektif, maka unwanted berkuasa mutlak untuk menentukan 10 pemenang tanpa sebarang bantahan.
- Selepas tamat contest ini, unwanted berhak untuk menggunakan mana-mana penyertaan yang dirasakan sesuai untuk blog ohbest dengan memberi kredit kepada blog asal peserta.
-------------------------------------------------
Apa yang anda rasa best dihati,
Jom kongsikan untuk contest ini,
10 yang terbaik sedang dicari,
Mungkin anda yang bertuah nanti..
Jadi tunggu apa lagi..?
Dengan contest yang mudah sebegini,
Ramai pemenang juga dicari,
Kemungkinan ianya anda adalah tinggi..
p/s: Eh, bila masa pula aku pandai berseloka ni.:)
-------------------------------------------------
Selamat menyertai contest..
Jika anda ada sebarang kemusykilan, bolehlah dikemukan dibahagian komen..:)