Thursday, September 30, 2010

Kenali Blog Seorang Perempuan

Comments

Bagaimana untuk kenal sebuah blog itu adalah milik seorang perempuan.?
Aku tahu memang senang je nak jawab benda ni. Tapi aku terasa pula hendak menaip entri. Aku rasa tajuk ini sesuai untuk baca sambil santai².( ceh, bila masa pula aku pandai guna perkataan santai ni..ha3)

Kalau blog perempuan ada letak gambar dia, ok kita boleh tahu sebab ada gambar, jadi tidak sukar untuk tahu. Kalau tiada gambar, maka kena lihat beberapa perkara yang memungkinkan blog tersebut adalah milik seorang perempuan.
Penilaian adalah dibuat berdasarkan kepada 'secara umumnya diketahui'.:)


Template.

Template adalah paling mudah untuk kenal secara umum pemilik sesebuah blog. Perempuan seperti yang diketahui suka kepada hiasan, bunga-bungaan,mickey mouse, hello kitty, warna-warna lembut seperti pink, biru cair, hijau, dan macam² la warna yang cair. Aku rasa paling biasa warna pink kot.:) Tetapi, kalau template berwarna warni yang teramat mengalahkan warna pelangi, pun juga milik seorang blogger perempuan.:).

Widget

Widget pun ada kaitan dengan perempuan. Bukan shoutbox, itu semua orang ada. Ini widget-widget hiasan, akuarium, pelihara hamster,kura-kura,panda, anak kucing, gambar gerak² kat bucu, pelangi, dan satu lagi fav sesetengah perempuan, tulisan warna warni dan juga link warna-warni. Tetapi malangnya blog aku juga link warna-warni. Bukan sebab aku perempuan ye, sebab aku wat tutorial link warna warni, so tak padam lagi buat masa sekarang.ha3

Peringatan.

Tahu peringatan bagaimana.? Ok aku bagi contoh, "Kalau tak suka blog saya, sila tutup dan pergi ke blog lain' atau juga ada macam ini, "Ini blog saya, dan hal saya, jika sesiapa tidak suka sila keluar dengan klik 'x' di sebelah kanan-atas browser anda" dan mungkin juga macam ini, " ini blog saya, saya punya hal nak taip apa, kepada yang nak baca silakan, kapada yang tak suka sila keluar"

Entri Luahan Perasaan.

Ini paling senang nak cam. Kalau semua di atas tiada, tengok pada entrinya. Kalau sikit² luahan perasaan, sah perempuan.:).Nanti ada la tajuk entri yang seperti ini, " eee, geramnya aku".." kenapa orang dengki sangat kat aku", "orang lain pun bergaya juga, tapi tak la eksyen lebih".. "kenapa orang lain dengki tengok aku gembira" contoh la..ha3

-------------------------

Rasanya itu dahulu basic nak kenal blog milik seorang permepuan.:)
Kalau blogger-blogger perempuan rasa tak betul sila bagitahu ye.

p/s: blogger lelaki cam ne ek, template aku ada gaya lelaki ke.? kecuali link warna-warni tu ye..ha3

Wednesday, September 29, 2010

Cikgu Shida : Pendatang Baru Industri Hiburan Alam Maya

23 comments

Cikgu Shida semakin hangat di alam maya sekarang ni.
Apa,.? tidak kenal siapa Cikgu Shida.?
Ok kalau tidak kenal juga, aku letak gelaran cikgu miming. Kenal tak.?
Tak juga..?

Ok lah, letak gambar la, mungkin korang akan kenal.:)
cikgu shida miming entertainer

Apa yang menjadikan cikgu Shida begitu hangat ketika ini.?

Kerana video mimingnya..:)
Jadi bagi mana-mana yang belum mengetahui, mungkin korang perlu tengok video klip di bawah.Sebenarnya video ni aku dah ada dalam hardisk, tak terpikir pun nak post, tapi bila ada lagi video, so aku post la. Bolah la juga menghiburkan hati..ha3.

Layankan 2 video cikgu Shida yang ada dahulu , video² lain nanti aku uploadkan kalau dah ada ye..:)

Miming: Cinta Pakai Buang - Stacy



Miming: Yank : Wali Band


Bagi sesiapa yang nak ikut fan page Cikgu Shida di facebook klik, boleh http://www.facebook.com/pages/CikShidaDariParits-Fans t

Ini pula channel youtube cikgu Shida ni.
http://www.youtube.com/user/TeacherShida

Tahu apa treadmark cikgu shida ni.? 3S ( bukan 5 S ye.), Sempoi, Selamba, Sukasuka..dan satu lagi, cikgu Shida ni tak suka orang panggil dia 'cikgu' atau 'teacher' di alam maya ni..:).
Mungkin kerana di alam realiti dia adalah cikgu, di alam maya dia adalah newcomer entertainer.:)

p/s: Cikgu, cikgu sempoi la. Tapi anak murid cikgu tahu tak video ni?..:)
Saya nak jadi anak murid cikgu leh tak..ha3:)

Sunday, September 26, 2010

Aksi Celah Kangkang

19 comments

Malaysia - Kaedah celah kangkang menjadi salah satu kaedah jenayah terbaru yang dikesan di negara ini. Terbaru 2 kes kecurian menggunakan teknik celah kangkang berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup.- Unwanted melaporkan dalam blognya..
Aksi Curi Celah Kangkang

Amacam pembukan bicara kali ini, ada mengancam..? Ha3. Mungkin bagi sesetengah orang sedia maklum wujudnya dua kes ini. Tetapi tidak kisah kalau aku juga menaip sedikit entri untuk kes 'special' ini. Kenapa special, sebab tak pernah berlaku kot sebelum ni(setahu aku la). Video asal sudah pun dimasukkan di blog OhBEst, tetapi di blog ini suka untuk aku buat sedikit huraian.:)

Bagi yang belum tengok video ini, boleh tengok dahulu dibawah ni.

Curi susu celah kangkang


Dan ini,
Curi baju di Al-Ikhsan


Tak terpikir..Itu pertama kali bagi aku tengok kes ini. Pertama aku tengok kes curi baju di al-ikhsan, masuk celah kangkang. Ok boleh terima lagi baju tu dia kepit dan bawa keluar. Baju mungkin lebih senang dibawa di celah kangkang kerana biasanya diperbuat dari cotton.

Dan yang makin buat aku tak boleh terpikir, bagaimana curi susu, letak celah kangkang. OMG. Aku tak tahu samada wujud perkakasan lain yang menyokong susu tersebut di celah kangkang untuk dibawa keluar.Bukan senang hendak kepit kemudian jalan. Dan yang cover line, teramatlah cemerlang..:)


Aku pun tidak pasti samada dua kecurian ini adalah dari orang yang berkaitan atau tidak kerana modus operandi adalah sama.:) Mungkin itu belajar dahulu kemudian diperturunkan kepada generasi kedua. Atau mungkin juga ada ebook teknik-teknik mencuri.ha3

Untuk kedua-dua kes ini juga, pencuri melakukannya berkali². Ini bermakna di luar kedai tersebut mungkin sudah ada bakul, atau sesiapa untuk menyambut hasil curian.

Ok, yang pakai baju curi tu satu hal. Mungkin untuk anaknya yang dah besar. tetapi yang curi susu.? Semestinya anaknya yang kecil, kesian anak, sudahlah dapat dari sumber yang haram, celah kangkang pula,..


Thursday, September 23, 2010

Hidup Berpasangan/bercinta. Apa kekurangannya.?

5 comments

Siapa kata hidup berpasangan/cinta tiada kekurangan.? Meh sini hendak bagitahu.:).
Sebenarnya entri ini adalah lanjutan daripada entri lepas yang aku buat iaitu, Hidup berpasangan/bercinta, Apa kelebihannya.? Jadi bila ada kelebihan, kekurangan juga sedikit sebanyak ada.Bagi yang belum baca entri lepas, boleh la baca jika ada kelapangan disamping baca entri ni.:)


Sebenarnya aku sudah ada point² untuk entri ini lama dahulu, tetapi tiada masa pula hendak menaip. kali ini rajinkan sikit diri untuk menaip.(padahal selama ni pun menaip apa.:)
Ok, berbalik kepada topik, apakah 'kekurangan' apabila hidup berpasangan/bercinta ini.
aku letakkan beberapa point serta sedikit penerangan. Korang baca dulu ye , mana tahu kalau nak tambah nanti.:)

1. Pembaziran.
Ok, abaikan dahulu perkataan kedekut. Biasalah kalau bercinta ini, amat biasa kalau kita belanja pasangan kita makan/minum dan juga beli barangan. Ditambah lagi dengan bil/kredit telefon yang digunakan untuk menelefon setiap malam walaupun tiap-tiap hari sudah berjumpa. Itu belum masuk lagi bab bershopping, wayang, bowling, main Daytona dan banyak mana lagi yang tak sepatutnya kita beli tapi kita beli kerana ada pasangan.:)

Sukar untuk kita nampak pembaziran jika kita sama-sama memberi, dia belanja kita, kita belanja dia. Tetapi cuba bayangkan, jika anda bercinta dengan pasangan anda lewat setahun, banyak mana sebenarnya anda boleh save duit anda untuk kegunaan sendiri dalam masa setahun tu. Contoh la, jangan ungkit depan pasangan anda ye.ha3

2. Kurang kebebasan.
Kebebasan yang aku maksudkan bukannya pergi kelab malam. Kebebasan yang dimaksudkan adalah, berapa kali perkara yang sepatutnya anda boleh buat, tetapi terbatas disebabkan oleh pasangan anda.

Contoh: Anda sepatutnya keluar dengan kawan² minggu ini, tetapi disebabkan pasangan anda ajak keluar juga, anda terpaksa ikutkan pasangan dibimbangi si dia merajuk walaupun anda sudah keluar dengan dia tiap-tiap minggu.

Aku juga ada contoh lain. Anda ada kawan baik yang berlainan jantina yang sememangnya anda baik sejak dahulu, tetapi sejak anda bercinta, pasangan anda tidak benarkan anda baik dengan kawan baik anda kerana cemburu sedangkan anda betul² kawan baik sahaja.:)

3. Akhirnya dia bukan untuk anda.
Tiada apa yang lebih menyedihkan dan menyakitkan hati selain berpisah dengan orang tercinta. Bayangkan jika anda bercinta dari sekolah menengah sehingga universiti. Bertahun lamanya menjadi pasangan kekasih. Banyak yang anda korbankan dari segi perasaan, tenaga, wang ringgit tetapi akhirnya perpisahan tidak dapat dielakkan yang mungkin disebabkan pelbagai hal.

Impian yang diharapkan terhapus di tengah jalan. Pelbagai usaha telah anda lakukan, tetapi akhirnya anda terpaksa menerima hakikat, dia bukan untuk diri anda. Dari pemerhatian aku dan pengalaman sendiri, perkara sebegini selalu terjadi kepada remaja, pelajar tetapi jarang berlaku kepada orang yang bekerja. ( Nak ulas ke.? kan panjang pulak nanti.:)

-------------------------------------

Rasanya cukup 3 point penting yang aku rasakan untuk entri ini.
Korang kalau ada point-point lain bolehlah bagitahu.
Dan mungkin juga berkongsi pengalaman.
Kami semua berbesar hati untuk mengetahuinya.:)

Ada sesiapa nak tambah.?.:)

p/s: Sendiri nak bercinta sendiri tanggung ye. Pesanan kepada diri sendiri dan juga orang lain..:)

Tuesday, September 21, 2010

Contoh Rasict.?

18 comments

Sebelum ini aku sudah buat entri berkaitan pembunuhan sosilawati, kenapa racist. Dan sebelumnya aku menaip entri itu, aku telah menerima email dari seseorang berkaitan hal ini. Dan dia pun tidak mahu email dan namanya dipaparkan.

Sebenarnya aku pun tidak mahu ulas panjang. Kalau baca sendiri lagi bagus.
Korang hendak kata racist atau tidak itu bergantung kepada tahap diri sendiri menilai sejauh mana dikatakan racist.









p/s: Tak puas hati mesej ajak jumpa nak bertumbuk..ha3.
p/p/s: Selalu juga aku jumpa jenis racist yang lebih teruk daripada ni.:)

Monday, September 20, 2010

Pembunuhan Sosilawati : Kenapa Racist.?

6 comments

Lagi berkaitan dengan pembunuhan Sosilawati, tetapi kali ni melibatkan sedikit hal perkauman. dan untuk kes ini, suka juga persoalan ini aku timbulkan. Kenapa Racist sangat.?

Dan aku juga tahu biasa bagi sesuatu bangsa akan cuba pertahankan bangsa sendiri, ingin lihat bangsa sendiri maju, tetapi bukan dengan cara menghentam bangsa lain. Kita juga perlu sedar bangsa kita juga ketinggalan. Itu adalah hakikatnya.


Bila kes pembunuhan ini dilakukan oleh seorang yang berbangsa India, maka ramailah kata india teruk itu ini. Pada aku, pembunuhan ini sebenarnya adalah disebabkan bisnes. Bisnes. Disebabkan bisnes melayu sama melayu pun boleh berbalah, mengkhianati, berbunuhan dan macam-macma lagi.

Kalau la kata pembunuh itu tidak suka bangsa melayu, kenapa ada kes juga dikaitan dengan dia yang melibatkan bangsa dan orang dari negara India sendiri yang hilang.? (jika betul kerana masih dalam siasatan). Jadi aku nampak ianya disebabkan oleh bisnes, bukannya bangsa.

Nak kata aku tak berwasangka dengan bangsa lain, kadang tu ada juga. Kerana aku sayangkan bangsa aku. Orang india pun ada masa berwasangka kerana sayangkan bangsa india, orang cina pun berwasangka kerana sayangkan bangsa cina. Tetapi kena tahu tahap mana wasangka itu. Bukan secara membabi buta.

Dan kebanyakan yang aku tengok (dan sememangnya aku rasa normal)adalah anak-anak muda. Dan bertambah teruk jika anak-anak muda tidak berpikiran jauh, tahu tuduh menuduh, dan ada sampai satu masa seperti tidak berpikiran waras.

Ok, aku ambil contoh kita sebagai orang melayu..
Kita rasa kita perlu begitu berhati² dengan bangsa lain seperti India dan Cina kerana kita takut ditipu oleh mereka..
Oleh itu pertanyaan mudah, korang sebagai orang melayu, berapa kali korang ditipu oleh orang melayu sendiri berbanding ditipu bangsa-bangsa lain.?

Dan sebagai penutup untuk entri ini, aku rasa senang sahaja. Kita kena berhati-hati dengan sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, tidak kira agama. Dan pada aku pembunuhan Sosilawati bukanlah disebabkan bangsa, tetapi disebabkan DUIT.

p/s: Untuk entri seterusnya aku akan tunjukkan print screen dari message facebook berkaitan hal ini.

Sunday, September 19, 2010

Orang Baik dan Orang Jahat

7 comments

Kalau sebut kes pembunuhan datuk Sosilawati, rasanya memang tidak sukar untuk mencari maklumat ini. Dengan liputan meluas dari media cetak dan media elektronik serta ditambah lagi dengan hebahan para blogger memang senang sahaja untuk mengikuti perkembangan semasa.

Jadi aku tidak berhajat untuk menaip entri berkaitan kes ini, atau kronologi kes ini. Cuma hendak buat sedikit entri berkaitan orang jahat, orang baik.:)

Ada satu masa bila aku temgok buletin utama, dia siarkan gambar suspek serta pengiring suspek tersebut, sudah terdetik dalam hati aku 'pergh, muka pengiring lagi ganas dari muka suspek;. Itu satu hal.

Dan yang membuatkan aku ingin menaip entri ini adalah, dua tiga hari lepas, aku lepak dengan pekerja kilang berborak juga la pasal ni. Salah satu yang keluar dari mulut salah seorang mereka " Ala, memang jahat pun. Tegok muka pun dah tahu jahat, dengan rambut panjang lagi". Terus aku mencelah, "eh kak, yang tu orang baik la. Yang jahat tu muka dia macam orang baik yang pakai baju warna ungu."









P/s: Mungkin ada lagi yang tersalah anggap kot.:). tp gaya pengiring tu stylo gak.:)

Saturday, September 18, 2010

Cara Backup Bookmark

3 comments

Bagi sesiapa yang selalu melayari internet menggunakan komputer sendiri, bookmark adalah perkara yang tidak asing lagi. Penting untuk 'simpan' website yang kebiasaannya kita selalu lawati.
Cara backup bookmark

Sebelum ini, sudah ada tutorial cara bookmark sesebuah website, jadi untuk entri kali ini, aku ingin tunjukkan cara bagaimana untuk backup bookmark.

Kenapa pentingnya backup bookmark ini.?
  1. Mungkin anda akan format pc anda: Anda ada berpuluh(beratus) website yang anda bookmark, takkan hendak copy satu persatu urlnya.:)
  2. Mungkin anda terpaksa format pc tanpa boleh start windows anda.
  3. Anda ingin membawa bookmark anda kemana².( Save dalam pendrive dan buka di cyber cafe atau pc rakan anda:)

Berikut adalah cara²nya yang sungguh mudah.:)

1. Buka browser anda (contoh adalah firefox)

2. Pada paparan firefox anda, pilih bookmark > organize bookmarks


3. Pada paparan yang muncul, pilih Export HTML, kemudian save ditempat yang anda kehendaki. (pilih Export HTML kerana memudahkan untuk import kepada browser lain juga)


4. Siap cara untuk backup bookmark.

5. Jika anda ingin masukkan bookmark (mungkin selepas format, ikut langkah 3, tetapi pilih import)

TAMBAHAN

Anda juga boleh transfer bookmark kepada browser lain. Contoh jika selama ini anda guna firefox dan ada banyak bookmark, jika anda mahu bookmark sama pada google chrome(yang mungkin anda baru install), guna kaedah sama seperti dalam langkah 3, tetapi pilih import.


Friday, September 17, 2010

Jersi: ada yang haram

6 comments

Sekarang ini musim bola lagi. Tetapi bukan piala dunia kerana ianya sudah lepas. Sekarang musim UEFA Champions League pula. Tetapi untuk entri kali ni bukan aku hendak bercerita sangat pasal bola, coz aku pun jarang tengok bola di kedai mamak. Kalau aku tengok pun biasanya aku tengok gol je. Tengok dalam internet.:)

Satu lagi sebab aku bukan fanatik bola. Tengok juga, tapi layan je la. jadi berkebetulan dengan musim bola ni, aku tertengok la ada member aku post gambar kat wall dia, berkaitan pakaian baju yang mempunyai lambang salib dan imej syaitan. Mengikut Datuk Noh Gadut dan Tan Sri Harussani ianya adalah haram.

Sebelum ini pun aku ada dengar pasal ni, tapi tak jumpa pula keratan akhbar, so bila sudah ada ni, aku pun tak nak cakap banyak, tengok keratan di bawah.



Kalau tanya orang ramai memang la ada banyak pendapat.Jadi nilaikanlah sendiri. Sudah besar semua kan.:).

Erm..sampingan...
Setahu aku rokok pun haram.:)


Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri Semua

5 comments

Hari yang ditunggu-tunggu selepas sebulan berpuasa bakal menjelma. Sekarang ini semua bercakap tentang raya. Baju raya, langsir raya, kasut raya dan macam-macam lagi. Kalau di bazar ramadan tu, memang bersesak la dengan orang ramai.:)

Ketika aku menaip entri ini, aku tengah dalam persiapan untuk balik ke kampung. Rasanya mungkin ini entri terakhir sebelum kembali pada hari isnin nanti. Kerana rasanya semua orang akan kurang berinternet apabila bersempena raya nanti. Ye la takkan hari raya korang nak mengadap internet berblogging. Pergi la melawat kawan² alam realiti anda, dan tinggalkan internet seketika.:)

Oleh itu, bersempena dengan kesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang berada di mana jua, terutamanya kepada pengunjung blog aku ini. Maaf dipinta jika ada entri-entri aku yang terkasar bahasa, tersilap perkataan yang mungkin menguris hati sesiapa.


Semoga hari raya ini membawa seribu satu kegembiran dan makna kepada semua. Mana-mana yang beli baju baru pastikan semuanya dipakai, jangan simpan untuk raya tahun depan.:) Tapi baju melayu aku pakai yang tahun lepas je. Elok je lagi baju melayu aku tu, cuma beli tshirt je tahun ni.:). Satu lagi makan hari raya nanti klu pergi rumah sesiapa makan je puas², balik rumah jangan lupa minum air masak banyak²..:)

Dan juga peringatan kepada diri sendiri dan kepada yang lain yang balik ke kampung, berhati-hatilah apabila pulang ke kampung, dan kembali dari kampung nanti. Ingatlah orang yang tersayang dan yang penting ingatlah tentang diri sendiri.

Selamat Hari Raya Semua..:)

p/s: Blog OhBest akan update seperti biasa kerana aku dah buat autopost, setiap hari satu entri sehingga 15hb.:)

Tuesday, September 07, 2010

Lurah Punggung Terhidang Di Depan Mata. Apa Nak Buat.?

22 comments

Entri ini ditaip sebaik sahaja aku baru balik dari makan tengah malam aka bersahur.:). Entri ini terus ditaip kerana idea masih lagi segar untuk tajuk entri ini.:) Sebenarnya aku merancang hendak taip entri lain, tetapi memandangkan ianya juga bersangkutan dengan fesyen what the hell yang aku baru post kat blog ohbest, so kiranya aku teruskan je dengan entri ini dahulu.

Berkaitan dengan tajuk entri di atas,ini ceritanya.
Ketika aku makan, datanglah 4 orang perempuan duduk dihadapan meja aku. Selang 2 meja. Kalau dari segi pakaian, boleh aku katakan biasa. Pakai tshirt biasa n jeans.

Bila dorang duduk, (meja ada empat kerusi), so dua dari bahagian belakang perempuan itu menghadap ke arah aku. Salah seorang daripadanya menampakkan bahagian lurah punggung.
gambar hiasan


Kalau ikut naluri lelaki aku memang hendak tengok je. Lagipun benda sudah pun berada di depan mata. Cuma kadang tu ada juga rasa tergangu. Sepatutnya aku makan dalam keadaan tenang. Aku boleh tengok kiri kanan, dan yang paling penting aku boleh tengok depan.

Korang boleh bayang bagaiman nak makan kalau asyik nak tengok kiri kanan sebab nak mengelak dari tengok yang didepan.?So masalahnya bila aku tengok depan, secara separa automatik mata aku hendak pandang ke situ. Jangan tanya kenapa aku hendak pandang kerana itu naluri lelaki.:) lagipun kedudukannya adalah searas dengan sudut pandangan aku.

Nak tak nak terpaksa juga aku makan tengok kiri kanan, dan kebanyakkannya aku tengok ke kiri kerana sebelah kiri tak de orang. Kalau aku tengok sebelah kanan, ada beberapa orang awek, kan kata aku syok kat dorang pulak nanti.ha3. Kan kalau aku terus tengok ada yang menyangka aku skodeng pula.:)

So walaupun dorang ada depan aku, tapi aku buat selamba je la. Makan-makan. Tengok depan, member dia tengok aku, aku tengok dia. pastu alih pandangan kat tempat lain, tengok depan lagi, tengok awek sebelah kiri, tengok kanan, makan, minum, tapi kepala rasa asyik nak tengok depan je.:)

Kalau korang(lelaki la), ada dua benda terhidang, makanan dan tayang percuma didepan mata. Apa yang anda buat.?


1. Ambil makanan beralih ke tempat lain.
2. Minta orang depan beralih sebab menggangu
3. Makan seperti biasa cuma sekali sekala jeling² atau terjeling.
4. Tengok je terus apa depan mata.
5. Makan sambil tutup mata
6. Wat selamba sudah, kan tu fenomena biasa..



Kaum hawa pula.?
ada apa-apa nak tambah.:)

Kenapa kali ini aku rasa 'kurang biasa' dan rasa nak buat entri.?. Kerana aku makan berseorangan. So tiada teman untuk bercakap-cakap. Hanya boleh memerhati perkara sekeliling.:)

p/s:Cuma satu yang tidak ada lagi di Malaysia. Berbogel di khalayak ramai.

Sunday, September 05, 2010

Cara Menghapuskan Virus Shortcut

18 comments


Virus shortcut menyerang sistem perkomputeran sekarang ini. Cara virus ini menyerang adalah menukarkan file-file tertentu menjadi shortcut, dan akan bertambah panik jika sesiapa yang terkena virus ini merasakan folder dan file asal adalah hilang..Relax.. jangan panik. Sebenarnya file tersebut tidak hilang pun. Cuma di'hidden'kan.:)

Kebiasaannya yang aku dengar menyerang laptop/komputer/pendrive pelajar-pelajar pengajian tingi. Kenapa aku kata pelajar pengajian tinggi, .? kerana aku tahu dorang ni yang banyak melakukan proses perkongsian file. Tetapi yang lain-lain pun tidak terkecuali:)

Cara Menghapuskan Virus ShortcutContoh sistem terkena serangan virus shortcut ini [image from google]


Walaupun sebenarnya aku tidak mengalami masalah ini, dan tidak mengetahui masalah ini bagaimana kerana buat masa sekarang ini aku tidak terkena virus ini, tetapi ada dua kes yang aku rasa penyelesaian yang aku bagi untuk menghapuskan virus shortcut ini berjaya. seorang kawan aku kat hostel, dan seorang blogger.


Bila aku baca beberapa rujukan dari internet, kebanyakan cara yang diberi untuk menghapuskan virus shortcut ini adalah agak menyusahkan. kerana perlu pergi ke registry, windows dan macam² lagi.

So aku ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini. Dengan hanya beberapa klik sahaja.:)

1. Download file flash disinfector dari link ini.http://www.mediafire.com/?qnb7lbib1rw1qlr

2. Kemudian run dalam pc/laptop anda. Kalau pendrive juga terkena virus ini, cucuk pendrive dahulu baru run application ini.

3.Lepas run, pergi ke mycomputer, atas tu pilih tools, folder option, view,
kemudian tick pada show hidden files and folder, dan satu lagi untick pada hide protected operating system files.
Cara Menghapuskan Virus Shortcut


4.Lepas korang tengok mana-mana folder dalam pc yang sepatutnya ditunjukkan, so right clik pada folder dan untick pada hidden.

5. Ulang langkah 3, tetapi pada masa ini anda kembali tick pada hide protected operating system files(just untuk keselamatan)

4. Restart komputer anda.

p/s: Sebenarnya flash disinfector bukan sahaja boleh settlekan masalah ini, tetapi juga maslah lain seperti hidden file tak boleh show, disable task manager by administrator, registry edit disable by administrator.

p/p/s: Sesiapa yang terkena virus ini dan cuba kaedah ini harap dapat bagi feedback..:)

Friday, September 03, 2010

Extention Untuk Tengok Gambar Dalam Facebook Dengan Lebih Style

18 comments

Anda ada akaun Facebook?(bagi yang tak de tu, nak buat macam mana.:).
Antara perkara yang anda suka adalah tengok gambar orang lain bukan.:)

Jika jawapan anda ya, maka anda perlu baca entri ini sampai habis kerana aku akan memperkenalkan extention untuk firefox dan juga google chrome yang sangat bagus untuk melihat gambar-gambar yang ada dalam facebook, terutamanya album.:)


Entention ini akan membesarkan gambar dengan anda hanya lalukan mouse anda pada gambar tersebut. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk klik satu persatu. Lagi leceh jika album tersebut ada berpulah gambar, dan mungkin anda ingin tengok gambar tertentu sahaja. So cerewet untuk klik dan tengok satu persatu. Extention ini adalah penyelesaiannya.:)

Ini video ringkas yang aku ambil dari youtube untuk lebih memudahkan pemahaman.


Bagi pengguna FIREFOX,
Install entention dari link ini. - https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/125440

Bagi pengguna GOOGLE CHROME,
Install dari link ini. (Anda perlu klik link ini dengan browser google chrome)- https://chrome.google.com/extensions/detail/elioihkkcdgakfbahdoddophfngopipi

Selepas siap install, restart browser anda dan buka facebook untuk merasai kelainannya.:).

p/s:Sesiapa yang melayari facebook melebihi 4 jam sehari bermakna dia sudah ketagih facebook.:)

Wednesday, September 01, 2010

Lagi Hari Bersejarah Dalam Hidup Aku

13 comments

Wah, rasanya ini macam entri lewat malam pula.:).
Bukan apa, teruja untuk berkongsi satu lagi perkara dalam hidup aku.
Kali ini korang jangan bimbang, kerana bukan kes cintan cantun,
tapi ini perkara serius bajek serius..:)

Mungkin semenjak akhir² ini korang sudah jarang mendengar kisah peribadi aku bukan.
so kali ini kiranya selang-seli la, sedikit sisipan kisah peribadi.:)
Jadi korang layankan je la ye.:)

Apa yang bersejarah sangat tu.?
Nak kata kemerdekaan, sudah lepas.
Dah nak berkahwin ke.?
Ish, korang ni jangan pikir lebih² sangat.
Muda lagi aku ni..:)

Sebenarnya kenapa hari ini aku katakan hari yang bersejarah dalam hidup aku adalah kerana aku sudah memasuki alam perkerjaan yang sebenar. Kalau korang baca entri sebelum ini, kat bahagian akhir aku ada bagitahu 'esok' juga merupakan hari yang penting bagi aku.
So esok, iaitu hari ini hari pertama aku masuk kerja. 1 September 2010. Blog ohbest buka 31 Ogos 2010. Kira berturut la..:)

Bercerita tentang tempat kerja aku, sebenarnya adalah tempat dimana aku menjalani Latihan Industri selaman 3 bulan sebelum ini. Dan company terus tawarkan untuk berkerja disitu. Rezeki jangan ditolak, jadi dengan hati terbukanya aku menerima tawaran itu.:)



Bekerja di company ini boleh dikatakan apa yang aku hajati dalam hidup aku menjadi kenyataan. Kerana untuk cita aku, ada 3 yng aku target, pensyarah (coz diploma aku pendidikan), engineer (degree pembuatan), dan businessman (sebab aku suka berniaga.:). So rasanya sekarang aku berada di platform yang betul untuk semua ini.:)

Tadi balik rumah lepas berbuka n jalan² sikit, terus telefon mak. At least nak bagitahu yang anak dia ni nak berkerja dan kiranya inilah salah satu 'kejayaan' dalam hidup anak mak.:).(wah, terharunya..:)

Apabila bekerja, semestinya suasana agak berbeza. Bukan hendak kata berbeza persekitaran, itu kurang sebab aku dah berada disana 3 bulan sebelum ini, dan tiada masalah untuk kenal sesiapa dan tempat. Cuma apabila berkerja apa yang aku nampak adalah MASA..:)

So sebenarnya sekarang ini aku tengah aturkan masa untuk bekerja, bersukan(lepas raya nanti), sosial, blogging (3 blog tu nak keep update.:), lepak², dan banyak lagi..harap sumanya dapat dirancang dengan rapi.:)

Satu lagi, bila berkerja, aku sudah tetapkan waktu tidur aku tidak akan lebih 12.30malam. Itu sudah maksimum untuk waktu tidur aku sekarang. Kalau sebelum ni, pukul 3 pagi boleh lagi.:)

Rasanya tak boleh taip panjang² sebab nak update blog ohbest pula.:).

Selamat menempuh alam pekerjaan kepada aku..:)

saje je tak tunjuk muka..:)


p/s:Kerja engineer ada kala susah, ada kala senang. Tapi anda kerja apa pun mana ada semua senang. Mesti kena ada usaha bukan. Anda tahan tekanan, anda boleh survive.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted