Saturday, October 08, 2011

Pilihan : Facebook Atau Blogger


Facebook dan blogger ada kekuatan masing-masing. Kalau hendak disenaraikan, boleh jadi satu entri pula nanti.:). Boleh dikatakan ketika ini kebanyakan orang mempunyai akaun facebook, dan juga kehadiran blogger juga menampakkan peningkatan.

Semenjak dua menjak ini, aku selalu berpikir tentang banyak hal yang mana ianya bersifat, 'jika diberi pilihan, mana satu akan pilih'. Sebenarnya sudah banyak idea aku untuk menerbitkan entri yang begini, ada yang pilihan berat, ada yang jenis ringan. So kiranya antara facebook dan blogger ini pilihan yang 'ringan' la.



Mungkin akan lebih banyak lagi entri selepas ini akan menyusul. Sebelum itu aku hendak terang dahulu kenapa bagaimana cara aku pikirkan ini. Dalam hidup ini, kita selalu diberi pilihan samada kita sedar atau tidak. Ada pilihan yang ruang lingkupnya luas, macam anda ada banyak pilihan. Ada pilihan yang sangat kecik skopnya, iaitu mungkin kena pilih 1 daripada 2, atau 1 daripada 3, atau 2 daripada 3.


Untuk entri pilihan ini, korang mesti beranggapan mesti memilih mengikut berapa keputusan yang boleh dibuat. contoh kalau disuruh pilih A atau B. So korang kena la pilih A ataupun B. Tidak boleh nak A separuh, B separuh, atau A 1/4, B3/4.:)

Untuk pilihan pertama ini, aku buat antara facebook dan blogger.



Keadaannya : Jika diberi pilihan, untuk menutup satu akaun secara kekal, mana satu yang korang akan tutup. Facebook atau Blogger.? Dan kenapa.?.:)

p/s:Dalam pikiran aku pun sudah ada entri yang akan terbit yang akan pilihannya adalah sangat kritikal. Nanti tengok korang pilih apa.:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted