Tuesday, October 26, 2010

Picasa Web Album : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Comments

Upload gambar adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan ketika berblogging tidak kira menggunakan platform free ataupun selfhosted. Bagi yang mempunyai akaun blogger.com, rasanya tidak perlu resah dengan perkara ini. Kerana sememangnya ianya sudah tersedia.

Untuk pengetahuan, sebenarnya apabila anda mempunyai akaun google(gmail), secara automatik anda juga akan mempunyai akaun untuk web album, iaitu picasa. Biasa dengar picasa ini kan.:). Kalau hendak pastikan lagi, login akaun picasa ini menggunakan gmail anda.:).

Jadi walaupun jika anda tiada akaun blogspot, anda masih boleh lagi upload gambar di tempat terbaik yang ada sekarang ini asalkan anda mempunyai akaun google.

Juga adalah penting untuk diketahui oleh blogger yang menggunakan platform blogger.com, kesemua gambar yang anda upload untuk blog anda sebenarnya tersimpan di web album picasa ini. Bermula dari gambar pertama sehingga terkini untuk blog anda, semua tersimpan rapi di picasa web album. samada anda sedar atau tidak sahaja.:)


Kelebihan upload gambar pada picasa.
    1. Maksimum saiz gambar yang diupload adalah 20MB (tersangat besar kerana saiz gambar biasa rasanya dalam 1MB sahaja sudah cukup)

    2. Maksimum pixel sehingga 50 megapixels..(camera hp aku 3.2megapixels je.ha3)

    3. Bandwidth yang tidak akan habis..( bagi blogger free tak penting sangat, tetapi bagi yang menggunakan hosting sendiri bandwidth amatlah penting)

    4. Untuk satu akaun google, storage yang dibenarkan adalah 1GB.

    5. Picasa adalah produk google, uptime google adalah yang terbaik.:)


Berbanding dengan web untuk hosting gambar seperti imageshack, photobucket, tiny pic dan lain-lain, picasa jauh meninggalkan mereka semua.:)
Dan gambar-gambar yang diupload di blog OhBest juga menggunakan web album ni(tapi aku upload guna software picasa).

Kesimpulan:

Buat masa sekarang, bagi aku picasa adalah tempat terbaik untuk upload gambar, tidak kira samada blogger free(yang tak perlu risau pasal ni), ataupun blogger yang menggunakan self hosting, tetapi tidak dapat tanggung disebabkan trafik yang tinggi, atau juga jika ingin upload gambar dengan resolusi yang tinggi.


Next entry: Cara mengoptimumkan penggunaan gambar yang diupload di Picasa Web Album.:)

p/s: Kalau anda sedar kebanyakkannya template blogspot sekarang akan host gambar di picasa, sebab.? bandwidth yang tak akan habis.:)

Sunday, October 24, 2010

Voucher Daripada Google

Comments

Minggu lepas, adik aku hantar message, katanya ada satu surat/voucher daripada google yang sampai ke rumah atas nama aku. Mula² bila aku pikir surat, aku pikir ada ke aku buat salah berkaitan. Maklumlah aku banyak menggunakan produk google seperti gmail, reader, blogger, picasa, youtube, analytic, adsense, google site dan banyak lagi. Rasanya tidak ada salah(kecuali pasal youtube sewaktu dahulu).

Bila adik aku kata ada redeem pasal duit pula, aku pikit bila masa pulak aku cashout aku punya adsense. Kerana sudah lama aku tinggalkan adsense, bukan bermaksud tinggalkan sepenuhnya, tetapi aku hold dulu. Rasanya memang tidak aktif sejak awal tahun lagi kot.:)

So aku suruh la adik aku post, untuk memudahkan pemahaman, dan semalam aku check kat kotak pos rumah aku ni sudah ada(tak tahu pula bila sampai.:).Bila aku buka sampul surat post laju, inilah rupanya yang menjadi pertanyaan.:)

Google Adwords Free Advertising Voucher


Voucher rupanya. Aku ingatkan apa la.:).
Tetapi bagus pula google ni, orang kata ada la semangat lagi hendak menggunakan produk google kan.:). Sama seperti celcom juga, banyak aku dapat promosi contoh minggu lepas aku dapat buat panggilan free 7 hari, walaupun bukan birthday aku pun.:)

Untuk voucher ini, nantilah aku pikir hendak buat. Sebab blog aku bukannya blog bisnes pun.:)

Bercakap sedikit pasal adsense, sebenarnya ada juga la yang aku tahu berkaitan adsense ini walaupun bukan power pun. Dan memang banyak sebenarnya sifu² yang buat duit dengan adsense berbanding nuffnang, adverlets, manggads dan lain².
Target keyword, keyword trend, target audience, target country, cari CPC(cost per click)tertinggi, itu adalah perkara biasa dalam adsense.

Tapi rasanya buat masa sekarang aku hold dulu kot. Sebab aku rasa lebih suka berblogging dalam bahasa melayu. Banyak maklumat yang boleh disalurkan dalam bahasa melayu. Kerana target pembaca aku adalah orang melayu atau nusantara..:)

Sunday, October 17, 2010

Website untuk Download Software

Comments

Software sangat penting untuk sesebuah komputer. Paling kurang, sesebuah komputer mesti ada antivirus. Kalau software yang lain-lain memang banyak la dengan pelbagai kegunaan.

Untuk kali ini, aku tidak berkongsi software, tetapi post berkenaan website yang boleh digunakan untuk donwload pelbagai jenis software. Hendak kata website utama aku tidak pasti la, tetapi boleh dikatakan inilah website yang aku guna untuk cari software.


Berikut adalah 4 website untuk download pelbagai jenis software. Boleh tengok sendiri melalui link yang diberikan untuk lebih jelas berkenaan website berkenaan.

1.http://download.cnet.com/


2.http://www.brothersoft.com/


3.http://www.filehippo.com/


4.http://www.softpedia.com/


--------------------

Kalau mengikut pendapat peribadi aku, website paling aku suka softpedia, kemudian filehippo. Yang dua lagi tu aku jarang guna sikit.:).

p/s: Ada senarai website lain.?

Friday, October 15, 2010

Penyokong Kelantan, Penyokong Selangor

Comments

Beberapa hari sebelum ini kecoh dengan kematian seorang penyokong Kelantan akibat dari pergaduhan selepas perlawanan bola sepak. Cerita penuh aku tidak tahu la. Cuma tahu kes ini berlaku.

Aku tidak tengok pun perlawanan tersebut, tetapi rasanya seri 0-0. Bukan itu masalahnya, tetapi penyokong-penyokong yang membawa masalah atau dengan lebih mudah samseng bola sepak..


Bila ada penyokong kelantan mati, ada yang kata penyokong selangor jahat, bila kata kelantan buat hal dahulu, kita akan nampak penyokong kelantan yang teruk..

Aku ada jumpa gambar dan video untuk tatapan.

Aksi penyokong kelantan.


Cerita penyokong Selangor


Bila tengok gambar dan video ni, sebenarnya sesiapa yang terlibat tu sama sahaja..
Bukan masalah penyokong dari mana, tetapi attitude bagi sesetengah penyokong yang meletakkan pemikiran dan tindakan mereka dibawah paras pemikiran negara membangun.


Jadi kesipulan aku senang.
Tidak kira la korang kelantan ke, selangor ke, pahang ke, johor ke atau mana-mana negeri,
Jika begini sikap yang ditunjukkan, maka inilah orang-orang yang membawa masalah kepada ramai orang.

Yang terlibat hanya sedikit, tetapi terpalit kepada semua orang..

p/s: Suka sangat bergaduh hendak tunjuk hebat, cuba ajak pergi Palestin untuk berperang dengan Yahudi.


Thursday, October 14, 2010

Perkara yang Mungkin Tidak Ramai Blogger Tahu

Comments

Bila bercakap tentang blogger, kebanyakkan blogger akan tahu sedikit sebanyak ilmu asas blogging. Paling tidak pun, cara upload gambar, letak widget, blogger² yang top dalam malaysia, pengetahuan am tentang dunia blogging dan lain-lain berkaitan blogger.

Kadang tu aku terpikir, apa yang kebanyakkannya blogger tidak tahu, tetapi mungkin ada sesetengah sahaja yang tahu. Jadi aku buat entri ini untuk korang bandingkan betul atau tidak. Kerana bukan hendak kata aku tahu banyak perkara, banyak sebenarnya yang aku tidak tahu. Dan mungkin banyak yang korang lebih tahu daripada aku.

Jadi tidak salah rasanya kalau aku berkongsi sedikit pengetahuan yang aku bayangkan, apakah perkara yang mungkin kebanyakan blogger tidak tahu.

1. SEO dan SERP.

SEO mungkin ramai yang tahu, iaitu Search Engine Optimization. Pelbagai trick yang ada untuk SEO ini.Tidak kira pengubahan kod html, keyword density, gambar, link, dan pelbagai lagi.


Apa kaitan dengan SEO dengan SERP.?

SERP adalah Search Engine Results Page. SERP kalau dalam bahasa mudahnya adalah ranking blog/web anda di engin pencarian. Bermakna teknik SEO akan menentukan SERP blog/web di engin pencarian. Biasanya kalau SEO power, maka SERP juga akan tinggi.:)


2. Wordpress.org dan wordpress.com serta blogger.com

Ada 2 'tapak' untuk wordpress iaitu Wordpress.org dan wordpress.com
Bagi blogger yang menggunakan nama .blogspot.com mungkin sedia tahu asasnya adalah blogger.com. Tetapi bagi wordpress, terdapat dua 'tapak' utama iaitu wordpress.org dan wordpress.com.


Pengguna wordpress adalah lebih ramai berbanding blogspot.
Dan jika diikutkan ranking untuk platform blogging, wordpress.org adalah ditempat pertama, blogger.com ditempat kedua dan wordpress.com di tempat ketiga.


3. PageRank

Pagerank penting untuk menentukan 'power' sesebuah blog/web. Paling rendah adalah sifar 0 dan paling tinggi adalah 10.Makin tinggi angka, makin powerlah sesebuah blog/web itu.

Tetapi adakah anda berpikir 'pagerank' adalah bermaksud 'ranking halaman' ataupun yang hampir maksud dengannya?. Mungkin anda merujuk 'page' itu kepada blog.?


Jika itu yang anda pikir, sebenarnya anda silap. Kerana 'Page' adalah nama salah seorang co-founder untuk google. Tidak kaitan page dengan 'halaman/blog'.:). Nama co-founder google ini adalah Lary Page, dan dialah yang bertanggungjawab 'mencipta' ranking untuk mengukur kekuatan website dan dinamakan sebagai PageRank bersempena dengan nama beliau, Larry Page..


---------------------------------


3 senarai sudah cukup rasanya untuk aku listkan untuk entri ini.
Kalau anda rasa ada benda yang anda baru tahu atau sudah lama tahu, dan mungkin anda rasa perlu juga bagitahu orang lain, apa kata kalau tinggalkan komen di bawah. Dapat juga update list yang ada ini.:)

Kerana mungkin banyak lagi perkara yang aku tidak tahu, tetapi anda mungkin tahu. Jadi apa salahnya kalau berkongsi serba sedikit pengetahuan internet yang anda ada.:)

Wednesday, October 06, 2010

Kenaikan Harga Rokok : Baik dan Buruknya serta apa yang sepatutnya.

Comments

Rakyat Malaysia (terutamanya yang merokok) sedia maklum bahawa harga rokok baru sahaja dinaikkan sebanyak 70sen untuk menjadikannya genap kepada RM10. Secara jujurnya aku tidak tahu rokok jenis apa yang naik, dan bagaimana degan rokok² jenis lain. Kerana aku tidak merokok dan aku tidak ambil kisah sangat, cuma yang aku tahu harga rokok megalami kenaikan.

Apabila naik harga rokok, semestinya golongan perokok dan tidak perokok ada pandangan masing². Bagi yang tidak merokok, mereka akan rasa baguslah untuk mengekang masalah rokok ini. Bagi yang perokok pula, kebanyakaknnya tidak senang dengan kenaikan harga rokok ini.

Dengan membuat penilaian tanpa rujukan yang begitu mantap, aku bagitahu apa yang aku rasa kebaikan dan keburukan serta apa yang sepatutnya dilakukan berkenaan isu ini.

Kebaikan.

1. Tekanan untuk membeli rokok.
Ini bagus dari segi seorang perokok terasa berat hendak membeli rokok disebabkan harga yang melambung. Dan lagi terasa tidak mahu beli jika rokok yang dibeli selalu diminta oleh kawan-kawan lain.

2. Lebih berkira untuk membeli rokok.
Jika sebelum ini, beli rokok dengan harga biasa, kini satu anggaran mudah untuk kenaikan ini. Sekali beli, habis RM10. Dan dengan RM10 itu, lebih banyak perkara lain yang boleh dibeli daripada membeli perkara yang tidak nampak apakah kebaikannya kepada kesihatan perokok.

3. Mungkin akan berhenti merokok.
Perkara ini walaupun diragui, tetapi aku masih percaya ada perokok yang diluar sana ada yang bertindak untuk berhenti. Paling tidak pun akan mengurangkan pembelian rokok terutamanya bagi perokok biasa.


Keburukan.

1.Tekanan kewangan
Bagi perokok tegak, rokok adalah satu 'ubat'. Sebab itu ada yang boleh habiskan sehingga 3 kotak rokok sehari. Kini, rokok naik harga, tetapi ada dipasaran. Apabila kesan kenaikan rokok ini, kewangan lain juga akan terjejas.Nantikan lebih pentingkan rokok berbanding beli alat tulis untuk anak sekolah (contoh)

2. Kalau rugi, siapa untung.
Ini simple, perokok rugi kerajaan untung. Alasan kerajaan, untuk membasmi tabiat merokok.


Apa yang sepatutnya kerajaan lakukan..

Kerajaan patut bekorban untuk mengawal penjualan, bukannya menaikkan harga rokok. Harga rokok naik, tetapi limpahan rokok berada di pasaran. Tetapi aku tahu kerajaan takkan buat begitu kerana cukai rokok memberi pulangan yang begitu lumayan kepada kerajaan. Harga rokok tidak mengapa kalau naik, tapi rokok kena jual juga.

Sebab itu bagi aku, jika kerajaan kata itu adalah untuk mengurangkan tabiat merokok, semua itu mengarut. Kalau nak kawal, kawal jumlah rokok yang ada, bukan kawal harga. Kalau kawal rokok, jika harga RM5 pun, tapi rokok sukar didapati dipasaran, maka tabiat merokok akan berkurangan perlahan-lahan.

Naiklah RM20 pun, perokok tegar tetap akan beli jika banyak rokok di pasaran. Ketika rakyat(yang merokok) terasa bebannya, tetapi kerajaan tetap menimba keuntungan berjuta ringgit ketika kononnya hendak membasmi tabiat merokok di negara kita..

Dan kepada perokok, jangan pula anggap entri ini sebagai satu backup kepada perokok ye,:) kerana aku juga kurang senang dengan perokok yang ada disekeliling aku. Cuma concern dengan apa yang dialami oleh perokok² disebabkan tindakan kerajaan yang aku rasa tidak betul.

p/s: Letak la gambar mayat kat kotak rokok tu pun, ada perokok kisah.?

Eh, dah tengok belum iklan anti merokok yang cool di blog OhBest.?

Monday, October 04, 2010

Tiada Idea Menaip Entri.? Bagaimana untuk dapatkan idea.?

Comments

Entri dalam sesebuah blog adalah antara faktor pemacu kepada blog tersebut. Ini kerana, seorang blogger akan menaip di dalam blognya, dan entri yang ditaip akan dibaca oleh orang lain samada juga dari kalangan blogger ataupun dari pelayar internet biasa.

Untuk menaip sesebuah entri, seseorang blogger memerlukan idea untuk menaip. Itu adalah perkara paling penting. Dan selepas itu barulah datang olahan, masukkan gambar, dan dengan cara penyampaian yang berbeza bagi setiap orang.

Oleh itu, antara perkara yang akan merunsingkan seorang blogger adalah kekeringan idea. Mereka ingin menaip entri, ingin update blog, tetapi tiada idea. So, memang tidak jadi entri.:)

Untuk masalah seperti ini, bagaimana untuk mendapatkan idea untuk menaip di dalam blog.?

1. Ketahui isu semasa
Mengetahui isu semasa adalah penting untuk mendapatkan idea untuk menaip dalam blog. Ini kerana isu semasa sentiasa akan menjadi yang terbaru. Hari ini ada suatu perkara yang berlaku, minggu depan perkara lain pula.

Jika anda mengikuti perkembangan semasa, sebenarnya terlalu banyak idea untuk anda menaip dalam blog, walau bagaimanapun, anda kena ketahui juga isu semasa mana yang perlu, isu semasa mana yang tidak perlu.

2. Tidak semestinya tertumpu kepada fakta.
Fakta adalah penting, tetapi ada ketikanya entri anda tidak perlu tertumpu kepada fakta semata-mata. Sebagai contoh, isu terbaru adalah pembunuhan jutawan kosmetik. Anda boleh buat entri berkaitan kronologi dan fakta nombor,tarikh, bilangan, tetapi ianya sedikit merumitkan kerana anda perlu mencari sumber untuk membuat entri sebegini. Jika tidak jumpa maklumat, anda akan rasa malas pula untuk teruskan.

Jadi, antara perkara paling senang adalah membuat entri, bukan berbentuk fakta tetapi berkaitan dengan isu semasa tesebut. Mungkin anda boleh buat entri berkaitan pendapat dan pandangan tentang isu ini. Ianya lebih meringankan otak anda untuk mengarang. Apabila membuat entri berkaitan pandangan, maka ianya akan lebih 'terbuka' kerana pandangan seseorang adalah subjektif, berbanding entri fakta yang memerlukan maklumat yang tepat.

3. Apa yang berlaku di sekeliling anda.
Isu semasa boleh jadi hal yang jauh merentasi negeri atau negara. Apa yang berlaku disekeliling anda pula adalah apa yang anda sedar kewujudannya. Sebagai contoh, anda berjalan² di pasar malam, dan ternampak ada orang bergaduh di pasar malam.

Walaupun anda nampak orang bergaduh, tetapi lebih baik entri anda tidak tertumpu kepada pergaduhan pasar malam itu, jadikan entri anda lebih universal. Jika anda tertumpu, entri anda akan jadi seperti ini " Tadi aku nampak pergaduhan", tetapi jika anda lebih terbuka sedikit, entri akan menjadi seperti ini " kenapa perlu bergaduh.?". dengan sebegini, anda akan memberi sedikit pandangan kemudian baru disusuli contoh. Dan entri ada akan melibatkan pandangan boleh 'digunakan' untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk peristiwa itu sahaja.

4. Apa yang berlaku kepada anda.

Anda mengalami hidup anda sendiri bukan, dan anda tahu apa yang berlaku dalam kepada diri anda. Sebagai contohnya, anda berasa bosan. Walaupun bosan ini berlaku pada diri anda, tetapi anda tidak perlu taip entri bertajuk "argh, bosannya hari ini", tetapi cuba bayangkan anda mencari sedikit maklumat, kemudian membuat entri bertajuk "bosan.? bagaimana untuk mengatasinya". Entri ini akan buat pengunjung terasa lebih berminat untuk membaca.:) (kecualilah memang blog peribadi yang teramat:)

---------------------------------------

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mencari idea menaip entri dalam blog. Mungkin jika aku ada masa sedikit, aku akan taip hal berkaitan. Kerana buat masa sekarang, kekangan masa menjadi faktor utama bagi aku.:)

Menaip entri dalam blog sebenarnya dapat memberi kepuasan kepada seseorang blogger.
Jika, minatnya memang untuk berblogging dan tidak dipaksa oleh sesiapa.( eh, ada ke berblogging kena paksa.:)

Sunday, October 03, 2010

System Comment Baru di Blog

Comments

Bagi sesiapa yang perasan, blog ini telah menggunakan sistem komen baru berbanding sistem komen sedia ada yang lama di blog. Kalau anda tidak perasan boleh cuba tengok sebelum ini dimana kali pertama sistem ini digunakan dan mungkin komen boleh pada entri ini..:)

Kali ini aku menggunakan sistem komen dari IntenseDebate. sebenarnya kalau tidak silap aku Intensedebate ini sudah lama wujud, tetapi jarang blogger menggunakannya. Mungkin kerana sebelum ini susah hendak install kot.

Untuk entri kali ini, rasanya ingin review sedikit tentang Intensedebate yang aku guna untuk blog ini sekarang. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem ini, aku juga telah membuat pemerhatian untuk beberapa ketika dengan sistem komen yang boleh 'masuk' dengan blogspot.

Untuk sistem ini, suka untuk aku bagitahu beberapa kelebihan yang aku suka dengan Intensedebate ini.


Install.

Cara install pada blog adalah antara sangat senang bagi kategori yang perlu melibatkan anda buka bahagian edit html dalam layout blog. Aku pun tidak sangka sebenarnya begitu senang untuk install kerana trick² sebelum ini agak rumit. Dengan Intensedebate, rasanya tidak sampai 5 minit sudah siap install, dengan cara yang begitu mudah.

Dashboard.
Sistem ini mempunya dashboard yang tersendiri. Kira di dashboard ini akan menentukan bagaimana rupa bentuk ruangan comment anda. Dan yang bagusnya, jika anda hendak buat pengubahsuaian, tidak perlu lagi edit html dalam blog, cukup untuk mengawal dari dashboard Intensedebate ini.

Dari dashboard ini anda juga boleh mengawal komen, menentukan tambahan yang dikehendaki, install plugin, block komen negatif, dan juga berkenaan akaun anda.

Komen guna akaun Facebook.

Jika tidak mahu komen dengan cara biasa yang menggunakan url blog atau email, kini juga boleh menghantar atau reply komen menggunakan profile facebook.Ini menjadikan lebih mudah bagi sesiapa yang selalu membuka akaun facebook setiap kali online,atau bagi sesiapa yang tiada akaun Gravatar/Intensedebate


Reply

Sebelum ini reply dilakukan secara pulak, kali ni boleh reply untuk satu pesatu.Dengan sistem ini, reply adalah begitu mudah dan senang untuk dilakukan,. Hanya klik butan reply, paparan akan tersedia dan komen reply akan dipost di bawah komen asal.
Baru nampak betul apa itu 'reply'.:)


Plugin Commentluv.

Ini merupakan antara perkara yang paling bagus untuk sistem ini, plugin Commentluv. Dengan pluggin ini, pengunjung yang berhasrat untuk memaparkan entri dalam blog hanya perlu memasukkan url di ruangan yang disediakan.

Dan semestinya jika anda komen, dengan secara tidak langsung anda juga mempromosikan blog anda. Sesiapa sahaja yang membawa komen, dan terlihat entri anda, mungkin akan berminat untuk membaca entri di blog anda juga.Memang ini win-win situation bagi para blogger.


-------------------------------

Ingin tahu juga bagaimana pandangan pengunjung blog sekalian berkaitan sistem komen yang aku baru install untuk blog ini.

Jadi tunggu apa lagi, cubalah komen untuk mengtahui prestasi Intensedebate ini dan jangan lupa url anda untuk memaparkan entri terbaru anda.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted