Sunday, March 27, 2011

Atasi Masalah Internet Download Manager (IDM) Tidak Compatible Dengan Firefox 4.0

Comments

Firefox 4 baru sahaja dilancarkan. Dan aku pun telah install dengan jayanya. Secara keseluruhanya memang sangat bagus firefox 4 ini. Bagi yang belum lagi menggunakan firefox 4 ini, sangatlah digalakkan. Kerana anda akan merasai kelainannya yang sangat ketara terutamanya dari segi kelajuan berbanding versi lama.



Bagi yang belum download/install firefox 4, boleh download terus je dari laman utama. http://www.mozilla.com/en-US/firefox/fx/

Bagi yang menggunakan add ons firefox pula, kebanyakan adalah compatible. Cuma satu je yang aku perasan tidak compatible dari yang aku guna, iaitu internet download manager (IDM). Tetapi aku sudah jumpa penyelesaian untuk masalah ini.( penting woo IDM ni bagi aku. Macam jantung firefox nih.:).

Cara untuk mengatasi masalah ini seperti berikut.


1. Klik link ini untuk pergi ke IDM support page

2. Scroll page tersebut sampai ke bawah, kemudian klik 'install'
Atasi Masalah Internet Download Manager (IDM) Tidak Compatible Dengan Firefox  4.0

3. Paparan yang keluar, klik 'allow'
Atasi Masalah Internet Download Manager (IDM) Tidak Compatible Dengan Firefox  4.0

4. Kemudian 'install'
Atasi Masalah Internet Download Manager (IDM) Tidak Compatible Dengan Firefox  4.0

5. Restart firefox, dan IDM sudah compatible dengan firefox 4 anda.:)
Atasi Masalah Internet Download Manager (IDM) Tidak Compatible Dengan Firefox  4.0


Happy downloading..:)

Saturday, March 19, 2011

Tutorial Lajukan Loading Facebook

Comments

Kalau anda perasan laman facebook agak lambat loading sejak kebelakangan ini. Hendak buka profile pun lambat apatah lagi hendak upload gambar atau video. Sebenarnya ini disebabkan oleh gempa bumi yang melanda Jepun yang menyebabkan ganguan kabel internet.

So disini aku tunjukkan tutorial yang agak mudah untuk kembalikan masa loading facebook anda seperti sedia kala. Aku sudah cuba dan memang berkesan.:)





Tutorial atasi masalah facebook ini seperti di bawah.


1. Buka C:\WINDOWS\system32\drivers\etc ataupun anda copy sahaja alamat ini dan paste di ruangan address mana² folder yang anda buka.


2. Right click pada file yang bernama HOSTS, kemudian pilih 'open with'

3. Dari paparan yang muncul, pilih notepad dan klik ok

4. Paparan seperti di bawah akan muncul.


Copy dan paste kod di bawah ke dalam notepad

::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

contoh:


5. Kemudian klik sahaja 'x' yang berada di penjuru kanan notepad, dan apabila paparan 'do you want to save the changes'. klik sahaja yes.



6. Selesai dan cuba buka kembali facebook anda.:)


Monday, March 14, 2011

Life Update

Comments

Bagaimana keadaan unwanted sekarang ni yek..?.. ceh..ceh..ceh.. macam la ada orang hendak tanya kan...Tapi tak mengapa la, korang tak tanya pun aku hendak bagitahu..ha3.



Ok la, untuk entri kali ini, aku just share sedikit perkembangan untuk life aku. Tak banyak, sebab aku rasa kalau aku betul² hendak berkongsi letih korang membaca, dan letih aku menaip.:)


Kerja.

Aku suka kerja aku. Itu yang penting dahulu.:) Kerja aku bahagian manufacturing, selari la dengan course masa di universiti. Memegang title engineer sesuatu yang aku impikan juga dahulu, tetapi biasanya kalau aku jumpa orang tanya kerja apa, aku kata kerja company je. Macam segan pula hendak bagitahu kerja engineer yang baru setahun jagung ni.:)


Walaupun title aku adalah manufacturing engineer, tetapi aku ada kuasa untuk memberi operator cuti, overtime, sign on behalf supervisor dan sesekali aku sign onbehalf cell manager.:)

Boleh dikatakan sekarang ini aku buat kerja untuk engineer, supervisor dan juga planner. Control untuk quality, material and shipment. Kelebihan.? Aku tahu bagaimana system kerja kat tempat aku dan aku rasa ada sedikit kuasa berbanding engineer lain.:)


Pemakanan

Ini perkara yang aku agak runsing kebelakangan ini. Pemakanan aku agak tidak terkawal. Nampak je menu yang sedap sikit, terus order tanpa banyak kata. Dan disebabkan itu, kenaikan berat badan telah pun berlaku.ha3.


Kalau ikutkan bulan Mac misi untuk diet, tetapi aku tukar sedikit plan, bulan Mac misi untuk diet sedikit-sedikit.:). Kalau yang kenal aku pun jumpa mesti kata badan aku dah naik. Ini yang aku tak suka ni..ha3.


Hobi.

Hari sabtu ahad, aku main takraw. Malam isnin dan rabu aku main badminton. Dan sesekali sebelum balik kerja, main pingpong dahulu. Dan sekarang ada satu lagi yang aku tambah dalam kalendar aktiviti, mendaki gunung. Aku naik yang berhampiran je.

Dan rasanya ini akan jadi aktiviti aku kalau ada kelapangan hari minggu.:)




Internet

Internet adalah kegilaan aku ketika aku belajar dahulu. Sekarang ini pun, walaupun bekerja internet masih lagi sangat penting bagi aku. Tetapi masa untuk menggunakan internet sudah agak terhad. Kalau dahulu hampir setiap masa boleh mengadap internet, sekarang hanya 1 jam or 2 jam je yang aku ada setiap malam untuk mengadap internet. Disebabkan itu memang agak jarang untuk aku update blog ini, blog tutorial dan blog ohbest.


Walaupun masa berinternet kurang, tetapi itu tidak menghalang aku untuk upgrade streamyx.:). Sebelum ini aku guna pakej yang RM60±, tapi start minggu lepas aku guna pakej RM110. Boleh la tahan sikit terutamanya apabila tengok video atau download. (download movie tapi tak de masa untuk tengok..ha3). Dan rancang nak upgrade yang RM130 coz tambah RM20, leh pakej 2Mbps. (pakej 4Mbps tak support kat area aku)


Girlfriend...

La la la la....
Ada terpikir, dan aku rasa macam nak cari seorang..:)


Tuesday, March 08, 2011

Bidang Perempuan, Tetapi Dikuasai Lelaki

Comments

Penguasaan wanita di bidang-bidang tertentu di Malaysia menunjukkan peningkatan yang boleh dikatakan memang memberangsangkan. Boleh dikatakan kebanyakan bidang pekerjaan sekarang dikuasai perempuan. Ditambah lagi dengan penguasaan perempuan di IPT dan pusat-pusat pendidikan yang lain walaupun hakikatnya bilangan perempuan kurang berbanding lelaki. [entri]

Kita tahu apa bidang yang sepatutnya dikuasai oleh orang perempuan. Walau bagaimanapun, sebenarnya boleh dikatakan bidang perempuan ini dikuasai oleh lelaki. Mungkin bawahan ada perempuan, tetapi di bahagian top, lelaki menguasai bidang yang sepatutnya dikuasai oleh perempuan ini.

Berikut bidang-bidang yang pada pandangan aku di bahagian top, dikuasai oleh lelaki. Kalau korang ada pendapat lain boleh dikemukakakn di bahagian komen.:)

1. Fesyen

Perempuan memang golongan yang berfesyen. Walaupun tidak semua mengikuti perkembangan semasa, kaum wanita adalah golongan yang lebih mementingkan penampilan berbanding lelaki. Secara amnya perempuan lebih suka berfesyen berbanding lelaki.

Walaupun begitu, di bahagian atasan seperti pereka fesyen, penasihat fesyen, atau orang yang terlibat, kebanyakannya adalah lelaki. Contoh antara nama yang selalu aku dengar adalah Rizalman, Michael Ong dan Jimmy Choo. Tidak kenal pula aku pereka fesyen perempuan.:)


2. Masakan

Memasak, semestinya sangat sinonim dengan perempuan. Sehingga orang tua-tua bagitahu kalau hendak kahwin kena pandai memasak dahulu. Kena bagi makan anak dan laki. Itu yang kita sedia maklum memang perempuan pandai memasak.

Tetapi di bahagian atasan seperti chef² terkenal di hotel-hotel terkenal, golongan lelaki jelas menguasai bidang ini. Sebut sahaja nama Chef Wan, siapa yang tidak kenal. Selain itu Chef Ismail. Dan kalau anda katakan mungkin itu sedikit sahaja, cuba tengok di kedai-kedai makan, restoran, dan mana-mana kedai makan, tukang masak adalah lelaki. Memasak sinonim dengan perempuan,tetapi ianya jelas dikuasai oleh lelaki ( selain memasak di rumah.:)


3. Andaman/Solekan

Bersolek dan berdandan memang tidak perlu diterangkan lagi. Boleh dikatakan tidak sah kalau perempuan tidak bersolek.:). Tetapi adakah bersolek itu boleh menjadikan mereka 'pakar' solek.? Tidak..:)


Katalah jurusolek artis, orang atasan ataupun pengantin. Aku seperti agak pasti yang power bab menyolek ini adalah lelaki. Tidak kira la samada lelaki tulen ataupun lelaki yang sudah tidak tulen atau bahasa kasar sikit maknyah..:). So aku terpikir juga, kalau perempuan suka bersolek, kenapa yang power² bab solekan dan andaman ini dikuasai oleh 'lelaki'..:)

---------------------

Penguasaan lelaki dalam bidang perempuan ini sejujurnya bagi aku bukanlah aku berkenan sangat. Kerana aku lebih suka kalau lelaki buat kerja yang 'ganas' sikit. Sesuai dengan lelaki dan kejantanannya.

Tetapi kalau memang diorang memang power bab itu hendak buat macam mana kan. Rezeki masing-masing. Yang penting halal.:)



Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted