Monday, March 14, 2011

Life Update


Bagaimana keadaan unwanted sekarang ni yek..?.. ceh..ceh..ceh.. macam la ada orang hendak tanya kan...Tapi tak mengapa la, korang tak tanya pun aku hendak bagitahu..ha3.



Ok la, untuk entri kali ini, aku just share sedikit perkembangan untuk life aku. Tak banyak, sebab aku rasa kalau aku betul² hendak berkongsi letih korang membaca, dan letih aku menaip.:)


Kerja.

Aku suka kerja aku. Itu yang penting dahulu.:) Kerja aku bahagian manufacturing, selari la dengan course masa di universiti. Memegang title engineer sesuatu yang aku impikan juga dahulu, tetapi biasanya kalau aku jumpa orang tanya kerja apa, aku kata kerja company je. Macam segan pula hendak bagitahu kerja engineer yang baru setahun jagung ni.:)


Walaupun title aku adalah manufacturing engineer, tetapi aku ada kuasa untuk memberi operator cuti, overtime, sign on behalf supervisor dan sesekali aku sign onbehalf cell manager.:)

Boleh dikatakan sekarang ini aku buat kerja untuk engineer, supervisor dan juga planner. Control untuk quality, material and shipment. Kelebihan.? Aku tahu bagaimana system kerja kat tempat aku dan aku rasa ada sedikit kuasa berbanding engineer lain.:)


Pemakanan

Ini perkara yang aku agak runsing kebelakangan ini. Pemakanan aku agak tidak terkawal. Nampak je menu yang sedap sikit, terus order tanpa banyak kata. Dan disebabkan itu, kenaikan berat badan telah pun berlaku.ha3.


Kalau ikutkan bulan Mac misi untuk diet, tetapi aku tukar sedikit plan, bulan Mac misi untuk diet sedikit-sedikit.:). Kalau yang kenal aku pun jumpa mesti kata badan aku dah naik. Ini yang aku tak suka ni..ha3.


Hobi.

Hari sabtu ahad, aku main takraw. Malam isnin dan rabu aku main badminton. Dan sesekali sebelum balik kerja, main pingpong dahulu. Dan sekarang ada satu lagi yang aku tambah dalam kalendar aktiviti, mendaki gunung. Aku naik yang berhampiran je.

Dan rasanya ini akan jadi aktiviti aku kalau ada kelapangan hari minggu.:)




Internet

Internet adalah kegilaan aku ketika aku belajar dahulu. Sekarang ini pun, walaupun bekerja internet masih lagi sangat penting bagi aku. Tetapi masa untuk menggunakan internet sudah agak terhad. Kalau dahulu hampir setiap masa boleh mengadap internet, sekarang hanya 1 jam or 2 jam je yang aku ada setiap malam untuk mengadap internet. Disebabkan itu memang agak jarang untuk aku update blog ini, blog tutorial dan blog ohbest.


Walaupun masa berinternet kurang, tetapi itu tidak menghalang aku untuk upgrade streamyx.:). Sebelum ini aku guna pakej yang RM60±, tapi start minggu lepas aku guna pakej RM110. Boleh la tahan sikit terutamanya apabila tengok video atau download. (download movie tapi tak de masa untuk tengok..ha3). Dan rancang nak upgrade yang RM130 coz tambah RM20, leh pakej 2Mbps. (pakej 4Mbps tak support kat area aku)


Girlfriend...

La la la la....
Ada terpikir, dan aku rasa macam nak cari seorang..:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted