Monday, February 28, 2011

Apakah Pilihan Anda.?

Comments

Dalam hidup, kita sentiasa mempunyai pilihan, ataupun peluang untuk sesuatu. Tidak kira samada pilihan itu melibatkan diri sendiri, ataupun orang lain. Disebabkan wujudnya pilihan ini, anda pada ketika itu perlu membuat keputusan. Dan keputusan yang anda hendak buat, semestinya terdapat banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi. Dan ada kalanya kita terpaksa buat keputusan yang begitu strict.



Andaikan anda berhadapan dengan situasi sebegini.

> Anda dan seorang lagi kawan anda memancing di tengah lautan menggunakan sebuah sampan yang memang boleh memuatkan hanya untuk dua orang. Jika lebih 2 orang, sampan anda boleh karam. Ketika di tengah lautan, anda terserempak dengan seorang nelayan yang sampannya sedang bocor dan air mencurah² masuk ke sampannya yang sedang bocor itu. Dia merayu² meminta pertolongan anda. <

Apa keputusan yang anda akan buat.?

1 ) Tolong - Walaupun anda tahu risikonya
2 ) Biarkan - Kerana anda tahu risikonya

Sebelum korang baca seterusnya (berdasarkan pandangan aku), apa kata kalau anda pikir dahulu apa keputusan yang anda akan buat untuk situasi di atas, Tolong atau Biar..?

Ok, berikut adalah keputusan yang aku akan buat jika aku berhadapan dengan situasi di atas..


Keputusan aku adalah : Biarkan.

Terasa seperti agak kejam bukan kerana membiarkan orang yang meminta tolong kan. Tetapi itulah keputusan yang aku akan buat.

Kenapa biarkan.?

- Kerana risikonya memang terang - kalau tolong sampan yang dinaiki juga akan tenggelam
- Lebih baik biarkan seorang, berbanding ketiga-tiga bermasalah.
- Pastikan yang ada selamat dahulu sebelum selamatkan yang lain.
- Tahu ianya melibatkan nyawa dan perasaan, tetapi disebabkan melibatkan nyawa dan perasaan, dalam situasi ini nelayan itu perlu dibiarkan.
- Kalau anda biarkan, seorang mati lemas. Kalau tolong, ketiga² mati lemas termasuk anda. So, kalau anda tolong, sebenarnya anda bukan menolong.
- Kasihan.? - pikirkan keselamatan anda dan kawan anda.

Note: Situasi di atas adalah satu andaian untuk mengetahui bagaimana anda membuat keputusan. Pelbagai lagi situasi yang memerlukan anda membuat keputusan yang sangat kritikal, bagi aku perlu memikirkan diri sendiri dan orang yang berada dalam zon selamat dahulu. Walaupun untuk kedua-dua keputusan itu tiada yang 'salah' secara nyata.


---------------------------------------------------

Keputusan di atas yang aku buat adalah berdasarkan dari diri aku. Korang mungkin mempunyai keputusan yang sama dengan aku tetapi sebab yang berbeza. Atau, korang mungkin juga memilih keputusan untuk Menolong.

Korang dari pandangan korang la.
(Kira korang belum baca entri, tapi baca situasi je),

Korang tolong @ biarkan.?

Feel free to drop your comment.:)

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa Blogger Perempuan Lebih Ramai

Comments

Sekilas pandang, manakah lebih ramai. Blogger perempuan atau blogger lelaki.?
Blogger mana yang aktif menguasai ruang maya.? Lelaki atau perempuan.?

Kalau aku, memang akan aku kata blogger perempuan lebih ramai daripada lelaki, dan blogger perempuan juga yang lebih aktif berbanding lelaki. Hendak kata ukuran tu, aku tiada ukuran yang tepat dengan nilai kuantiti. tetapi cukuplah berdasarkan pemerhatian sepanjang aku berada di alam maya ini.

Dan juga aku ambil screenshot dari 3 blog aku berdasarkan followers (thnks kepada semua followers aku.:), yang mana agak jelas menunjukkan blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki pada sekilas pandang.





Mungkin persoalan sebegini boleh dilontarkan.
Kenapakah blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki.?

Aku bagi beberapa point yang aku pikirkan.
sesiapa yang ada pendapat lain, digalakkan untuk berkongsi pendapat anda.
Mungkin anda ada point² lain.:)

Berikut 4 point yang aku pikirkan.



1.Perempuan lebih celik IT.

Apa yang aku maksudkan perempuan lebih celik It adalah perempuan lebih banyak terlibat dengan dunia internet. Antara sebab kenapa perempuan lebih terdedah kepada dunia It adalah, perempuan lebih banyak yang berada 'level' purata yang lebih tinggi berbanding lelaki. contohnya perempuan lebih ramai di IPT atau di kebanyakan bidang sekarang ini.

Apabila level seseorang itu tinggi, kemungkinan untuk terlibat dengan dunia internet adalah tinggi. Walaupun terdapat pelbagai cabang dalam dunia internet ini, tetapi salah satu daripadanya adalah blogging. Dan kuantiti blogger sekarang ini dikuasai oleh blogger perempuan.:)


2.Perempuan mempunyai lebih banyak masa.

Masa setiap orang adalah sama 24 jam.:) Apa yang aku maksudkan adalah perempuan biasanya mempunyai lebih banyak masa untuk mengadap internet berbanding lelaki. Contohnya, apabila habis waktu kerja/belajar lelaki lebih suka lepak atau buat aktiviti lain. Perempuan pula lebih suka berada di rumah/asrama. dan aktiviti dorang masa ini, sembang sikit, gosip sikit, blogging, baca novel.So peluang untuk perempuan berblogging lebih tinggi.

Itu belum masuk lagi dengan suri rumah sepenuh masa. kalau suri rumah yang tahu bab blogging ini, aku rasa kalau sudah siap kemas rumah, memasak, mandikan anak, jadi masa lapang mereka adalah berblogging.

Kalau lelaki mungkin mereka lebih kepada aktiviti luar. Contoh macam aku, balik kerja sudah plan malam hendak lepak kat mana. itu ini lagi. Balik kalau ada masa online sekejap. Sebab itu entri jarang² sekarang kot.:).

3.Perempuan suka berkongsi sesuatu.

Perempuan sifatnya suka berkongsi cerita, tidak kira kisah suka atau duka. Sebab itulah biasa untuk kita jumpa blog perempuan yang bercerita tentang kisah kehidupan sehariannya. Tidak kira sedih atau gembira atau pelbagai kisah lagi. Agak kurang kalau lelaki. Lelaki jarang hendak cerita apa yagng berlaku, lagi-lagi online.:)

Disebabkan sifat perempuan suka berkongsi perasaan mereka, blogging adalah salah satu medium untuk mereka. Sebab dahulu mungkin luahan perasaan dilakukan dalam diari fizikal, sekarang diari maya.:)
Ini secara tidak langsung menambahkan lagi bilangan blogger yang ada di alam maya ini.:)

4. Tarikan kawan-kawan.

Aku rasa mungkin perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi juga. Kawan dia ada blog, dia pun ikut hendak buat blog. Walaupun mula-mula macam tidak mahu, tetapi pujuk sikit, buat la juga. Isi kandungan kemudian cerita yang penting ada blog dahulu.:)

Kalau lelaki, aku rasa macam jarang sikit terpengaruh dengan ajakan member untuk berblogging. Kecuali kalau betul-betul yang ada menarik perhatian. Sebab aku katakan tadi, mungkin lelaki lebih berminat kepada aktiviti fizikal (outdoor) berbanding mengadap pc/laptop dan menaip entri.

BONUS.
5. Blogging = Hobi Perempuan..?

Eh, aku lelaki apa...ha3..

--------------------------------------------------------

Percaya atau tidak:

Walaupun blogger perempuan lebih ramai, tetapi ramai yang pakar bab blogging/IT ini adalah dari golongan lelaki..:)



Sunday, February 20, 2011

Kiamat : Dua Perkara Yang Terlintas di Pikiran

Comments

Kali ni topik sedikit berkisar tentang keagamaan. Jangan panggil aku ustaz lak nanti ye.:), tapi ada benda yang terlintas dalam pikiran aku untuk aku menerbitkan entri ini.:)

Kiamat, pengakhiran kepada segala yang ada di alam ini seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Dan untuk menghampiri kiamat ini, sudah dinyatakan tanda-tanda kecil dan juga tanda-tanda besar.


Ada dua persoalan yang berlegar dipikiran aku yang sebenarnya sehingga kini aku belum jumpa jawapannya. Oleh kerana ini berkaitan agama, bukan sewenang-wenangnya hendak mengeluarkan kenyataan. Sebab itu entri aku ini lebih kepada persoalan..:)

Setahu aku, kiamat ini berlaku serentak di seluruh alam semesta. Bukan bermula dari timur ke barat, atau barat ke timur. Akan tiba waktu itu, seluruh alam akan bergoncangan, hancur, bintang berguguran. Disebabkan itu, point berikut yang berlegar di pikiran aku.


1. Kiamat berlaku pada hari jumaat

Rasanya ini semua orang tahu. pengakhiran akan berlaku pada hari kiamat. Apa yang aku terpikirkan, di tempat manakah ketika hari jumaat ini kiamat berlaku.

Kerana kita tahu, kita ada timur dan barat, Kalau negara di timur sudah masuk hari Rabu, negara di barat masih lagi hari Selasa. Jadi, kalau di suatu tempat yang berlaku kiamat, pada hari jumaat. Mungkinkah ada satu tempat yang lain kiamat akan berlaku pada hari khamis ataupun sabtu.? atau macam mana.? Aku tidak tahu..


2. Matahari terbit dari barat ke timur

Hampir sama kes seperti di atas, tetapi ini lebih jelas kerana ianya melibatkan objek, Matahari. Kiamat akan berlaku apabila matahari terbit dari barat ke timur.

Pada pengetahuan aku yang cetek ini, itu bermakna apabila anda bangun pagi, anda akan saksikan matahari akan terbit dari barat. Aku tidak tahu bagaimana korang pikir untuk kes ini.


Ketika anda bangun pagi seperti biasa, matahari terbit dari timur ke barat, tetapi banyak lagi di tempat lain, pada masa itu sebenarnya matahari sudahpun terbit, mungkin tengah hari atau sudahpun hampir malam, sedangkan pada waktu anda, pada masa itu matahri baru hendak terbit.

Kalau kiamat berlaku dengan matahari terbit dari barat ke timur, bermakna ada tempat yang akan menunjukkan matahari sudah keluar, tetapi selepas itu akan terbalik pergerakannya. Contohnya jika tempat itu sudah pun hendak menjangkau tengah hari, kiamat berlaku, matahari akan reverse dari 'tengah hari kepada pagi' dan di satu tempat matahari akan terbit dari barat ke timur.Aku pun masih belum tahu apa-apa penjelasan tentang hal ini.


---------------------------------

Perkara tentang kiamat semestinya menimbulkan begitu banyak perbahasan semua orang. Dari kes dajjal, yadjud dan makjud, teori bagaimana bumi hancur, teori alam hancur dan pelbagai lagi yang semestinya menjadi misteri. Walau apapun, ianya tetap akan berlaku dan hint sudah diberi...

Dan seperti aku katakan tadi, untuk dua persoalan di atas, aku tidak tahu jawapannya...


Sunday, February 13, 2011

Cara Perempuan Bagi Hint Untuk Dimengorat

Comments

Untuk entri ini, anggaplah anda seorang lelaki yang begitu hensem dan kacak sekali..ha3.

Ceritanya..

Suatu hari anda pergi ke shopping complex berjalan² mencari barang. Selepas penat anda ke food court untuk menjamah makanan. Dihadapan anda ada seorang awek berseorangan atau bersama kawan², yang mungkin bagi anda itu perempuan biasa. Tetapi adakah anda tahu di dalam hati perempuan tersebut sebenarnya dia ingin berkenalan dengan anda.?

Untuk kali ini aku berpikir apakah hint² yang mungkin diberi oleh seorang perempuan, memandangkan itu kali pertama ternampak anda. Sebab situasinya bukan seperti di sekolah, universiti atau asrama yang dia boleh jumpa anda lagi. Mungkin ini pertama dan terakhir dia jumpa anda di shopping comlex itu.

So dia tak nak lepaskan peluang untuk berkenalan dengan anda. Tetapi takkan perempuan hendak mengorat anda pula kan. Perempuan biasanya malu untuk mendekati lelaki berbanding lelaki mendekati perempuan. Tetapi mereka biasanya akan memberi hint. Sebab dalam majalah pun, ruangan cinta cantun pun akan galakkan perempuan memberi hint kan..ha3.

Berikut point² yang aku pikirkan. anda semua tidak kira lelaki atau perempuan digalakkan untuk memberi komen anda kerana point² ini aku pikir sendiri je. Mana tau salah atau korang ada point² lain untuk dikongsi, terutamanya dari kaum hawa sendiri..ha3.


1. Asyik tengok / curi pandang anda.

Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada rupa, penampilan dan juga tingkah laku.

Kalau terpandangan kali pertama normal la. Tapi kalau perempuan asyik tengok anda, kadang² curi² pandang, so berkemungkinan dia hendak berkenalan, tetapi dia malu. So dia bagi la hint permulaan ini, iaitu asyik tengok/curi pandang anda.:)


2. Senyum kepada anda, bukan sekali tapi banyak kali.

Mungkin apabila anda perasan dia tengok anda, kali pertama mungkin dia alihkan pandangan, kedua senyum kepada anda. Kali ketiga, keempat dan seterusnya, setiap kali pandang, setiap kali senyum kepada anda.:)

Kalau macam ni, semakin kuat firasat menunjukkan perempuan ini berminat dengan anda, dan mungkin dalam hatinya berkata 'kalaulah dia tegur aku'..ataupun boleh dikatakan dalam fasa ini, mereka berharap agar diri mereka dimengorat..:)


3. Dia akan cuba untuk tonjolkan diri dia.

Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan² lelaki. Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la:)

Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi ada juga yang apabila perasan anda berada di depan, dan dia berminat hendak berkenalan dengan anda, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian anda.

Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat² walaupun sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap anda, buat² bangun, betulkan kasut, dan macam² lagi la asalkan anda perasan adanya dia di hadapan anda. Lepas buat perkara², dia akan tengok anda untuk perhatikan samada anda perasan atau tidak perlakuan dia tadi.

Bonus:
Buat gaya macam gedik/mengada sikit.
Gambar sekadar hiasan.ha3


Aku tak tahu la betul atau tidak, tetapi mungkin juga perempuan akan buat gaya yang menggedik sedikit, bukan setakat lentuk tubuh, mungkin suara pun akan menggedik sedikit.:) Tujuan adalah sama seperti point ke tiga, iaitu untuk menarik perhatian..:)


------------------------------------------------

Cepat sungguh la 3 point yang aku bagi ini. Rasa banyk je lagi hendak menaip ni.ha3. Tetapi tidak mengapalah ye 3 point je pun, takut entri terlebih panjang pulak nanti.:)

So, selepas baca cara perempuan bagi hint untuk dimengorat ini,. soalan yang aku hendak tanya.

1)Lelaki : Adakah anda pernah perasan apa² hint dari perempuan yang macam hendak diri mereka dimengorat.?..ha3

2) Perempuan : Kalau ada nak betulkan atau korang ada hint lain yang korang biasa praktikkan, apa kata bagitahu. Leh kitaorang lelaki ni tambah pengetahuan sikit cara² korang bagi hint untuk dimengorat kepada lelaki.:)

Dan satu lagi, penting juga ni, istilah 'dimengorat' aku tidak tahu boleh diguna pakai atau tidak, aku letak je apa yang terlintas dalam pikiran aku. Oleh itu jangan gunakan dalam karangan bahasa melayu anda.ha3.

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted