Sunday, January 02, 2011

Azam Yang Perlu di Tahun Baru


Tiba sahaja detik 12.00 malam, 1 Januari setiap tahun, bermulalah tahun baru masehi. Seperti biasa apabila detik ini tiba, percikan bunga api menjadi perkara yang ditunggu². Dan sebelum detik 12 malam biasanya akan ada aktiviti lain yang berkaitan dan juga ada yang tidak berkaitan (tiger show.:).

Dan yang paling penting, bukan percikan bunga api yang sekejap itu. Tetapi azam yang ditanam di dalam diri. Apa yang hendak dilakukan pada tahun baru. Apakah target, bilakah akan capai dan pelbagai lagi yang berkaitan azam yang ingin dilakukan.

Setiap orang mungkin mempunyai azam yang berbeza bergantung kepada diri sendiri. Itu aku tidak boleh campur la. Korang hendak beli motosikal baru ke, set make-up baru ke, itu dalam kategori khusus. Jadi kali ini aku ingin berkongsi pendapat dan pandangan, apa yang sepatutnya menjadi azam tahun baru yang aku kategorikan dalam kelas umum.:)


1. Berhenti merokok

Ini memang ditujukan khas untuk golongan perokok, tidak kira perokok lelaki atau perokok perempuan, dan yang kita tahu memang kebanyakannya adalah perokok lelaki. Ini kerana bagi aku (yang tidak merokok), ini perkara yang penting untuk dicapai, walaupun tidak semudah yang disangka terutamanya kepada perokok tegar.

Jadi mengapa tidak tanamkan azam untuk berhenti merokok dahulu kemudian baru diikuti oleh azam² yang lain. Kerana merokok melibatkan diri sendiri dan juga orang sekitar. Ianya jelas, memudaratkan. Jadi kenapa tidak jadikan berhenti merokok sebagai azam tahun baru yang MESTI dipenuhi.?.


3. Belajar bersungguh-sungguh

Ini bagi yang masih lagi belajar. Tidak kira la belajar di sekolah rendah, menengah, IPT dan walau di mana sahaja. Belajar adalah proses untuk menjadikan anda berbeza dari segi pemikiran, dan cara bertindak. Anda nampak betapa berbezanya antara orang yang belajar dengan orang yang tidak belajar.

Dan dari golongan orang belajar, pun ada cabangnya. Ada yang belajar sekadar untuk belajar, ada yang belajar memang hendak belajar dan bersungguh². Orang yang belajar bersungguh² akan berjaya. Jadi tetapkan untuk tahun baru ini, belajar bersungguh² untuk masa depan yang lebih cerah.:)


3. Pekerjaan yang baik

Mempunyai pekerjan adalah suatu yang penting dalam hidup. Ia menentukan bagaimana diri anda. Azam ini adalah bagi mereka yang belum mendapat pekerjaan, atau ada kerja tetapi dirasakan tidak sesuai. Bagi yang belum bekerja, tahun baru boleh dijadikan permulaan untuk anda mencari kerja yang sesuai untuk anda.

Dan semestinya anda juga tidak boleh terlalu memilih dalam soal kerja, hendak mendapatkan kerja yang baik, sebelumnya anda kena ada platform dahulu. Dan jika bernasib baik, anda akan terus dapat kerja yang baik.:)


4. Pengurusan kewangan yang lebih baik

Duit sangat penting sekarang. Tiada yang boleh menafikannya. Sebelum ini mungkin anda sudah bekerja dan berduit, tetapi agak kerap juga la duit itu berada dalam keadaan 'tidak cukup'. Orang hidup sederhana, tidak cukup dengan caranya. Orang kaya pun tidak cukup duit dengan caranya.

Jadi penting untuk tahun baru, anda merancang kembali kewangan anda. Pengurusan kewangan adalah sangat penting. Bukan bermakna anda ada duit anda boleh beli apa sahaja, masih ada pertimbangan untuk dilakukan. Kena ada sistem walaupun kecil. Contoh budget bulanan, keperluan, jumlah perbelanjaan, target simpanan dan lain² berkaitan pengurusan kewangan.

Biasanya, sesiapa yang mempunyai pengurusan kewangan yang bagus, dia jarang menghadapi masalah berkaitan kewangan walaupun gaji tidaklah sebesar bos. Jadi tetapkan pengurusan kewangan anda, bermula tahun baru ini.:)


[bonus] Cari pasangan

Wah²..:). Ok ini aku masukkan dalam point bonus la. Hendak kata penting tu, penting la juga.ha3. Normal untuk seseorang memerlukan seseorang yang bukan sekadar kawan. Walaupun anda mungkin benda² lain tetapi apabila melihat orang lain berpasangan anda akan terasa satu kekosongan. Masih belum ada yang belum lengkap dalam hidup anda iaitu soul mate anda.

Bagi yang belum berpunya, apa kata letakkan azam in dalam kategori 'tidak urgent tetapi perlu'.ha3. Dan jangan tergesa² untuk memilih, kerana untuk menerima seseorang dalam hidup memerlukan penilaian, bukan main terima sahaja tanpa usul periksa.:) Tidak kira la lelaki atau perempuan..

Dan bagi yang dah berkahwin, itu hal orang berkahwin la ye. Aku yang bujang ni tak boleh cakap banyak kalau korang hendak tambah cawangan. Tetapi satu je la nasihat, Jangan guna alasan perempuan lebih ramai dari lelaki, kerana alasan itu sememangnya tidak boleh diguna pakai..ha3. [ Sah!. Memang lelaki lebih ramai di Malaysia ]

--------------------------------------------------

Semua orang suka bercakap tentang azam tahun baru, 2011. Hendak itu la, hendak ini la. Bagus untuk perancangan masa hadapan. Tetapi jangan terlupa pula, mana² azam tahun lepas yang belum diselesaikan korang kena bawa ke tahun ini, bukan abaikan.:)

Selamat tahun baru daripada unwanted..:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted