Tuesday, November 23, 2010

Optimumkan saiz gambar yang diupload di Picasa Web Album.

Comments

Sebelum ini aku ada buat entri Picasa Web Album : Apa yang perlu anda tahu. Dan untuk entri kali ini aku akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan gambar yang diupload dalam picasa untuk saiz yang maksimum.


Seperti yang aku katakan dalam entri sebelum ini antara perkara yang penting bila upload di picasa ni adalah saiz gambar yang besar selain masa loading yang lebih cepat.

Bagi sesiapa yang upload menggunakan kaedah biasa upload untuk entri, boleh rujuk entri yang aku buat di blog tutorial,Paparkan Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog

Ok, untuk picasa web album, apabila anda upload, gambar yang bersaiz besar, automatik gambar itu akan 'dikecilkan' (sebenarnya tujuan picasa buat macam tu untuk lebih cepat load). Gunakan cara berikut untuk mendapatkan gambar dengan saiz maksimum dalam blog anda.

Buka picasa web album, kemudian right click pada gambar dan pilih copy image url (bagi google chrome) atau Copy image location ( Bagi mozilla firefox).


Apabila anda paste dalam ruangan blog anda, contoh url adalah seperti ini.
http://lh3.ggpht.com/_1ZgIOB65Wj0/TNBTVCfCEXI/AAAAAAAAAhY/YP25UNNdzP0/s128/honda%20accord%20%282%29.jpg


Buangkan 's128/' untuk jadikan url gambar pada saiz asal.
http://lh3.ggpht.com/_1ZgIOB65Wj0/TNBTVCfCEXI/AAAAAAAAAhY/YP25UNNdzP0/honda%20accord%20%282%29.jpg


Note: tidak semestinya s128/, boleh jadi juga nombor lain seperti s110/, s72/, dan lain². Biasanya kod 'resize' ini terletak sebelum nama file yang anda upload.

Masukkan kod gambar untuk paparan yang sebenar.:)
<img src="URL GAMBAR.jpg">




p/s: Untuk masalah gambar terlebih besar, atau nak 'fix'kan saiz. Nanti aku akan buat di blog tutorial, tetapi aku akan update kat sini.:)

---------------------

UPDATE: Tutorial untuk tentukan saiz gambar dalam entri sudah boleh didapati dari blog tutorial, http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/12/ubah-lebar-gambar-dalam-entri.html

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted