Monday, June 13, 2011

Blog Updates - Jun 2011


3 blog untuk dijaga sememangnya memberi satu cabaran pada aku sekarang. Kekangan masa yang teramat sangat. Memang biasa untuk lewat malam sahaja masa yang ada untuk update.(Ni pun aku taip kol 11.30pm). Bukan apa untuk tidak mengecewakan pengunjung terutamanya blog tutorial dan ohbest. Biasanya kalau aku tak update 3,4 hari ada yang akan tanya kenapa tak update. Sorry la bro/sis,.:)



Untuk kali ini, suka untuk aku bagitahu apakah perkembangan untuk blog yang aku ada. Dan untuk memudahkan aku update sekaligus apa yang berlaku untuk ketiga² blog.

1. Nuffnang vs Innity

Sebelum ini aku menggunakan Nuffnang untuk ketiga-tiga blog, kemudian blog ohbest mula menggunakan innity. Dan sekarang aku juga menggunakan innity untuk blog tutorial. Satu langkah yang aku ambil memandangkan trafik blog tutorial agak tinggi dan aku rasa semestinya satu kelebihan.


Cuma blog tutorial aku tinggalkan satu iklan nuffnang.
Untuk blog unwanted86 ini aku guna nuffnang lagi. Rasanya kalau apply innity mungkin tak lepas kot. Ok la ada juga nuffnang.:)

2. Apesal.com

Apesal bukan hendak cari pasal bergaduh, tetapi hendak cari pasal berkaitan trafik.:). Bagi yang belum tahu, Apesal.com ini boleh dikatakan satu perkongsian trafik yang berkesan. Cara exchange juga agak menarik.

Buat masa sekarang aku gunakan widget ini di blog ohbest sahaja. Memantau dahulu perkembangan prestasi Apesal.com ini. Daripada feedbacks blogger yang pernah menggunakan Apesal.com, trafik yang diberi memang agak memuaskan.


3. Priority.

Kalau di tanya, mana satu keutamaan antara ketiga-tiga blog ini bagi aku sekarang.?. So kalau ikut keutamaan aku untuk update adalah ohbest kemudian blog tutorial kemudian baru unwanted86. Kasihan pula dengan blog ini, tetapi hendak buat macam mana kan.:)

4. Facebook profile.

Bagi sesiapa yang perasan aku ada letakkan badge profile facebook aku di setiap blog. Pada asalnya memang aku kalau boleh tak nak letak, tetapi kasihan bagi pengunjung blog tutorial yang aku tak sempat jawab soalan mereka di komen blog. So biasanya kalau di facebook ni aku jawab lagi mana yang termampu. Itu pun sebenarnya masih tak mampu hendak jawab semua.:)

So aku pikir alang-alang dah letak tu, aku letak je la dalam kesemua blog. Tetapi kan, kalau boleh kalau aku approv, korang jangan la mention nama blog sangat kat wall. Aku segan sebenarnya. Honestly sebenarnya ramai member-member aku yang tidak tahu aku ada blog, lagi² 3 blog. Sebab kalau ikutkan aku lebih suka underground.:)


5. Sharing is Caring.

Aku tidak tahu kenapa, aku rasa tiada masalah untuk korang copy apa sahaja yang ada dalam ketiga-tiga blog aku. Tidak kira la hasil titik peluh aku cari sumber ke, mengarang ke, menaip entri panjang² ke. Korang hendak ambil, ambil sahaja.

Hendak copy bulat² pun aku tidak kisah sebenarnya. Mungkin bagi aku ketiga blog ini bukannya bersifat komersial kot. Perkongsian apa yang aku tahu, dan juga bagus untuk orang lain tahu. So, ambil sahaja kalau hendak apa-apa dalam ketiga² blog ini. Tiada masalah sama sekali.:)

--------------------------------

Tengok, aku rancang hendak mengarang sedikit je, dan panjang lebar..
Mungkin itu untuk update blog sempena bulan jun yang dah nak masuk tengah bulan kot..:)

Sebenarnya aku ada hendak buat satu entri bertajuk, "Perempuan memang selalu macam ni eh..". Ada sebab kenapa aku terpikir hendak buat entri ini. So tunggu untuk next entri ye..

Happy blogging.:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted