Sunday, June 19, 2011

Perempuan Memang Selalu Macam Ni Eh..?


Dalam entri sebelum ini aku ada bagitahu hendak buat entri yang bertajuk 'Perempuan memang selalu macam ni eh'. Ada sebab aku terpikir hendak buat entri macam ni.:)

Selepas aku balik cuti lepas, baca² blog mana yang jumpa dan terjumpa entri yang aku rasa menarik dan buat aku ketawa. Entri jenis-jenis alasan yang selalu diberi oleh lelaki, di blog Zureensukasushi bagi entri Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.
Memang ada beberapa perkara yang aku rasakan memang betul pun..ha3.

Gambar muka depan nak letak yang lawa-lawa je.:)

So aku pikir pula, apa yang boleh membuatkan lelaki pikir, perempuan memang selalu macam ini eh. Bukan alasan, tetapi lebih kepada perlakuan mereka.
Ini untuk bacaan santai, kalau korang ada point lain tolong bagitahu ye.:)



1. " 5 minit lagi nak siap, tinggal nak cari kasut hendak pakai je"

Ye ke 5 minit.? Aku rasa kalau 5 minit bagi perempuan boleh pergi 15minit hingga setengah jam kot. Cari kasut 10 minit, pastu masuk dalam rumah balik tertinggal kelengkapan beg tangan pulak, pastu nak tengok balik baju kena atau tidak dengan seluar, final checking untuk make-up pula.:) Tambah tolak, 5minit=30minit.:)


2. "Jom teman i shopping, i hendak beli baju 1 helai je, sekejap je"

Keypoint dia untuk ajak keluar, baju 1 helai dan sekejap. Itu semasa perbincangan.

Nanti bila shooping, baju akan jadi 3, tudung 1, pengikat rambut warna warni 3 pasang, seluar 1, lipstik 2, tambahan maskara 1..:)
Dan masa yang kata sekejap tu akan jadi seharian dari tengah hari sampai petang ataupun malam. Lagi-lagi kalau ada sale.:)


Psssst: Perempuan kalau masa sale, dorang takkan letih berjalan sehari suntuk. Lepas balik baru dorang akan rasa letih.:)


3. Di kedai aksesori perempuan

GF: Abang, nak beli pengikat rambut ni. Cantik la warna dia
BF: Eh, kan dah beli minggu lepas. Elok lagi kan yang tu.
GF: (mulut muncung)
BF: Ok², beli la satu ek.. Dah jangan muncung² ek.
GF: Terima kasih abang..:)(Gembira)



Jangka ianya sudah berakhir.? No..Minggu depan/next time, dialog sama berkemungkinan akan berulang samada untuk barang sama atau barang berbeza..:)


4. Pilihan Baju/kain/seluar
(atau apa sahaja yang kena pilih)

GF: Abang baju ni cantik tak.? (warna pink)
BF: Cantik
GF: Baju ni.? (warna biru)
BF: Cantik juga
GF: Baju ni.? (corak bunga)
BF: Pun cantik juga
GF: Baju ni.? (corak jalur)
BF: Pun cantik
GF: Baju ni.? (corak jalur dengan ada bunga halus)
BF: Aah, cantik juga.
GF: Ermm.. nak beli baju mana satu ek..



Perempuan biasa berada dalam keadaan rambang mata apbila melihat terlalu banyak perkara yang menarik perhatian mereka, pastu dalam dilema hendak pilih mana satu:)

Tips: Biasanya kalau lelaki suka satu baju untuk perempuan, dia akan kata 'saya rasa baju ni cantik dengan awak'. Kalau soalan² tadi tu, saja je hendak melayan.:)


----------------------------------------

Lelaki makhluk yang simple, perempuan makhluk yang kompleks,
Sebab itu kita berbeza dari kebanyakan segi.
Dan ini yang menjadikan hidup kita lebih ceria kan.:)



Lelaki memerlukan perempuan,
perempuan memerlukan lelaki,
you can't deny it.:)

p/s: Woman, she is life.


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted