Wednesday, December 29, 2010

Cara Mudah untuk Buat Profile Facebook Anda Lebih Style

Comments

Boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai akaun facebook. Dan bagi yang mempunyai akaun facebook sudah pasti sedia maklum dengan kewujudan new profile. ada orang yang tidak suka, ada orang yang suka. Itu bergantung.:).



Aku juga anda post koleksi gambar new facebook profile yang style di Ohbest. Korang boleh tengok dahulu koleksi gambar untuk lebih faham dan ambil mood.:)

Jadi kali ini aku hendak bagitahu 2 website yang sangat mudah untuk menjadikan facebook anda lebih style.:)

Berikut adalah 2 website yang boleh menjadikan profile anda nampak lebih kreatif.:)

1. http://www.piccut.com/


Kelebihan piccut:
- Lebih simple untuk digunakan, cuma uploadkan gambar sahaja.
- Contoh gambar akan diletakkan, dan jika berpuas hati hanya upload gambar.

Kekurangan piccut:
- Sukar untuk tetapkan kedudukan yang betul untuk gambar (lebih kepada try and error)
- Gambar perlu didownload, diupload ke fb dan tag sendiri.

2. http://www.picturize.me/app/



Kelebihan picturize
- Menggunakan kaedah paling terkini
- Gambar boleh dilaraskan dengan mudah sekali
- Gambar boleh di'resize' dan rotate
- Direct upload ke facebook profile

Kekurangan picturize
- Kena install microsoft silverlight (automatic datang apabila buka web)


Cadangan:

Gunakan picturize. Walaupun kali pertama mungkin susah sikit sebab kena install microsoft silverlight, tetapi hasil yang dapat selepas itu jauh lebih berbaloi daripada menggunakan piccut.

Kalau anda guna picturize, mesti berpuas hati punya.:)

Selamat menghiasi profile baru facebook anda dengan lebih kreatif dan jangan lupa inform kawan² juga:)

Happy blogging n happy facebooking..:)

p/s: Selamat tinggal kaedah manual dan photoshop..ha3


Sunday, December 26, 2010

Sah.! Memang Lelaki Lebih Ramai Di Malaysia

Comments

Memang sah..bukan sah akad nikah ye,:) tetapi sah bahawa bilangan lelaki melebihi perempuan di Malaysia. Ini berdasarkan perangkaan terbaru yang dikeluarkan berdasarkan bancian yang telah dilakukan 6 Julai 2010 hingga 22 Ogos 2010. ( siap ada lagu lagi masa tu.:)

gambar tiada kaitan dengan parti politik.:)


Sebelum ini aku pernah buat entri berkaitan statistik lelaki dan perempuan di Malaysia, Statistik Rakyat Malaysia: Siap Kata Perempuan Lebih Ramai. dimana dalam entri itu aku buat lebih detail, cuma keputusan bancian terbaru mengesahkan lagi perangkaan ini.:)

Jumlah peduduk Malaysia dalam lingkungan 27juta+. Dan yang aku ingin khabarkan adalah jumlah antara lelaki dan perempuan yang biasanya menjadi perdebatan siapa lebih ramai. Dan rasanya ramai yang menyangka perempuan lebih ramai. Maka dengan statistik ini, siapa yang kata perempuan lebih ramai, maka dia dalah silap.:).

Untuk gambaran yang lebih jelas, tengok statistik di bawah.

Ini secara kasarnya.
Lelaki = 14 juta +
Perempuan = 13 juta +


Kalau lebih detail berdasarkan negeri pula seperti berikut.


Rujukan: http://www.statistics.gov.my

Tengok statistik ini anda jelas perihal bilangan rakyat berjantina lelaki berbanding perempuan kan.:)

Berdasarkan daripada statistik ini, ada 2 perkara yang suka untuk aku bangkitkan.

1. Kalau bilangan lelaki lebih ramai, kenapa bilangan perempuan lebih ramai di IPT
- Jawapan : Kerana perempuan lebih berusaha dan rajin berbanding lelaki.

2. Lelaki hendak kawin lebih.?
-Jawapan: Jangan guna alasan sebab perempuan ramai, sebab alasan itu sudah tidak boleh diguna pakai.:)

p/s: Sebenarnya aku bimbang dengan situasi perempuan lebih ramai di IPT berbanding lelaki. Terasa terancam kaum berjantina lelaki di masa hadapan.:)


Monday, December 20, 2010

Perkara Yang Perlu Dikurangkan Semasa Ber'facebook'

Comments

Mempunyai akaun facebook, ada membawa perkara negatif, dan jika digunakan seeloknya akan membawa kepada perkara yang positif. Untuk entri kali ini, aku tidak ingin memperkatakan tentang perkara yang negatif atau positif, tetapi aku hendak buat entri yang aku rasakan perkara yang perlu DIKURANGKAN ketika anda ber'facebook'.



Sebab aku kata kurangkan dan bukannya jangan langsung, kerana boleh dikatakan perkara yang aku pikir ini statusnya berada ditengah². Antara negati dan positif. Tidak terlalu negatif, tidak terlalu negatif. Dan anda juga boleh nilaikan point² aku ini.:)


1. Kurangkan Terlalu Kerapa Update Status.

Update status penting untuk facebook. Rakan² boleh mengikuti perkembangan anda dan berbalas komen. Tetapi juga penting untuk diketahui, kurangkan untuk update status terlalu kerap.


Contoh, anda mungkin buat banyak perkara dalam sehari dan beberapa kali update status anda dan salah satunya pergi ke bandar. Anda boleh update pergi ke bandar seperti " Hendak ke bandar. Siapa mahu ikut.?.:)".

Tetapi jangan pula tak sampai seminit keluar pula status lain, "tengah tunggu bas", lepas tu "berada dalam bas", lagi " ramai la orang dalam bas"..bla.bla..bal.. Bukan apa, nanti orang pikir 'serabut la status dia ni. setiap masa nak update.'. kan tak elok tu. Jadi kurangkan untuk update status terlalu kerap.


2. Kurangkan Status Luahan Perasaan Bersifat Negatif.

Facebook sesuai untuk dijadikan medium untuk luahan perasaan. Apa yang aku maksudkan bersifat negatif ni seperti 'bosan la petang ni', benci la malam ni'. dan lain². Kalau yang mengutuk orang lain baik tak payah ye.:).
Dan status bersifat negatif ni perlu dikurangkan di wall facebook anda. Jadi bila orang buka wall anda, tidak la asyik baca update pasal bosan, benci, marah, bengang dan pelbagai lagi.

Kalau sekali sekala terasa juga hendak bagi kata-kata semangat. Tapi kalau setiap jam bosan, yang nak bagi kata semangat pun bosan.:) Oleh itu, status bersifat negatif perlu dikurangkan.:)


3. Kurangkan Gambar Tak OK.

Berfacebook selain daripada update status juga update gambar² terbaru. Apa yang aku kata perlu dikurangkan apabila upload gambar ini adalah, kurangkan upload gambar yang tidak menarik atau dalam bahasa lainnya gambar yang tidak menjadi atau kurang menjadi.

Contoh anda pergi berkelah dan ada ambil banyak gambar. Nanti apabila balik rumah, jangan la upload semua sekali terus. Pilih dahulu mana satu gambar yang menarik dan yang anda rasa orang suka hendak tengok atau anda tengok sendiri.

Bayangkan kalau ada 50 keping gambar, 20 gambar tidak menjadi/kurang menjadi. Serabut juga kawan² anda yang menengok. Kan elok kalau pilih dan letak gambar yang ok² sahaja.:)


------------------------------------------------------------------

Sebenarnya apabila bercakap tentang facebook ini, banyak perkara yang boleh dikupaskan lagi. Tetapi untuk entri ini cukuplah dahulu dengan 3 point yang aku rasakan perlu dikurangkan semasa berfacebook. Kerana aku juga pengguna facebook, dan aku pun menilai profile rakan², dan rakan² juga menilai profile aku.:)

Dan kalau korang ada lagi point² atau komen berkaitan bolehlah hantar di ruangan komen di bawah ni ye.:). sebarang cadangan dan pandangan dialukan.:).

Dan sebelum habis,
KURANG dan JANGAN adalah 2 perkara yang berbeza ye.:).

Happy blogging n Happy facebooking..:)

Tuesday, December 14, 2010

Entri Blog : Quality vs Quantity

Comments

Apabila mem'daftar'kan diri sebagai seorang blogger, semestinya perkara yang perlu adalah untuk menghasilkan entri dalam blog. Tidak kira entri jenis apa, yang penting sesebuah blog mestilah mempunyai isi, bukan url sahaja.:)


Untuk kali ini, aku terasa hendak menaip pula berkaitan entri dalam blog, iaitu pilihan samada untuk memilih kuantiti ataupun kualiti. Ada blogger yang terasa begitu susah untuk mendapatkan idea untuk menghasilkan entri, ada juga yang idea datang mencurah² bagaikan hujan sehingga tidak terlayan. Dan juga beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan untuk berblogging.:)

Ok, secara umumnya. Antara kuantiti dan kualiti, mana satu pilihan anda.?.

Mungkin aku tidak dapat menjawab untuk diri korang tetapi untuk diri aku, (mungkin juga anda) akan memilih blog yang mempunyai entri yang berkualiti berbanding kuantiti.

Kalau hendak ditakrifkan secara detail, tentang kualiti, semestinya setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Dan bagi aku, entri yang berkualiti ini apabila aku baca aku mendapat sesuatu. Tidak kiralah ilmu, info, pandangan, pendapat, dan pelbagai lagi.

Dan bagi entri yang jenis kuantiti pula, kalau boleh hendak buat semaksimum mungkin entri dalam sehari. Lagi² kalau memang mengadap internet sahaja. Mungkin sehari sampai 2-3 entri. Sebulan 70 entri. Tetapi adakah ber'baloi' untuk baca 70 entri yang bercerita dengan pelbagai berbanding 10 entri yang berkualiti.?

Kalau macam blog aku ni, idea mengarut je. Terasa ada idea, aku menaip.:) Kalau kuantiti jangan harap la. Lagi² bila dah bekerja, masa memang terhad.:).Hendak menghasilkan entri berkualiti aku tidak banyak pula ilmu. Banyak juga aku follow blog² lain yang bagi aku berkualiti. Cuma aku harap kalau entri blog aku korang ada la dapat sikit² input sambil² melayan aku merapu.:)




p/s: Kuantiti vs quality, biasanya kualiti akan menang. Cuma barangan dari China sahaja kuantiti menang sebab banyak je aku tengok barangan Made in China.:)

Tuesday, December 07, 2010

Kenapa Jururawat Cantik.?

Comments

Bila sebut jururawat, atau nurse terbayang seorang perempuan dengan wajah yang cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan. Terbayang semuanya muda² belaka. Walaupun sebenarnya jururawat ramai je yang sudah berusia..:)

(Aku blurkan muka sebab tak best pula ambil gambar yang mungkin persendirian ni. )
(Kredit: google)

Pernahkah anda terpikir, kenapa jururawat cantik.? Kerana jururawat tidak seperti pramugari yang syarat hendak masuk perlu cantik dan menarik. Jururawat lebih umum dan seseorang masuk bidang kejururawatan bukan disebabkan kecantikan semata-mata.

Jadi disini aku huraikan sedikit point² yang aku terpikir, kenapa jururawat nampak cantik.:)


1. Jururawat bekerja ditempat ber'aircond'.

Bekerja di kawasan berhawa dingin semestinya tidak sama kalau bekerja di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari ataupun bekerja di kedai² makan. Keadaan yang dingin juga mempengaruhi kecantikan seseorang. Suhu yang dingin secara tidak langsung akan mengurangkan masalah² seperti minyak di muka. So mereka berkerja di persekitaran yang baik tubuh badan, tetapi juga untuk muka mereka..:)


2. Persekitaran yang bersih.

Persekitaran juga mempengaruhi kecantikan. Cuba bayang jika orang seperti jururawat bekerja di bengkel. Comot juga mereka nanti. Oleh itu, apabila mereka bekerja di persekitaran yang bersih, secara tidak langsung keadaan mereka sentiasa bersih. Cadar, sarung bantal, meja, kerusi, dan lain² semuanya bersih. Anda juga semestinya tahu perkaitan kebersihan dan kecantikan kan.:)


3. Persekitaran yang tenang.

Apabila bekerja di persekitaran yang tenang, ia dapat mempengaruhi emosi. Tekanan juga tidak banyak seperti bekerja di tempat² lain. Mungkin tekanan sekali sekala jika ada kes kecemasan. Jadi apabila bekerja di tempat yang tenang, jiwa akan rasa aman, muka akan jarang berkerut, selalu tersenyum, dan diri berasa tenang. Mereka kelihatan cantik kerana jarang nampak mereka marah² atau berada dalam keadaan tertekan seperti kerja² lain.


4. Mereka tahu aspek kesihatan.

Mereka jururawat, sudah tentu mereka tahu apa yang ok dan tidak ok. Boleh dikatakan pengetahuan mereka berkaitan kesihatan adalah lebih baik berbanding kita orang biasa. Mereka mungkin tahu sesuatu perkara baik atau tidak berdasarkan penjelasan saintifik, bukan hanya dengar² cakap orang. Jadi mereka tahu apa yang baik untuk kesihatan kulit, muka, tubuh badan dan lain².


5. Pakaian seragam.

Percaya atau tidak, pakaian seragam yang dipakai jururawat menampakkan mereka lebih cantik.?.:)Pakaian yang mereka pakai menampakkan mereka lebih kemas. Dan ditambah lagi dengan pakaian mereka yang berwarna putih, semangnya menampakkan lagi kesucian mereka..cuba bayang jururawat pakai baju kurung yang pelbagai warna, kan kurang cantik berbanding pakai baju seragam berwarna putih.. Jadi pakaian mereka sebenarnya mempengaruhi penampilan mereka untuk nampak lebih cantik, anggun dan kemas.


6. Dah mereka memang cantik. Hendak buat macam mana.:)

Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika sememangnya sebelum mereka masuk jururawat lagi, mereka sudah cantik, semestinya apabila mereka masuk jururawat akan kekal cantik dan bertambah cantik.:). Untuk point ini, point² di atas menambahkan seri mereka selain sememangnya mereka adalah seorang yang memang cantik.:). Hendak buat macam mana kan.:)


------------------------------------

Point² yang aku lemparkan di atas adalah berdasarkan apa yang aku pikirkan semata². Dan aku tidak terlibat secara langsung dengan bidang kejururawatan..:). Mungkin anda ada buah pikiran yang lain.?.:) Dan aku rasa kalau ada jururawat yang baca, apa kata bagitahu buah pikiran korang betul atau tidak apa yang aku pikirkan ini.he3.

Dan satu lagi, perempuan dengan kerjaya sebagai jururawat adalah salah satu pilihan kegemaran bagi lelaki untuk dijadikan isteri.. Betul atau tidak.?. Orang laki cuba bagitahu sikit.ha3.

p/s: Tengok muka jururawat dengan muka cantik,senyuman menawan dan suara gemersik, kesakitan berkurangan separuh..:). Jangan buat² sakit sudah la ye.ha3

Sunday, December 05, 2010

Jarang Update. Kering Idea Ke.?

Comments

Berapakah kekerapan korang update blog.? Sehari sekali, seminggu sekali, ataupun bila-bila masa korang ada idea untuk update blog korang.?



Kalau korang perasan, aku jarang update blog ni sekarang kan.:). Ini pun aku update sambil-sambil.:). Terasa macam agak lama pula aku tidak menaip panjang². Kira ini warmup semula la ye.:)

Apabila aku jarang update blog,adakah itu bermakna aku sudah kekeringan idea.?.:) Kerana biasanya kalau sesebuah blog jarang berupdate, kemungkinan ada 3.

    1. Kekeringan idea
    2. Ada idea, berminat untuk berblogging tetapi sibuk.
    3. Tidak berminat untuk berblogging lagi ( mungkin disebabkan ada hal lain)


Korang agak² la, aku masuk bahagian mana.? Cepat teka sebelum korang baca seterusnya di bawah..:)

Ok, sebenarnya kalau ikut 3 jenis di atas, aku termasuk dalam kategori 2. Ada idea, tetapi agak kurang masa untuk taip panjang². Kalau blog Ohbest, aku just post yang ringkas² je. Begitu juga denga blog tutorial, memang tutorial yang ringkas untuk memudahkan aku buat entri. Orang kata tidak la terbiar sampai 1 bulan kan.:)

Dan bercakap tentang idea untuk menaip di blog ini, kebiasaaannya yang aku buat adalah, apabila ada idea, ada point aku akan letakkan dahulu dalam notepad. Nanti bila sudah ada masa baru aku huraikan. dan kalau ikutkan setakat ini, sebenarnya banyak entri dalam mode standby.:). Tunggu aku menaip lebih panjang je.:)

(dalam notepad ini hanya ada tajuk, point.:)


Kekangan masa merupakan sebab utama kerana aku jarang update. Ye la, Kalau dah kerja, masa yang ada hanya waktu malam. So waktu malam inilah macam² perkara hendak buat, beli barang, makan, pergi situ, pergi sini, buat itu, buat ini. Takkan 24 jam hendak mengadap internet.:). Dan aku juga cuba untuk memaksimumkan masa aku berada di internet.ha3

Rasanya tidak perlu aku menaip panjang² untuk entri ini. Kan letih korang membaca entri warmup ni.:) Dan sebelum mengakhiri ada persoalan untuk aku lontarkan kepada korang berkaitan idea dan update ini.

Adakah korang mencari idea untuk update blog, ataupun korang update blog apabila idea ada..?.:)

Friday, December 03, 2010

Antara Innity dan Nuffnang

Comments

Kalau sebut Nuffnang, agak janggal kalau blogger tidak tahu. Kalau baru sehari ,mungkin juga tidak tahu, tetapi kalau yang sudah lama sedikit rasanya akan tahu.:). Dan juga Innity, yang hendak dikatakan company baru tidak lah juga. Agak lama berada di ruang maya ni.


Entri ini boleh dikatakan entri ringkas setelah agak lama aku tidak update blog ini. Tetapi blog update ohbest update setiap hari je.:). Rasanya lepas ini akau akan update lebih kerap sedikit la, mungkin 2 hari satu entri berbanding 1 minggu 1 entri.:)

Berkaitan tajuk di atas, aku terpikir untuk buat entri selepas menggunakan Innity, so kiranya bolehlah aku buat penilaian sendiri. Buat masa sekarang untuk blog ini dan blog tutorial aku guna Nuffnang, manakala blog Ohbest aku menggunakan Innity. Sebab aku tahu Innity ni nak trafik yang tinggi baru accept permohonan berbanding nuffnang yang asalkan ada blog sahaja.

Ketika entri ini ditaip, kiranya dalam 2 minggu aku menggunakan Innity di Ohbest, so performance memang menggalakkan. Kalau hendak dibandingkan dengan nuffnang, Innity ok lagi, tetapi macam yang aku katakan tadi, Innity ini susah sedikit hendak apply.:)

Bercakap tentang nuffnang pula, sebelum aku letak innity kat blog ohbest, ada la 5 buffered earning yang berjalan, kemudian aku keluarkan blog ohbest kat nuffnang untuk letak innity. Keesokannya, tup tup dari 5 buffered earning, terus tinggal 3. Ini mesti nuffnang menghukum aku ni.ha3. Ok pikir positif, kempen tu sudah habis jalan.ha3.


Tetapi memang perasan, kadar bayaran Innity adalah lebih tinggi berbanding nuffnang.
So kalau ditanya kepada aku, antara Innity atau Nuffnang, aku rasa pilih Innity dulu, cuma lepas atau tidak je blog masa nak apply.
Bagi sesiapa yang ada blog, apa kata kalau anda cuba apply Innity, mana la tahu kot-kot dapat kan. Kalau dapat anda juga yang untung.:)

Sebelum ini juga aku ada buat entri perbandingan nuffnang, adverlets dan google adsense. Untuk pengetahuan bagi sesiapa yang belum baca.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted