Sunday, January 30, 2011

Perkara yang kita harap akan selesai, tetapi sebenarnya tidak akan selesai.


Kita hidup di dalam dunia yang begitu pelbagai, dari timur ke barat, utara ke selatan semuanya ada pelbagai ragam. Bagi mereka yang cintakan keamanan, mereka inginkan sdunia yang begitu harmoni. Harmoni dari segala segi, kehidupan, pemikiran, perbuatan, idealisme dan sebagainya.


Dan disebabkan kepelbagaian ini, kita lihat begitu banyak konflik yang melanda saban hari. Ada yang bertambah baik, ada yang bertambah buruk. Konflik² inilah yang menjadikan tajuk entri aku kali ini, 'perkara yang kita harap akan selesai, tetapi sebenarnya tidak akan selesai'.

Berikut point² yang aku pikirkan..

1. Agama.

Kita di Malaysia agak bernasib baik kerana permusuhan agama tidak begitu meruncing berbanding di negara² lain. Walaupun ada ketikanya isu ini timbul, tetapi dapat diredakan dengan cepat. Tiga agama yang boleh dikatakan tidak ngam antara satu sama lain secara keseluruhannya iaitu Islam, Kristian dan Buddha.

Kebanyakan konflik sekarang adalah bermula dari ini, iaitu agama. Dan bertambah buruk jika ditambah dengan unsur² lain. Adakah anda rasakan kes permusuhan agama ini akan selesai.? Tidak. Kerana tidak kira dalam Islam, Kristian atau agama lain, pemusnah kepada segalanya di akhir zaman adalah disebabkan agama.


2. Bangsa

Agama dan bangsa boleh dikatakan perkaitan yang agak rapat walaupun ada bangsa yang pelbagai agama. tetapi boleh dikatakan kita tahu secara majoritinya. Konflik bangsa juga boleh mencetuskan sesuatu yang tidak elok apabila sudah mencapai tahap memuncak.

Salah satu yang sering di ceritakan adalah peristiwa 13 Mei. Itu yang berlalu, tetapi sekarang perbalahan bangsa bukan secara fizikal (harapnya tiada), tetapi mungkin anda sedar atau tidak ada di alam maya ini yang perbalahan bangsa jadi begitu teruk. Saling kutuk mengutuk bangsa. Itu belum termasuk lagi perbalahan satu bangsa senusantara, Malaysia dan Indonesia.


Jika dilihat kepada keadaan semasa, agak sukar untuk selesaikan Masalah ini , tetapi dengan tindakan yang tertentu ianya dapat dikurangkan, bukannya dihapuskan.


3. Jantina.

Diskriminasi jantina, rasanya sudah tentu anda paham benar dengan istilah ini. Boleh dikatakan secara umumnya dimaksudkan memilih sesuatu disebabkan jantina. Dimana-mana ada perkara ini, tidak kira diskriminasi terhadap perempuan atau diskrimnisi terhadap lelaki.

Contoh: Minah perempuan grad kelas A, Abu lelaki grad kelas B. Tetapi apabila apply kerja untuk bidang engineering, kemungkinan Abu untuk dapat kerja lebih tinggi berbanding Minah. Antara sebab kerana lelaki dikatakan lebih boleh buat kerja berbanding perempuan. Pada pandangan anda, adakah ini diskriminasi jantina.?.

Diskriminasi juga berlaku semasa jantina tetapi disebabkan faktor lain. Contohnya mudah, perempuan cantik senang dapat kerja berbanding perempuan kurang cantik.
Adakah diskriminasi ini akan selesai.? Rasanya tidak.


BONUS.

4. Menilai orang lain.

Ini juga termasuk untuk perkara yang kita harap akan selesai tetapi sebenarnya tidak kan selesai. Kalau seseorang menilai orang lain dengan sebab positif, biasanya tiada masalah. Tetapi apabila seseorang menilai dengan perkara negatif, timbullah ayat² seperti di bahawa.

"eh,jangan cepat menilai orang boleh tak"
"nak nilai orang tu, tengok la diri sendiri dahulu"
"kata kat orang, macam la dia tu baik sangat"

biasa ayat perempuan kan.:)

Ayat² di atas mungkin hanya akan timbul apabila seseorang dinilai negatif, kalau dinilai positif takkan wujud ayat² di atas. Mungkin kita tidak suka orang menilai kita tentang perkara negatif, tetapi kita juga sebenarnya tidak sedar kita juga menilai seseorang dengan perkara negatif.:)

-------------------------------------------

Dari kalangan orang yang berwawasan termasuklah anda semua yang baca ni.:),kita akan pikir kenapalah ada orang yang tidak boleh pikir untuk kehidupan yang baik. Jangan berbalah, jangan berdendam, jangan bergaduh, sedangkan perkara itu sudah terang dan bersuluh adalah negatif.

Kalau ditanya aku, jawapannya adalah tidak semua orang pikir seperti yang anda pikir.:).


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted