Sunday, September 18, 2011

Soalan Biasa Lelaki Tanya Perempuan dan Kenapa

Comments

Perhubungan antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu yang agak kompleks untuk dikaji secara mendalam. Walaupun begitu kajian demi kajian telah dilakukan untuk membolehkan perempuan dan lelaki saling memahami. Walaupun tidak faham sepenuhnya, tetapi cukup sekadar untuk mengetahui bagaimana perlakuan 2 gender yang berlainan.

Untuk entri kali ini, juga berkaitan gender (yup kerana topic gender seronok untuk dibicarakan.:). entri kali ini merujuk kepada ayat biasa yang digunakan oleh lelaki apabila memulakan percakapan dengan perempuan apbila berhubungan melalui telefon. Aku bagi 2 contoh la yang biasa digunakan dan kenapa digunakan serta kenapa perempuan tidak perlu mempertikaikannya.



Kenapa aku kata perempuan tidak perlu pertikaikan apa yang kami, kaum lelaki ini tanya.? Kerana aku pernah juga baca entri/status suatu masa dahulu, yang maksud lebih kurang 'lelaki ini tak de soalan lain ke hendak tanya'. Aku sudah tidak ingat entri atau status FB mana, tapi dah lama aku baca, kemudian teringat. Sebab itulah aku buat entri ini.:). Kalau korang ada link yang berkaitan boleh la bagitahu, boleh aku link dengan entri ini.

1. Apa khabar, sihat tak.?

Memang biasa dan begitu normal untuk menanyakan keadaan seseorang itu samada sihat atau tidak. Walaupun tiap-tiap hari anda bertanyakan kepadanya.



i) Semestinya untuk mengetahui samada orang yang ditanya itu sihat atau tidak.
Kenapa.? Jika jawapannya adalah sihat - soalan susulan dan tindakan adalah tidak sama jika jawapan yang diberi adalah tidak sihat.

ii) Bagi hint modal untuk bermanja.
- Contoh la jawapan perempuan bagi tidak sihat. Lelaki akan tanya balik. 'Ye ke, sakit apa'. Perempuan boleh jawab. 'Sakit rindu kat awak la'..bla bla bla.. Tengok kan sudah boleh jadi model untuk beranja-manja..ha³.

Jadi jika lelaki bertanya awak apa khabar?, sihat tak.?.Perempuan jangan la nak tanya pula kenapa kami orang lelaki tanya macam tu. Takkan kami hendak mula. "hi awak, eh tak mati lagi rupanya". Kan sadis sekali permulaan macam tu..ha².


2.) Awak tengah buat apa tu.?

Selepas soalan awak sihat tak.? soalan susulan yang biasa keluar adalah awak tengah buat apa tu.? Walaupun korang berdua baru sahaja berchatting atau berbalas komen di facebook, kemungkinan ada untuk soalan 'awak tengah buat apa tu?' juga ada. Kenapa ek.?



i) Memang hendak tahu buat apa kerana lelaki ada juga perasaan curious. Masa chatting/balas komen ta dengar apa. Masa bercakap di phone akan dengar bunyi. Lagi lelaki akan tanya jika ada bunyi-bunyi lain dibelakang. Contoh bunyi kuali ke, bunyi muzik ke. So memang lelaki hendak tahu perempuan sedang buat apa.

ii) Bagi hint model bermanja.
Contoh kalau jawapan biasa. Awak buat apa.? Jwpn: Tengah cakap dengan awak la.. Kan tak best jawapan macam ni. Cuba kalau ditanya awak buat apa. Jwpn: Entah saya tengah cakap² dengan benda petak ni tapi ada suara awak yang kuar. Best juga suara awak eh, macam artis indon".. Ha, kan lain sikit jawapan tu. Walaupun soalan biasa, awak tengah buat apa tu, tetapi jawapannya boleh dipelbagaikan.:)

Selain lelaki menggunakan ayat tanya awak sedang buat apa tu, kami juga suka meneka, ataupun buat-buat meneka.
Contoh, 'awak tengah baca buku ek. '
Kalau jawapan betul, boleh la berlagak sikit. 'Tengok, saya memang ada kuasa psikik'
Kalau jawapan salah, soalan susulan, 'Dah awak tengah buat apa tu' yang mana soalan ni merujuk kembali kepada point di atas.:)

iii) Tengah pikir point lain.
- 2 soalan ambil masa 2 minit. Eh, ingat kami lelaki ni tak kena pikir ke. Kami kena pikir soalan apa yang hendak tanya seterusnya.:). So kira 2 soalan bonus di atas macam nak curi masa sikit la untuk pikir soalan seterusnya. Susah juga jadi lelaki ni, kena selalu berpikir apabila berbual dengan perempuan.:)

---------------------------

So bagi aku pun, memang biasa untuk tanya 2 soalan ini apabila memulakan percakapan. (tapi sekarang macam dah kurang memulakan percakapan.ha³). Kan kalau guna soalan lain yang ganas terkejut pulak. Juga soalan² lain yang biasa seperti 'awak sudah makan ke', 'awak sudah mandi ke' , 'awak pergi mana tadi'..

Oleh itu, lelaki sudah menanyakan 2 soalan yang bagus untuk permulaan percakapan. terpulang kepada perempuan bagaimana untuk mencorakkan bagaimana perbualan ini seterusnya. Anda boleh menjadikannya seronok atau menjadikannya hambar.

Bukan kami lelaki tidak boleh tanya soalan lain, tetapi lelaki juga lebih suka untuk menunjukkan mereka mengambil berat.:) Dan juga jangan ditanya kepada lelaki yang telefon anda, "Awak tak de soalan lain ke".. Kan terus dia tak telefon nanti..ha³

Satu lagi pesanan kepada kaum perempuan , kalau hendak tahu susah senang, cuba korang start perbualan dan korang kuasai sepenuhnya. Korang suruh lelaki jawab je, korang tanya. Baru korang tahu susah senang hendak menjana pertanyaan untuk memastikan perbualan tu tak 'mati'..:)


pssstt: tengok kaum lelaki, aku backup lelaki baik punya..ha³..

Sunday, September 11, 2011

Belajar Bahasa Terengganu (4 Perkataan)

Comments

Salam Syawal kepada semua yang menyambut syawall. Wah² sopan sungguh aku..ha².
Sebenarnya masih belum habis lagi aku beraya. Itu yang bestnya apabila beraya di Johor.:). Kalau aku beraya di kampung kat Kuantan biasanya dalam seminggu je, lepas tu habis la.

Entri kali ini cuma entri santai-santai sahaja. Berkenaan perkataan dan pengunaan bahasa Terengganu. Kalau ikutkan hendak belajar bahasa terengganu boleh sahaja google, berlambak.



Cuma kali ini aku hendak bagitahu beberapa perkataan dari bahasa terengganu yang aku dengar semasa aku balik kampung beraya tempoh hari. Ini kira macam entri lepas raya la, tapi tak de gambar aku beraya.:)

Betak
- Betak kalau bahasa biasa bermaksud lambat/lembab. Bunyi 'e' dalam perkataan ini seperti bunyi 'e' dalam perkataan emak. So sudah boleh sebut.?.:)
-Contoh penggunaan ayat , "Betak sunggoh la mu ni, lengoh aku tunggu dari takdi" (lambat sungguh la mu ni, letih aku tunggu dari tadi)

Nebeng
- Nebeng membawa maksud berlebihan. Sebutan 'e' dalam perkataan ini juga seperti 'e' dalam perkataan emak.
-Contoh ayat " Beng nebeng sangat ah wak lawok tu, kan ade yang maroh pulok kekgi"
ayat bermaksud lebih kurang macam ni 'jangan buat lawak lebih sangat la, kan ada yang marah pula nanti'

Ork
- Ork bagi aku lebih bermaksud seperti 'kan'. Macam tambahan penyedap ayat.
-Contoh ayat 'mu ni ork, suke sangat ngate ke aku'
maksud " mu ni kan, suka sangat mengata aku'

Blake
- Blake ini bermaksud semua. Sebutan bukan seperti 'Blake' nama orang putih tu, sebutan dengan dua suku kata, bla ke.. 'e' dalam perkataan ini seperti sebutan 'e' untuk emak.
-contoh ayat - "mari sek² ni, habis blake ah kuih rumoh mu', bermaksud " mari geng² ni, habis semua la kuih rumah mu"


-------------------------

Cukup rasanya 4 perkataan untuk pembelajaran bahasa Terangganu.:)
Walaupun aku tahu bahasa terengganu, tetapi sebenarnya aku bukan orang terengganu pun. Cuma ramai orang yang salah sangka aku orang terengganu. Dan juga ramai orang kata aku orang kelantan. Padahal sebenarnya aku orang Pahang..ha².

OK, Selamat Hari Raya kepada semua.
Raya kat Johor belum habis.
Rumah sape² yang dekat dengan Johor.?
Meh nak p melawat raya skit..:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted