Sunday, May 15, 2011

Perkara Tentang Perempuan Yang Mungkin Perempuan Tidak Tahu

Comments

Adakah seorang perempuan cukup tahu apa yang berkaitan dengan diri mereka.?. Apa yang ada pada tubuh mereka, apa yang berlaku pada tubuh mereka.? Mungkinkah mereka ada terlepas pandangan kepada beberapa perkara.?



Dan entri ini aku bawakan beberapa point yang berkaitan perempuan yang aku beranggapan mungkin ramai perempuan yang tidak tahu berbanding perempuan yang tahu.
Dan semestinya entri ini juga sesuai di baca oleh orang lelaki (yang sudah cukup umur) sebagai pengetahuan.


Nota: Entri ini sesuai dibaca oleh mereka yang berumur 18tahun ke atas. Boleh dikatakan entri berkaitan pelajaran seks, tetapi tidak diceritakan secara terus.


Berikut beberapa point yang aku pikirkan.

1. Darah Istihadah

Darah istihadah adalah darah yang keluar dari rahim wanita yang tidak termasuk dalam darah haid atau nifas. Darah istihadah keluar tidak mengira masa, dan orang yang mengalami sendiri tidak mengetahui bilakah darah itu akan keluar, tidak seperti darah haid yang ada kitaran tertentu.

Boleh dikatakan darah istihadah ini adalah darah penyakit. Aku tak tahu ramai atau tidak perempuan yang mengalami masalah ni, sebab takkan aku hendak tanya pula kan.ha3.:)
Dan untuk bacaan lanjut berkaitan darah istihadah ini, boleh baca dari link ini, Apa itu Istihadah?, atau boleh google, dan jika hendak lebih jelas penerangan, boleh tanya ustaz atau ustazah.:)


2. Selaput dara.

Selaput dara rasanya semua orang boleh bayangkan yang ia adalah satu lapisan nipis seperti lapisan kulit bawang yang berada di dalam faraj wanita. Tetapi adakah anda(perempuan) tahu yang terdapat beberapa jenis selaput dara.?

Rasanya tak perlu aku letak gambar kat sini, sebab aku rasa malu..ha3.. Tetapi anda boleh meneruskan bacaan jenis selaput dara ini dari link yang aku jumpa ini. BENTUK BENTUK SELAPUT DARA


3. G-Spot

Sebelum tu, cerita pasal sejarah sikit, G-Spot ini dikaji oleh Grafenberg. So, G kat depan tu sempena nama dia.:). G-Spot adalah satu titik rangsangan yang berada dalam dalam faraj wanita. G-Spot ini boleh la kalau aku katakan ianya melibatkan kepuasan seksual wanita.



Untuk bacaan berkaitan G-spot ini, boleh je rujuk wiki, http://en.wikipedia.org/wiki/G-Spot ataupun video pengetahuan yang banyak anda boleh pelajari di youtube.


BONUS.
Pancutan.

Lelaki kalau klimaks, secara normalnya akan mengalami pancutan. Boleh dikatakan kesemua lelaki. Dan untuk perempuan, ada juga sesetengah perempuan yang akan mengalami pancutan apabila mereka mencapai tahap klimaks.

Dan dari apa yang aku tahu, hanya sedikit sahaja perempuan yang boleh mengalami pancutan. Percentage tu aku sudah tidak ingat berapa. Tetapi bagi perempuan yang boleh mengalami keadaan 'pancutan', ia adalah satu anugerah..


------------------------------------------

Habis sudah pelajaran untuk orang yang berusia 18tahun ke atas.ha3. Aku sebenarnya tidak pasti perempuan tahu tak, tapi aku rasa mungkin ramai yang tidak tahu tentang point² di atas sebelum ini. Kalau aku salah sila bagitahu.:)

Ok, itu tentang hal perempuan. Ada korang tertanya bagaimana aku ni seorang lelaki boleh tahu.? jawapannya, membaca jambatan ilmu..:). Tentang hal lelaki yang aku tak tahu.? memang la aku tak tahu.:)

Eh, satu lagi..Kalau sebut Permata Yang Hilang, perempuan konfirm akan terpinga-pinga. Kalau lelaki mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu. Kalau hendak tahu cari sendiri, dan peringatan, ianya untuk bacaan dewasa dan lagi sesuai bagi sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan.:)


p/s: Entri ini boleh dimasukkan dalam kategori rahsia wanita ke.?.Tapi sekarang sudah tidak rahsia lagi.:)

Tuesday, May 03, 2011

Add Ons Firefox untuk Print Screen

Comments

Apabila anda melayari internet dan terjumpa sesuatu yang menarik perhatian, dan anda ingin save page web tersebut sebagai gambar. Apa yang akan anda lakukan.?
Print screen menggunakan button 'print screen' yang terdapat pada keyboard anda.?



Jika itu yang anda lakukan, sahlah anda kena tengok entri ini sehingga habis.:)
Dan juga entri ini sebenarnya sesuai kepada sesiapa sahaja yang menggunakan firefox sebagai browser utama.

Terdapat beberapa add ons firefox yang sesuai untuk digunakan untuk menggantikan fungsi print screen pada keyboard anda. Dan semestinya add ons ini jauh lebih memudahkan berbanding anda menggunakan button print screen.:)

1. Screengrab [ Add Screengrab to your firefox ]



2. Pixlr Grabber [ Add Pixlr Grabber to your firefox ]



3. Screenshot Pimp [ Add Screenshot Pimp to your firefox ]


4. FireShot [ Add FireShot to your firefox ]


------------------------

Rumusan.

Berdasarkan kepada 4 add ons yang ada ini, kalau ikutkan aku setelah aku try,
dicadangkan untuk guna Screengrab dan Pixlr Grabber. Simple dan mudah digunakan.

Screenshot Pimp agak serabut sedikit kerana akan automatik install toolbar (walaupun boleh disable lepas tu), manakala FireShot agak besar saiznya dan akan keluar icon yang aku rasa menggangu pandangan browser sikit pada sebelah kanan bawah.

Walau apapun, anda boleh cuba mana-mana yang anda suka.:)


p/s: Korang ada guna add-ons lain ke selain 4 di atas.?

Monday, May 02, 2011

Tips Menaip Entri Dalam Blog : Part 1

Comments

Cara penghasilan entri dalam blog merupakan element yang perlu dititikberatkan untuk menaip dalam blog. Walaupun blog tidak mempunyai format untuk menaip seperti mana karangan bahasa melayu, tetapi cara menghasilkan entri dalam blog penting untuk mencerminkan bagaimana pemilik blog menguruskan blog sendiri.



Cara menaip yang bagus juga akan memastikan pengunjung blog anda akan tertarik kepada blog anda, ditambah pula dengan faktor-faktor lain. Boleh dikatakan, cara menaip dalam blog antara perkara yang tidak boleh dipandang enteng oleh pemilik blog.

Apakah cara/bagaimanakah kandungan blog yang sepatutnya untuk menaip sesebuah entri?. Disini aku kongsikan beberapa pandangan berdasarkan pendapat peribadi.:)


1. Perenggan

Ini sebenarnya antara perkara yang paling penting semasa menaip sesuatu dalam blog. Tidak kiralah samada blog berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa sahaja. Perenggan akan memudahkan pengunjung blog anda membaca apa yang anda hendak sampaikan. Dan juga mempengaruhi pemahaman untuk sesebuah entri.

Ini adalah perenggan kedua. Tengok untuk taip point ini pun perenggan di buat untuk memudahkan anda membaca bukan.?.:). Bayangkan kalau sesebuah entri itu mempunyai ayat yang berterusan 1000 patah perkataan, tidak ke letih mata melihatnya. Hendak membaca pun boleh jadi tiada mood.:). Lagipun karangan masa sekolah pun diajar untuk buat perenggan, jadi kenapa tidak aplikasikan dalam penulisan blog.:)


2. Perkataan.

Perkataan juga memainkan peranan dalam menghasilkan sebuat entri yang baik. Pastikan kalau bleh anda menggunakan perkataan bahasa baku sebanyak mungkin dan penting juga perkataan yang anda gunakan mudah difahami oleh pengunjung. Sekali sekala tiada masalah kalau hendak guna short form atau perkataan meleret. Tapi kalau selalu sangat, hendak membaca pun tergeliat lidah hendak menyebutnya.

Contoh, Sayeeerr sukerr sangat tawww...Kalau ayat macam ini diletakkan untuk dialog ok lagi. Kalau sepanjang-panjang entri perkataan macam ini, sakit juga hendak membaca.:). tujuan menghasilkan entri juga untuk memudahkan kefahaman kepada pengunjung blog. Contoh walaupun anda seorang doctor, takkan semua entri hendak guna bahasa saintifik je kan. Lainlah kalau pengunjung blog anda semuanya doktor.:)


3. Entri jangan terlalu panjang.

Mungkin anda seorang yang begitu hebat mengarang. Tetapi kehebatan anda mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung anda. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri yang dihasilkan terlalu panjang. Lagi satu, jika entri terlalu panjang, kemungkinan untuk melalut (lari dari tajuk entri) juga boleh berlaku.

Oleh itu biarkan entri anda bersesuaian untuk dibaca, mungkin ambil masa 5 minit berbanding anda menghasilkan entri yang memerlukan 1jam untuk habiskan.:).
Tetapi, jika memang anda anda perkara bagus atau penting untuk diberitahu pengunjung, boleh dijadikan dalam beberapa bahagian entri. seperti part 1, part 2 dan seterusnya. Itu akan lebih selesa di baca berbanding satu entri yang terlalu panjang.

Adakah anda juga perasan entri ini baru sahaja untuk part 1.?.:)

-------------------------------------------

Menaip entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog anda lebih kepada mesra pengunjung. Kecualilah kalau blog anda tu anda baca seorang sahaja.:)

Dan tunggukan untuk next entri untuk tips menaip entri dalam blog untuk part 2.:)

Happy blogging.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted