Sunday, October 16, 2011

Pilihan: Kawan atau Bantuan


Mungkin sesetengah daripada anda pernah mengalami situasi untuk memilih untuk menyokong siapa jika ada kawan yang bertelagah. Kebiasaannya dalam situasi ini anda akan jadi orang tengah untuk menyejukkan keadaan. Itu jika situasi kawan-kawan.



Untuk entri kali ini, yang memerlukan anda membuat keputusan adalah situasi dimana melibatkan beberapa pihak iaitu kawan, musuh, diri sendiri dan bantuan. So pilihan yang diperlukan adalah samada kawan atau bantuan. Situasinya andalah seperti dibawah.


Anda adalah seorang anggota tentera yang ditugaskan untuk menjaga sempadan negara yang sedang berperang. Anda ada seorang kawan dalam tentera yang paling rapat dengan anda. Sepanjang mula masuk tentera sehingga ditugaskan untuk ke misi medan perang, sememangnya anda bersama dengan dia. Dan disebabkan anda begitu baik dengan dia, anda berjanji pada diri akan pertahankan dia walau dalam keadaan apa sekalipun walaupun bergadai nyawa.



Apabila menjalankan misi perang ini, kumpulan yang anda sertai mengalami kekalahan dan tinggal anda berdua sahaja dan anda terpaksa berundur untuk mendapatkan bantuan dari kem yang berhampiran dengan jarak lebih kurang 3km lagi. Musuh yang lebih kurang 100 orang berada semakin rapat dibelakang anda. Apabila hendak sampai 2 km lagi, kaki kawan anda patah disebabkan terjatuh. Dengan keadaan kawan anda sekarang, akan melambatkan pergerakan anda berdua dan pihak musuh akan dapat mengejar sebelum sempat anda sampai ke kem bantuan.



Kawan anda memberitahu supaya tinggalkan sahaja dia dan pergi ke kem bantuan untuk menyelamatkan diri. Lagipun keadaan dia sekarang akan menyebabkan musuh dapat mengejar, dan semestinya anda berdua tidak dapat melawan tentera musuh yang berjumlah 100 orang. Anda teringat janji yang anda telah buat untuk mempertahankan dia walaupun terpaksa bergadai nyawa, tetapi pada masa yang sama kawan anda suruh pergi sahaja selamatkan diri dan dapatkan bantuan asalkan salah seorang dari anda selamat.

Dalam situasi ini, apa yang anda akan lakukan.?

1. Berjuang sehingga titisan darah terakhir bersama kawan seperti yang anda janjikan semasa bersamanya.
2. Dapatkan bantuan seperti yang disuruh kawan yang mana anda tahu anda akan selamat, kawan baik anda tidak.


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted