Tuesday, March 08, 2011

Bidang Perempuan, Tetapi Dikuasai Lelaki


Penguasaan wanita di bidang-bidang tertentu di Malaysia menunjukkan peningkatan yang boleh dikatakan memang memberangsangkan. Boleh dikatakan kebanyakan bidang pekerjaan sekarang dikuasai perempuan. Ditambah lagi dengan penguasaan perempuan di IPT dan pusat-pusat pendidikan yang lain walaupun hakikatnya bilangan perempuan kurang berbanding lelaki. [entri]

Kita tahu apa bidang yang sepatutnya dikuasai oleh orang perempuan. Walau bagaimanapun, sebenarnya boleh dikatakan bidang perempuan ini dikuasai oleh lelaki. Mungkin bawahan ada perempuan, tetapi di bahagian top, lelaki menguasai bidang yang sepatutnya dikuasai oleh perempuan ini.

Berikut bidang-bidang yang pada pandangan aku di bahagian top, dikuasai oleh lelaki. Kalau korang ada pendapat lain boleh dikemukakakn di bahagian komen.:)

1. Fesyen

Perempuan memang golongan yang berfesyen. Walaupun tidak semua mengikuti perkembangan semasa, kaum wanita adalah golongan yang lebih mementingkan penampilan berbanding lelaki. Secara amnya perempuan lebih suka berfesyen berbanding lelaki.

Walaupun begitu, di bahagian atasan seperti pereka fesyen, penasihat fesyen, atau orang yang terlibat, kebanyakannya adalah lelaki. Contoh antara nama yang selalu aku dengar adalah Rizalman, Michael Ong dan Jimmy Choo. Tidak kenal pula aku pereka fesyen perempuan.:)


2. Masakan

Memasak, semestinya sangat sinonim dengan perempuan. Sehingga orang tua-tua bagitahu kalau hendak kahwin kena pandai memasak dahulu. Kena bagi makan anak dan laki. Itu yang kita sedia maklum memang perempuan pandai memasak.

Tetapi di bahagian atasan seperti chef² terkenal di hotel-hotel terkenal, golongan lelaki jelas menguasai bidang ini. Sebut sahaja nama Chef Wan, siapa yang tidak kenal. Selain itu Chef Ismail. Dan kalau anda katakan mungkin itu sedikit sahaja, cuba tengok di kedai-kedai makan, restoran, dan mana-mana kedai makan, tukang masak adalah lelaki. Memasak sinonim dengan perempuan,tetapi ianya jelas dikuasai oleh lelaki ( selain memasak di rumah.:)


3. Andaman/Solekan

Bersolek dan berdandan memang tidak perlu diterangkan lagi. Boleh dikatakan tidak sah kalau perempuan tidak bersolek.:). Tetapi adakah bersolek itu boleh menjadikan mereka 'pakar' solek.? Tidak..:)


Katalah jurusolek artis, orang atasan ataupun pengantin. Aku seperti agak pasti yang power bab menyolek ini adalah lelaki. Tidak kira la samada lelaki tulen ataupun lelaki yang sudah tidak tulen atau bahasa kasar sikit maknyah..:). So aku terpikir juga, kalau perempuan suka bersolek, kenapa yang power² bab solekan dan andaman ini dikuasai oleh 'lelaki'..:)

---------------------

Penguasaan lelaki dalam bidang perempuan ini sejujurnya bagi aku bukanlah aku berkenan sangat. Kerana aku lebih suka kalau lelaki buat kerja yang 'ganas' sikit. Sesuai dengan lelaki dan kejantanannya.

Tetapi kalau memang diorang memang power bab itu hendak buat macam mana kan. Rezeki masing-masing. Yang penting halal.:)



Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted